"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

17 February 2013

Gajet vs Kasih Sayang Ibubapa

Bismillahirrahmanirrahim.

Ibubapa zaman moden ni cenderung memujuk anak yang sedang meragam dengan permainan game handphone, game ipad, tablet untuk melegakan anak, sekaligus memudahkan kerja ibubapa tak perlu pujuk, anak akan lega sendiri. Cara ini sebenarnya sangat tidak sesuai.

Bila anak meragam, pujuk guna diplomasi dan kasih sayang ibubapa. Jangan juga gajet untuk gantikan fungsi ibubapa kelak anak jadi ketagih dan menganggap permainan gajet dapat membantu meredakan masalah dan tension. Jangan seolah-olah memberi gambaran bahawa belaian dan pujukan ibubapa adalah sama seperti pujukan teknologi tinggi kepada anak-anak kecil.




Anak-anak yang ketagih dan merasa terpujuk dengan gajet cenderung untuk melakukan apa sahaja demi gajet canggih ini. Anak-anak sekolah contohnya sanggup tak makan di sekolah, simpan duit untuk pergi cyber cafe, ponteng sekolah melencong ke cyber cafe, lebih teruk curi duit untuk tujuan ini.

Kalau anak yang lebih kecil pula, nak main handphone kita, kita usik-usik dia kata kalau nak handphone tu, cium dulu. Dia sanggup cium kita untuk dapatkan handphone tu. Padahal waktu-waktu lain dia nak dekat dengan kita pun payah, apatah lagi nak cium.

Zaman dah semakin canggih, begitu juga taktik penjenayah. Zaman kita kecil dulu, emak pesan, "Kalau jalan-jalan, jumpa orang tak kenal, orang tu bagi gula-gula, keropok, cekedis, jangan ambil, lari terus."

Zaman ni, para pervert, pedophile, penculik, penyangak tak guna dah umpan gula-gula, cekelat, cikedis, mereka guna umpan samsung galaxy note, ipad, iphone. Bayangkan anak kita diumpan oleh seorang pedophile, "Kalau nak main game angry birds dalam samsung galaxy note ni, bagi pakcik pegang tuttttt dulu." Anak kita pun bagi sebab nak main angry birds dalam samsung galaxy note.

Ibubapa harus berwaspada. Biar anak ketagih dengan pujukan dan kasih sayang ibubapa. Selalu nak berdukung dan melekat 24 jam dengan kita dan digelar orang 'budak takut orang' daripada anak ketagih dengan gajet dan jadi mudah diumpan dengan gajet. Jangan bila anak menangis je, kita tanpa usul periksa bagi handphone supaya anak senyap.

Biar dia (anak) guna handphone buat main pretend "hello, hello" tak apa. Dah itu memang fungsi sebenar handphone tapi jangan bagi dia addict dengan game dalam tu. Sekali anak kecil jadi ketagih, akan ambil masa untuk pulihkan ketagihan dia. Lebih lama daripada tempoh pemulihan orang dewasa!

---

Saya tanya dengan Faradina, bagaimana pula ibubapa yang menggunakan aplikasi al-Quran di dalam handphone. Adakah penggunakan gajet al-Quran juga akan mengganggu proses psikologi anak-anak. Ini jawapan yang beliau kongsikan.

---

Masa anak saya umur setahun, suami hadiahkan ipad, saya download satu app Quran ni lepas tu saya bagi dia tengok, dengar apps tu tapi selepas 2-3 minggu saya dapati apps tu macam ada salah tau. Saya rujuk Quran biasa, memang salah. Semenjak tu saya tak percaya dah apps yang jual-jual ni. Then masa saya jadi volunteer di dept psychology, Prof bagi contoh, apps bible pun ada salah sebab orang yang develop apps tu bukan kisah pun apps dia salah ke yang penting dia untung.

Kalau nak bagi anak guna apps dalam gajet boleh tapi dengan pantauan. Contohnya, akak dan suami dengar sekali dengan anak, jangan bagi dia dengar sendirian.

Sebab satu, nanti dia akan anggap apps tu sebagai resolution untuk masalah dia walaupun apps Quran. Nanti bila besar sikit takut berlaku persaingan dalam diri dia, antara apps dalam gajet dengan real life.

Sebab kedua, ikut kajian psikologi anak-anak yang dibiarkan guna apps gajet sendiri tanpa pantauan ibubapa akan ada 2 masalah - sama ada dia jadi overconfident sampai cenderung membuli orang lain sebab selalu bila dia dengan apps dia akan menang ATAU dia akan jadi impurity complex iaitu dia rasa rendah diri in real life. Buat benda suka sorok-sorok, marah orang even parents sendiri tengok. Biasa masa umur 1-2 tahun tak nampak lagi tapi nanti dia dah 3 tahun start nampak masalah ni.

Jadi, akak boleh limitkan gajet untuk anak. Let him faces the real world even more. Kadang-kadang boleh guna gajet tapi dengan pantauan bukan sebagai resolution utama.

Kesan gajet, game, tv semua akan menyumbang kepada self esteem conflict kepada anak. Mereka suka pendam imaginasi mengikut bayangan apa yang ditonton. Kalau kita bagi dia berkawan secara real life, dia akan kembangkan imaginasi secara realiti, jadi proses imaginasi dia akan seimbang.

Banyakkan interaksi dengan anak untuk build character anak. Contohnya melalui aktiviti mewarna, gunting tampal gambar, buat seni-seni lukis. Insya Allah.

---

:)

Saya sangat admire dengan perkongsian demi perkongsian dari beliau.

Penulis :
Faradina, berusia 22 tahun. Ibu kepada sepasang cahaya mata. Pelajar perubatan di London dan hafizah al-Quran. Beliau juga seorang penulis buku.



Read more...

14 February 2013

14 Februari : Kempen Tutup AURAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang menggunakan istilah Busana Muslimah meskipun pakaian tersebut tidak menepati piawaian syariat Islam sehinggakan muslimah keliru dengan tatacara pemakaian yang menutup aurat dengan sebenar.

Jubah dan abaya juga tidak mampu menampung keperluan muslimah dalam hal ehwal berpakaian kerana lambakan fesyen yang diketengahkan tidak menepati kesemua syarat pemakaian muslimah.

1. Longgar
2. Tebal
3. Tidak menampakkan susuk tubuh
4. Labuh menutupi bahagian kewanitaan

Seandainya salah 1 dari syarat pemakaian muslimah ini 'dianaktirikan', maka tidaklah layak ia digelar Busana Muslimah.

Saya dihadiahkan bonda selepas melahirkan Amir Solihin beberapa helai baju yang saya kira :

1. Sangat ringkas
2. Kainnya tebal tetapi lembut dan tidak panas
3. Sangat murah dan mampu milik
4. Mesra untuk ibu yang menyusukan anak
5. Tiada potongan susuk badan (cutting)


Kelabu Gelap.


Tiada corak, tiada manik, tiada sulam. Kosong, sesuai dipakai untuk ke mana-mana majlis :)

Biasanya orang bimbang nak hijrah pakaian kerana katanya jubah atau abaya mahal. Namun, tidak semua. Baju yang saya kongsikan di sini hanya berharga RM 50 sahaja. Sangat ekonomi dan paling penting patuh syariah. Berbaju yang mahal pun kalau tidak mampu melindungi aurat kita, tak bermakna juga.

Ingat 14 Februari... Ingat AURAT.

:)

Wallahua'lam.

Ummu Amir.

Read more...

13 February 2013

♥ Cerita Dalam Rumahtangga ♥ #3

Bismillahirrahmanirrahim.

Suami : Cepatlah, dah lewat ni. Itu la kan dah pesan bersiap awal-awal.

Isteri : Sekejap, dah nak siap pun.

Isteri memakai sarung tangan dan sarung kaki, duduk depan cermin. Bila dah berpuas hati dengan pakaian yang dipakai menepati tuntutan syara', baru keluar dari rumah.

Suami : Kenapa orang perempuan bersiap lewat?

Isteri : Sebab yang pertama, menyiapkan keperluan orang lain dahulu. Sebab yang kedua, banyak yang nak dipakai.

Isteri tersenyum pandang muka suami.

Suami : Complicated!

Isteri : Iya la, siapkan keperluan suami dan anak-anak. Bila semua kelengkapan dah siap barulah saya bersiap. Saya bersiap nak pakai baju, pakai kain, pakai skaf, pakai tudung, pakai sarung tangan, pakai sarung kaki. Kan banyak nak dipakai... Tak macam orang lelaki, pakai baju dan seluar dah siap!

Isteri masih tersenyum mempertahankan hujah.

Suami : Ye la, orang perempuan semuanya cepat. Cepat marah, cepat merajuk, cepat menangis, cepat itu dan ini. Satu je yang lambatnya... LAMBAT BERSIAP!

Isteri : (tutup mulut menahan ketawa)




Hikmahnya.

1. Wanita dan lelaki, Allah cipta dengan adanya perbezaan. Wanita makhluk yang Allah jaga sebaiknya, maka Allah perintahkan untuk memelihara aurat kerana aurat adalah maruah seorang wanita. Wanita yang beriman akan sentiasa mempertahankan maruahnya (aurat) walaupun diancam dengan pelbagai ujian.

2. Lelaki, Allah ciptakan sebagai pelindung kepada wanita supaya. Pelindung kepada keselamatan, keamanan, aqidah. Apabila seorang wanita keluar dari rumahnya, syaitan akan menghiasi wanita dengan keindahan-keindahan yang mana apabila lelaki lain memandang ke arah wanita, akan nampak pesona. Umpama sejambak mawar yang indah dihiasi pada wanita. Oleh itu, Rasulullah berpesan supaya wanita sentiasa ditemani oleh mahramnya apabila keluar bermusafir, untuk melindungi wanita.

3. Apabila suami dan isteri sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam menunaikan tanggungjawab, secara sendirinya pelaksanaan hak terhadap pasangan masing-masing akan terlunas. InsyaAllah tidak akan timbul persoalan masing-masing menuntut hak ke atas diri dari pasangan sebaliknya sama-sama saling menunaikan tanggungjawab untuk keharmonian bersama.

4. Suami hendaklah bersabar kerana seorang isteri akan meraikan suami, mengutamakan keperluan suami dan anak-anak berbanding dirinya. Suami yang penyabar, insyaAllah akan lebih dihormati oleh isteri.

:)

Wallahua'lam.

Ummu Amir.

Read more...

09 February 2013

♥ Cerita Dalam Rumahtangga ♥ #2

Bismillahirrahmanirrahim.

Isteri : Kenapa perempuan, selepas berkahwin akan berisi?

Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi.

(Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak hikmahnya.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin mahupun menyusukan anak sebagai alasan menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (hamil mahupun menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.



Tidak mengapa kalau tidak layak untuk menjadi model.
Berusahalah untuk menjadi seorang role-model.

:)

Wallahua'lam.

Ummu Amir.

Read more...

04 February 2013

♥ Cerita Dalam Rumahtangga ♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah 1.

Seorang suami yang baru pulang dari pejabat, dengan keletihan yang menjalar segenap urat dan sendi seluruh tubuh membuka pintu rumah dan melihat 'hidangan istimewa' yang dibuat oleh anak-anak berupa mainan yang indah dihias di atas lantai, baldi, sudip dan kuali tidak ketinggalan menghiasi pemandangan di ruang tamu.

Dengan penuh senyuman memberi dakapan buat anak-anak dan mengutip satu demi satu 'hiasan' yang dibuat oleh anak-anak ke dalam bakul permainan, mengambil baldi dan menyimpan semula ke tempatnya, mengutip sudip dan kuali untuk diletakkan semula ke dapur. Melihat si isteri yang sedang memasak, suami sambil tersenyum membuka peti ais dan mengambil botol air yang berisi air sejuk. Duduk dan menikmati.

Di hatinya, mungkin isterinya tidak sempat mengemas rumah atau barangkali sebenarnya entah sudah berapa kali dikemas rumah tetapi tetap juga 'dikemas' semula oleh anak-anak. Lalu, dia menghulurkan bantuan untuk mengindahkan pemandangan mata. Isterinya juga seorang manusia, ada penatnya, ada letihnya. Bukanlah robot yang menyiapkan segalanya tip top tanpa ada kekurangan. Dia pasti isterinya sudah berusaha sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.

Buat sesuatu bukan kerana isteri dan anak-anaknya tetapi kerana Allah dan cintakan sunnah Rasulullah. Rasulullah menganjurkan untuk berbuat baik kepada keluarga, maka sebaiknya dialah sebagai suami dan bapa menjadi contoh terbaik sebagai ikutan kepada isteri dan anak-anak. Dia telah meneladani sunnah Rasulullah dan mengamalkannya di dalam kehidupan. Hatinya berbunga-bunga. Terima kasih Allah!




Kisah 2.

Seorang isteri setia menunggu kepulangan suami, jam sudah melewati malam. Hidangan belum disimpan kerana bimbang suami sedang lapar apabila tiba di rumah. SMS dihantar, suami memaklumkan belum makan. Isteri dengan senang hati memanaskan kembali lauk dan sedi untuk menghidang. Suami tiba di rumah beberapa ketika, dan memaklumkan mahu keluar bertemu dengan rakan lama. Si isteri lalu tersenyum.

Alhamdulillah. Lauk sudah dipanas, biarkan sejuk semula sebelum disimpan ke dalam peti ais.

Memang boleh untuk merasa kecil hati kerana sudah menunggu dan menyiapkan makan malam untuk suami, dan suami sedikit pun tidak menjamahnya tetapi perasaan itu ditolak ke tepi.

Buat sesuatu bukan kerana suaminya tetapi kerana Allah. Allah yang memerintahkan seorang isteri untuk berbakti kepada suami, Allah yang memerintahkan seorang isteri untuk melayani suami sebaiknya. Jadi, Allah meletakkan suami sebagai wasilah dan jalan untuk buat amalan soleh. Maka, perasaannya menjadi berbunga-bunga. Terima kasih Allah!


Kisah 3.

Seorang ibu memasak sebaik mungkin dengan keadaan kesihatan yang sedang diuji. Selesai memasak, dihidangkan makanan buat anak-anak tetapi ada yang mengadu tidak berselera untuk menjamah makanan, ada yang makan tanpa banyak berbicara.

Si ibu duduk, menenangkan diri. Boleh saja merasa sakit hati kerana anaknya tidak menghargai masakan yang diusahakannya dalam keadaan menahan sakit tetapi dia memilih untuk berdiam dan menenangkan diri.

Allah berikan anak-anak sebagai anugerah dan juga sebagai ujian.

Allah yang menyuruh ibubapa mendidik anak dengan baik, bukan untuk dibalas jasa apabila tua, bukan untuk mendapat habuan dunia selepas anak-anak berkerjaya tetapi untuk Allah. Ya untuk Allah, maka dia berusaha untuk meleraikan perasaan sakit hatinya, melepaskan perasaan tersebut jauh-jauh lalu mengambil makanan yang sedia dimakan, disuap perlahan-lahan ke mulut anak.

Mendidik anak bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk Allah. Kerana Allah yang menyuruh memberi didikan agama. InsyaAllah, apabila anak diberikan didikan agama maka si anak tersebut dengan sendirinya akan berbakti kepada kedua ibubapanya, kerana anaknya juga berbakti kepada ibubapa disebabkan oleh Allah.




Pasangan yang paling mendalam cintanya kepada Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya!


Dari Allah kita datang.
Kepada Allah kita kembali.
Maka, hiduplah untuk keredhaan Allah.
Bukan selain Nya! :)

Wallahua'lam.

Ummu Amir.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO