"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

30 April 2011

Pesanan Untuk Insyirah

Bismillahirrahmanirrahim.

Memanfaatkan penggunaan facebook dengan pelbagai diskusi dan terkadang tercuit dengan pelbagai kerenah manusia yang mana kebanyakannya ana langsung tak kenal dan ada yang memanjangkan tali persahabatan sehingga bertemu masa dan berpeluk jasad di dalam nyata. Betapa 'mudahnya' berukhuwah zaman ini sehingga ramai yang memandang remeh pada tali ukhuwah. Tetapi, dengan 'kemudahan' ukhuwah apabila dimanfaatkan dengan jalan yang betul insya Allah akan mendatangkan banyak kelebihan kepada kita.

Dalam sebuah 'kumpulan rahsia' yang dibuka oleh seorang adik, pelajar UKM menghimpunkan muslimah pelbagai latarbelakang umur dan pendidikan. Tidak ramai, sekitar 30 orang tetapi yang aktif sekitar 10 orang jadi sangat mudah untuk menangkap bicara mereka. Setakat ini, yang paling muda berusia 18 tahun, ada yang berusia 20-an, 30-an bahkan 40-an. Membaca bicara kakak (yang boleh dipanggil ibu) yang menjangkau kematangan diri, membuka jendela pemikiran untuk bergerakkan minda lebih matang.

Dalam sebuah diskusi, dari nak berhimpun di rumah seorang ukhti di Putrajaya dalam beberapa patah kata terus lokasi bertukar ke Putra Height. Mudahnya nak berkomunikasi! Namun, setakat ini tidak pernah lagi sempat untuk berhimpun ramai-ramai. Sekadar bertemu mata dengan adik yang membuka kumpulan tersebut di UKM semasa mengikut zauji ke kuliah.

Bila ada adik yang bertanya perihal majlis pertunangan dan perkahwinan, ada kakak yang bukan sahaja menawarkan pandangan tetapi turut menghulurkan tangan untuk membantu apa yang boleh dibantu. Tawaran baju pertunangan, isk isk isk... Bukan sehelai dua tapi berhelai-helai yang ditawarkan mengikut kepada 'selera' bakal pengantin. Kalau ana belum berkahwin lagi, boleh la suruh mereka sponsor baju yang sangat cun itewww!

Encik Zauj : Baju akad nikah & walimah haritu masih available dipakai. Agaknya anniversary nanti boleh buat outdoor photoshoot di padang golf tak? *LOL*


Contoh 1 : Yang ini kalau berkenan boleh beli online dari Kak Marina


Contoh 2 : Ini pun sweet juga, suka! suka!


Contoh 3 : Sebab warna pink dan nampak ayu sopan semacam, maka hati pun agak berkenan juga la kalau nak buat baju kahwin. Ngeh ngeh ngeh ^__^


Banyak perkongsian dari kakak-kakak di situ, mungkin juga kerana pengalaman mereka di dalam rumahtangga, pengalaman mereka menangani kerenah anak-anak, pengalaman mereka untuk mencuri hati suami. Mereka tidak lokek berkongsi, malah menganggap kami yang remaja belia (yeke remaja belia?? :P) sebagai kawan-kawan meskipun jarak usia yang jauh.

2 hari lepas, ana bertanya kepada seorang kakak supaya menganggap seorang adik di dalam kumpulan tersebut sebagai anaknya. Agaknya, apa yang nak disampaikan kepada anak perempuannya menjelang hari pernikahan...

Kalau insyirah nak kawin, selain dari apa yang dia nampak mak dia buat... akak akan pesan kat dia...

1. walaupun ini emak, tapi nanti, insyirah kena lebih kan perhatian pada emak mentua.

2. semua masalah suami isteri, selesaikan dengan suami. jangan rujuk dengan sesiapa kecuali kalau terlalu perlu, syirah nak tanya emak, mintak kebenaran suami dulu.

3. jangan sekali-kali hebahkan masalah suami isteri atau masalah dalam keluarga suami pada sesiapun... walupun pada emak... jaga maruah suami dan keluarga suami.

4. setiap manusia ada perangai baik perangai buruk, begitu jugak suami. belajar menerima. jangan terlalu mengharap kepada penghargaan. suami adalah makhluk. dia tak sempurna.

5. suami adalah pinjaman. jangan ingat harta peribadi. bila-bila masa Allah boleh ambil dalam apa cara sekalipun. jadi, gunakan masa dan peluang yang ada untuk berbakti sementara dia ada.

6. sebab dia manusia biasa, kadang-kadang mood dia baik, kadang-kadang mood dia tak baik. sabar. jangan emosi. jangan ego. biar dia ego tak apa. ego syirah tercalar, Allah akan ubatkan.

7. suami jambatan insyirah untuk mencapai redha Allah. kalau suami tak redha pada insyirah, jauh dan payah lah perjalanan hidup kamu nanti. jadi, selalu jaga perhubungan supaya suami sentiasa pleased with you.

8. hmm... while u can have friends, make sure that your husband knows who your friends are. limit your male friends only to those that your husband permits. never ever tell the problem of our life especially your love life to any male. at all. cousin pun tak bleh.

hmm... 9. now i cannot think insyirah (kecik) coz i have other things to do. is that enough for now? later kay? hehehe... fellamak.. i never thought i m going to have this conversation... phew!


Maka, ana pun teringat pada ummi dan abi. Wasiat yang mereka titipkan buat ana menjelang hari perkahwinan ana dengan encik zauj, uhuk uhuk. Saja nak kongsi apa yang kakak tu tulis dalam .:: HaRuMaN MaWaR ::. sebab anak beliau bernama Insyirah dan semoga tulisan ini bermanfaat kepada sesiapa yang sudah dan bakal berkahwin. Pesan dari seorang ibu solehah yang mendambakan keberkatan kehidupan anak perempuannya. Jazakillah khairan kak!

Tak sempat sangat nak edit apa yang akak tu tulis, kira unformal je lah :)

Wallahua'lam.

p/s: Encik zauj, sila bereskan madah terakhir anda dengan girang... ^__^

Salam Cuti-Cuti Malaysia,
Insyirah Soleha.

Read more...

29 April 2011

Abid (Ahli Ibadah) Yang Hebat

Bismillahirrahmanirrahim.

Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Abu Hurairah r.a. :

"Waspadalah perkara yang haram pasti kamu akan menjadi orang yang paling hebat ibadahnya."

Kalau nak dibentangkan pekerjaan yang menjadi ibadah, rasanya tak cukup nak ruang dan masa untuk mencoretkan semuanya. Setiap pekerjaan yang halal dan bertujuankan keredhaan Allah akan menjadi ibadah, wah! Luas sungguh skop ibadah sehinggakan tidur juga boleh menjadi ibadah apabila tidur digunakan untuk merehatkan jasad seketika dan kemudian menggunakan tenaga untuk kerja-kerja Islam.

Makan juga akan menjadi ibadah apabila kita mengambil nutrisi yang berkhasiat untuk menyegarkan tubuh bagi memantapkan stamina meneruskan kerja-kerja dakwah.

Terlalu banyak dan luasnya skop ibadah. Namun, siapakah yang paling hebat ibadahnya? Pak Amin misai kontot? Pak Abu hartawan kuda? Pak Leman tokey lembu? Muhasabah di pagi Jumaat dengan beberapa potong ayat dari hadith Nabi s.a.w, mudah-mudahan akan menjadi santapan rohani bagi menyegarkan roh yang telah dilayukan oleh jasad dek hujan yang menyimbah bumi :)

Kata Rasulullah kepada Abu Hurairah r.a. bahawa orang yang paling hebat ibadahnya ialah orang yang berwaspada terhadap perkara-perkara haram. Di dalam dunia ini, Allah menghalalkan dan menghalalkan beberapa perkara (dan makanan) tetapi apa yang Allah haramkan jauh lebih sedikit berbanding apa yang Allah halalkan, justeru kita mempunyai banyak pilihan untuk memilih yang halal berbanding apa yang haram.

Di dalam al-Quran, satu-satunya binatang yang secara mutlak diharamkan oleh Allah hanyalah babi dan selain dari babi terdapat pelbagai khilaf pendapat dikalangan ulama'. Jadi, bila memilih makanan maka berhati-hatilah dengan makanan yang bersumberkan babi. Dewasa kini, terlalu banyak makanan yang dicampur adukkan dengan babi. Jadi, tidak mustahil jasad mereka yang bersikap tidak kisah akan menumbuhkan daging hasil dari daging babi. Na'uzubillah!

Minuman yang jelas diharamkan adalah minuman yang memabukkan (arak) namun, kita seringkali tertipu kerana masih mahu memilih apa yang Allah haramkan sedangkan banyak lagi minuman yang halal. Bahkan, ada yang memesongkan maksud "minuman memabukkan" maka selagi minum arak dan tidak mabuk maka tidak mengapa. Ada juga yang membuat sajian makanan (terutama di hotel dan restoran mewah) dengan mencampurkan wine putih bagi menambah kesedapan dan memanjangkan tempoh jangka hayat makanan tersebut.

Banyak kek yang dicampur dengan wine putih bagi memanjangkan tempoh jangka hayat kek tersebut, jadi waspadalah dengan apa yang zahirnya kelihatan indah dan lazat bimbang nafsu tidak mampu untuk dipandu dengan pandangan iman. (p/s: selain menggunakan wine putih, boleh guna perahan asam limau bagi menggantikan 'watak' wine putih untuk memanjangkan tempoh hayat kek. Wallahua'lam.)

Mereka yang solat fardhu, tidak meninggalkan qiyamullail, konsisten dengan solat berjemaah di masjid (atau surau), bersedekah, melaksanakan haji dan umrah, dan pelbagai ibadah lain dipandang sebagai manusia yang hebat ibadahnya. Benarkah? Manusia hanya menilai luaran kerana segala perkara ghaib hanya diketahui oleh Allah Azza wa Jalla, lalu memang tidak salah apabila manusia menilai dari apa yang dilihat sahaja. Bukan hak manusia untuk mengetahui apa yang tersirat dan perkara ghaib yang menjadi rahsia Allah.

Justeru, bagaimana untuk menjadi insan yang hebat dalam ibadah?

Kembali kepada pesanan Rasulullah s.a.w,

"Waspadalah perkara yang haram pasti kamu akan menjadi orang yang paling hebat ibadahnya."

Allah menghalalkan jual beli tetapi Allah mengharamkan penipuan dan riba.

Allah menghalalkan perkahwinan tetapi Allah mengharamkan zina.

Allah menghalalkan makanan tetapi Allah mengharamkan daging babi.

Allah menghalalkan minuman tetapi Allah mengharamkan arak.

Allah menghalalkan silaturrahim tetapi Allah mengharamkan mengumpat, mengadu domba dll.


Ramai manusia yang dapat melaksanakan yang wajib (solat bahkan qiyamullail) namun tidak mampu untuk mengelak dari perbuatan yang diharamkan oleh Allah.

Solat tetapi memfitnah.

Membayar zakat tetapi mengambil rasuah dan riba.

Bersedekah tetapi memutuskan silaturrahim.

Berzikir tetapi mengambil sesuatu yang bukan haknya.

Berpuasa tetapi menyakiti hati orang lain.

Apabila solat tidak mampu untuk mencegah kemungkaran, maka auditlah diri sendiri (muhasabah) bagaimana keadaan solat tersebut. Waspadalah perkara-perkara haram maka kita akan menjadi manusia yang paling hebat ibadahnya.

Jangan Jadi Seperti Yahudi

Bila Allah suruh mencari lembu, maka banyak soal lembu bagaimana itu ini begitu begini. Mencipta soalan supaya melewat-lewatkan dari melaksanakan perintah Allah. Bertanya sehingga akhirnya menyusahkan diri sendiri. Hakikatnya, Allah 'menyusahkan' syariat hanyalah kerana sikap manusia yang suka bertanya.

Sudah Allah kata haram, haramlah.

"Saya guna wine putih sikit je dalam kek ni nak bagi tahan lama bukan sampai mabuk pun, jadi boleh la. Allah hanya haramkan minuman yang memabukkan. Kalau wine putih campur sikit dalam makanan, tak mabuk pun." <-- Salah satu sikap orang Yahudi.

Konsep beriman kepada Allah. Meyakini apa yang Allah syariatkan dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kualiti iman kita berbanding para sahabat, Abu Bakar as-Siddiq apabila mendengar Rasulullah berisra' sehingga ke Baitul Maqdis beliau tanpa banyak soal terus mengiyakan perkara tersebut kerana keimanan kepada Rasul.

Kita? Mengaku beriman tetapi selalu meragui apa yang disyariatkan 'berkat' tarbiyyah Yahudi ke atas orang Islam sehingga terikut perangai mereka...

La haulawa quwwata illa billah.

Wallahua'lam.

*** Sambil ditemani manik-manik air hujan yang semakin menitis laju dan lebat. Pagi yang hening, tanpa bunyi cengkerik dan air sungai yang menderu sudah cukup perisa untuk membuai mata menjadi layu. Macammana agaknya rupa orang yang ada imtihan hari ini ye?

Read more...

27 April 2011

Dia Saudara Kita

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekitar 2-3 bulan yang lalu, mengikuti encik zauj ke kuliah maghrib di surau kawasan Sungai Buloh. Kebetulan, pada hari tersebut kami merancang untuk makan di luar selepas selesai kuliah. Saja beralih selera, nak makan masakan barat dan kebetulan dah keluar jadi terus la ke restoran selepas kuliah.

Pada malam yang sama juga, Allah menemukan kami dengan sepasang suami isteri berbangsa cina yang memeluk agama Islam beberapa tahun yang lalu bersama seorang anak kecil yang berusia 5 bulan. Terkejut juga ana, sangkaan ana bayi tersebut baru lingkungan 2-3 bulan kerana saiz badannya yang agak kecil. Mereka hadir di surau untuk meminta sumbangan dari hadirin bagi membayar sewa rumah dan keperluan sara hidup.

Alhamdulillah. Hasil sumbangan orang ramai pada malam itu dapatlah beliau membayar wang sewa rumah kerana tuan rumah sudah memberi amaran sekiranya tidak dapat membayar sewa maka mereka perlu keluar dari rumah tersebut. Selepas selesai kuliah dan solat Isyak, ana menunggu zauji yang berbual dengan beberapa orang jemaah surau. Sambil memerhati pasangan suami isteri dan anak kecil mereka di dalam stroller, mereka keluar dari kawasan pagar surau...

"Abang, cuba tanya dia duduk mana? Kalau dekat, Abang tolong la hantar."

Ana sarankan zauji untuk kejar suaminya, dalam kepekatan zulumat dan angin malam ketiga-tiga beranak tersebut menunggu kelibat teksi. Alhamdulillah, rumah sewa mereka hanya di Damansara Damai tidak jauh dari Bandar Baru Sungai Buloh. Jadi, zauji tawarkan untuk hantar mereka. Disebabkan mereka bawa stroller, tak muat la nak letak di dalam bonet kereta kami yang comel :)

Abang tinggalkan ana di surau, kebetulan sepupu ana masih ada di surau berbual dengan rakan-rakannya maka zauji pesankan sepupu untuk tengokkan ana sementara zauji menghantar mereka ke Damansara Damai. Sekitar 20 minit kemudian, zauji pun sampai di surau untuk ambil ana. Dalam perjalanan, sempatlah zauji menitipkan beberapa pesan kepada pasangan muallaf tersebut.

"Sentiasa berdoa kepada Allah, jangan putus harap."

"Ustaz, saya tak berhenti minta pada Allah. Sehari 5x saya minta pada Allah."

"Jangan putus asa, bila kita minta kadang-kadang Allah tak terus bagi pada kita sebab Dia nak tengok kita sabar atau tidak dengan ujian. Dia nak tengok adakah kita percaya pada Dia."

"Insya Allah."

Zauji juga tanyakan perihal zakat, mengapa mereka tidak meminta bantuan zakat. Jawabnya, dia sudah lebih 3 tahun memeluk agama Islam jadi tidak boleh menerima bantuan zakat. La haulawala quwwata illa billah. Mereka suami isteri berbangsa cina, memeluk agama Islam dan mempunyai seorang bayi perempuan. Lebih-lebih lagi mereka memeluk agama Islam di Kelantan, maka tidak boleh menerima bantuan zakat dari Selangor. (Hmmm???)


Suaminya, Abdul Rahman. Isterinya bernama Aisyah dan anak mereka bernama Fatimah.

Kita semua sedia maklum, bila memeluk agama Islam pastilah mereka akan dibuang oleh keluarga tambahan pula kedua-dua mereka (suami isteri) adalah 'saudara baru', kehilangan keluarga kerana memilih aqidah yang sohih, meninggalkan agama nenek moyang demi kebenaran Islam... Tetapi, apabila memeluk agama Islam, mereka dipinggirkan oleh orang Islam sendiri.

Tidak mustahil, RAMAI YANG KEMBALI MURTAD kepada agama asal mereka demi memenuhi tuntutan kehidupan. Keluarga menawarkan bantuan dengan mahar menggadaikan agama Islam dan kembali kepada agama asal. Disebabkan kesusahan hidup, kesempitan wang dan berbagai kerenah birokrasi pihak zakat yang tidak mahu membantu maka mereka yang tidak tahan dengan rencam ujian akan kembali menjadi kafir. Tidak terasa bersalahkah kita?

~ pengurusan pihak zakat perlu buat research yang mendalam tentang perkara ini ~

Semalam, sekali lagi Saudara Abdul Rahman menalifon encik zauj meminta bantuan kewangan. Pernah juga beliau menalifon mengadu sudah beberapa hari tidak makan, sekadar mengalas perut dengan air kosong. Sebagai pekerja kilang, berapalah sangat gajinya. Perlu membayar sewa rumah dan keperluan harian yang lain. Isterinya tidak bekerja...

Semalam, beliau meminta bantuan encik zauj kerana anaknya tidak sihat dan mahu dibawa berjumpa dengan doktor. Tambahan pula beberapa keperluan lain juga yang diperlukan. Semoga Allah merahmati pasangan ini dan memelihara mereka di bawah rahmat Nya, dijauhkan mereka dari terdetik untuk meninggalkan agama Islam dan kekal dengan aqidah yang sohih. Aamin.

Ana... Bagi pihak saudara Abdul Rahman, sekiranya ada pembaca yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan kepada beliau melalui :

Nama : Md Saiful Azuran B. Md Nawi
Akaun Maybank : 1530 1040 5735

dan hantarkan pesanan ke 013-969 2446 untuk memaklumkan kepada kami jumlah wang yang disumbangkan.

Semoga Allah meluaskan rezeki kalian, jazakumullah khairan.

p/s: Kalau sesiapa ada peluang pekerjaan yang membolehkan saudara Abdul Rahman tidak perlu menyewa rumah (menyediakan penginapan), boleh juga maklumkan kepada kami.

"Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah." (Saidina Ali)

Wallahua'lam.

Insyirah Soleha.

Read more...

19 April 2011

Pertemuan Meraikan Hubungan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Pada hari Ahad yang lalu, encik zauj izinkan untuk ana keluar ke Kuala Lumpur untuk shopping sedikit barangan bayi, kebetulan ada promosi penghabisan stok barangan bayi dan beberapa keperluan lain. Disebabkan pada hari Isnin encik zauj ada peperiksaan madah mu'amalat, maka ana ke Kuala Lumpur sendirian bersama anakanda di dalam rahim.

Paginya, kami berdua sarapan Nasi Kerabu di rumah sahabat zauj (yang mana zaujahnya sudah ana anggap seperti kakak ana sendiri) dek kerana zauji yang mengidam nak makan Nasi Kerabu. Akhirnya, tertunai juga hajat zauji nak makan Nasi Kerabu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, ada sahabat zauj talifon dan bercadang untuk ziarah seorang lagi sahabat zauj yang kemalangan. Padahal, jam 9.30 pagi zauji ada kuliah muslimat di surau belakang rumah.

Meraikan sahabat-sahabat dan merapatkan silaturrahim, maka selepas selesai kuliat muslimat kami terus ke rumah sahabat zauji yang kemalangan beberapa hari lalu (segan juga sebenarnya dengan tuan rumah sebab sebelum tu dah 2x ziarah). Namun, setiap pertemuan menghadiahkan kemesraan, insya Allah. Pulang dari rumah sahabat zauji, singgah di rumah ibu saudara menziarahi sepupu ana yang baru keguguran. Namun, ana sangat seronok apabila melihat sepupu yang begitu ceria dan redha dengan ujian Allah.

Seronok, bukan mudah seorang ibu untuk 'melepaskan' anaknya yang sudah mendiami di dalam rahim namun kerana yakin adanya hikmah atas setiap yang terjadi, sepupu ana begitu berlapang dada. Mudah-mudahan akan ada pengganti yang lebih baik buat kalian, amin (teringat pula kisah Nabi Khidir yang memulas tengkuk kanak-kanak yang sedang bermain sehingga mati kerana kanak-kanak tersebut apabila besar akan menjadi kafir dan menyebabkan ibubapanya menjadi kafir).

Dari Sungai Buloh menaiki komuter ke stesen Bank Negara, sengaja memilih untuk berada di dalam koc wanita namun ada juga yang 'tersesat'. Husnudzon sahaja, mungkin beliau tidak perasan bahawa koc yang dinaikinya dipenuhi dengan nisa' tanpa dia sedar hanya dia sahaja seorang rijal. Disebabkan tempat duduk penuh, maka ana berdiri seketika. Alhamdulillah, kemudian ada kerusi kosong dan tidaklah perlu untuk berdiri terlalu lama. Allah kan ada, Dia pasti akan memelihara... :)

Sampai di stesen Bank Negara, yang dinanti nampaknya belum tiba maka terus berjalan dan memasuki bangunan Sogo terus ke tingkat 7 di ruangan promosi. Leka, banyaknya baju bayi perempuan yang menggoda untuk disumbat ke dalam bakul. Hehehe, bak kata zauji sudah imraatul itu sifatnya hiasan dunia maka segala-galanya tentang nisa' adalah indah-indah. Warna-warna yang dipilih sebelum ini juga adalah bertemakan unisex jadi sama ada bayi lelaki atau perempuan, tiada masalah (",)

Beberapa minit kemudian, kelibat yang dinanti tiba juga. Ukhti Syifa' datang dengan Ukhti Fara, hihi. Dah lamaaa sangat tak berjumpa dengan Ukhti Fara, lebih dari setahun :) Mereka juga sedikit sebanyak tolong memenuhkan ruang-ruang kosong pada bakul bahkan tolong bawakan sekali bakul ana. Hihi. Mungkin kerana promosi pada pertengahan bulan dan belum kemasukan gaji jadi suasana tidaklah begitu sibuk dan sangat tenteram untuk memilih baju-baju yang ada.

Disebabkan ukhti Syifa' dan sahabatnya belum makan maka kami pun berehat di food court, alhamdulillah lega sungguh rasanya dapat merehatkan badan. Hehe... Walaupun 'kecil' tapi muatan berat yang ditampung badan buat ana cepat letih. Tambahan pula, 'berkat' makan Roti Pisang, berat bertambah 2kg. Yeay!

Berbual seketika dengan Ukhti Syifa', up-date news apa yang perlu dan beberapa cerita yang tak terluah pun. Mungkin bahasa kami adalah bahasa mata, jadi bila dah tengok muka masing-masing hilang rasa rindu yang membuak-buak dan seolah satu kelegaan bila boleh tengok muka jadi apa yang dipendam seakan terlerai dan kisah-kisah yang kononnya mahu dihikayatkan semuanya hilang dalam udara yang bertiup.

"Semalam akak balik rumah, akak terfikir betul ke akak jumpa dengan Syira tadi. Banyak sebenarnya yang akak nak cerita. Eh, akak talifon ni kenapa ye? Akak nak cakap apa ye sebenarnya dengan Syira? Eh... Macam tak caya je jumpa, sebab tak sempat nak cerita apa-apa."

Ana sudah mula mengusik ukhti.

"Ala, akak dah rindu la tu.. Tu yang talifon tu."

Kami bertemu hanya 2 jam, kemudian ana perlu segera pulang ke rumah bimbang encik zauj rindu kalau ditinggal lama-lama *sigh*

Pulang ke rumah, ada insiden di dalam komuter yang sungguh menghairankan. Akhirnya, hanya membiarkan perkara tersebut berlaku kerana melihat seorang saudara seagama memperbodohkan dirinya di hadapan semua bangsa & agama yang ada di dalam komuter (koc) tersebut, mahu menegur akan menambahkan lagi aib beliau. Diamkan diri bukan kerana redha diperlakukan sedemikian tetapi kasihan yang teramat sangat kerana beliau memperbodohkan diri sedemikian rupa.

Kasihan.

"Ya Allah, Engkau yang membolak balikkan hati manusia. Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah."

Moga hamba Allah tersebut diberikan hidayah dan taufiq Allah, aamin.

Tiba di rumah, ikut zauji ke surau dan hati seakan diberi amaran demi amaran oleh Allah azza wa jalla melalui lidah sang penceramah.

"Seorang hamba Allah itu meskipun hanya sehasta dari Syurga, dia boleh berubah sikapnya menjadi ahli Neraka. Seorang hamba Allah itu meskipun hanya sehasta dari Neraka, dia boleh berubah sikapnya menjadi ahli Syurga!"


La haula wa la quwwata illa billah.

Rabbana wahablana min ladunka zurriyyatan toyyibah
innaka sami'ud du'a, aamin.

Wallahua'lam.


Mencari kupu-kupu,
Insyirah Soleha.

Read more...

16 April 2011

Jangan Begitu Sayang...

Bismillahirrahmanirrahim.

Jauh berjalan, luas pemandangan.

Bila mendengar kisah orang lain dan berfikir dengan zikrullah, terasa hidup saling ada kaitan. Dari setiap kisah yang Allah bentangkan dalam kehidupan, pasti akan mendatangkan 'ibrah kepada kita. Dari setiap dugaan yang Allah hamparkan dalam perjalanan harian, pasti akan ada yang menambahkan pengetahuan. Ilmu itu terlalu luas, jangan disempitkan.

Bersyukurlah!

Dalam post dahulu, pernah ana kongsikan beberapa potong ayat wasiat Rasulullah kepada seorang ahli sufah iaitu Abu Hurairah.

"Redha dengan pemberian Allah nescaya kamu akan menjadi manusia yang kaya hatinya."

Memiliki hati yang qanaah (merasa puas -cukup- dengan pemberian Allah) adalah satu anugerah yang tidak ternilai kepada seorang hamba. Tidak ramai yang mampu mendidik diri dan nafsu sehingga mampu untuk memiliki sifat qanaah. Yang sering ditemui dan diri sendiri juga tergolong sebagai hamba yang tidak pernah merasa cukup dengan pemberian Allah, sering merungut dengan apa yang Allah tidak beri tanpa memupuk syukur dengan apa yang Allah sudah berikan. Astaghfirullah hal azhim...


Kisah : "Ayah Kedekut"

Semasa berkunjung ke rumah salah seorang adik, anak saya yang bongsu melihat sepupunya bermain PS2. Di rumah saya tidak ada permainan seperti itu dan anak saya minta pada sepupunya untuk bermain.

"Bagi la kita, kita nak pinjam main sekejap."

"Tak boleh."

Anak saya masih kecil, budak masih tak faham bahasa. Kalau dah besar boleh la kita pujuk dia. Remuk hati saya tengok anak saya mengalir air mata. Ibubapanya tak pula mendidik anak untuk berkongsi dengan orang lain, buat tak tahu je. Bila dah ibubapanya buat tak tahu, tak kan kita pula nak sibuk kan.

Balik ke rumah, anak saya yang bongsu merengek.

"Ayah, dia tak bagi Adik main PS2."

Allah, remuk hati saya melihat anak saya mengalir air mata di pipinya. Remuk hati ni bila anak kita dalam kesedihan. Malamnya, sebelum tidur saya tanya pada isteri.

"Yah, kamu ada simpan duit sikit?"

"Ada..."

Maka, isteri saya pun cari la duit yang disimpannya sikit-sikit dalam almari. (Style orang dulu, suka simpan duit dalam almari. Sweet je :D) Bila dikumpul-kumpul, ada la RM100++ dan duit yang saya simpan sikit-sikit tu ada la cukup nak belikan PS2 untuk anak bongsu.

Hati seorang ayah, remuk bila tengok air mata anak. Tapi anak?

Di masa lain, ada permintaan dari anak yang kita tak tunaikan. Nak tahu dia cakap apa?

"Ayah kedekut!"

Allah... Kita, jangan begitu ye.


Jangan Begitu Sayang...

