"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

29 June 2010

Wasiat 5 Perkara

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak dua menjak tiga ketika dan empat musim ni banyak sangat tentang "Diary Insyirah" dan juga "Catatan Seorang Isteri", bukan tiada idea lain tapi tak tahu nak tampal apa pada dinding blog (maksudnya update blog) apatah lagi duk merapu sendirian dalam Monolog Sepi, lagi tenang dan damai. Hihi. Nama pun monolog, sepi pula tu makanya sendirian mengomel. Ngeeee!

Suatu Subuh yang indah, sambil membuli dengan niat memeningkan kepala encik zauj yang masih lagi bertahan (setakat ini) dengan kerenah ana.

"Bagi kuliah Subuh cepat." Lalalala, nada paksa tu. Bukan saranan tapi arahan, banyak ketawa selepas kahwin sampai Adik pun tegur. Ok, ok... Sekarang ana serius.

Maka, zauj pun dengan muka seriusnya membaca sepotong hadis dari Abu Hurairah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Sila jangan harap ana akan posting dengan ayat serius okeh! Ana nak awet muda ni, ceria-ceria dan santai saja. Insya Allah. ^_~


[1] Jauhi perkara haram nescaya engkau akan menjadi manusia yang hebat dalam ibadah.

[2] Berpuas hati dengan pemberian Allah nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling kaya hatinya.

[3] Berbuat baiklah dengan jiran tetangga nescaya kamu akan menjadi mukmin yang sejati.

[4] Sayangilah manusia lain seperti menyayangi diri sendiri nescaya engkau akan menjadi muslim yang sebenar.

[5] Janganlah engkau banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.

Wallahua'lam. (Hadis ini dibaca oleh zauj dan ana menulis mengikut bahasa ana, sila rujuk semula.)

PERTAMA, siapakah yang dikatakan manusia yang paling hebat dalam ibadah? Manusia yang banyak solat tahajud, qiyamullail tak pernah tinggal, umrah 2-3 kali setahun, haji setiap tahun, sedekah dan juga pelbagai ibadah lain. Hebat... Hebat... Bukankah ini yang dikatakan manusia yang hebat dalam ibadahnya? Tidak. :)

Hebat dalam ibadah adalah mereka yang menjauhi perkara haram kerana mereka yang banyak ibadah tidak semuanya ikhlas kerana Allah, ada penyakit hati yang barangkali turut melekat semasa melakukan ibadah seperti riyak, ujub dan sebagainya.

Apakah perkara haram? Apa yang Allah haramkan jauh lebih sedikit berbanding apa yang halal (sunat, harus dan makruh). Dalam perniagaan, Allah memberi lapangan untuk kita berniaga dan mengaut keuntungan tetapi Allah mengharamkan riba', penipuan penimbangan dan sebagainya. Dalam soal makanan, apa yang Allah haramkan jauh terlebih sedikit berbanding apa yang Allah halalkan. Maka, jauhilah yang haram dan syubhah kerana terlalu banyak lagi makanan yang dihalalkan.

Orang yang menjauhi perkara-perkara haram inilah orang yang hebat dalam ibadahnya. Berkahwin juga jauh lebih mudah berbanding mengelak dari zina. Maka, berhati-hatilah menjaga 'kesucian' diri. Jauhilah zina mata, zina telinga, zina hati dan sebagainya.

KEDUA, berpuas hati dengan pemberian Allah. Apabila dikurniakan kekayaan maka bersyukurlah, perbanyakkanlah sedekah dan bayar zakat apabila sampai waktunya. Apabila diuji dengan kemiskinan tetap juga bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan, masih berusaha untuk memperbaikkan kehidupan. Manusia yang sentiasa redha dengan pemberian Allah akan sentiasa merasa ketenangan kerana bersyukur apa yang Allah berikan adalah rezeki, apa yang Allah tidak 'pinjamkan' nikmat Nya adalah kerana Dia pasti akan menggantikan dengan yang lebih baik.

KETIGA, berbuat baik dengan jiran tetangga. Dewasa kini, berapa ramai dari kita yang mengenali jiran tetangga. Siapakah yang dikatakan jiran? Kiraannya 40 di kiri, 40 di kanan, 40 di atas, 40 di bawah, 40 di depan, 40 di belakang. Ramainya jiran, tetapi sejauh mana kita mengenali jiran kita. Keluar subuh, pulang maghrib. Kalau bertemu pun masing-masing bergegas dengan urusan masing-masing, sekadar melemparkan senyuman. Itu sudah jauh lebih baik berbanding kita mencela, mengumpat dan melakukan perkara yang menyakiti hati jiran termasuklah melalak dalam rumah berkaraoke tanpa menghiraukan jiran yang sudah lanjut usia atau mempunyai anak kecil.

Bukan mudah untuk menjaga hati jiran tetangga, barangkali ada tindakannya yang menyakiti hati kita dan mungkin juga kita yang menyakiti jiran tetangga dengan bergaduh suami isteri sehingga mengganggu ketenteraman jiran. Berbuat baiklah sesama jiran tetangga, moga kita tergolong dikalangan manusia yang berusaha untuk menjadi mukmin yang sejati. Insya Allah.

KEEMPAT, sayangi manusia lain seperti menyayangi diri sendiri. Sejauh mana kita menyayangi diri sendiri, sejauh mana kita boleh berkorban untuk orang lain dan membelakangkan kepentingan diri sendiri. Tidak akan disayangi manusia yang tidak menyayangi. Kasih sayang itu tautan hati yang mengikat jiwa-jiwa, simpulan kasih yang terjalin akan membuahkan rindu.

Masakan hadir kerinduan andai hati tidak diikat dengan kasih sayang, masakan kita mampu menyayangi orang lain sebelum menyayangi diri sendiri. Belajar mengenali diri sendiri agar kita mampu menyayangi diri kita, supaya kita tahu bagaimana untuk menyayangi orang lain. Apakah yang dikatakan sayangi manusia lain? Sayang dalam konteks ini ialah kita sama-sama nak ke syurga bersamanya, sayang yang menatijahkan husnul khatimah. Insya Allah. Ameen. ^_~

KELIMA, janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa mematikan hati. Dewasa kini, selalu terlihat wanita apatah lagi muslimah yang bergurau senda di khalayak ramai sambil menarik perhatian dengan ketawa yang berdekah-dekah. Dengan pakaian yang tidak sopan dan hati yang tidak dibalut dengan perasaan malu, ketawa yang kuat mengundang perhatian ramai. Apakah yang difikirkan oleh orang? Hebat? Cool? Tidak, selain mereka memandang sinis pada kalian. Maka, hindarilah perkara yang mematikan hati, kerana hati adalah wasilah tautan antara hamba dan Pencipta. Andai hati telah mati, tiada lagi pandangan kebaikan yang terlihat selain kenikmatan dalam melakukan maksiat. Na'uzubillah.

Wallahua'lam.


Nota ini buat diri sendiri, simpanan buat bakal anak-anakku... Wahai anak-anakku sayang, ibu kalian berpesan tentang 5 perkara ini. Maka wahai anak-anakku, jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah (",)

El-Faqirah,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati

Read more...

25 June 2010

Anjakan Paradigma

Bismillahirrahmanirrahim.


Kehidupan semasa masih anak dara dan kehidupan sebagai isteri seseorang banyak yang berubah. Walaupun corak kehidupan masih beritma biasa namun frekuensi sudah banyak yang berubah. Ramai yang bertanya keadaan ana selepas bergelar isteri, alhamdulillah perubahan yang positif. Insya Allah (",)

Dahulu, setiap hari ada saja yang mahu digaduhkan dengan ummi, abi dan adik-adik tetapi sekarang ada saja isu yang nak digaduhkan dengan suami. Terkadang isunya kecil je, tapi sengaja cari gaduh. Setiap kali zauj menyampaikan ilmu, pasti berulang kali ditanya dan ditanya.

"Faham tak?"

Tabiat ana setiap kali bertanya dan diberi ilmu, pasti menunjukkan reaksi 'tiada perasaan'. Blur semacam, mungkin tabiat yang positif (insya Allah) kerana orang yang memberi akan terus menerangkan panjang lebar. Alhamdulillah. Apabila mendengar seolah-olah tak tahu apa-apa, pasti yang memberitahu akan berusaha untuk bercakap dengan nada yang paling sederhana dan bahasa yang mudah. Bukankah ianya akan memudahkan ana untuk memahami sesuatu? :)

"Faham tak?"

"Alhamdulillah, faham."

"Betul faham ni?"

Tergelak kecil. Masakan tidak, kalau rupa blur semacam mesti orang yang menerangkan ilmu tiada keyakinan untuk merasakan orang yang disampaikan ilmu memahami dengan muka blur. Haha, itu kelebihan ana. Sentiasa kelihatan tidak faham, tidak tahu, lambat pick-up walaupun semuanya sudah terangsang dalam saraf otak. Hihihi. Makanya, selalu ana mendapat huraian panjang lebar dek kerana difikirkan tidak faham.

Kini, muka blur sedikit sebanyak diubah. Kalau sentiasa dengan muka blur, tekanan perasaan pula suami kalau tiap hari dirasakan ana tak faham-faham setiap kali memberi ilmu. Hihihi... (",)

Ana meminjam Arissa. Ana, zauj dan Arissa berjalan-jalan... Arissa seorang anak kecil yang pemalu, sangat sukar untuk mesra dengan orang asing apatah lagi dengan lelaki (dewasa) tetapi dengan zauj, Arissa mudah mesra malah bergelak ketawa apabila bergurau senda. Terkejut ummi apabila ana ceritakan Arissa bermain dengan zauj sambil bergelak ketawa kerana maklum keadaan Arissa yang sangat sukar untuk mesra dengan orang yang baru dikenali.

"Abang jampi apa pada Arissa?"

"Hehe, jampi kasih sayang."

Pada satu petang, bersama zauj dan adik perempuan mandi sungai. Hoho... Dah lama teringin nak mandi sungai tapi selalu ada halangan, memandangkan zauj suka mandi air sungai suatu peluang besar untuk ana terjun sekali. Hihi. Mula-mula pergi sungai belakang rumah sekadar duduk berendam kaki dalam air sambil bercerita itu dan ini, beberapa hari kemudian up-grade sikit ajak zauj pergi mandi air terjun. ^_~

Memandangkan kawasan air terjun TIDAK ADA orang, hanya kami saja makanya ana pun terjun sekali. Yihhaaaa...! Sejuk menggigil dibuatnya. Segar! Tiba-tiba ada orang datang, zazzzz... dah duduk dalam air ni... Pejam mata duduk belakang batu. Finally bila semua orang dah balik baru kami balik.

Suatu pagi, duduk dengan zauj tiba-tiba zauj cakap.

"Kawan Abang cakap; Berani zaujah enta tu ye."

"Kenapa?"

"Berani hidang air."

Termenung seketika.

"Kenapa dia cakap zaujah Abang berani?"

"Selalunya kalau orang pakai niqab, memang langsung tak keluar."

"Oh..."

"Abang cakap la ; Ana tak kisah la, kan dah pakai niqab mana ada orang nampak."

"Yup, Abang tak muncul-muncul pun. Tunggu Abang di dapur, kalau makan tak ada air nanti tercekik pula."

Masih termenung dengan kata-kata 'Berani zaujah enta...'

"Ya, Abang tak kisah selagi mana tidak berlaku ikhtilat. Kalau situasi di sungai tu kan, zaujah kawan Abang ni pun pakai niqab juga. Dia akan 'lari' duduk di tempat yang tak ada orang lelaki boleh nampak dia."

Termenung.

"Hebat... Hebat." Hati hanya monolog kecil.


Dahulu, di alam persekolahan. Ana adalah antara pelajar yang agak berani ke depan dan 'kurang malu' untuk berada di hadapan. Boleh bagi speech di perhimpunan pagi depan semua pelajar dan guru tanpa berasa malu-malu kucing. Boleh speak-out meluahkan sesuatu yang ana rasakan betul meskipun semua orang merasakan ia satu kesalahan. Boleh mempertahankan sesuatu yang semua orang halang ana lakukan, memang ana 'degil' sehingga kini kedegilan tetap ada.

"Insyirah, cikgu tak bagi pakai sarung tangan."

"Insyirah, sarung tangan tak dibenarkan di sekolah."

Insyirah itu Insyirah ini, Insyirah begitu Insyirah begini. Ana hanya buat muka sardin sambil diam, tersenyum dan berlalu.

Pendidikan sekolah sekular, ana tidak dibenarkan memakai baju kurung yang mempunyai butang di pergelangan tangan. Ana memakai t-shirt berlengan panjang berwarna putih semata-mata kerana tidak dapat memakai baju kurung berbutang di pergelangan tangan. Kemudian, ummi membelikan ana sarung tangan berwarna putih sedondon dengan baju sekolah. Pada ketika itu, ana satu-satunya pelajar yang memakai sarung tangan. Sahabat-sahabat akrab semuanya pengawas sekolah, mereka serba-salah menegur ana. Setiap kali ditegur, ana hanya buat muka sardin.

Beberapa tahun 'melakukan kesalahan' yang sama tanpa rasa bersalah. Biarlah, hanya salah di mata manusia tetapi ia bukan kesalahan di mata Rabbi. Hanya itu yang ana 'kemam' dalam hati, degil sungguh ana. Sehingga suatu hari, seorang pengawas yang merupakan AJKT bertanya kenapa ana memakai sarung tangan (walaupun selalu ditegur). Setelah ana huraikan pendapat ana, baru beliau memanjangkan perkara tersebut kepada Guru Pengawas. Keesokan harinya, pengawas tersebut jumpa ana.

"Dah slow talk dengan cikgu, cikgu kata OK selepas terangkan apa yang Insyirah bagitahu. Cikgu benarkan pakai sarung tangan."

Alhamdulillah. Haq tetap haq... Kemenangan mungkin lambat tetapi kebenaran pasti mendapat kemenangan andai istiqamah mempertahankannya. Insya Allah! Hari demi hari, semakin ramai sahabiyah yang menjaga aurat dengan memakai sarung tangan. Alhamdulillah.

Degil.

Keras kepala.

Apabila teringat kata-kata "berani zaujah enta..." buat ana termenung. Berfikir. Kenalan ummi dan abi hanyalah orang-orang biasa, ana selalu menunjukkan diri pada tetamu sekiranya ummi dan abi ada bersama tetamu tetapi situasi dan suasana selepas berkahwin memutarkan ana 180 darjah. Kenalan zauj orang-orang yang 'luar biasa', bukanlah alien dari planet Marikh tetapi orang-orang yang berjuang dan para pejuang, isteri-isteri mereka ana rasakan hebat dengan sentuhan tarbiyah dan mujahadah.

Aduh! Duduk dan termenung selalu... Berfikir dalam diam, walau muka blur tetapi otak sedang berkecamuk dengan segala maklumat untuk diproses.

"Belajarlah perlahan-lahan, kehidupan adik dah tak sama dengan dulu."

Ayat seseorang bermain dalam kepala.

"Tahu tak kenapa Insyirah sakit?"

"Sebab Allah sayang lebih..."

"Sebab, Allah nak tarbiyyah kuatkan jiwa Insyirah. Dia menyediakan seseorang yang hebat, makanya Dia tarbiyyah Insyirah untuk jadi kuat. Bukan mudah jadi isteri pejuang, tetapi Dia dah uji supaya Insyirah kuat. So, kena kuat!"

Allahuakbar.

Diam. Berfikir.

Anjakan paradigma. Termenung...




El-Faqirah,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati

Read more...

21 June 2010

Kisah Perkahwinan Ana

Bismillahirrahmanirrahim.

Semakin hampir hari akad nikah semakin banyak soalan yang diutarakan kepada ana, pelbagai bentuk dan beraneka corak bahasa membuahkan cantuman perasaan yang saling bertindak. Akhirnya ana hanya membiarkan hati monolog sepi tanpa melontarkan apa-apa jawapan yang diperlukan, biarlah muhasabah sendiri.

"Insyirah, kahwin nanti enti pakai niqab?"

"Insyirah, akad nikah tak payah la pakai niqab."

"Insyirah, untuk wedding tak payah la berniqab. Just for your day, semua orang mesti nak tengok pengantin."

"Insyirah, buka je la niqab tu masa wedding. Lagipun muka bukan aurat."

Begitulah corak soalan yang diberikan, ada yang provokasi dan dalam masa yang sama ada sahabiyah yang memberi semangat dan galakan. Tapi, ana 'berdiri' bukan kerana siapa dibelakang atau hadapan mahupun kiri dan kanan ana. 'Berdiri' kerana Dia yang setia menemani, tetap berkeras hati dan hanya melemparkan senyuman setiap kali diprovokasi tentang niqab.

Dalam keluarga, hanya ana yang memakai niqab. Di pihak keluarga sebelah abi mahupun ummi, hanya ana yang berniqab. Ana sedia maklum cabaran dan dugaan untuk mempertahankan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan. Ana tidak syadid, ana juga tidak memegang hujah muka adalah aurat maka tidaklah wajib untuk berniqab (seperti yang diperkatakan orang) tetapi bila muhasabah semula, ana berniqab bukan untuk sesiapa tapi ana berniqab sebab ana nak berniqab dan Allah sentiasa di sisi menemani setiap pahit dan manis.

Sentiasa ana katakan, ini jalan ana. Ana yang pilih dan ana sendiri harus perjuangkan. Alhamdulillah, ummi dan abi tidak membantah mahupun memaksa. Mereka memberi ana membuat pilihan sendiri sama ada mahu memakai niqab mahupun membuka niqab semasa akad nikah dan walimah setelah ana berbicara hati ke hati dengan mereka, sekadar meluahkan sedikit perasaan yang terbuku selepas di asak dan di hentak sekeliling.

"Buka je niqab tuuuu..."

Diam. Senyum saja. Itu yang mampu ana lakukan, hati monolog dan terus berlagu sendiri. Jangan sedih, Allah bersama. Sebelum memilih untuk memakai niqab pun, ana sudah istikharah bukan sekali dua tetapi berkali-kali dan sebelum memutuskan untuk memakai niqab, ummi terlebih dahulu memberi nasihat yang sehingga kini ana pegang.

"Sebelum niqab, ada ujian-ujiannya. Selepas dah berniqab nanti lebih banyak ujian, ummi tak nak Syirah pakai niqab suka-suka sekadar nak pakai tapi pakailah sungguh-sungguh. Banyak ujian untuk orang pakai niqab ni."

Nasihat keramat dari ummi, lahir dari hati ummi dan sehingga kini ana kekalkan di dalam hati ana.

"Pakai niqab guna kain yang jarang la... Nampak muka samar-samar."

Subhanallah. Terdiam, senyum saja. Bening mata semakin layu. Kelopak mata jadi sayu, janganlah dibiarkan air mata gugur di hadapan manusia kerana seorang pejuang itu tidak lemah bahkan kelihatan sangat gagah di hadapan manusia sedangkan di hadapan Tuhan dia tunduk menangis tersedu sendiri. Itulah seorang pejuang, di hadapan manusia sentiasa kelihatan gagah kerana hatinya bersalut yakin dengan pertolongan Tuhan.

"Ustaz, masa akad nikah nanti... Ana pakai niqab takpa ye."

SMS dilayangkan kepada tunang. Dalam bertanya, sebenarnya mahukan kekuatan.

"Khair, insya Allah. Akad nikah nanti hanya saudara terdekat je kan? Kalau tak berniqab pun tak apa, tapi ikutlah keselesaan."

Akhirnya semasa membeli kain untuk baju akad nikah dan kahwin, ana membeli kain tudung bidang 60 dan ana minta 2 meter.

"Ummi, kain tudung beli 2 meter. Tudung dan niqab."

Ummi dan abi tak banyak bersoal, mereka lebih tahu gelora hati puteri sulung mereka.

Disebabkan pakaian untuk pengantin, makanya tukang jahit mahu menyulam dan itu ini begitu dan begini. Ana diam, berfikir sambil monolog. Antara iman dan qarin saling bertelagah. Akhirnya ana tersenyum. This is my day, please respect my choice.

"Kak, baju saya ni longgar tau. Saya tak nak shape, tak nak cutting."

Pastinya lebih dari 3x ana memesan kepada tukang jahit. Selepas siap, abi mengambil baju yang ditempah. Pertama kali tengok, ana termenung dan hampir menitis air mata. Macam nak menjerit rasanya, terus tangan mencapai talifon bimbit dan meluahkan perasaan pada ukhti. Dugaan sungguh. Baju lace untuk jubah sangatlah mengikut bentuk badan di bahagian pinggang manakala jubah di bahagian (lapisan) dalam besar, makanya baju menjadi kembung di sana dan sini. Lengan di bahagian tangan juga singkat. Subhanallah. Baju pengantin macam ni?

"Nanti ummi buangkan span."

Ummi cuba 'memujuk' selepas melihat ana ternganga.

"Pakai tudung tak nampak dah..."

Abi cuba memujuk. Ana masih berdiri di hadapan cermin, mahu saja ana menjerit. Usah 'dimain' dengan ana, silap hari ana selongkar almari pakai jubah yang selalu dipakai je. Huhuhu... Solat hajat hari-hari minta Allah permudahkan dan istikharah pohon Dia berikan yang terbaik buat hamba Nya.

Alhamdulillah, sehari sebelum akad nikah my bestfriend forever suruh pakai baju pengantin dan mereka tercengang. Hehehe, memang baju pengantin sangat 'kelakar' dan ana sabarkan diri selain cuba redha dengan baju 'kartun' tersebut. Pusing-pusing seperti model, akhirnya mereka mencadangkan pengubahsuaian dilakukan terhadap design baju pengantin. Semasa bersiap semasa hari walimah, selepas sahabat-sahabat siapkan ana abang sulung (yang juga pengantin) masuk melihat ana.

"Nampak gemuk la... Cuba pin sikit di bahagian ni." (Abang menarik jubah ana pada bahagian yang beliau rasakan 'hodoh')

Tadaaa... Hasilnya jadilah seperti hari walimah 29 Mei 2010 tersebut. Alhamdulillah.

Allah sengaja nak uji untuk melihat bagaimana ana yakin dengan pertolongan Allah :)


~ Kisah Make-Up ~

Jujur, ana tidak pernah make-up dan memakai kasut bertumit. ^_^

Untuk walimah, ummi meminta ana untuk berkasut tumit. Redha sajalah. Walaupun tahu tulang belakang akan terbeban apabila memakai kasut bertumit tapi untuk ummi tercinta, apa salahnya ana berkorban sedikit selepas ummi berkorban banyak perkara buat ana.

Masa akad nikah, buat pertama kali dalam sejarah ana telah 'dikerjakan' oleh sepupu-sepupu. Solekan dibuat oleh Kak Cik, rasa muka macam alien. Touch up mata oleh Angah, terasa seperti bukan diri sendiri. Pening juga kepala apabila veil dan crown diletakkan atas kepala dengan muka yang diletak 'tepung' dan mata yang seperti 'menipu'. Sabar je lah, macam nak ketawa melihat wajah sendiri.

"Ini untuk suami. Lepas akad nikah, buka la niqab."

Mereka mengusik tak henti-henti.

"Bersolek untuk suami jadi ibadah, bersolek pada ajnabi jadi fitnah."

Ana mengenyitkan mata. Menahan gelora emosi dengan 'wajah alien' dan pening kepala. Tapi, Allah nak menjaga... Masya Allah, Dia sentiasa membantu dan terus setia bersama ana. Selepas akad, jamuan kecil diadakan di masjid. Ana cuba membuka niqab, malangnya ada jarum peniti yang dicucuk pada tudung dan veil turut terkena pada niqab. ^_~ Tengok saja orang makan, ana makan yang kering-kering saja, selak niqab dari bawah. Alhamdulillah.

Makanya, wajah alien ana tidak dilihat oleh sesiapa apatah lagi suami. Lalalalalaaaaa...

Hari walimah (sehari selepas akad nikah) ana disolek sekali lagi oleh kawan abang (perempuan) yang turut hadir semasa majlis akad dan walimah. Beliau menawarkan khidmat menyolek ana. Berkali-kali ana pesankan.

"Light ye, jangan tebal-tebal."

Pada semua bahagian disolek tipis. Ana bukan saja tidak selesa tapi bimbang solekan jadi tatapan selain dari suami. Tabarruj, berkali-kali ana tersenyum setiap kali suara menyuruh ana membuka niqab. Ana berkeras dalam diam, senyuman tetap mewarnai wajah walaupun hati bagai diketuk dan hentak. Bersyukur, mempertahankan niqab telah menyelamatkan ana dari tabarruj dan dalam masa yang sama ana menyelamatkan suami dari menjadi dayus apabila membiarkan isterinya melakukan apa yang Allah larang. Alhamdulillah!

Selesai majlis walimah. Buat pertama kalinya suami melihat ana dalam keadaan bersolek, beliau memandang ana pelik. Huhu, dalam keadaan segan yang amat duduk depan lelaki yang selama ini 'asing', dipandang pula dalam keadaan pelik lagi lah malu. Akhirnya, sama-sama tunduk. Ana minta diri dan cuci solekan, baru nampak suami tersenyum.

"Tak make-up lagi cantik."

'See... I told you already...' Monolog kecil dalam hati membayangkan satu per satu wajah yang memaksa ana bersolek untuk suami. Ahaks! Padahal ana sendiri pelik apabila melihat wajah di hadapan cermin, sehingga hari ini rasa nak ketawa bila memikirkan kenangan tersebut.

"Kak, boleh tak nak tengok gambar akak pakai make-up tanpa purdah?"

Adinda yang dikasihi memujuk semasa ana berziarah ke rumahnya.

"Boleh, ini dan ini..."

"Akak.... (sensored)"

Alhamdulillah, walimah di rumah zauj di Kelantan... Rasa selamba sangat, ana tidak diproses dengan solekan bahkan ana bersiap sendiri. Ngeeeee. Finally, kakak ipar dan abang menyiapkan ana pada bahagian veil dan crown. Kemudian, suami yang membuka veil dan crown untuk ana :) Allah nak menjaga, rupanya di rumah suami... Saudara-saudara terdekat suami nak melihat ana tanpa niqab. Ada hikmah rupanya ana tidak 'dikerjakan' oleh sesiapa. Alhamdulillah.

Ana bukan bidadari dari kayangan yang putih gebu, berkulit halus, bermata galak, bibir merah bak delima, hidung mancung seperti si polan atau si polan, pipi gebu bak kueh apam. Ana hanya seorang Insyirah yang mahu setia menjadi bidadari hanya untuk suami, ana hanya mahu cantik di hadapan suami... Izinkanlah ana untuk terus menjadi bidadari untuknya...

Pada niqabis, "Apabila kamu berazam maka tawakkallah kepada Allah" itu saja yang mampu ana kongsikan. Allah sentiasa membantu. Allah yang beri ujian, Dia pasti akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Insya Allah :)

Cup Of Love,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati

Read more...

18 June 2010

Ziarah Mahabbah


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah.

Selepas berkahwin, banyak sangat tempat yang dibawa oleh encik zauj. Ziarah saudara mara di Kelantan, sudah ada angan-angan untuk ke Thailand suatu hari nanti. Hihihi, agaknya berangan nak buat macam-macam lagi di Thailand. Dalam kepala ni banyak sangat angan-angan tapi entah yang mana akan di zahirkan dengan realiti, wallahua'lam.

Setiap rumah yang diziarahi, ada doa yang mereka hulurkan. Alhamdulillah. Selain menghubungkan silaturrahim, ada juga pengalaman dan 'ibrah kisah mereka yang boleh diambil. Insya Allah.

Habis berziarah di rumah saudara-mara zauj di Kelantan, bawa zauj ke rumah ibu saudara di Sungai Buloh. Alhamdulillah, silaturrahim. Sedang bersenang-senang, zauj beritahu sahabat lamanya nak ke rumah. Terkejut. Sahabat yang sekian lama tak berjumpa, tiba-tiba nak datang. Tak sempat nak siapkan apa-apa. Kelam kabut juga kami berdua, hihi.

"Kawan nak datang bawa anak."

Hihihi... Sukanya. Bila sahabat zauj sampai ke rumah, zauj terus ambil baby dan berikan pada ana. Yiha...! Rasanya nak gigit dan kunyah baby. Dengan kulit putih gebu, solehah bangat! Ya Allah, sesungguhnya Puan Insyirah Soleha rasa seperti mahu makan saja baby Nur Amanina. Mujur la ada sisa keimanan dan kesabaran dalam hati. Hak hak hak.

Ada situasi lain pula. Masa ziarah keluarga sahabat zauj, anaknya yang baru berusia 7 bulan memang susah teramat untuk mesra dengan orang lain. Kata ibunya, anaknya memang susah nak (didukung) dengan orang. Ana hulur tangan, terus disambut. Lalalalala... Siap dukung dan bawa berjalan lagi.

"Memang la dia nak dengan Sayang, dia ingat mak dia sebab pakai niqab dan spec."

"Eh, dia memang nak dengan Sayang... Ada aura ni."

Tak pasal 'bergaduh' dengan zauj. Hik hik.

Walaupun 'seperti' ibunya (pakai niqab dan cermin mata) tapi seorang bayi tetap boleh mengenali ibunya melalui bau dan suara ibu. Hihi. Sah la suara dan bau tak sama, tapi baby Izzah tetap juga 'melekat' dengan ana. (Bangga)

Bila di belakang, buka niqab dan main dengan Izzah masih lagi tidak menunjukkan reaksi yang pelik. Alhamdulillah.

"Abang, Izzah memang nak dengan Sayang la."

"Ye la..."

Terpaksa zauj mengalah sebab Izzah tak nak dengan dia, kui kui kui.

Semalam, berziarah di rumah ibu angkat zauj di Ipoh. Masya Allah, baru bertemu pertama kali tapi kata ummi macam dah berpuluh tahun kenal. Hihi, malu la pula rasanya :) Terima kasih banyak-banyak buat ummi sekeluarga, gulai ikan ummi memang superb! Sedap bangat... Hihi.

Kemudian, sengaja spot check ke rumah Cik Aisyah. Ngeeee... ^_~

Banyak dialog yang kelakar, encik zauj memang suka mengenakan ana di depan orang. Terpaksa memberi amaran, saranan dan galakan.

"Jangan buat lawak boleh tak, ini rumah orang la..."

"Lawak ke? Biasa je..."

Ana dah sakit perut menahan tawa, keras pipi asyik senyum dan ketawa. Haiyaaa... memang kena duduk rumah diam-diam je, bila berjalan asyik tergelak dan cramp pipi (mentang-mentang la pipi tengah subur... hehe).

Akhirnya, dapat juga serbu dan terjah rumah Cik Azmah ^_^

Beliau telah menyediakan makanan istimewa dengan bantuan Doeramon, kih kih kih. Ana sengaja bagitahu last minute bagi menguji tahap pemikiran sahabat-sahabat untuk menyediakan makanan istimewa buat ana dalam masa yang singkat. Haha... Kejam, kejam! Makanya, mereka semua kelam kabut lalu dengan tidak berapa nak puas hati dan perasaan telah mengatakan bahawa.

"Lainkali nak datang, bagitahu la awal boleh buat special sikit."

Ecece... Okeh, next time ana maklumkan awal dan sila pastikan bahawa ianya memang betul-betul istimewa. Lalalalala... Lepas ni, nak pergi rumah siapa lagi ye? Ngeeeee... ^_~

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang menyediakan makanan kilat dengan bantuan doeramon, hehehe. Enjoy juga makan walaupun tuan rumah asyik ulang ralat tak dapat sediakan makanan yang best. Er, kami sebenarnya nak ziarah bukan nak makan. Hehehe, makan tu kira bonus je. Ngeh ngeh ngeh...

Asyik diberi makan jer, tembam macam belon pula nanti. Er, macam belon tak pe ringan je boleh terbang ditiup angin. Ngeeeeee...! ^_~

p/s: Gambar walimah di Kelantan lewat sikit, camera tiada pada ana :)

Insyirah Soleha
Baiti Jannati
2.44 petang

Read more...

04 June 2010

Seminggu Menjadi Isteri

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sudah seminggu menjadi isteri. Baru faham istilah "Bercinta Selepas Kahwin" dan keindahannya. Sebelum ini, minda telah disiapkan bakal suami adalah seorang yang tegas dan garang maka jangan berperangai budak-budak dan bergaduh seperti aktiviti bersama abi dan ummi.

Sebelum ini, tidak pernah berbual hanya pernah bercakap (berbeza istilah berbual dan bercakap) maka selepas diijab kabul baru berbual, terasa 'pelik'nya ana. Dialog pertama setelah menjadi isteri.

"Orang balik dulu ye. Eh, ada ke orang?"

Disebabkan selalu bahasakan diri sebagai 'orang' maka sebut orang jugalah. Monolog sendiri dalam hati, memang la Insyirah Soleha seORANG manusia, bukannya anak patung. Itulah, kekok sungguh rasanya. Terasa betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang muslimah yang Allah berikan anugerah untuk berniqab, reaksi muka tidak mampu dibaca oleh orang lain. Hihihihi. Kalau orang tahu reaksi muka ana masa tu, mungkin dah ketawa berguling dari atas bukit sampai kaki bukit.

Di waktu malam, zauj menalifon untuk bertanya sesuatu. Rasa pelik je bercakap dalam talifon kerana sebelum ini tidak pernah bercakap dalam talifon, hihihi. Mungkin sebenarnya ana seorang yang pelik. Sahabiyah yang bersama turut merasa perubahan rona wajah ana sehingga mereka memalingkan pandangan memberi peluang kepada ana untuk 'bertenang'.

Hari kedua menjadi isteri, dan hari yang sama majlis walimah. Sementara menunggu 'dikerjakan', zauj menunggu. Selesai 'dikerjakan', rasa seperti anak patung yang diarahkan berbuat sesuatu. Sebelum keluar rumah, bergambar dengan zauj... Kekok sangat sampai menyorok belakang almari. Sah, memang bengong sikit ana ni. Penat nak set dalam minda.

"Dah kahwin la, itu suami akuuuuu...!"

Puas diketawakan oleh orang kerana ana sangat statik macam patung. Rasa macam duduk sebelah alien saja, jarak punya jauh sehinggakan sahabiyah terpaksa cakap.

"Dekat la sikit.."

Tunduk je, encik zauj membiarkan puan zaujahnya bertenang.

"Insyirah malu tu... rilex, rilex."

Makanya, gambar-gambar awal semuanya berjarak sekaki. Aduh, rosak gambar. Nasib la orang dalam gambar comel je, boleh cover juga la jarak yang cacat. ^_~

Selesai majlis walimah di dewan. Pertama kali zauj melihat ana dalam keadaan bersolek, dipandangnya ana pelik. Aduh, macam ana buat salah je. Mujurlah sehari di dewan, ana dah boleh 'menerima' status suami isteri. Tidak lagi kaku macam anak patung yang statik dan ana asyik terasa macam duduk sebelah alien. Huhu. Segala rasa pelik dah berkurang. Alhamdulillah.

"Abang, abang ni unexpected lah..!"

Ana rasa macam bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Watak yang serius dan garang sebelum ini terpahat dalam kepala tiba-tiba berwatak lain. Muka yang susah nak senyum, tidaklah sesusah mana pun. Cuma memerlukan sedikit skill untuk mencetus kemahuan beliau untuk senyum.

Tiba-tiba, tergelak sendiri. Seolah-olah faham dengan ukhtun yang selama ini ana tertanya "macammana kakak ni hidup dengan suami yang muka serius gila, tengok pun takut" tapi mereka bahagia je pun. Keyword mereka telah ana korek, sedikit masa lagi kunci dan mangga akan dibuka... huhuhu.

Setelah ditinggalkan, insya Allah esok ketemu sama Cinta (Encik Zauj). Terasa seolah-olah 'dihalau' dari rumah, ummi suruh bawa baju macam lama sangat ana nak duduk rumah mertua. Abi pula pesan ubat itu dan ini bimbang stock ubat ana tidak cukup sepanjang duduk di rumah mertua.

Seseorang bertanya pada ummi.

"Tak sedih ke bagi anak kahwin?"

"Nak sedih apanya, bukan anak kurang tapi bertambah!" Jawapan ummi, subhanallah. Tersenyum ana terkenangkan tulisan terdahulu.

Ujian-ujian awal telah kami lalui, walaupun tempoh pertunangan pendek namun geloranya masya Allah hampir saja ana merasakan dia bakal mengundur diri dari meneruskan ikatan ini. Hanya tawakal dan redha dengan apa yang Dia isyaratkan dalam kembara memberi kekuatan untuk terus bertahan dan berkorban perasaan.

Tiada harapan menggunung dalam perkahwinan ini, hanya mahu berkorban demi sebuah kehidupan.

Setiap pasangan berkahwin merasakan pasangan adalah milik mereka. Isteriku adalah milikku, suamiku adalah milikku. Ana rasakan tiada sesuatu yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah. Allah pinjamkan suami untuk seorang isteri memberi khidmat dan Allah kecilkan skop dakwah dan lingkungan ibadah, itu anugerah indah buat muslimah.

Allah pinjamkan isteri untuk seorang suami lebih kukuh di jalan dakwah, ada yang mendorong dan menjadi pencetus semangat, andai setiap dari kita melaksanakan peranan kerana sebuah ibadah, tiada masalah menuntut hak (engkau milikku atau aku milikmu) kerana masing-masing faham ibadah kerana Allah, untuk bercinta sampai ke syurga! (",)


Ditinggalkan oleh zauj dalam keadaan demam dan terus diserang demam panas sehingga badan terlalu sakit dan penat, subhanallah. Ada sesuatu yang Dia mahu sampaikan. Dia mahu ana berdikari dan jaga diri sendiri, bagaimana mahu menjadi sayap kiri kepada suami andai sayap sendiri patah sendinya?

"Apa perasaan abang?" Sengaja menebak hatinya.

"Alhamdulillah tenang..."

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)

Ana sangat yakin, dalam sebuah perkahwinan ada keberkatannya. Jagalah hubungan dari awal, moga kesuciannya dari awal terpelihara agar di tengah dan hujungnya menatijahkan kemanisan iman dan taqwa berpanjangan. Ameen.

Membaca komen dari sahabat-sahabat zauj, tersenyum. Allah lebih tahu.

Abang, maaf harini 'terkena' dengan zaujah abang... Tak boleh bayang rupa 'terkejut'nya bagaimana walaupun selalu berlagak 'tenang'. Baru seminggu, belum sebulan. Kalau setahun, pening kepala abang kan... ^_~


Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hati untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Baiti Jannati
Puan Insyirah Soleha
1.38 pagi

p/s: Insya Allah akan bertolak ke Kelantan, walimah di rumah zauj pada hari esok (Sabtu).

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO