Kenapa Pakai Purdah?
Salam'alaykum w.h.b.
Moga dengan nikmat kurniaan Iman dan Islam sama-sama kita syukuri. Nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan pada kita, moga dimanfaatkan sebaiknya. Insya Allah. Syukur alhamdulillah, setelah bertahun-tahun mencari teori yang terbaik akhirnya Allah permudahkan juga dan tunjukkan jalan Nya. Alhamdulillah.
Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:
Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati). [HR Bukhari dan Muslim]
Seminggu istiqamah dengan habbatus sauda', tak rasa apa-apa lagi. Minggu kedua istiqamah dengan habbatus sauda', masya Allah terasa tenaga tambahan dalam badan. Allahuakbar. Ana yang terkenal dengan sifat 'lembik' ni dah cergas. Bukankah keyakinan pada Allah disertai dengan usaha dan tawakal pada Nya memberi kenikmatan pada hati? Nikmat keyakinan dan rasa indahnya tawakal pada Allah. Subhanallah.
Kembali pada tajuk. Mungkin ada yang tidak selesa, insya Allah ana sedaya upaya menggunakan bahasa yang ringkas. Nasihat tak lain tak bukan buat diri sendiri yang selalu gagal istiqamah dalam mujahadah. Aih, macammana nak pergi perang ni sedangkan jihad yang kecil ni pun masih lompong sana sini.
"Kenapa pakai purdah?"
Soalan yang amat-amat tidak asing kalau anda berada di Malaysia. Waqi' ni rasanya tak la ketara sangat kalau berada di mana-mana negara Arab. Tapi di Malaysia, suasananya agak 'pelik', mungkin orang akan beranggapan "Arqam la nih..." ataupun soalan yang dah ana masukkan dalam kategori soalan wajib bagi orang yang bertanya andai jawapan ana pada soalan pertama adalah TIDAK ialah "Anak karkun ke isteri karkun ni?" Aih, belum jadi isteri yang sah kepada sesiapa, melainkan buah hati pada EnCik PoOh ku.
Selalu kena tajdid niat, Lillahitaala.
Mujahadah ni la yang selalu 'menguji' tahap kerelaan sebagai muslimah. Tapi dengan keikhlasan yang cuba diikhlaskan sebaiknya, sejujurnya ketenangan yang hinggap di taman hati tak siapa pun tahu melainkan Allah taala. Setelah bertahun-tahun 'belajar' dan mengoreksi pelbagai pendapat sahabat-sahabat dari pelbagai bidang. Alhamdulillah, banyak ilmu yang selalu mendorong hati untuk teruskan. Tak kurang juga, selalu bergaduh dengan ustaz-ustaz dari nun di sana. Lama sungguh tak gaduh dengan mereka setelah dengan azam yang tinggi menghapuskan akaun Friendster, pada saat ini rasa macam nak cari semula dan ucap pada mereka;
"Terima kasih ustaz kerana sentiasa cari pasal dengan ana. Dengan cara itu, ana lebih banyak bertanya dan berfikir. Alhamdulillah, kritikan yang 'merobek' jantung hati tu sebenarnya penawar yang Allah berikan dalam pencarian panjang."
Tapi... Maaf, rasa macam tak nak lagi je berhubung dengan mereka. [Pening ke ana ni?] Sekali lagi, ana nak tegaskan apa yang dicoretkan adalah kesimpulan dari semua pendapat sahabat-sahabiah. Antara pendapat yang paling ana suka untuk mengulang-ulang adalah dari Kak Fong. Beliau seorang yang sangat simple, jawapan-jawapannya juga simple tetapi bermakna buat ana. Beliau seorang pensyarah yang sedang membuat PHD di UK, ibu kepada 4 anak lelaki. Jadi, ana beranggapan kalamnya adalah kalam seorang guru, kakak dan ibu. Mungkin juga kerana Kak Fong banyak pengalaman [degree: Al-Azhar Iskandariah, master : UK, PHD : UK] maka setiap dari pengalaman beliau disimpulkan membuatkan ana amat senang dengan jawapannya.
"...Niqab/Purdah ni bagi akak adalah masalah wara' (menjaga). Yusuf Qardhawi sangat berfikiran terbuka dalam isu ni, jadi bagi akak suka kalau adik boleh baca sendiri...."
Titik. Setelah berfikir dan bermuhasabah panjang, iya benar. Ia adalah masalah wara'. Wara' disini bukan hanya menjaga kecantikan wajah seorang wanita [opss... not yet a women :P] tapi menjaga kesemuanya sekali. [Macam susah dan berat lak bunyinya] Antara yang paling penting ialah menjaga akhlaq. Jaga hubungan dengan ibubapa, guru-guru, adik beradik, saudara-mara dan pendek kata hubungan sesama manusia. Kerana imej seorang yang berniqab, tanggapan pertama dari umat manusia kalau tidak menganggap anda seorang pengikut ajaran sesat maka dia akan bertukar 180' fikrahnya iaitu anda seorang yang menjaga diri.
Jadi, cuba la belajar untuk sedaya upaya menjaga diri. Terutama pergaulan dengan lelaki. Hmmm, masalah juga buat ana sebenarnya sebab ana seorang yang 'sangat sengal' dan ikut suka hati je nak cakap apa dengan golongan Adam nih. Maksud disini ialah ana suka berterus-terang, kadang-kadang mau mereka terperanjat gorilla bila ana cakap sesuatu selalu akan mendapat respon "Garangnya..." Ehm, entah. Memang garang agaknya. [Erk, agak? :P]
Ikhtilat. Couple.
Dalam keadaan 'dunia di hujung jari' memang la susah. Tidak perlu kepada satu perjumpaan, hanya menggunakan jari jemari halus dan menaipkan ayat-ayat cinta. Ana teringat akan nasihat seorang akhawat pada ana; "Bila adik berniqab adik kena jaga diri. Sekarang ni orang akan kata dah tak respek pada muslimah bertudung labuh sebab dorang ni pun couple juga, keluar dengan lelaki bla bla bla. Jadi, akak tak nak lah bila orang akan membuat tanggapan yang sama pada mereka yang berniqab. Jadi, berusahalah sedaya upaya menjaga dirimu."
ALhamdulillah. Banyak mutiara yang dikutip.
Terkadang seorang muslimah yang berniqab tu sangat menjaga pergaulan dengan lelaki di alam nyata tetapi sangatlah lemah gemalai lagi 'menggoda' bila di alam maya. Hmmm, ukhti selalu nasihatkan ana dengan perkara ini. Lebih-lebih lagi jaringan sosial yang berlambak [Friendster, Flixster, MySpace, Facebook dll] maka mudahlah nak dapat kenalan. Ada pro dan kontra dalam masalah ni. Ukhti ingatkan lagi, dia memerhati dialog 2 muslimah yang menggunakan ID dan watak seorang wanita berpurdah bersembang sesuatu yang mengaibkan. Tak sedar ke mereka yang dialog-dialog itu boleh dibaca secara umum? Hmmm, fitnah yang dicipta sendiri.
Sukakah kamu menjadi perhatian ajnabi?
Sukakah kamu menjadi sebutan ajnabi?
Sukakah kamu menjadi 'admire' ajnabi?
Sukakah kamu menjadi fitnah ajnabi?
Kesemuanya perlu dijawab dan dikoreksi sendiri. [Sedih pula...] Ana ingat pada kata-kata yang dibaca beberapa minggu lalu; "Saya bukan orang yang pandai, saya bukan orang yang sempurna tetapi saya mahu berusaha menjadi umat Islam yang terbaik."
Ana sematkan nasihat dari ustaz sewaktu masih dibangku sekolah; "Kalau kamu tak mampu berdakwah dengan lisan, maka berdakwahlah dengan tulisan, kalau kamu tidak mampu untuk berdakwah dengan tulisan, maka berdakwahlah dengan perbuatan (akhlaq) dan jangan sampai kerana kamu, maka orang akan mengatakan bahawa Islam adalah agama yang tidak sempurna. Jagalah akhlaq kamu, berdakwah melalui akhlaq.."
Setiap kali ingat dan imbas kembali nasihat-nasihat ini, hati ana berlagu sendiri. Entahkan gembira entah sedih ataupun ana dilanda hiba. Allah saja yang lebih tahu. Sebab ana tahu, nasihat-nasihat ini ana selalu putarkan di ruangan memori tapi ana tak laksanakan. Ana masih belum lagi melaksanakan nasihat-nasihat itu dengan baik. Jadi, sebenarnya ana memang TAK LAYAK nak menulis semua ini. Ana sekadar mengharapkan andai ana masih belum lagi mengikut nasihat-nasihat ini, moga ada hati yang tergerak untuk mendengar nasihat-nasihat ini. Moga jariah pada yang memberi nasihat pada ana. Insya Allah. Mungkin ini saja cara untuk membalas jasa mereka yang sangat banyak pada diri ini. Allah saja yang layak membalasnya.
Pesan buat diri sendiri yang selalu lalai dan lupa mentajdid niat dalam perjuangan:
Peliharalah dirimu, engkau mahkota agama, srikandi perjuangan. Tidak dihamparkan hidup ini dengan kesenangan dan kenikmatan berpanjangan kerana engkau seorang pejuang. Andai perjuangan itu mudah, tidaklah perlu berjuang. Tidaklah bergelar pejuang andai tidak ada yang berjuang pada sebuah perjuangan...
Seringkali ana mengingatkan diri dengan amanah dari ukhti, atas setiap tinta nasihatnya selalu diakhiri dengan kalimah "kerana dirimu begitu berharga..." dan ana masih tercari-cari lagi nilai apa yang perlu ana buktikan pada diri sendiri atas apa yang ukhti pesankan. Jawapannya: NIL. Huh, bukan ana tidak layak, tetapi ana sendiri yang meremehkan diri hingga membuat diri sendiri gagal sebelum berjuang. DAKWAH TIDAK BOLEH DIPIKUL OLEH ORANG YANG MANJA!
Dengan kalimah Allah... Ana mulakan catatan perjalan baru.
Dengan nama Allah... Ana memulakan kembara perjuangan baru.
Moga Allah memberi pertolongan dalam kembara ini...
p/s: Syukran pada orang yang menjawab tag 'anak babah' :P
6 leaves:
salam..
sahabiah..
May Allah bless u..
istiqamah dlm perjuangan yg benar..
semoga sentiasa dirahmati
dan diberi kekuatan dr Allah..
"Sesungguhnya tanggungjawab yg kita pegang melebihi drpd masa yg kita ada"
salam.
saudari.
saye selalu jugak lah mencopy n melinkankn blog saudari ini kat blog saye. harap saudari xkeberatan n bagi kebenaran pd saye untuk terus buat cengtu..
(*_*)
Salam
akhi ridzuan
Ameen insya Allah... Doakanlah moga thabat dalam perjuangan. Ameen.
mrs Ffira
Moga ada manfaatnya. Ana pun selalu juga berkunjung dan telah linkkan blog anti dalam blog ni :) Sila scroll mouse hingga ke bawah :)
assalamu'alaikum whb kak Syirah sayang. moga cepat2 sembuh dan kembali menceriakan dirimu seperti dulu. rindu sangat nak dengar lawak akak macam dl. rindu nak menyakat akak, rindu sangat. *_*
syukurku atas ukhuwwah yang terjalin.
suka sangat dapat gambar2 akak, siap tunjuk pada mama. nasib orang tak de abang, hihi. kalau ada abang, agaknya dah jadi bakal akak ipar la. hehe.
i miss u :)
Salam..
Terima kasih kerana menyampaikan info berguna. :)
Assalamualaikum.syukran jazilan untuk perkongsian ini.ana ni baru blaja berniqab.ni ilmu yg sgt berguna.syukran
Post a Comment