Janganlah kita memiliki sifat begitu dengan Allah, al-Khaliq, ar-Rahman, ar-Rahim. Allah yang begitu pemurah telah memberi pelbagai nikmat kepada kita tanpa kita minta pun, Allah memakbulkan permintaan-permintaan yang kita hajatkan maka usahlah begitu dengan Allah. Di saat Allah memberi, kita menerima dengan kesenangan hati tanpa diiringi rasa syukur dan rendah diri. Di saat Allah tidak memakbulkan permintaan kita, maka kita dengan pantas membuat penilaian betapa Allah menzalimi kehidupan kita.


La haulawala quwwata illa billah.

Janganlah kita jadi seperti anak kecil dalam kisah di atas, kisah tersebut ana dengar dari mulut seorang ustaz yang mengajar kuliah Maghrib di surau. Mendengar kisah tersebut di awalnya tidaklah terasa apa-apa tetapi dihujungnya seakan tersentak apabila ustaz tersebut mengisahkan anak kecilnya mengatakan beliau kedekut. Terasa, betapa seorang anak selalu "buta" melihat pengorbanan ibubapa. Bahkan, lebih parah lagi sebagai seorang hamba Allah selalu saja "membutakan" mata melihat segala nikmat yang Allah bentangkan.

Janganlah sekalipun orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Ali 'Imran ayat 180)

Wallahua'lam.


Bertatih Hati,
Insyirah Soleha.

Read more...

13 April 2011

Berkelah di Gunung Brinchang


Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 26 Mac 2011 yang lalu, tertunai juga hajat nak membawa encik zauj mendaki Gunung Brinchang. Sangat berpuas hati meskipun kecut perut dengan perjalanan yang mencabar, impian untuk memanjat Menara Gunung Brinchang tidak dapat dilaksanakan kerana cuaca yang mendung bertukar kepada hujan renyai-renyai dan akhirnya hujan lebat :)

Untuk mendaki Menara Gunung Brinchang, tidak perlu kepada kepakaran tertentu tetapi memandangkan cuaca yang sedang hujan (meskipun dalam keadaan renyai-renyai), anak-anak tangganya sangatlah licin kerana menaranya dari besi. Jadi, selain sami'na waato'na dengan kata-kata zauj yang tidak berapa nak izinkan ana memanjat menara ditambah pula kesian dengan budak dalam ni yang asyik kena 'melayan' kerenah ibunya. Maka, hanya melihat menara dari bawah saja.

Takpa, takpa. Lepas bersalin nanti bawa baby tawan Gunung Brinchang!
^_~

Selepas bersiar kuch kuch hota hey di Ladang Teh BOH! kami meneruskan perjalanan ke Gunung Brinchang dengan menaiki kereta. Pak Cik ana selalu juga berkhemah di Gunung Brinchang semasa zaman bujangnya, ada juga bercadang nak buat aktiviti keluarga dengan mengadakan perkhemahan di Gunung Brinchang yang mana pada malamnya boleh menikmati cuaca yang sejuk, dan berkemungkinan besar merasa duduk di dalam awan (",)

Alhamdulillah, sudah beberapa kali menjejaki Gunung Brinchang (sebelum-sebelum ini sudah berjaya naik ke atas Menara Gunung Brinchang) dan beberapa kali juga menikmati suasana duduk di dalam awan. Suhunya yang dingin ditambah dengan kelajuan angin, boleh la perasan seketika tudung umpama bendera yang berkibar megah di atas menara apabila tidak memakai baju panas di luar.

Kali pertama mendaki Menara Gunung Brinchang, memakai baju kurung... Phewww! Sangat menjaga tatasusila dan adab kesopanan sampaikan memanjat menara pun berbaju kurung. Duduk atas menara dalam beberapa minit, angin mula bertiup agak kuat dan gugusan awan pun berarak. Allahuakbar, sejuk la juga sebab seolah-olah terasa ada penghawa dingin dalam baju. Mujur la masa tu tiada orang, bayangkan la dengan angin yang kuat dengan nak pegang baju dan tudung dari tercabut, hehehe.

Memori di Gunung Brinchang, pernah membawa ukhti Syifa' dan rakan-rakannya. Kebetulan, beberapa minit selepas tiba di atas menara, angin mulai bertiup kuat dan gugusan awan bergerak ke arah kami. Merasalah mereka duduk di dalam awan, boleh jadi sejarah dan memori indah. Badan mereka yang kecil comel, kesejukan sehingga menggigil. Masa ni dah ambil iktibar dari peristiwa lalu maka sudah siap memakai t-shirt labuh dan seluar panjang ^_^

Saat berjalan-jalan dengan zauji dan juga sahabat kami, ana membawa bekal dari rumah. Nasi goreng sarapan pagi yang masih banyak dijadikan juadah mengalas perut kami di atas puncak Gunung Brinchang.

"Ok, sekarang kita berada di puncak Cameron Highlands! Sila berbangga... Hehehe."

Melihat keletah anak sahabat yang seolah-olah merasakan 'dunia ini aku yang punya' berjalan ke sini sana tanpa menghiraukan cuaca yang sejuk. Peralihan cuaca dari mendung ke hujan renyai-renyai dan akhirnya hujan lebat kemudian renyai-renyai semula :)

"Mencabar sungguh nak sampai sini."

Hehe, pesakit jantung, darah tinggi dan ibu mengandung tidak digalakkan untuk 'bergalak' nak mendaki Gunung Brinchang meskipun menggunakan kereta atau pacuan 4 roda yang disediakan oleh perkhidmatan pelancong kerana jalannya yang sangat mencabar memerlukan ketahanan diri dan semangat yang kental (kononnya nak mengaku kuat semangat dan kental la ni... :P).

Boleh juga dibanggakan, walaupun tidak mendaki dengan kaki tetapi melepak dan siap makan tengah hari di puncak Cameron Highlands, melawan suhu yang sejuk di puncak Gunung Brinchang adalah salah satu perkara yang tidak semua pelancong menikmatinya ^_~

Foto-foto sekitar Gunung Brinchang


Selesai mengambil makanan...


Lunch hour! Perut lapar...


I don't care whatever happen, I just care my stomach :P


Menara Telekom (line celcom dapat full bar di sini :P) di hadapan dan Menara Gunung Brinchang di belakang (agak terlindung)


Dari Menara Gunung Brinchang, tak nampak apa sebab hujan. Kalau cuaca cerah, masya Allah pemandangannya sangat indah. Boleh nampak Hotel Equatorial yang terletak di Brinchang.

Insyirah Soleha

Read more...

12 April 2011

Nostalgia Malam Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim.

Cerita minggu lepas, 7 April 2011. Hari Khamis malam Jumaat memahat satu kisah yang begitu meruntun hati, tak pasti apa yang orang lain rasakan tetapi apa yang ana rasa... Mahu ana kongsikan di kanvas sepi ini supaya di hari kemudian boleh ana baca dan ulangi kembali memori yang indah tersebut.

Pada hari tersebut, ana mengikuti zauj ke Semenyeh untuk kuliah Maghrib. Sahabat zauj (Ustaz Zul) belanja makan di restoran dan kemudian kami ke surau yang dijadualkan untuk kuliah Maghrib. Tiada apa-apa yang lain, cuma selepas selesai solat Maghrib dan sebelum memulakan kuliah, pengerusi surau memaklumkan ada peristiwa istimewa yang akan dijalankan selepas solat Isyak.

Oleh kerana malam Jumaat, maka zauj membacakan khulasoh (ringkasan) al-Quran dan memetik kisah di dalam surah al-Kahfi sebagai juadah jiwa. Zauj menceritakan 4 kisah yang terdapat di dalam surah al-Kahfi, 10 ayat terakhirnya sebagai pendinding diri dari fitnah Dajjal. Ralit, duduk mendengar dan sesekali jari mencatit sesuatu di dalam buku.

Kisah 1 : Ashabul Kahfi (ayat 9-26)

Kafir Quraisy menggunakan Yahudi sebagai penasihat untuk menjatuhkan Rasulullah s.a.w., maka Yahudi menyeru kepada golongan kafir Quraisy untuk mengajukan 3 soalan kepada Rasulullah s.a.w., sekiranya Rasulullah boleh menjawab 2 soalan maka benar beliau seorang Rasul dan sekiranya Rasulullah boleh menjawab ketiga-tiga soalan, maka beliau hanyalah seorang pendusta.

Soalan yahudi :

1. Siapakah yang tidur selama 300 tahun (dalam kiraan tahun hijriah 309 tahun)?
2. Siapakah yang menguasai timur dan barat?
3. Apa itu roh?

Nabi menyuruh kafir Quraisy tersebut pulang dan hanya akan menjawabnya beberapa hari kemudian (selepas mendapat wahyu dari Allah taala). Jawapan yang diberikan oleh Nabi kepada kafir Quraisy tersebut adalah :

1. Ashabul kahfi
2. Zulkarnain
3. (jawapan mengenai persoalan roh dijawab oleh Allah di dalam surah al-Isra')

Kisah 2 : 2 Beradik Yang Kaya (ayat 32-46)

2 beradik yang kematian ibubapa dikurniakan 2 bidang tanah. Si Abang menggunakan harta tersebut ke jalan maksiat (kemungkaran) dan Si Adik menggunakan harta tersebut dengan jalan kebajikan, banyak melakukan infaq. Si Abang yang melihat keluasan tanah adiknya semakin berkurangan lalu bertanya kehairanan, untuk apa engkau menginfaqkan hartamu kepada orang-orang miskin, kalau mereka mahu (kekayaan/kesenangan) mestilah dengan usaha sendiri. Tetapi, Si Adik lebih menyukai untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Pada suatu hari, Abangnya ke ladang tanamannya dan melihat kesemua pokok-pokok yang ditanam mati dan tidak ada apa yang tinggal, dalam sekelip mata Allah musnahkan kesemua tanaman yang ada. Hakikatnya, kepunyaan Allah lah apa yang ada di langit dan di bumi.

Pengajarannya: Apabila memandang yang cantik/indah maka sebutlah 'MASYA ALLAH', apabila melihat tanaman membesar dengan baik, pokok subur dengan baik maka perbanyakkanlah menyebut 'MASYA ALLAH'. Apabila melihat sesuatu yang tidak baik, mendengar apa-apa yang tidak baik maka sebutlah 'SUBHANALLAH'. (Masalah orang Melayu jadi terbalik, yang indah disebut subhanaLLah dan yang buruk disebut masyaAllah)

Kisah 3 : Kembara Nabi Musa & Nabi Khidir (ayat 60-82)

Ketika Nabi Musa berceramah di hadapan kaumnya, seorang pendengar bertanya "adakah lagi orang yang lebih alim dari engkau?" maka Nabi Musa a.s. menjawab "tidak". Kemudian, Nabi Musa ditegur oleh Allah taala bahawa Nabi Musa alim dalam ilmu syariat manakala ada orang yang lebih alim tetapi di bidang lain (laduni) iaitu Nabi Khidir a.s..

Maka, Nabi Musa memulakan kembaranya untuk berjumpa dengan Nabi Khidir a.s. dengan membawa Nusya Bin Nun, dengan berbekalkan ikan sebagai petunjuk (ikan tersebut akan hidup di muara pertemuan dua air dan apabila berenang airnya tidak akan bercantum) tempat pertemuan dengan Nabi Khidir a.s..

Dipendekkan kisah, akhirnya Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir di tempat pertemuan yang telah Allah beri petunjuk. Syarat yang diberikan oleh Nabi Khidir kepada Nabi Musa ialah Nabi Musa tidak dibenarkan bertanya mengapa dan kenapa Nabi Khidir melakukan sesuatu dan hanya melihat sahaja. Setelah mempersetujui, maka mereka mengembara bersama.

Situasi 1.

Semasa menaiki sampan, apabila hampir tiba di tebing maka Nabi Khidir menebuk lubang pada sampan yang mereka naiki tersebut. Nabi Musa kehairanan dan bertanya mengapa Nabi Khidir menebuk lubang pada sampan tersebut sehingga hampir tenggelam. Nabi Khidir menjawab, "kan aku dah kata jangan tanya apa-apa".

Situasi 2.

Tiba di suatu tempat, Nabi Khidir memulas tengkuk seorang budak yang sedang bermain sehingga kanak-kanak itu mati. Nabi Musa mula marah kerana di dalam ilmu pensyariatan, membunuh dengan sengaja adalah haram. Nabi Khidir lalu menjawab, "kan aku dah kata jangan tanya apa-apa. Sekali lagi kamu bertanya, kita berpisah."

Situasi 3.

Tiba di suatu kampung, Nabi Khidir dan Nabi Musa yang kelaparan meminta untuk menjadi tetamu kepada mana-mana penduduk agar mendapat makanan tetapi tidak ada seorang pun penduduk kampung yang mahu menerima mereka sebagai tetamu. Mereka terus berjalan di hujung kampung dan melihat tembok yang hampir runtuh maka Nabi Khidir membaiki tembok tersebut.

Nabi Musa hairan, sudahlah tidak dibantu penduduk kampung dan tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu, Nabi Khidir bahkan membaiki tembok yang hampir runtuh tersebut sedangkan semasa menaiki sampan, dibocorkan. Tengkuk kanak-kanak yang bermain, dipulas sehingga mati.

Maka, Nabi Khidir berkata "kan aku dah kata jangan tanya apa-apa. Sekarang, kita berpisah." Ilmu yang ada pada Nabi Musa adalah ilmu pensyariatan sedangkan ilmu yang dimiliki oleh Nabi Khidir adalah ilmu laduni dan ianya tidak boleh dipelajari kerana ia terus kepada Allah. Sebelum berpisah, Nabi Khidir menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Nabi Musa tentang ketiga-tiga peristiwa yang berlaku.

1. Pemerintah akan merampas kesemua sampan yang cantik dan hanya akan melepaskan sampan yang bocor kepada rakyat. Sedangkan pemilik sampan tersebut hanya memiliki sampan itu untuk menyara kehidupan keluarganya.

2. Kanak-kanak tersebut apabila besar dia akan menjadi kafir bahkan dia akan menyebabkan kedua ibubapanya menjadi kafir. Setelah dimatikan, maka Allah akan menggantikan dengan kehadiran anak yang lebih baik. Ini kerana, kedua ibubapa kanak-kanak itu adalah orang yang soleh.

3. Berhampiran tembok itu ada peninggalan harta ibubapa kepada anak-anak yang sudah menjadi yatim. Sekiranya tembok itu runtuh maka anak-anak tersebut tidak akan tahu tentang peninggalan harta tersebut (yang tertimbus dengan tembok) dan apabila besar mereka akan digerakkan hati untuk mengorek kembali harta tersebut.

Sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat; "Sekiranya Nabi Musa bersabar dengan Nabi Khidir, maka tentulah kita akan mendengar banyak cerita yang menarik."

Kisah 4 : Zulkarnain (ayat 83-98)

Allah memberi kelebihan kepadanya untuk menutup pintu Yakjuj & Makjuj sehinggalah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Pada zaman Nabi Muhammad, pintu Yakjuj & Makjuj dibuka sedikit demi sedikit (yang mana sebelum itu setiap kali mahu dibuka, ada malaikat yang menutupnya kembali).

Khulasoh Surah al-Kahfi (khulasoh dah tu, tapi panjang semacam juga :P)

Selepas selesai kuliah Maghrib, kami ke rumah Ustaz Zul. Disebabkan ana yang batuk-batuk manja (di restoran selepas makan) maka Ustaz Zul berjanji mahu berikan ubat kepada ana untuk mengurangkan batuk. Awalnya, beliau menyangkakan ana kurang sesuai dengan hidangan tersebut tetapi zauj maklumkan bahawa ana sudah 2 minggu batuk mengada-ngada (pandai-pandai tambah, zauji tak cakap macam tu pun :P).

Maka, di surah Ustaz Zul kami dihidangkan Kopi Faqih (produk Ustaz Zul) yang sedap dan harum. Zauji dan Ustaz Zul berbual, ana membaca Harakah (zaujah Ustaz Zul tiada di rumah, menjaga anaknya di wad) dan mula terbatuk-batuk sehinggalah satu tahap duduk melutut dan zauji tepukkan belakang. Akhirnya, masuk ke tandas dan meneruskan sesi membatukkan diri.

Ustaz Zul berikan Minyak Seribu Hikmah eksrak bahan-bahan sunnah dan suruh ana sapu di tekak. Beliau seorang pengamal perubatan (homeopati :- tak reti eja :P) dan dititipkan juga sejenis ubat hisap (macam gula-gula) untuk ana ambil bila perlu. Disebabkan beliau boleh merawat melalui frekuensi, maka di'baca' sekali yang ana kadang-kadang gementar tak tentu pasal tapi masalah biasa je, mengandung katanya :D

Jam 11 malam, zauji minta diri. Masuk kereta, tak sampai 10 saat terus turunkan niqab dan cakap pada zauji... "semput" yeyey...! Dah lama tak semput, makin lama makin teruk dan semakin teruk sebabnya tersalah masuk highway sehingga masuk ke dalam bandar Kuala Lumpur. Aduh... Memori terakhir yang ana ingat, plaza tol kemudian 'lost' (tak sedar diri :P) dan bila sedar je dah sampai rumah dan zauji tengah tepuk pipi yang comel.

Berlaku insiden-insiden yang tak best sehingga masuk ke kamar beradu, duduk menenangkan kesemputan yang sangat teruk. Lalalala... Zauji nak angkut ke hospital tetapi ana menggeleng lemah, bukan takut apa cuma malas nak kena tahan dalam wad. Rasanya boleh bertahan lagi, tak perlukan bantuan gas oksigen. Kalau dah rasa tak boleh bernafas langsung, boleh suruh zauj buat CPR jer (kuang kuang kuang :P).

Maka, ketiduran dalam keadaan duduk ditambah dengan sakit perut yang agak dahsyat di sebabkan cik baby yang asyik kicking and boxing, mungkin dia pun tak selesa sebab ana asyik batuuuuuuk je.

Sebenarnya, apa yang nostalgia sangat cerita pasal serangan semput selepas diserang batuk sampai pengsan? Tak ada apa-apa yang best pun kan? Haaa... Siapa suruh baca :P

Dan sebenarnya (ok, ni bukan tajuk lagu Yuna), apa yang sangat istimewa dan nostalgia saaangat malam Jumaat tersebut ialah selepas solat Isyak, zauji habibi qalbi mengiringi syahadah seorang saudara baru warga Nepal yang berusia 20 tahun.

"Bukan kita (encik zauj) yang islamkan dia tetapi majikannya yang buat dia tertarik dengan Islam. Kita (encik zauj) hanya pimpin majlis syahadah je."

Sebelum mengucapkan kalimah syahadah, zauj membacakan beberapa potong doa dan hadith dari Nabi s.a.w., saat mendengar kalimah-kalimah tersebut terasa sesuatu sehingga meremang bulu roma, satu perasaan yang saaaangat aneh yang tak pernah dirasakan sebelum ini. Apabila mendengar beliau (saudara baru) mengikuti kalam syahadah yang zauji sebutkan, ana mengikut perlahan dan seolah-olah ana seorang bayi yang baru dilahirkan (cet, perasan!). Ok, sebenarnya bukan perasan seperti seorang bayi tetapi berperasaan seperti anak kecil yang dhaif, terasa dhaif sangat. Allah... Tak boleh nak explain :)

Bila pulang ke rumah, semput yang sangat teruk sehingga zauji nak heret (eh, tipu sangat je pun) ke hospital maka merasa betapa 'kecil'nya ana, sampai bila-bila pun ana tetap 'kecil' juga macam baby... Hihihi.

Wallahua'lam


"Anak ummi yang soleh, sila bersabar dan bertenang. Sila jangan keluar dalam masa terdekat. Ummi nak 'menikmati' zaman jadi baby dulu yerp!"

Indahnya malam tersebut...

p/s : Terkenang haramain ^_^

Read more...

09 April 2011

Zuriat Anugerah Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa kali mahu menulis artikel ini tetapi selalu berpura-pura sibuk dan akhirnya menulis artikel lain. Artikel ini buat hiburan untuk diri sendiri dan suami yang dikasihi, terima kasih banyak-banyak atas tiupan kasih sayang dan hembusan tazkiyyatun nafs berpanjangan, moga Allah meredhai hubungan kita. Aamin...

Last antenatal check-up, kena marah sebab 'disyakki' memakai pakaian yang ketat sehingga baby tak boleh membesar dengan baik. Ana amatlah blur bila menjadi saspek pakaian yang ketat kerana sejak kecil ummi sudah membiasakan ana dengan pakaian yang longgar, sesekali pakai skirt pun yang jenis besar-besar. Tak tahu nak salahkan siapa, dah perut ana tak besar macam orang lain tak kan nak pam macam belon kot. :P

Ana jarang berbual dengan ibu-ibu yang lain semasa menanti giliran sebab ana cepat stress bila orang berbual hal yang entah apa-apa, jadi ana membawa buku sebagai teman. Seawal jam 6.50 pagi zauj hantar ke klinik dan ana mendapat no 19, tahukah anda bahawa kakak di sebelah ana yang tiba jam 7.30 pagi mendapat giliran yang ke-59!

Sambil menunggu giliran untuk diperiksa, hanya mendengar perbualan insan disekeliling.

"Dah 4 anak lelaki, harapnya yang ini perempuan sampai suami saya cakap pada anak-anak 'mama ni nanti dapat anak perempuan habislah semua duitnya melabur untuk anak perempuan', ye lah dah 10 tahun menanti. Kalau dapat perempuan, cukup lah tak nak mengandung lagi."

"Anak sulung dengan kedua lelaki, harap-harap yang ini perempuan. Rumah tu dah macam neraka, anak-anak akak nakal sangat tak macam anak orang lain. Nak bawa jalan rumah kawan-kawan pun malu, tinggal dengan nenek diorang je la. Orang kata nak anak perempuan baca surah ni, nak anak lelaki baca surah ni. Kita dah tak pandang surah yang lelaki, baca surah yang perempuan je."

La haulawala quwwata illa billah.

Ketap bibir, teringat pada kata-kata zauji pada ana. Hakikatnya, insan sekeliling selalu 'mendidik' dan 'menegur' untuk terus belajar dan mengenali al-Quran, mengambil 'ibrah dari apa yang terkandung di dalam al-Quran.

Mana-mana pasangan yang baru berkahwin, pasti tidak akan terlepas dengan soalan cepumas. Hatta ana sendiri sehingga sekarang sering ditanya soalan yang sama.

"Dah ada isi?"

Bukan semua orang boleh menerima soalan ini, tetapi ana sangat kagum pada mereka yang menganggap soalan-soalan itu seperti satu doa meski usia perkahwinan semakin meningkat tanpa ada tanda untuk mendapat zuriat. Salah faham manusia mengenai zuriat ialah pasangan yang 'memberi' zuriat, mereka terlupa bahawa yang menghidup dan mematikan manusia adalah Allah. Yang meniup roh dan mencabut nyawa manusia juga adalah Allah. Bila mempersoalkan urusan kejadian manusia, samalah seperti mempersoalkan kerja Allah! Allahuakbar.

Pada yang sudah berkahwin dan dikurniakan anak-anak, ada yang tetap tidak berpuas hati dengan anugerah Ilahi tersebut. Apabila direnung-renung, dia lebih beruntung mempunyai zuriat berbanding dengan orang yang langsung tidak dikurniakan zuriat. Itulah, dalam al-Quran pun Allah dah cakap bahawa terlalu sedikit dikalangan hamba Nya yang bersyukur!

Allah menghadiahkan zauj yang diilhamkan untuk memberi peringatan berpanjangan buat ana, sering menitipkan pesan melalui kalam-kalam Tuhan dan hadith-hadith Nabi, sering mengkisahkan pelbagai 'ibrah dari al-Quran untuk ana teladani dan menghiburkan hati ana dengan cara syari'e.

Kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syura juzuk ke 25, Ayat 49-50)


Allahuakbar!

Ada yang Allah kurniakan kesemua anaknya perempuan.
Ada yang Allah kurniakan kesemua anaknya lelaki.
Ada yang Allah kurniakan anak lelaki dan perempuan.
Ada yang Allah menjadikan mandul.

Dalam al-Quran terlebih dahulu membahaskan persoalan ini, tetapi sejauh mana kita menerima ketentuan dari Allah.


~ colours of life, muka baru bangun tidur ~

Apa sahaja yang berada di dalam rahim seorang ibu, hanya Allah jugalah yang Maha Mengetahui. Tidak dinafikan, dengan teknologi kita boleh mengenalpasti jantina bayi di dalam kandungan seorang ibu tetapi ketentuan dari Ilahi tidak akan boleh kita sanggahi. Cerita dari sahabat zauj, isterinya melaksanakan ujian ultrasound dan doktor mengesahkan bayi di dalam kandungan adalah lelaki, keesokan hari isterinya melahirkan seorang bayi perempuan. Allahuakbar.

Teknologi hanyalah ciptaan manusia yang sudah pasti ada banyak kekurangan berbanding dengan apa yang Allah ciptakan. Jadi, usahlah terlalu bergantung kepercayaan kepada ciptaan manusia dan didiklah diri untuk menggantung harap kepada Pencipta kita.

Kisah 1

Suatu ketika, sepasang suami isteri yang sudah 20 tahun berkahwin tetapi tidak dikurniakan zuriat. Suaminya bertemu dengan Imam Abu Hanifah dan meminta pandangan darinya, Imam Abu Hanifah menyarankan pasangan tersebut (suami dan isteri) melakukan solat Tahajud dan beristighfar sebanyak-banyaknya pada setiap malam. Sebulan kemudian, lelaki tersebut bertemu dengan Imam Abu Hanifah dan menyatakan bahawa isterinya sudah ada tanda-tanda hamil. Allahuakbar.

Kisah 2

Nabi Zakaria a.s. merasa hairan melihat Maryam mendapat buah-buahan di luar musim (pada musim sejuk ada buah-buahan musim panas, pada musim panas ada buah-buahan musim sejuk) lalu bertanyakan kepada Maryam siapa yang memberi buah-buahan tersebut. Maryam menjawab "Allah yang memberi kepadaku" lalu Nabi Zakaria a.s. menanam yakin bahawa setiap perkara yang dirasakan mustahil (bagi pemikiran seorang manusia) tidak mustahil bagi Allah untuk melakukannya.

Meski di usia yang lanjut, atas dasar iman (yakin) yang tinggi dan doa yang tidak putus-putus maka Allah mengurniakan zuriat buat Nabi Zakaria dan isterinya meskipun pada pemikiran manusia seorang wanita yang tua mana boleh mengandung lagi. Tetapi, apabila Allah mengkehendaki perkara tersebut maka semuanya akan terjadi dengan kehendak Allah. Allahuakbar.

Kisah 3

Malaikat yang mendatangi Maryam di dalam mihram menyuruh Maryam bersujud kemudian Allah meniupkan roh Nabi Isa a.s. di dalam rahim Maryam ~ jadi kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkan zuriat, boleh ambil 'ibrah dari kisah Maryam iaitu memperbanyakkan sujud kepada Allah taala.

Sangat tidak bersetuju apabila orang mengatakan "kalau nak anak perempuan baca surah ini, kalau nak anak lelaki baca surah ini", renungkan kata-kata Saidina Ali.

"Aku tidak meminta anak yang baik rupa dan bentuk dari Tuhanku, aku menginginkan dari Nya anak yang taat dan takut kepada Allah."


Alangkah indahnya apabila seorang ibu sedari alam rahim membiasakan anaknya mendengar keseluruhan isi kandungan di dalam al-Quran bukan sekadar membaca surah-surah tertentu seperti yang selalu diamalkan sekarang. Islam bukan diambil mengikut apa yang sesuai dengan nafsu (kehendak) kita sebaliknya Islam menyeliputi keseluruhan aspek kehidupan maka ambillah cara hidup islami dan didiklah anak-anak sedari awal agar mereka merasa keindahan hidup bersyariat.

Malam Jumaat yang lepas, mengikuti zauji menghadiri kuliah di Semenyeh. Sahabat zauji bawa dua anak perempuannya bersama. Waktu tiba di surau, orang sudah selesai solat Maghrib. Selepas ambil wuduk, ana terus solat Maghrib dan sudah masuk rakaat ke-3 baru ana menyedari bahawa anak-anak sahabat zauji ikut masbuk di dalam solat (kerana mereka selesai berwuduk lewat dari ana). Allahuakbar, masih sekolah rendah tetapi sudah faham untuk masbuk di dalam solat. *emosional*

Ibu mereka meninggal sewaktu adik bongsu mereka berusia 3 bulan, kemudian bapa mereka berkahwin lain tetapi tidak dikurniakan anak. Ibu tiri merekalah yang menggalas tanggungjawab seorang ibu dalam mentarbiyyah mereka dengan suasana islamik, sangat mengharukan. Bila meletakkan agama sebagai perjuangan, terasa seolah-olah duri yang menusuk tajam di kaki hanya ibarat debu dan akan hilang selepas dicuci.

"Rabbana wahablana min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka sami'ud doa."

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.

Doa Nabi Zakaria, terdapat di dalam Surah Ali Imran ayat 38.


Wallahua'lam.


Di Bawah Teduhan Awan,
Insyirah Soleha.

Read more...

07 April 2011

Bukan Sekadar Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekarang musim peperiksaan. Ada sahabat yang sudah, sedang dan bakal menghadapi peperiksaan semester. Ada sahabat yang menghadapi peperiksaan semester akhir di tahun akhir sebelum menjalani latihan praktikum. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang, insya Allah.

Seringkali apabila merasa 'sempit' dan dalam keadaan 'terpaksa', baru kita teringat kepada Pencipta. Kalau di waktu 'lapang' dan 'tidak memerlukan' maka kita seolah-olah membuang Tuhan, na'uzubillah.

Bila hampir menjelang peperiksaan, baru bersungguh semasa berdoa selepas solat. Itupun bagi mereka yang masih ingat adanya Tuhan (maka dia bersolat), ramai yang merasa tidak penting baginya atau dalam erti kata lain tiada keperluan kepada 'adanya' Tuhan untuknya maka segala yang dilakukan hanyalah untuk diri sendiri bertujuan dunia semata-mata.

Di ambang peperiksaan, ramai yang menjadi takut dan susah hati. Bimbang tidak mampu memberikan keputusan yang terbaik di mata ibu bapa, bimbang tidak mampu mengekalkan kecemerlangan lalu, bimbang tidak mampu menaikkan peratusan kelulusan yang lalu dan kebimbangan-kebimbangan ini hanya lahir di ambang peperiksaan sedangkan di saat peperiksaan masih jauh (lambat lagi) kita merasa seolah-olah 'dunia ini aku yang punya' tanpa ada kesedaran dan minat untuk BERUSAHA.

Dalam kehidupan kita di dunia, hubungan seorang manusia bukanlah hanya dengan manusia lain tetapi tali pengikat hubungan adalah Allah. Hablum minaLLAH wa hablum minannas. Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan sesama manusia. Tunaikanlah hak-hak Allah, insya Allah pasti Allah akan menjaga hak-hak kita. Tunaikan hak-hak sesama muslim, insya Allah pasti Allah akan menjaga hak-hak kita.

"Saya takut nak menghadapi peperiksaan, saya bimbang tak mampu lulus lagi macam semester lalu."

Sebagai seorang HAMBA, yang perlu kita lakukan adalah USAHA dengan seBAIK mungkin. Maksimakan kemampuan dan keluarkan kelebihan yang ada pada diri, berAZAM untuk berjaya dan melakukan usaha yang TERBAIK sepanjang proses pendidikan dan peperiksaan.

TAWAKKAL kepada Allah dengan meletakkan seluruh pengharapan hanya kepada Allah yang pasti akan membantu hamba-hamba Nya. Serahkanlah hatimu kepada Allah, NATIJAH (keputusan) itu adalah urusan Allah.


Ingat, sebagai manusia (hamba) kita hanya perlu berusaha yang terbaik dan melaksanakan yang terbaik. Jangan lupa, natijah itu adalah urusan Allah. Apabila kita sibuk memikirkan perihal natijah, seolah-olah kita menyibuk urusan Allah. Allahuakbar.


Peperiksaan bukan hanya medan menguji ketajaman fikiran dan tumpuan minda untuk mencerna maklumat yang sudah di'download'kan ke dalam otak, peperiksaan juga bukan sekadar menguji kepintaran seseorang dalam mengaplikasikan teori yang dihadamkan ke dalam sel-sel otak.

Ia juga peperiksaan terhadap iman (keyakinan) kita kepada Allah. Seorang hamba yang beriman, apabila sudah berusaha sebaik mungkin dia tidak akan merasa gundah dan resah untuk menghadapi peperiksaan kerana dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dengan belajar bersungguh-sungguh dan menyerahkan urusan natijah kepada Allah.

Ada orang yang berusaha secara terbaik tetapi tetap gagal dalam peperiksaan. Selain perlu muhasabah kaedah 'terbaik' yang dilakukan, perlu juga melihat bagaimana hubungannya dengan Allah apakah sudah menunaikan hak-hak Allah dengan sebaiknya? Bagaimana hubungannya sesama manusia, apakah dia berbuat baik kepada ibubapanya, bagaimana pula sikapnya dengan gurunya, bagaimana akhlaqnya dengan sahabat-sahabat dan orang disekitarnya?

Saban waktu, menjelang peperiksaan kita akan memohon kemaafan dan meminta orang disekeliling menghalalkan apa yang terlebih dan terkurang (dalam hal akhlaq dan mungkin juga pada sudut material). Alhamdulillah, kesedaran untuk 'selesaikan' hutang sesama manusia sebelum menempuh peperiksaan sebenarnya akan menyuntik roh yang baru. Lebih baik kalau ianya dijadikan amalan, bukan sekadar trend menjelang peperiksaan.

Hati akan tenang kerana dosa sesama manusia sudah 'selesai', maka pohonlah keampunan yang bersungguh-sungguh dari Allah semoga dengan keampunan Allah akan memberi kelazatan kepada hati untuk mendapat ilmu bermanfaat yang barakah! :)


"Saya takut gagal"

"Saya sudah gagal"

Tidak ada kata putus asa bagi riwayat seorang muslim, berjalan dan teruslah berjalan. Masa tidak boleh diputarkan kembali dan peluang yang diberikan Allah ini, manfaatkanlah ia sebaik-baiknya bimbang peluang ini juga kita lepaskan maka tiada lagi peluang yang akan hadir kerana kita tidak tahu tempoh riwayat hidup kita sehinggalah nyawa kita ditarik oleh malaikat maut.

Andai kita belajar kerana Allah (seperti yang selalu diungkapkan) maka mengapa bimbang tentang urusan Allah (natijah peperiksaan) kerana Allah selalu memberi mengikut kadar usaha hamba tersebut. Allah tidak mengubah nasib kamu selain kamu mengubah nasib dirimu sendiri.

Ingat, sebagai seorang hamba (manusia) yang perlu kita laksanakan adalah usaha yang terbaik! Natijah itu urusan Allah, apabila kamu terlalu memikirkan perihal natijah seolah-olah kamu mencampuri urusan Allah!


Wallahua'lam.


Encik zauj, insya Allah lepas habis exam nanti kita wat Rose Chicken yerp! Bukan kira lulus ke tak lulus ke, dapat 4.0 ke tak dapat. Sebagai budak 'tecik' yang comel, mahu reward dengan Rose Chicken selepas exam sebagai upah naik turun tangga library. Sila hadapi exam dengan tenang.

p.s : Maap la kalau ada yang sedang berpuasa ^__^



~ SaLaM iMTiHaN ~


Insyirah Soleha

Read more...

05 April 2011

Hati Yang Kaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Jari segan-segan silu nak menaip. ^__^

Teringat pada wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Abu Hurairah. "Redha dengan pemberian Allah nescaya kamu akan menjadi manusia yang kaya hatinya."

Redha dan sabar umpama kembar siam, ungkapan yang sering dikepilkan bersama saat menghadapi sesuatu musibah. Apabila melihat manusia lain diberikan ujian, tidak jarang kita mengungkapkan ungkapan "sabar dan redha, insya Allah ada hikmah dari Allah."

Walaupun nampak macam kembar siam, hakikat redha dan sabar sangat berbeza.
Sabar ~ menahan diri dan mengikat hati dari merungut dengan apa yang berlaku.
Redha ~ tiada apa yang mahu diluahkan, tak rasa 'tercuit' dengan apa yang berlaku.

Ramai yang sabar dengan takdir (ujian, bala, musibah) tetapi sangat sedikit yang redha. Redha di dalam hati yang mana hanya urusan dia dan Allah sahaja.

Sebuah kisah yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas di mana Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya; "sekiranya mahu melihat wanita syurga, maka lihatlah pada wanita itu." Apakah hebatnya seorang wanita yang lemah (fizikalnya) sehingga dikatakan sebagai ahli syurga. Kita pasti pernah mendengar hadith dari Rasulullah bahawa kebanyakan penghuni neraka terdiri dari wanita, jadi... mari kita berkenalan dengan wanita penghuni syurga.

Dia bukanlah seorang srikandi yang berjuang di medan perang membunuh kaum kafir musyrikin, dia bukanlah seorang wanita yang selalu menjadi sebutan orang atau dia tidaklah dikenali sebagai seorang wanita yang hebat namun dia adalah wanita yang Rasulullah ungkapkan "sekiranya mahu melihat wanita syurga, maka lihatlah pada wanita itu."

Pada suatu hari, seorang wanita berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan minta supaya Rasulullah mendoakan untuknya agar diberikan kesembuhan oleh Allah taala dari penyakit sawan babi.

Rasulullah s.a.w. menjawab "aku boleh berdoa minta Allah sembuhkan kamu tetapi kalau kamu sabar maka kamu akan mendapat syurga." Lalu wanita tersebut meminta kepada Rasulullah s.a.w. mendoakan agar Allah tidak menyelak kainnya ketika diserang penyakit sawan babi.


Rasulullah s.a.w. menjamin bahawa wanita tersebut masuk ke dalam syurga... Allahuakbar!

Di dalam keadaan yang tidak sedar apabila diserang penyakit sawan babi, pastilah seorang wanita akan kelihatan aib apatah lagi auratnya mungkin akan terselak dan dilihat oleh orang lain. Dalam keadaan yang tidak sedar (darurat) pun beliau MALU sekiranya auratnya dilihat oleh orang lain, inikan kita yang sedar (sihat dan waras fikiran) tidak segan silu menunjukkan aurat di hadapan orang lain. Bahkan, merasa bangga! Na'uzubillah.

* Usah minta dikurangkan ujian tetapi pintalah diberatkan iman *

Kita hanya sukakan perkara yang baik dan melihat ujian serta musibah adalah bala. Hakikatnya, seorang manusia hanyalah hamba Allah yang layak untuk diuji. Setiap orang teruji tetapi dengan ujian yang tidak sama. Ada manusia yang diuji dengan kebahagiaan sehingga dia terlupa bersyukur kepada Pemberi kebahagiaan tersebut. Ada manusia yang diuji dengan derita berpanjangan sehingga terlupa bagaimana rasanya menjadi bahagia.

Hakikatnya, keindahan, kelazatan dan kenikmatan yang zahir itu adalah ujian yang lebih berat dibandingkan dengan ujian keresahan, kesengsaraan dan sebagainya. Apabila diuji dengan perkara yang membuatkan kita SERONOK, maka kita akan mudah lupa dengan Allah dan sangat sedikit yang tetap bersyukur kepada Allah sedangkan manusia yang diuji dengan perkara yang MENDUKACITAKAN maka kita akan merasa 'disentap' dan berfikir, moga taufiq dari Allah akan memandu kita kembali ke pangkuan Nya.

Kadang-kadang, kita melihat orang yang diuji dengan pelbagai rencam ujian tetap dengan wajah yang tenang... Kita jadi pelik dan dalam masa yang sama merasa kagum apalah yang menguatkan hatinya sehingga begitu kukuh berdiri. Kita lupa untuk merasa bahawa wajah yang tenang lahir dari hati yang punya hubungan akrab dengan Allah. Mereka berpuas hati (redha) dengan segala pemberian dari Allah, maka hati yang kaya itu tersinar pada wajah mereka.


Meski hujan, dia tetap mahu berjalan sakan pada cerun bukit. Kembaranya baru bermula dengan langkah pertama, bezanya dia BERANI mencuba meski jatuh berkali-kali dia tetap bangun memulakan langkah baru dengan senyuman yang sungguh menggoda. *grrrr...*

Tidak penting sebanyak mana ujian yang menghempap kamu, yang penting bagaimana kamu berdepan dengan ujian tersebut. Caiyok! Caiyok! ^_^

Wallahua'lam.

Insyirah Soleha.

Read more...

02 April 2011

Mujahadah Tidak Mudah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesekali menyelak kembali coretan-coretan yang dikirimkan oleh teman-teman yang sudah beberapa tahun tersimpan, sekadar mengingati memori semalam yang terasa masih segar lagi di benak fikiran. Ada pelbagai rasa yang menyinggah, terkadang mengugah emosi yang rapuh. Namun, air mata haru dan sayu dipinggirkan kerana dalam perjuangan pasti ada cabaran.

Beberapa hari sebelum menikah, sambil mengemas barang-barang lama terjumpa kotak simpanan yang menyimpan banyak warkah-warkah dari kekanda Syifa' Mardiyyah dan juga kekanda Amiera Salmi. Warkah yang tersimpan kemas, masih berlipat dan bagaikan semalam ia tercatit di lembaran putih tersebut. Sambil membaca, mengimbau kenangan dan mengingatkan kembali apa yang pernah dilakarkan, air mata merembes laju lalu pada jendela yang dikuak luas... Pandang pada langit yang gelap, ada bebintang yang menyinar di hujung seakan memberi sinar pada hati yang rawan.

Selepas berkahwin, ana masih menjadi 'adik manja' kepada kekanda Syifa' Mardiyyah dan selalu menjadi 'adik manja' kepadanya. Tambahan pula, beliau sudah katakan walaupun ana bercicit sekalipun ana tetap menjadi 'adik manja' untuknya. Kami masih bertemu, berkasih-sayang dan bersilaturrahim meskipun status ana sudah menjadi isteri orang. Jarak tidak menjadi pemisah, perubahan status tidak menjadi pemutus kasih sayang kami. Terima kasih ya Allah.

Mungkin, segelintir orang berpendapat apabila menjengah ke alam rumahtangga maka kehidupan sebagai seorang sahabat perlu 'ditamatkan' kerana keperluan utama adalah suami. Lama menyorot dan meneliti, namun encik zauj banyak menjadi penghujung kepada tali ukhuwwah antara ana dan sahabat-sahabat. Bahkan, sesekali encik zauj pula yang mengajak untuk menziarahi sahabat-sahabat ana.

Apabila sahabat (muslimah) bertandang ke rumah, jarang encik zauj mengambil tahu apa yang kami lakukan. Beliau memberi kebebasan mutlak untuk berbuat apa, memberi peluang kepada kami untuk memiliki privasi. Teringat semasa Ramadhan lalu, saat kekanda Syifa' bertandang ke rumah, encik zauj mempelawa beliau bermalam di rumah namun atas sebab tertentu kekanda Syifa' perlu pulang ke rumah abangnya. Dan, seharian bersama kekanda Syifa'... Zauj 'membawa diri' duduk di surau bersama dengan anak muridnya untuk memberi peluang kepada kami berceloteh.

Semasa fatrah pening lalat dan tidak berselera untuk makan, kekanda Syifa' datang menemani... Walau hanya sepetang, namun terasa bagaikan memenuhi lompong-lompong hati yang terluka. Juadah tengah hari yang begitu sederhana, zauj menyepikan diri di ruangan peribadi untuk memberi keselesaan kepada kekanda Syifa'.

Sesekali, mengikuti encik zauj ke kampus UKM selalu beliau menawarkan untuk menjemput seorang sahabat yang comel dan memberi kebebasan untuk bertemu dengan teman-teman.

"Nanti, dah kahwin mesti tak ingat akak lagi..."

Entahlah, ingatan tak pernah luntur pada sahabat-sahabat cuma perlu bijak dalam meletakkan keutamaan dalam persahabatan. Keutamaan sebagai seorang isteri adalah suami, apabila suami memberi keizinan maka ana bersenang lenang untuk bertemu dengan sahabat-sahabat. Bahkan, suami yang selalu bertanya... "Cuba tanya Aisyah ada di rumah tak, kalau ada jom la kita pergi ziarah." Allah, kadang-kadang sebak juga dibuatnya bila encik zauj cakap begitu. Seakan dapat mentadbir apa yang tersirat di hati ana.

Semalam, seorang kakak yang orang sangkakan kami adik beradik kerana ada iras... menghantar satu mesej yang begitu tersentuh. Ya Hayyu ya Qayyum, peliharalah ukhuwwah kami dan jadikanlah kami orang yang saling berkasih sayang kerana Mu, amiin. "Moga kita jadi kakak-adik (lain mak lain ayah) sampai bila-bila"

Setelah seharian tidur di rumah akibat sakit belakang di awal peringkat kehamilan, akhirnya meminta izin untuk mengikut encik zauj ke surau belakang rumah. Bukan sekadar menadah ilmu di dalam kuliah yang disampaikan tetapi untuk mengecas semangat dan juga mengelakkan diri dari terus tidur. Zauji memimpin tangan perlahan-lahan, pulangnya dari surau ada jiran-jiran (juga sahabat ummi) turut berjalan seiringan dengan ana.

"Ya Allah, beruntung kamu dapat suami macam tu. Yelah, suami faham keadaan kamu. Kalau lelaki lain, entah dimaki hamun kamu."

Terdiam. Dalam diam yang terdiam, sebenarnya menahan diri dari mahu menangis.

"Yelah, bersyukur dapat suami macam tu."

Diam. Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi.

Semalam, dalam menahan batuk yang menjadi-jadi di waktu malam. Dari posisi baring terus bangun untuk duduk untuk meredakan batuk. Kemudian, terbatuk-batuk sehingga tersembur isi perut. Dan... dengan tidak sengajanya muntah terpercik atas zauji di sebelah. Lari masuk ke tandas, zauji ikut dari belakang.

Habis keluar apa yang dimakan waktu malam, kepenatan. Sangkaan ana sudah selesai, rupanya ada lagi isi yang mahu keluar. Akhirnya 3 kali pusingan muntah, baru selesai sehingga tiada apa lagi yang boleh dikeluarkan. Kejang sungguh perut apabila muntah & batuk berselang seli. Waktu tengah malam, disaat orang lain enak dibuai tidur... Zauj terpaksa menguruskan ana.

Bila zauj bersihkan tandas selepas ana keluar tandas, jalan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik dan lap sisa muntah di atas lantai.

Dahulu, bila orang katakan "Untung siapa yang dapat Insyirah" ana terfikir untungnya di mana? Sekarang, ana berfikir kalau memilih suami hanya kerana nafsu tidak mustahil suami akan menghadiahkan sepakan percuma pada ana bila mengganggu lenanya di waktu malam bahkan memberikan buah tangan muntah di atas badannya.

Ya Allah, mujahadah itu tidak mudah. Didiklah hati kami untuk tenang dalam mujahadah kami... Bantulah kami dalam mendidik nafsu kami.

Terima kasih ya Allah atas segala yang Engkau pinjamkan untukku.

* Bahagia bukan ada di hujung jalan, bahagia ada di sepanjang jalan *


Suamiku,
Moga Allah mengikat hati kita untuk kekal mengemis cintanya sehingga akhir hayat, moga dikaulah suamiku di dunia dan akhirat.

Abi,
Terima kasih kerana mewalikan pernikahan anakanda dengan lelaki yang soleh pilihan Allah ini. Redha abi penawar segala sulit yang menemani kami.

Ummi,
Terima kasih kerana merestui pernikahan anakanda dengan lelaki yang soleh pilihan Allah ini. Iringilah kebahagiaan anakanda dalam doa ummi.


Rindu pada Aisyah... :(

Insyirah Soleha.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO