"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

31 December 2009

Kembara 2009

Bismillahirrahmanirrahim.

[Kembara 1]


Perkara yang sangat besar dalam kehidupan apabila sakit yang sangat teruk pada awal tahun 2009. Pada 3 Januari masuk wad hospital setelah hampir 2 minggu menahan sakit (ya, ana seorang yang kuat! kui kui kui)


[Kembara 2]

Apabila doktor mengesyaki ana mengalami retak tulang belakang. Masya Allah, macam nak tercabut mata I mendengarnya! Hik hik. Di hantar ke Hospital Besar Ipoh, jumpa pakar Ortopedik, dia pun tak tahu apa yang berlaku kerana kaki kiri tak boleh diangkat lebih dari 10 darjah!

[Kembara 3]


"Kemungkinan kanser tulang, retak tulang atau ketumbuhan tulang."


Slumber 'badak' betul doktor ni cakap macam ni pada ana, dush! Dush! I masih ingat tau muka doktor-doktor seramai 8 orang tu. Ampunnn! Taubat la nak jumpa dorang lagi. Teruk mereka kepak kaki ana, dah macam 'patung' eksperimen je. 'Simpan' rasa malu, nangis je depan mereka. Biar mereka tahu, ianya teramat la menyeksa. Ngeeeee!

[Kembara 4]

Abi tekad bawa ana keluar dari Hospital Besar Ipoh, doktor lelaki (muda) macam-macam ugut setelah puas memujuk. Dengan penuh belagaknya, ana berpaling muka. Tak nak dengar dan tak nak tengok muka dia. Reaksi ana membuatkan abi semakin la kesian. Hik hik hik. Abi pun membawa ke sebuah hospital swasta.

[Kembara 5]

Terjumpa Cikgu Zaman di lobi Hospital Besar Ipoh (GH), malu deh... Syuttt... Dialog-dialog rahsia. Lalalalala...


[Kembara 6]


Di waktu malam itu juga ana dimasukkan ke hospital swasta. Kusss... Request untuk khidmat Datuk Dr Siva. Yes, he is an indian men. Tapi dia sangat menghormati ana, ana tidak di kepak-kepak seperti di GH. Sebaliknya, malam itu juga Dr Siva datang tengok ana dan dia hanya menyentuh hujung ibu jari kaki. Then, dia minta izin nak tengok bahagian yang sakit (ummi ada di sisi)


[Kembara 7]


Setelah X-ray dan CT Scan, alhamdulillah teramat lega dengan kata-kata Dr Siva.


"Don't worry pretty girl, you will be fine..."


[1] perasan cantik, padahal dengan muka menahan sakit. Pandai Dr psiko! :P

[2] 'you will be fine' membuatkan seluruh kesusah hatian kehilangan, huhuhu.

[Kembara 8]

Jarang lagi menyidai baju sebab tak boleh angkat bakul baju yang berat. Kalau menyidai baju kena buat trip, angkut sikit-sikit. Hehehe. Mahfuzah dan Fadilah la yang menggantikan tugas tersebut.


[Kembara 9]


~ Majlis pertunangan Along dan Abang Dazkir - Ogos

~ Majlis pertunangan Abang dan Kak Ku - September

~ Majlis perkahwinan Along dan Abang Dzakir - Desember


[Kembara 10]


Merentasi ujian yang silih berganti, alhamdulillah... Menutup tirai 2009 dengan sebuah senyuman kerana sudah menghabiskan 10 siri Catatan Hati Fatinah, hadiah buat semua.


[Kembara 11]


Merangka perjalanan 2010 dengan penulisan. Satu projek besar yang sedang dilakukan. Semoga ianya diselesaikan sekitar bulan Januari 2010. Allahumma ameen.

Rabbi yassir wala tu'assir.

p/s: Terima kasih Mak Teh, selalu bagi sokongan.


[Kembara 12]


Hari Keluarga yang amat memenatkan, hehehe tetapi ia amat menyeronokkan! Tunggu next family trip pula...


[Kembara 13]


Selepas ini tidak lagi 'teen ager'. Uuhuhu... terima saja hakikat, setiap hari semakin tua dan tua dan tua... Kubur kata 'ahlan wa sahlan', dunia kata 'thoriq... thoriq...' Semoga projek ini adalah permulaan untuk sesuatu buat ummah. Impian besar dari anak kecil, gerak kerja juga masih perlahan.

Iya, ana masih bertatih!



Selamat mengembara pada tahun 2010 semoga disertai dengan IMAN dan TAQWA, menjadi hamba Allah yang berjiwa hamba. Insya Allah!

Read more...

30 December 2009

Catatan Hati Fatinah [10]


Siri Sepuluh : Ujian Itu Tarbiyyah.

Setiap manusia yang hidup di muka bumi pasti pernah, sedang mahupun bakal berdepan dengan ujian Tuhan. Itu lumrah, hidup ini memang perlu di uji dan kita selayaknya di uji oleh Allah kerana kita adalah hamba. Hanya hamba.

Bila kita semakin berusaha untuk mendekati jalan Ilahi, semakin kuat pula ujian yang datang. Aku juga tidak terlepas, terkadang aku mahu sahaja terus melangkah dengan penuh gagah tetapi Allah juga yang lebih mengetahui. Kata mama, Allah sengaja menguji bagi melihat sejauh mana kesungguhan seorang hamba itu melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan. Apabila kita mengaku beriman, bukanlah kita beriman selagi kita belum membuktikan keimanan kita. Dengan ujian, kita akan diukur darjah keimanan oleh Allah azza wa jalla. Tidak orang lain, hanya Allah.

"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia sebaik-baiknya"

"Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya (neraka)"

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus"

(Surah At-Tiin : Ayat 4-6)

Ada ketikanya, kita terasa jauh dari Allah. Bukan Allah melupakan kita, tetapi kita sendiri yang menzalimi diri. Dengan rahmat Allah jua, Dia menitipkan taufiq Nya buat kita. Tersedar dari lena yang panjang, kita bangun kembali menghamparkan sejadah menghadap kaabah. Tetapi, semakin bahtera diri diusahakan menuju ke jalan cinta Nya, semakin besar pula gelombang yang datang.

Duhai hati yang hina, usah sesekali meminta diberikan ujian oleh Allah sebaliknya pintalah kekuatan apabila berdepan dengan ujian Allah.

Tidak Allah bebankan seorang hamba itu selain mengikut kesanggupannya. Satu wadah tasawuf yang sering aku ingatkan pada hati yang hina ini, 'Allah yang beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya.' Benar, aku selalu terpujuk bahkan terasa damai andai hatiku bisa berlagu riang tatkala badainya menghampas pantai. Apakah perlu aku menangis sendu andai satu ujian itu hanyalah tarbiyyah dari Allah? Itu jalan dari Nya, supaya aku semakin memperkemas doa dan rentak tariku, supaya aku lebih gagah dari sebelum ini.

Duhai hati yang hina, apakah akan terasa manisnya hidup andai selalu dibuai dengan nikmat berpanjangan tanpa merasa sedikit kekurangan? Pasti kaku, statik dan tidak membina roh perjuangan andai segalanya tersedia indah, cantik dan hebat. Ujian itu mematangkan, akal yang sempit akan diluaskan untuk menyelesaikan kerumitan hidup. Ah... Hidup bukanlah seindah mimpi, tidak secantik metafora bumi. Tetapi, hidup itu menjadi indah apabila nikmat itu disyukuri dan ujian itu menjadi medan muhasabah diri. Hiduplah dengan jiwa seorang hamba yang merasa dirinya sebagai hamba.

"Bukankah Allah Hakim seadil-adilnya?"

(Surah At-Tiin : Ayat 8)

Iya, Allah sajalah yang selayaknya menghakimi diri kita dan semua. Bila melihat kesalahan insan lain, tilik dahulu diri kita. Usah terlalu menghukum, sebaliknya muhasabah diri kembali. Bawa hati pada Allah, biar Allah sahaja yang selayaknya memberikan keadilan buat kita dan mereka juga semua.

Kata-Kata Ibarat Pedang


Ada pujangga yang menganggap kata-kata itu setajam pedang, sebenarnya lebih tajam dari tusukan pedang. Masakan tidak, tusukan tajam pedang pada badan hanya parut terkesan tetapi tusukan kata-kata yang tajam mampu membuat hati menjadi rawan, segala gerak kerja seakan tidak berjalan.

Kata madah pujangga,
Bisa menjadi pedoman manusia,
Kata-kata yang berhikmah,
Menyedarkan kita.

Selalu aku mendengar lantunan lembut suara Nafisah menyanyi lagu dari Kumpulan In-team. Gemar sekali aku mencedok hikmah dari lagunya, bukan dari rentaknya yang adakala bisa membuat aku terbuai-buai. Hidup perlu satu realiti, kurangkan angan-angan, besarkan impian dan mulakan langkah untuk melaksanakan pelan rancangan!

"Tak payah la nak berceramah di sini, kau ingat kau bagus sangat ke? Sudah-sudah la, kubur bukan sekali. Kubur kau, kau jaga. Kubur aku, aku yang jaga sendiri."

Terkedu aku mendengarnya. Walau kata-kata itu tidak ditujukan untuk aku, tetapi aku pula yang terlebih merasa pedihnya. Sabarnya sahabat di sebelahku ini.

"Apa kau ingat kau belajar pasal agama sikit dah layak nak bagi ceramah?"

Allahuakbar, apakah benar ini yang telingaku dengar. Astaghfirullah hal azhim. Bukankah yang mengucapkan kalimah itu seorang saudaraku, saudara seakidah. Saudara yang sama-sama mengucap kalimah syahadah.

"Bukan saya nak berceramah, saya hanya mengingatkan. Kita sama-sama saudara seagama, seakidah. Benar kubur itu masing-masing, tetapi saya tak mahu kerana awak... Saya tersiksa di kubur." Nadanya bergetar, masih pada suhu rendah. Tenang sekali sahabatku ini.

"Kenapa pula kau nak tersiksa pasal aku? Ahhh, berambuslah!"

Astaghfirullah hal azhim.

"Adik, benar kata Kak Nafisah ni. Kita saudara seagama. Seakidah. Sama-sama mengucap kalimah syahadah. Kita seharusnya saling menasihati, Allah juga mengingatkan kita dalam Surah Al-Asr supaya kita saling mengingatkan tentang kebenaran juga tentang kesabaran."

"Ahhh... Diamlah. Kau pun sama, berambus!"

Astaghfirullah hal azhim.

Pasti hancur luluh hati ibubapanya andai tahu keadaan anak mereka ini.

"Kita sesama muslim, harus ada yang menegur apabila tersalah. Adik pernah terfikir tentang mak ayah adik? Adik pernah berfikir apa yang akan mereka rasa kalau tahu keadaan adik sekarang?"

Aku cuba bertolaransi, Nafisah disisi masih tenang walau sudah terlalu banyak dihujani makian. Sepasang suami isteri yang sedang menyiapkan tesis PhD juga kami maklumi, agar sama-sama membantu adik ini. Mungkin masih dalam perjalanan, kami usahakan untuk mencari satu titik bagi meredakan ketegangan. Tak pernah aku berhadapan situasi ini sepanjang hidup, setiap kata dibalasi dengan makian. Allahuakbar.

"Apa yang aku buat tak ada kena mengena dengan kau, kenapa kau nak sibuk? Lantak la mak bapak aku, kau peduli apa?"

Sekali lagi tajamnya bahasa seorang wanita timur yang dikenali penuh kelembutan dan kaya dengan adab kesopanan.

"Adik, bawalah mengucap." Nafisah terus memujuk sambil membelai belakangnya.

"La ilaha illallah...." Aku terus berusaha mendamaikan hatinya, sambil lidah menenteramkan amuk seorang adik, hatiku berdoa moga Allah beri kekuatan buat kami. Setiap saat aku rasakan seperti sungguh lambat.

Hampir 40 minit kami tidak bertikam lidah, hanya menyebut asma' Ilahi akhirnya tenggelam dalam esak tangis tak berhenti.

Ustazah Humairah dan Ustaz Miftah juga sudah tiba setelah 15 minit menanti, kami hanya berdiam di sisi dan terus membiarkan Ustazah Humairah memujuk Nurul.

Lebih 3 jam Ustazah Humairah memberikan nasihat dan motivasi, Nurul semakin reda. Tidak lagi memaki hamun kami yang berada di situ. Nurul tergelincir dari laluannya, dia terjebak dengan cinta yang membenihkan janin. Si lelaki bajingan itu tidak mahu bertanggungjawab, parahnya lagi kandungan kali ini adalah kali ke-5! Kandungan sebelum ini semuanya digugurkan dan kali ini, kandungannya sudah 4 bulan. Tidak boleh digugurkan kali kerana rahimnya sudah 4 kali berdepan proses pengguguran.

Allahuakbar.

Tidak kami ketahui perkara ini sehingga teman serumah Nurul yang juga junior Nafisah meminta bantuan Nafisah. Nurul hampir sahaja mahu membunuh diri. Sudah suku botol ubat tidur ditelannya. Aku bersyukur, Ustazah Humairah dan Ustaz Miftah sudi membantu.

Apabila keadaan Nurul sudah reda, Ustazah Humairah membawanya ke rumah tidak lain bagi mengisi kembali roh Nurul yang sudah kering oleh hangatnya kota metropolitan ini. Ustazah Humairah juga sebenarnya Mak Su kepada Nafisah. Aku dan Nafisah juga berjanji akan selalu ziarah Nurul di rumah Ustazah Humairah, tidak lain... Hanya kerana cinta dan kasih sayang buat saudara seakidah.

"Ish, orang macam tu pun nak tolong ke? Dia dah rosak..."

Sindiran dari seorang teman buat aku dan Nafisah sebak. Nurul juga manusia biasa, manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Dia terjebak dengan kuasa cinta dusta, dan Allah juga yang akan menghukumnya, bukan kita. Apabila kita menuding satu jari mengatakan kesalahan seseorang, baki empat jari lagi dibalikkan kepada kita! Kita juga bersalah kerana tidak membawa dia kepada Islam!

Ini hanya kisah terbesar pada aku sepanjang permusafiran di Kota Metropolitan. Salji di musim sejuk, matahari di musim panas, kelopak bunga mekar di musim bunga, pokok dogol di musim luruh. Semuanya ada cerita yang ku simpan dalam hati, sebagai catatan seorang hamba Allah yang mahu merasa luasnya rahmat Allah.

"Sebanyak mana dosa yang kita lakukan, pengampunan Allah jauh lebih besar."

Nafisah menyedarkan 'sang da'ei' yang hebat itu. Biarlah menangis kerana kesilapan daripada tersenyum bangga kerana ibadah yang tidak seberapa, mungkin tiada nilai di sisi Tuhan. Sedarlah... Bawa hatimu berjalan dengan jiwa seorang hamba yang berhajat kepada Tuhannya.

"Nafisah, ana nak tanya satu soalan... Boleh?"

Bicara suatu petang sambil mata melihat burung merpati yang enak memakan bijian.

"Nak tanya apa Cik Durrah Fatinah?" Nafisah tergelak kecil sambil menutup mulutnya.

"Macammana enti boleh relax je masa kena sembur dengan Nurul? Ana tengok enti sabar je." Aku menghadiahkan senyuman.

"Dari sebuah pengalaman...." Nafisah mengenyit mata, tiba-tiba suram hati kami disegarkan dengan keceriaan. Iya, sama-sama berusaha mencipta keceriaan. Kami perlukan suntikan untuk terus bersemangat.

"Iya lah, kongsikan dengan ana." Aku cuba bertolaransi, Nafisah suka bersimpang-siur bicaranya, lambat mencapai titik utama.

"Ini metaforanya. Ingat ye, sampai bila-bila tau!" Nafisah terus makan sisa aiskrim. Aduh, makan aiskrim di musim sejuk adalah kegemaran Nafisah.

"Insya Allah." Aku menggenggam erat jemari Nafisah. Ya Allah, ikatkan hati kami pada Mu.

"Di suatu tempat tertentu apabila berlaku kemarau yang amat dahsyat, banyak binatang yang akan mati. Binatang-binatang yang hidup di kawasan tersebut kena berjuang bersungguh-sungguh untuk teruskan hidup, dengan pelbagai cara. Apabila kemarau dah berakhir, banyak binatang-binatang masih survive mengalami perubahan genetik.

Bila kemarau berlaku lagi sekali, mereka lebih kuat menghadapinya kerana tubuh mereka sudah mengalami 'mutasi' yang menyebabkan mereka lebih 'kuat'. Contoh lain, bila kita gunakan racun perosak di kebun, kebanyakan serangga akan mati. Tapi, lama-lama sebahagian serangga akan mengalami mutasi dan hanya yang resistant dengan racun tu boleh survive.

Macam itu juga la manusia kan Fatinah, makin kuat bila di uji, makin dekat pada Tuhan bila dikeji!"


Kaki kami sama-sama memijak hujung rumput yang dibalut dengan sisa salji. Sungguh berhikmah kata-kata Nafisah. Manusia juga boleh 'mutasi' dan kebal dengan keadaan sekeliling apabila mereka sentiasa berusaha keras untuk terus melangkah gagah walaupun selalu dihujani dengan ujian.

Ujian itu tarbiyyah! Sabar itu satu keindahan, insya Allah.


"Sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu nikmat yang banyak"

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah"

"Sesungguhnya orang yang membenci kamu dialah yang terputus"

(Surah Al-Kautsar : Ayat 1-3)

Terima kasih ya Allah.

... fatinah ...

Read more...

28 December 2009

Catatan Hati Fatinah [9]


Siri Sembilan : Warkah Buat Sahabat

Sahabatku,

Tatkala relung hati terbuka, terkenang kembali memori lama yang tercipta. Ada kala kita ketawa riang, tersenyum simpul, beramah mesra dan saling beriringan. Ada kala ujian Nya datang menghampiri bagi mengukuhkan keutuhan ukhuwah kita. Dia sengaja memberikan semilir angin yang mendamaikan, Dia sengaja mengaturkan onak berduri untuk kita sama-sama redahi.

Sahabatku,

Semilir angin, onak berduri dan segala kenangan yang pernah kita lalui... Aku selalu teringat akan ikrar kita, "Berjuang kerana Allah, berakhlaq sebagai penuntut ilmu." Ramai yang bertanya dan tertanya, harus mengapa kita laungkan bersama untuk berakhlaq sebagai penuntut ilmu.

Sahabatku,

Aku masih teringat akan senyuman manismu, santun pekertimu dan lembut katamu pada hatiku...

"Bagaimana akan mendapat ilmu yang berkat dan bermanfaat andai pekerti tidak seperti orang yang ingin menadah ilmu? Bagaimana ilmu akan mudah diingati dan dizahirkan dengan akhlaq andai hati belum lurus kepada Ilahi? Kita berjuang kerana Allah, kalah dan menang bukan debatnya tetapi jalan berliku yang membawa kepada Tuhan akan digagahi walau kudrat badan tidak segagah pahlawan agung, kita tetap berusaha menjadi srikandi. Impian yang besar pada usaha yang sangat kecil, tetapi itu lebih baik dari hanya berimpian tanpa ada usaha untuk mencapainya."

Aduh, betapa hati ini terbuka akan nasihat keimanan darimu. Benar, hidup mati ini untuk Allah, apakah akan tersimpan setiap duka andai biasan bahagia menanti di hadapan? Andai mereka menangis kerana gagal di dunia, kita tetap menangis di dunia kerana gagal menjadi contoh kepada yang lain, gagal membawa mereka kepada Islam yang mulia.

Sahabatku,

Alirkanlah air mata... Biarlah kering air mata kita di dunia ini, aku harapkan kita sama-sama akan beriringan tangan di alam abadi kelak, kita sama-sama tersenyum dan ceria. Hidup ini hanya satu permusafiran, sama ada jambatan itu kukuh, roboh atau berlopak di sana-sini... Kitalah yang akan menjadi arkitek dan kontraktor pada jambatan hidup kita.

Sahabatku,

Telah Allah berikan jalan untuk kita, diberikan Islam sebagai agama kita, diberikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah kita, apakah kita masih teraba-raba di lorong sepi bagai hilang punca dan tenggelam arah tuju?

Sahabatku,

Aku harapkan kita akan terus berpegang tangan, sama-sama beriringan menuju Khaliq. Saat air mata menitis kerana tak terbendung perasaan cinta dan rindu pada dirimu yang jauh dari mataku, segera aku memujuk sekeping hati agar segera tunduk pada Ilahi.

Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.
Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.
Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.
Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.

Sahabatku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.


Yang menyayangimu,
Durrah Fatinah

Aku layangkan pesanan hatiku pada e-mail, aku gambarkan perasaan sepiku pada sahabat... Andai dia mengerti rasa hatiku. Aku tidak mengharap balasan kasih darinya, cukuplah di hatiku terus menyayangi dirinya yang teramat istimewa! Insya Allah.

... fatinah ...

** Ana titipkan juga cebisan hati ini buat sahibah yang dirindui, sodiki hakiki yang disayangi juga belahan jiwa yang tak tersebut di sini (ramai sungguh belahan jiwa sepi ini), cukuplah kalian memahami tanpa perlu di beritahu untuk siapa dan kepada siapa. Moga madah dari HATI ini akan sampai ke dalam HATI insan-insan yang ana maksudkan. Allahu Rabbi... Maafkan diri yang serba kekurangan ini wahai sahabat-sahabatku!

Read more...

27 December 2009

Catatan Hati Fatinah [8]


Siri Lapan : Nur Hijrah

"Perjalanan hidup ini baru bermula. Ia masih jauh dan terlalu lama untuk sampai ke penghujungnya. Terlalu banyak kesabaran dan pengertian yang dituntut. Moga kita ditetapkan iman dan ditabahkan hati agar perjalanan ini berakhir dengan keredhaan yang diimpikan. Salam Hijrah buat adinda tersayang - Kak Long."

Alhamdulillah, Kak Long sentiasa mengirimkan khabar dan tidak lupa menitipkan pesan buat aku. Lama-lama sekali, Kak Long akan bercerita panjang tentang semua yang aku rindui terutama bingkisan hati dari mama dan abah buat aku. Ada masanya, aku terasa ingin segera terbang ke pangkuan mama tetapi aku masih ingat akan kata-kata mama, berjuang kerana Allah. Jadi, aku teruskan juga perjalanan ini walau ada masanya langkah ku sumbang tariannya.

"Assalamu'alaikum, malam nanti jangan lupa bawa buku Bawa Hatimu Kepada Tuhan, akak nak pinjam. - Kak Maimunah"

Hampir aku terlupa janjiku pada Kak Mai, segera menyimpan buku istimewa ke dalam beg galas. Malam ini aku dan Nafisah akan menginap di rumah Kak Mai kerana suaminya keluar kota. Awalnya, aku mengajak Kak Mai dan anak-anaknya tidur di rumah kami tetapi Kak Mai terlebih dahulu mengharap kami menginap di rumahnya.

"Assalamu'alaikum. Kak Fatinah jangan lupa malam ni kita bicara tentang hijrah! Buat homework dan pastikan jangan tertinggal lagi buku yang akak janjikan tu. - Zulaikha"

SMS demi SMS itu aku baca kembali, bimbang tertinggal apa yang dipesan. Aku berjanji untuk meminjamkan buku berjudul 'Tabarruj' kepada Zulaikha. Alhamdulillah, setelah lama berdampingan dengan Zulaikha, kini beliau sudah mampu memakai tudung melepasi dada. Biarpun ada kalanya Zulaikha berfesyen tetapi tidak lagi seperti dahulu. Allah Maha Besar. Dia yang menggerakkan hati Zulaikha untuk berubah. Bukan Kak Mai, bukan juga Nafisah apatah lagi aku yang kerdil ini.

Kadang-kadang aku jadi seperti kedai buku bergerak, aku mudah mendapatkan buku-buku dari Malaysia kerana Abang Ngah sering saja mengirim buku dari teman-temannya di Malaysia. Kak Ngah juga seorang yang sangat gemar membaca buku, jadi aku sekadar mengirim atas nama mereka.

Atas perjanjian seminggu yang lalu untuk sama-sama bercerita tentang hijrah bersama pada sahabat, aku mengimbau memori kata-kata abah sewaktu sedang enak bermain congkak bersama mama dibawah pohon mangga. Di atas pangkin tempat aku selalu bermain masak-masak, di situ jugalah tempat abah selalu bercerita. Sebelum aku terbang ke bumi metropolitan ini, sempat abah menitipkan pelbagai nasihat iman dan juga harapan abah pada aku supaya perjalanan aku di sini tidak hanya mengemis ilmu tetapi aku akan turut mengumpul pengalaman dan menyuntik semangat juang yang tinggi.

'Jauh perjalanan luas pengetahuan.'

"Setiap hari mesti betulkan niat, apa saja yang nak dilakukan moga lebih baik dari hari semalam. Setiap kali melakukan sesuatu, niatkan kerana Allah. Biar saja kesukaran dan getir mendapat sesuatu tetapi sekiranya itu saja jalan demi mardhatillah, teruskan melangkah dan jangan sesekali melihat ke belakang." Abah menitipkan pesan.


Tangan mama yang masih bermain congkak dengan anak bongsunya sebelum aku terbang di langit biru, sesekali terlihat mata mama bergenang.


"Iya Achik kena jaga diri baik-baik, sejauh mana pun pergi ingat Islam itu bukan hanya pada nama saja. Jaga maruah sebagai muslimah, jangan sesekali terikut dengan budaya tak sihat." Mama menyambung untaian kata abah.

Aku mengangguk. Diam dan terus mendengar.

Bila lagi aku akan mendengar kalam nasihat ini setelah menjejakkan kaki ke bumi London. Apakah aku akan mendengarnya dengan selembut bayu angin di bawah pokok mangga? Aku semakin rasa betapa sukarnya berpisah dengan mereka.


"Islam ini bukan hanya mengubati, tetapi terlebih dahulu Islam mencegah. Sesuatu perbuatan yang dilarang oleh Allah adalah demi kebaikan untuk hamba Nya. Kadang kala kita merasa sangat sukar mengikut undang-undang Allah tetapi kita bimbang apabila gagal mengikut undang-undang manusia sedangkan undang-undang manusia itu hanyalah digubal oleh seorang makhluk yang juga hamba Allah.

Lelaki dan perempuan ajnabi tidak boleh bergaul mesra, kenapa Allah melarang perkara tersebut? Kerana dari pergaulan itu akan membibitkan perasaan dan rasa cinta, sekiranya cinta itu tidak diletakkan pada tempatnya... Seakan kita sedang menyediakan satu lompatan ke dalam jurang gaung. Sengaja kita memerangkap diri untuk terjerumus ke dalam lembah yang menyesatkan.


Sebelum Allah menetapkan hukuman pada penzina, Allah terlebih dahulu melarang kita dari mendekatkan diri kepada hal-hal yang mendekatkan kepada zina. Sesetengah orang menghantar anak ke sekolah agama kerana anak itu nakal dan sangat degil. Ada pula yang menghantar anak ke sekolah tahfiz kerana anak itu sangat sukar di bentuk, sering saja memberontak.

Achik nampak kenapa? Manusia hanya teringat akan agamanya (islam) apabila mendepani masalah. Bila anak-anak itu bermasalah, gejala rempit, bohsia, bohjan dan pelbagai masalah lain maka anak-anak itu dihantar ke 'rumah agama' untuk memperbaiki mereka. Bukan Islam tidak mengambil peduli pada mereka tetapi kenapa kita selaku hamba tidak mematuhi undang-undang Allah dari awal.

Kalau sekiranya dari awal kita menjaga hak Allah, menjauhi segala larangan Allah dan tetap berpegang teguh dengan syariat Allah, tidaklah kita perlu bekerja keras membanting tulang untuk 'memperbaiki' anak-anak ini. Ada ibubapa yang tidak mendapat pendidikan agama terus-menerus menyalahkan kedua ibubapa mereka, mereka tidak mahu berhijrah mendalami agama tetapi menjadikan anak-anak mereka turut sama menjadi mangsa.


Allah beri kita akal untuk kita berfikir. Abah tak nak anak-anak abah hanyut, walaupun awalnya abah rasa berat hati nak melepaskan Achik tapi bila abah muhasabah semula. Sebenarnya kita adalah apa yang kita anggap. Sekiranya kita memandang sesuatu yang positif, insya Allah kita akan berubah untuk menjadi positif. Ianya hanyalah mind set kita. Kalau kita hanya berfikir tentang perkara negatif, masakan ia tiba-tiba menjadi positif.


Bila berjauhan dari keluarga, jangan sekali-kali merasa bebas dari ibubapa sebaliknya Achik kena ingat Allah sentiasa memerhati gerak geri Achik. Walau mama dan abah tak boleh nak tegur dan larang bila Achik buat salah tapi Achik kena ingat Allah nampak apa yang Achik buat, sentiasa berwaspada dan merasa bahawa Allah selalu menjaga Achik.

Bila abah muhasabah, abah yakin insya Allah Achik merantau mencari ilmu demi Allah, jadi tak ada apa yang abah nak bimbangkan. Abah akan selalu doakan anak-anak abah, abah serahkan Achik di bawah jagaan Allah. Mungkin penghijrahan Achik ke London akan memberi Achik satu pengalaman yang sangat bermakna, proses tarbiyyah Allah yang akan buat Achik lebih bersyukur, lebih dekat pada Allah.

Bila jauh dari mama, jauh dari abah... Bila Achik ada masalah, jangan dilepaskan masalah dengan melakukan sesuatu yang Allah larang. Bila disapa badai ujian, segeralah berwuduk dan menghamparkan sejadah. Tadah tangan mohon Allah luaskan jalan untuk Achik mencari penyelesaian, ingat...! Achik sentiasa ada Allah. Anggap saja setiap hari Achik berhijrah menjadi hamba yang lebih baik. Berusahalah... Achik adalah amanah Allah pada abah, dan abah mengamanahkan Achik untuk sentiasa menjaga diri.


Biar kita di tohmah, biar kita di keji selagi Islam itu di julang dalam hati dan di amalkan dengan zahir. Insya Allah, Allah akan selalu membantu kita."


Tanpa sedar, tangan aku kaku... Panjang nasihat iman dari abah buat aku, aku mengangguk lemah. Sebagai hamba Allah, aku tidak lepas dari 'penyakit' kelupaan yang menimpa diri. Islam bukan hanya untuk membaiki 'kerosakan' tetapi Islam adalah cara hidup, semoga tahun baru hijrah akan buat aku lebih bersemangat untuk berubah. Sinar hijrah semakin terang terasa.

Semangat hijrah itu tidak hanya ketika menyambut tahun baru hijrah, semangat hijrah bukan hanya digembur tatkala bertukar kalender dan tahun, semangat hijrah itu sentiasa perlu diperbaharui kerana setiap hari kita semakin menghampiri titik noktah kehidupan ini.

Dalam menempuh ranjau sang perantau, aku dihadiahkan Allah dengan teman-teman yang sentiasa mengajak aku muhasabah kembali. Apakah jalan ku ini sudah cukup untukku atau adakah aku perlu koreksi diri dan berhijrah? Terima kasih ya Allah.



Ya Allah, peliharalah diriku juga sahabat-sahabatku serta seluruh kaum kerabat dan para muslimin muslimat... Jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang selalu bersyukur atas nikmat Mu, bersabar atas ujian Mu. Allahumma ameen.

... fatinah ...

Read more...

26 December 2009

Dia Yang Bernama.....

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah. Banyak yang berlaku sepanjang beberapa hari, ada senyum dan tawa, ada ceria dan jenaka. Hampir 3 minggu hidup sebagai nomad, tidak lekat di rumah. Apapun, perjalanan masih berbaki dan semoga Allah memudahkan semuanya.

Sekitar 2 minggu lalu, ana berkongsi kisah duka bersama ummi dan abi. Tetapi, kami tidak tahu mahu memanggil si kecil itu apa selain mengguna ganti nama 'baby' mahupun 'budak itu'. Ana juga berkongsi kisah ini hanya dengan beberapa teman sebagai meluahkan sedikit rasa, selainnya ana genggam sendiri. Biar ia menjadi rahsia dan kekal sebagai rahsia.

Walaupun dinafikan haknya, tetapi wajahnya saling tak tumpah dengan 'orang itu'. Iyalah, manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Semalam, dalam kereta abi cakap sesuatu.

"Jangan terkejut tau dengar nama baby tu!"

Masakan tidak, abi antara orang yang 'memikirkan' cara untuk memulakan langkah perjalanan 'budak itu'.

"Owh, dia dah ada nama ye." Tak sabar nak tahu namanya.

"Sedap sangat namanya." Kata abi.

"... ....... Insyirah." Sambung abi.

Ana ketawa kecil apabila mendengar nama Insyirah! Nampaknya ramai juga yang berkenan dengan nama ana yerk <-- perasan!

"Mungkin dorang berkenan nama Ha kot!" Sambung abi. Ana menghabiskan sisa senyuman.

Alhamdulillah, selepas ini kami tidak lagi memanggilnya 'baby' mahupun 'budak itu' sebaliknya si kecil itu sudah ada nama. Seperti kata 'mereka', mukanya sangat merah persis 'orang itu'.

Harapan dan doa semoga anak kecil itu akan menjadi anak yang solehah. Anak-anak itu putih bersih sifatnya, ibu dan bapalah pencorak kehidupan anak sama ada menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi ataupun hidup mulia sebagai muslim mukmin. Insya Allah.

Read more...

22 December 2009

Inspirasi Atiq Wazif


Bismillahirrahmanirrahim
.


Alhamdulillah. Banyak yang sedang menari di dalam hati dan minda, ada rasa teruja, bahagia, ceria dan tak kurang juga rasa rindu. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah juga keluarga dan para sahabat. (",)

Setelah pelbagai ujian yang datang SEBELUM memiliki buku "Kembara Atiq Wazif - Satu Anugerah", kini ana tersenyum puas selepas selesai membaca buku tersebut.

Perasaan yang sangat susah nak digambarkan dengan kata-kata. Buku Atiq Wazif sudah diterbitkan sedari tahun lepas (2008), ana sangat teruja untuk memiliki buku tersebut selepas membaca kisah Atiq Wazif dalam Majalah Anis. Tetapi, ujian sangat berat kerana apabila ana berusaha keras untuk mendapatkannya di toko-toko buku, agak susah untuk jumpa sebaliknya apabila ana jumpa buku tersebut, tangan ana sudah memegang beberapa buah buku yang lain. Budget lari... :)

Sehingga la bulan Disember 2009 hampir melabuhkan tirai. Selepas membuat refleksologi, ana sempat menjenguk ke toko buku dan syukur kerana buku Atiq Wazif di genggam sebelum memegang buku Rindu Bau Pohon Tin (RBPT). Jadi 2 buku ini cukup untuk memenuhi perjalanan panjang semasa ke Johor.

Ana manfaatkan perjalanan panjang dengan membaca buku Kembara Atiq Wazif dan sengaja meninggalkan buku RBPT di rumah, sengaja menumpukan fokus untuk mengembara 'bersama' Atiq Wazif.

Satu kesimpulan yang dapat ana buat setelah selesai membaca buku ini ialah;

"Subhanallah, terlalu besar hikmah Allah 'melambatkan' untuk aku membaca buku teramat istimewa ini. Allah memberi ujian dan Dia PASTI akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Allahu Rabbi. Allahuakbar!"


Sahabat-sahabat yang akrab dengan ana tahu dalam 2 bulan ini banyak kali ana jatuh dan tersungkur, belum sempat bangun bertatih ana kembali rebah ke bumi.

Apabila membaca buku yang sangat istimewa ini, entah berapa puluh kali ana terpaksa berhenti 'mengembara' bersama Wazif bagi menenteramkan perasaan yang dilanda sebak dan sesekali tak mampu menahan kelopak air mata dari mengalir. Subhanallah, astaghfirullah, Allahuakbar.

Ana menyeka air mata saat membaca penulis (En Hasan Suyut) menukilkan perasaan membayangkan bahawa beliau akan membeli kapan, memandikan Wazif seterusnya akan kebumikan Wazif di kampungnya. Terus ana terkenangkan ungkapan dari abi 5 tahun dahulu.

"Kalau Ha mati... Abi redha. Dah puas abi tengok sakit sampai dah tak sanggup nak tengok lagi, macam-macam doktor buat. Nak makan pizza, abi dah belikan. Nak makan satey pun abi dah belikan. Abi tak terkilan sebab dah tunaikan semua hasrat Ha."

Aduh! Ingatan terhadap perkara 5 tahun dahulu terhimpun dalam minda apabila penulis bercerita dari HATI KE HATI, seolah-olah sedang mengisahkan isi hati seorang ayah terhadap anaknya yang SAKIT.

Dalam kereta dari Negeri Sembilan-Johor, ana banyak membaca pahit getir dan juga ranjau berduri keluarga En Hasan untuk Atiq Wazif! Sesekali menyeka air mata dan ana memandang sisi lebuh raya. Ada suara dari hati sedang berbicara dengan ana. Sungguh, sangat terasa Allah menangguhkan waktu untuk memiliki buku yang teramat istimewa ini sehingga ana benar-benar MAHU menghayatinya.

Ana melanjutkan pembacaan sehingga ke tepi pantai Desaru. Ana meneruskan kembara bersama Wazif sambil duduk di atas pokok di tepi pantai (er, sebenarnya batang pokok ye! Bukannya ana memanjat pokok untuk feel kembara bersama Wazif. Ngeeee).

Pada suatu waktu saat kaum keluarga enak bermain ombak, ana memilih untuk melihat laut yang terbentang luas, mendengar bisikan ombak, membiarkan lembut bayu menampar wajah. Akhirnya, ana mengambil Aqeef Haykal (anak Pak Su) yang baru berusia 11 bulan. Mahu merasai nikmat dan rahsia dari makhluk fitrah.

Ana berjalan jauh sendirian sambil mendukung Aqeef. Semakin lama kaum keluarga semakin jauh dari pandangan. Ana menghampiri gigi pantai, saat ombak menghempas ke pantai ana menjatuhkan kaki Aqeef pada buih-buih ombak, cepat Aqeef mengangkat kakinya. Entah... Ana sebak. Rasa nak menangis, ingatan terlayar pada Atiq Wazif yang hanya mampu memulakan langkah pertama pada usia 4 tahun 10 bulan!

Kemudian, ana berjalan terus kepada kaum keluarga tetapi Aqeef nampaknya menangis apabila ana mendekati mummy nya. Jadi, Mak Su meminta ana untuk 'jauhkan' Aqeef dari Mak Su kerana baju Mak Su basah melayan Qashrina (anak sulung Mak Su) bermain ombak.

Ana pergi kali kedua lebih jauh dari perjalanan pertama. Sambil berjalan, tangan ana menepuk belakang Aqeef sambil melagukan Asma' Ilahi di telinga Aqeef, menukar mood dengan mendendangkan pelbagai rentak irama pada Aqeef. Hamparan laut di depan cukup memberi keluasan pada fikiran, desiran ombak yakin bahawa itu zikir mereka pada Rabb. Tidak jemu-jemu beribadah kepada Tuhan.

Semakin lama ana rasa Aqeef semakin berat dan berat... Alhamdulillah, sudah berjaya menidurkan Aqeef hanya dengan alunan ombak dan desiran bayu yang meniup. Sangat mendamaikan keresahan hati. Aqeef meletakkan mukanya pada dada, terasa sangatlah menyukarkan ana bernafas.


Ini lah dia Aqeef Haykal (berbaju merah) dan Alyssa Qashrina (berbaju hitam) buah cinta Pak Su dan Mak Su.

Eh, macammana nak betulkan kepala budak ni?
Er, anak orang ni bukan anak patung!
Tak lemas ke dia dengan muka menyembam pada ana?
Ala, pandai-pandai la dia nak ubah jap lagi.
Alamak, lemas kang naya kena campak dalam laut dengan Pak Su.

Bismillahirrahmanirrahim. Perlahan-lahan ana menukar posisi lentokkan kepala Aqeef, ana memalingkan wajahnya bagi memudahkan Aqeef bernafas (sebenarnya memudahkan ana bernafas. Lalalalaaaa...) dan ana duduk kembali pada atas pokok sambil mendodoikan Aqeef (aih, macam-macam versi lagu tak yah la tulis sini nanti ada pula yang gelak tergolek dari kerusi... Ngeh ngeh ngeh).

Alamak, beratnya Aqeef ni. Bosan lah pulak... Erk, ambil buku Kembara Atiq Wazif kembali. Sambil sebelah tangan meriba Aqeef, sebelah tangan menyelak buku sambil mata membaca, mulut masih berkumandang mendodoikan Aqeef (nasib la... orang dah cakap nak adik, abi ngan ummi tak nak... pinjam je lah adik Qashrina, lalalalalaaa). Tiba satu part....

"Kaki Wazif putih melepak dan baunya MASIH SEPERTI KEPALA BAYI. Mungkin kerana tidak berjalan, kami selalu menggosok kaki Wazif pada badan kami kerana kulit Wazif sangat lembut seperti bayi."

Terus cium kepala Aqeef, subhanallah! Memang wangi!

Antara babak yang sangat membuatkan ana begitu 'transfom' apabila penulis menceritakan detik-detik cemas dimana tulang punggung Wazif TERCABUT. Allahuakbar. Ana tak tahu nak bayangkan bagaimana kesakitan Wazif (antum boleh la baca sendiri buku tersebut untuk lebih 'dekat' dengan kisah Wazif). 3 bulan Wazif tak mampu duduk, apabila didudukkan Wazif pasti menangis.

Ya Rabbi, aku yang dah besar camni pun salu jer nangis bila sakit inikan pula anak kecil seperti Wazif. Allahuakbar! (sampaikan Kak Long cakap masa tengok mata ana, ana jenis yang suka memendam pastu nangis bukan 10-20 minit tapi paling kurang pun 2-3 jam... kui kui kui)

Sekarang, ana rasa sentuhan 'kembara' bersama Wazif buat ana lebih bersedia, lebih bersemangat dan sangat terasa damai. Sesungguhnya apa yang ana rasa barangkali hanya 0.001 % dari penderitaan Wazif. Semoga Wazif cepat sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti manusia lain. Ameen.

Buat En Hasan sekeluarga, bingkisan tersebut benar-benar memberi peluang untuk ana, seorang faqirah yang hina di sisi Allah mengembara bersama Wazif dari China hingga ke Amerika!

Ana amat mengesyorkan pada sahabat-sahabat sekalian yang berpenyakit, berperang dengan semangat yang turun naik, pada mereka yang mempunyai anak istimewa/berpenyakit mahupun saudara atau sesiapa saja yang mempunyai latar belakang 'rumah kedua' di hospital... BACALAH buku ini!

Pada sahabat yang ingin kembara bersama seorang anak kecil berjiwa besar, BACALAH buku ini PASTI kalian akan merasa sangat kerdil bahkan kalian PASTI akan malu dengan semangat Wazif.


Buku ini merupakan sentuhan tarbiyyah dari Allah dengan menjadikan Wazif sebagai wasilah bagi ana menghayati dan lebih berfikir.

Ana... Bersedia untuk berada di 'taman' setelah merentasi kembara bersama Wazif. Moga dengan inspirasi Wazif akan buat ana lebih positif dan... menjiwai jiwa seorang hamba yang berharap pada Tuhan.

"Diantara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan?"

Al-Faqirah,
Paka, Terengganu.


Adik-adik melihat ombak versi Terengganu


Saja nak tayang Patrik!
Pesanan buat pemberi Patrik
"Kami bawa Patrik sampai ke Paka.
Patrik ketawa je dalam kereta."
Ahaks!

Read more...

21 December 2009

Big Family Long Trip


Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, syukur. Akhirnya, tiba di rumah.

Kronologi.

Rabu [16 Des] :
Selepas ummi dan abi balik dari pejabat terus ke Sungai Buloh.

Khamis [17 Des] :
Selepas sarapan dengan Pak Uda sekeluarga di Kota Damansara, terus ke Desaru, Johor. Selamat tiba sekitar jam 4.30 petang. (agaknya lah, lupa) Sempat lagi BBQ di Desaru pada malamnya, mabruk pada pasukan BBQ. Pak Cik, Pak Uteh bersama jundi-jundi.

Jumaat [18 Des] :
Tiada aktiviti yang khusus. Selepas Subuh, sempat mandi laut. Gelap lagi, punya la excited nak mandi laut. Hehehe. Tapi sebenarnya 'mengumpul' pasir dalam poket je. Suka sangat kerana tiada orang, eh sebenarnya ada je orang tapi amatla jauh. Bila buka spec, tak nampak orang jadi rasa macam tak ada orang. Lalalalaaa... Main ombak, tanam abi dalam pasir. Huh! Malamnya abi terus rasa nak demam sebab pasirnya sejuk. Hihihi, telan 3 biji habbatus sauda'. Alhamdulillah, terus segar.

Sabtu [19 Des] :
Mandi lagi di laut selepas Subuh sekejap je la. Masa sarapan pagi, Nabila cakap sambil tersenyum (sukar nak tafsir senyuman jenis apakah itu). "Best ye tadi mandi..." Lalalalala.. Best la sebab mandi 'dalam' laut bukannya duk tepi pantai. Hanya ana, Aiman, Abang dan Mahfuzah serta abi 'bergaduh' dengan ombak. Pak Uteh datang sekejap je, then balik. Tak nak mandi lagi. Hehe.


Pengantin yang diraikan

Selepas sarapan, memulakan perjalanan ke Kampung Sungai Tiram untuk bersiap sedia bagi majlis walimah sepupu. Hari ini walimah sebelah pihak lelaki.

Selepas kenduri terus melalui Mersing dan terus ke Rompin. Haaaa, amik kau. Jalan puas-puas. Sudah merasa semacam, nak demam dan... er... apakah sebenarnya yang berlaku dalam badanku. 'er, biar saja... wat tak tahu, jangan layan.' Selepas abi check-in, ana keluar kereta bangganya dengan style nenek si bongkok tiga. Cayalahhh!

Galas beg baju (beg sekolah) dan main hayun je handbag sambil bawa satu beg bimbit lain. Lalalala... Ikut je kaki ni nak melangkah ke mana, dah la hujan. Duduk sorang tengah hujan. "Er, tak pe. Jalan dulu... Jalan dulu..." Dan kedudukanku di tengah hujan seperti sedang rukuk. Memang rasa macam nak tanggalkan sekejap tulang belakang then patah balik ambil bila dah hilang sakit, ahaks!

"Boleh jalan tak ni?" Sudah ramai yang bertanya....

"Its ok, boleh... boleh." Dalam hati menjerit-jerit, "Yeyh, I can do it." sambil ulang-ulang last tinggal, DUIT. Ceh, mata duitan jerk budak ni. Lalalalala...

Finally sampai chalet, duhhh nak buka stokin macammana ni. Dah la lenjun randuk air, (kan ke hujan) aish... kalau tak buka stokin nanti masuk angin. Sampai sekarang masih terfikir, macammana ana buka stokin. Tak pe, tak payah fikir benda dah berlaku (walau masih tertanya 'camne buka stokin haritu ek?')

Mandi, solat dan terus rehat. Yesss... Badan amatlah panas (masa tu) dan lidah dah pecah (dari dalam kereta) dan tak selesa pun nak baring. Serba salah mencari posisi untuk mengurangkan sakit. Nak mengiring, tulang bahu dan rusuk kiri sudah bengkak (macammana tahu bengkak? sebab dah selalu jadi macam tu.. lalalala, jadi dah boleh bandingkan rusuk kiri-kanan, kalau dah timbul dan sakit tu bengkak la tuh), nak telentang sakit belakang menggigit-gigit, nak duduk lagi la perit. Tulang peha juga sangatlah mengilu.

Bila semua dah keluar untuk mandi swimming pool (aih dorang ni, dah malam pun mandi swimming pool) tercari-cari cream untuk "temporory relief pain" artritis, rheumatism. Ada la dalam 5-10 minit rasa relief pain. Dah nama pun temporory relief pain. Tak sudah, malas dah nak sapu. Pejam mata... Selamat tinggal dunia, ahaks! Dah la duk sorang dalam chalet, aih... sabar je.

Ahad [20 Des] :

"Makcik "temporory relief pain" cream kenapa tulang sendi saya makin saket?"

Pura-pura bertanya sambil menyapu cream pada sendi yang sakit. Dah la cakap sensorang, lalalalala. Nasib tak de orang, kalau tak... malu lorh. Ade ke tanya kat tiub cream tu, kui kui kui. Nasib la tiub tu tak menjawab;

"Sebab haku ni hanye lah temporory relief pain cream bukannya permanent..."

Ngeeee... Perjalanan diteruskan lagi melalui Pekan, Gambang. Eh, ada satu tempat namanya Nenanas... Ada banyak nanas (kat gerai lah), tapi tak nampak pun kebun nanas yek!

Kata abi nak ke Kuantan dan terus ke Kemaman. Terbeliak dengar... 'Biar betul dorang ni, nak pergi Kemaman ker?'

"Ummi, kalau jumpa ke terjumpa orang jual bantal kekabu kita beli yek."

Untuk diletakkan pada belakang ana... Ngeee...

"Ada ke orang jual?" Alamak, mana la ana tahu...

"Kalau tak de kekabu, apa saja selagi namanya bantal pun boleh." Dah nak tergelak pun ada, hehe. Tapi kan, keciwa sungguh sebab sampai la ke rumah tak da nampak orang jual bantal. Huks.

Yeyeye, tak jadi pergi Kemaman sebab Pak Uda salah jalan. Kalau nak U-turn agak jauh dan mengambil masa yang lama. Jadi, terus je la ke Kuala Lumpur. Makan Ayam Penyet di Kota Damansara dan terus balik.

Isnin [21 Des - HARI INI] :
Stay at home, abi membeli buku adik-adik. Pagi tadi, tanya lagi kaki...

"Napa kaki jalan macam robot?"

Ahaks... Nasib kaki tak jawab "Sebab... Allah sayangkan kamu." Lalala.. Kalau kaki jawab? Er... mungkin akan pengsan. Ngeeee!


Selasa [22 Des] :
Insya Allah, ESOK akan meneruskan pengembaraan ke Paka, Terengganu. Jalan... Jangan tak jalan. Selagi masih ada waktu (",)


Sory, busy melayan peminat... Hibernate hp (dan laptop), ala tak de gambar dengan Afiq la (^_~)

** ada monolog yang sangat besh masa di tepi pantai Desaru, nantilah citer lain kali. Got to go... Daaaaa (^_~)

Read more...

Catatan Hati Fatinah [7]


Siri Tujuh : Ombak Jahat!

Cuti akhir tahun digunakan sebaiknya. Mama, abah, Kak Long Faqihah, Abang Ngah Muslih, Ateh Solihin, Uda Fatimah dan aku ke rumah Pak Ngah. Seperti tahun lalu, cuti sekolah pada hujung tahun akan menjadi peluang untuk kami bercuti di rumah Pak Ngah di Terengganu.

Selain mengeratkan silaturrahim, kami juga bercuti sekeluarga. Semua pulang dari asrama, semua duduk berkumpul di rumah dan abah serta mama akan mengambil cuti seminggu untuk bawa kami menginap di rumah Pak Ngah. Ada kalanya, Abang Ngah Muslih dan Ateh Solihin akan memanjangkan percutian mereka sehingga sebulan. Mereka dihantar Pak Ngah dengan bas dan abah akan menunggu di stesen bas di pekan.

Percutian kami tidaklah semewah orang lain tetapi ia cukup memaknakan sebuah percutian keluarga. Ada gelak dan tawa, tidak kurang juga ada yang masam muka bila sesuatu permintaan tidak dipenuhi tetapi itulah rencah berkeluarga. Saling melengkapi, bila Angah Muslih dan Ateh Solihin bergaduh maka Kak Long Faqihah akan mendamaikan. Bila Uda Fatimah dan aku berebutkan sesuatu maka Kak Long Faqihah jugalah yang menjadi orang tengah.

"Kak Long cepat siapkan baju Achik, Pak Ngah nak bawa mandi laut."

Selalunya, Kak Long yang akan menguruskan aku. Sedang abah dan mama sibuk menguruskan anak-anak yang lain.

"Wow! Cantiknya..." Kata Kak Long apabila menjejakkan kakinya di tepi pantai. Di hadapan matanya terbentang lautan yang sangat luas.

"Kak Long, kalau nampak sesuatu yang indah, cantik, yang disukai sebut 'subhanaLLAH'. Maksudnya Maha Suci Allah." Kata abah sambil tersenyum.

Mama membentangkan tikar dan menyusun bekalan makanan.

"SubhanaLLAH. Cantiknya..." Kata Kak Long membetulkan sebutannya.

Begitulah abah dan mama mencorakkan kami, setiap hari ada sahaja perkara baru yang kami belajar.

"Angah dengan Ateh nak mandi laut ni, bye bye Achik..." Ateh senyum sinis. Melihat kelibat Angah dan Ateh semakin jauh. Aku hanya melihat mereka semakin mendekati ombak.

"Angah! Jangan jauh-jauh ye... Tunggu Pak Ngah." Pak Ngah menjerit dari sisi aku.

"Uda pun nak mandi juga! Jom Kak Long."

Aku masih termangu-mangu sendirian.

"Kita bawa Achik sekali." Pinta Kak Long.

"Tak nak lah, Achik suka menangis. Kita nak mandi... Bukan nak melayan Achik." Muncung Uda apabila Kak Long nak membawa aku bersama. Bukan aku sengaja menangis apabila terkena air cuma aku takut untuk ghairah di dalam air seperti mereka. Terasa tidak selamat. Walau usiaku sudah 10 tahun tetapi aku masih seperti budak-budak yang jauh lebih kecil dari usiaku. Takut dengan air.

"Tak apa. Kak Long dengan Uda pergi dulu nanti abah bawa Achik." Aku sudah tersengih. Aku lihat Pak Ngah membontoti langkah Kak Long. Uda kelihatan girang dengan langkahnya semakin laju untuk masuk ke dalam air.

Sambil aku duduk di gigi air, aku bermain ombak. Sebetulnya aku 'mengumpul' pasir di dalam baju dan seluar, tak kurang juga aku' menyimpan' pepasir di dalam poket. Masakan tidak, aku duduk di pergulungan ombak. Setiap kali ombak menghempas, setiap kali itulah juga pepasir akan terkena pada badan . Setakat itu saja yang aku berani untuk bermain air.

Melihat abah juga sudah mula mandi bersama yang lain, aku naik ke atas sedikit. Jauh dari bedilan ombak.

Aku membina istana pasir menggunakan cawan dan garfu sebagai penata rias pada istanaku. Walaupun agak comot dan tidak kukuh, sedikit retakan di banyak bahagian tetapi aku suka. Leka.

"Mama, tengok istana Achik. Cantik kan? Besar nanti Achik nak buat istana macam ni la mama." Aku jerit pada mama yang berjarak beberapa meter. Seraut wajah mama tersenyum. Aku bangga dengan istana pasir ciptaanku sendiri. Tahun lalu, aku membina istana pasir bersama Kak Long, Abang Ngah, Ateh dan juga Uda.

"Achik, sini... Makan dulu." Mama melambaikan tangan ke arahku. Sejuk bermain air, mudah benar perut berkeroncong.

"Ok..." Aku tersenyum puas, melihat hasil istanaku yang megah berdiri walau hakikatnya sangat rapuh dengan lompongan di merata-rata, seakan-akan retak.

'Ah, biar lah...' Monologku, sambil langkah aku atur perlahan ke arah mama.

Beberapa langkah aku di hadapan, aku dengar jerit suara Ateh.

"Ombak besar. Ombak besar...!" Suara Ateh diiringi gelak ketawa dari yang lain.

Aku pandang belakang, beberapa saat kemudian ku lihat istana pasirku runtuh menyembah bumi. Tiada yang tertinggal selain hamparan sepi.

"Ombak jahat! Ombak jahat!" Aku mula menitiskan air mata.

"Ombak jahat! Ombak jahat!" Susah sekali untuk aku menerima keadaan istana pasir yang 'gah' berdiri, hampir 1 jam aku membina istana tersebut hanya dengan beberapa saat saja segalanya hilang.

Aku menangis, menangis seorang anak kecil yang kehilangan sesuatu.

Aku lihat dari jauh Abang Ngah dan Ateh mentertawakan aku yang sedang menangis.

"Ombak jahat! Ombak jahat!" Tak henti-henti aku menangis, tersedu-sedu.

Mama memujuk sehingga aku benar-benar tenang. Itulah hadiah Allah, seorang ibu sarat dengan kasih sayang. Tangisan duka anak adalah kehibaan seorang ibu. Tetapi ramai mana anak yang terasa hiba apabila ibunya mengadu sesuatu selain merasa meluat bahkan lebih teruk ada yang mencaci maki seorang ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan mereka.

"Achik nak dengar cerita?" Soal mama apabila aku sudah tenang. Sambil roti sandwich tuna aku suap ke dalam mulut, aku memandang mama.

"Cerita apa mama?"

"Sebagai seorang hamba Allah, apabila kita melakukan apa sahaja pekerjaan, contoh terdekat ialah Achik. Setiap hari Achik ke sekolah, Achik buat homework, latihan dan macam-macam. Achik beri tumpuan dalam kelas, tiba hari peperiksaan Achik demam panas tapi Achik nak pergi sekolah juga sebab Achik nak ambil exam. Bila keluar keputusan, Achik tengok banyak yang gagal padahal sebelum ni Achik dah berusaha sebaik yang mungkin. Apa Achik akan rasa?"

Termenung aku dengan soalan mama. Bala apakah yang melanda sehingga gagal banyak subjek.

"Mestilah Achik sedih... Achik tak nak gagal." Suapan roti aku terhenti, susah untukku menelan.

"AlhamduliLLAH, anak mama ni pandai. Allah ada berfirman di dalam al-Quran, 'apabila kamu berazam maka bertawakkallah kepada Allah.' Bila Achik dah bina azam nak cemerlang dalam peperiksaan, mesti Achik kena berusaha dahulu. Berusaha seorang yang nakkan kejayaan, bukan usaha orang yang mahukan kegagalan. Orang gagal ialah orang yang berusaha untuk gagal tetapi bukan semua orang yang gagal itu tidak berusaha.

Kita sebagai hamba Allah kena yakin dengan Allah. Macam mama cakap tadi, Achik dah berusaha yang terbaik tetapi bila exam pula Achik demam. Achik tak dapat nak jawab dengan baik sebab Achik pening, sakit kepala. Itu kerja Allah, biarpun kita sudah melakukan yang terbaik tetapi ada ujian yang datang. Pada mata manusia, kita seorang yang gagal kerana tak dapat jawab soalan dengan baik. Tetapi di mata Allah, kita belum tentu gagal sayang.

Allah memandang USAHA kita, dan apakah kita akan berjaya atau tidak, itu urusan Allah."


Mama tersenyum sambil membelai aku.

"Oh, macam tu ye mama. Jadi, kalau kita buat sesuatu kena niat kerana Allah ye mama?"

"Betul tu sayang, apa saja yang kita buat mesti kerana Allah. Belajar pun kerana Allah. Fatinah kena ingat, belajar kerana Allah... Sebab Allah lebih sayangkan orang yang pandai, orang yang berilmu lebih tinggi darjatnya disisi Allah." Terang mama lembut.

"Tapi Achik nak belajar, nanti nak jadi doktor. Mama dah tua nanti, bila sakit boleh Achik bagi ubat."

"Bagus anak mama ni. Tapi, Achik kena niat Achik belajar kerana Allah, Achik nak jadi doktor pun kerana ALlah dan Achik nak jaga mama pun kerana Allah. Semuanya kerana Allah, bukan Achik jadi doktor semata-mata nak jaga mama." Ku rasakan usapan mama membelai hatiku, terubat segala kekecewaan melihat runtuhan istana pasir.

"Macam tadi Achik buat istana pasir. Achik bertungkus lumus nak siapkan istana yang paling cantik, paling menarik... Tetapi hanya sekelip mata je semuanya runtuh. Ombak itu mengajar Achik, setiap yang kita miliki hanyalah pinjaman dari Allah."

Mama tersenyum sambil tangannya membelai belakangku.


"Semua pinjaman dari Allah? Kenapa mama?"

"Sebab.. Kita adalah milik Allah. Kepunyaan kita adalah kepunyaan Allah. Sebab tu kita tak boleh mencintai harta benda lebih banyak dari kecintaan pada Allah. Mesti berkongsi dengan orang lain. Sebab semuanya milik Allah kita kena rajin bersedekah, kena bayar zakat."

"Oh, patut la haritu abah cakap nak bayar zakat sebab semuanya Allah pinjamkan pada kita je." Aku memandai-mandai membalas kata-kata mama.

"Bila kita bayar zakat, kita bantu orang susah. Dan bila orang susah tu dah senang, dia gunakan duit zakat dengan baik, lama-lama dia pun boleh kaya. Bila dia kaya, dia pun boleh bayar zakat untuk bantu orang lain. Itulah kasih sayang orang Islam, walaupun kita tak kenal tetapi kita sama-sama membantu."

Aku memeluk mama.

Ombak tak jahat... Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi, dan kerana ombak juga aku tahu bahawa Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku. Mama, Abah, Kak Long Faqihah, Abang Ngah Muslih, Ateh Solihin, Uda Fatimah dan aku sendiri adalah watak-watak pinjaman dari Allah.

Kita saling meminjam, hakikatnya... Aku hanya seorang hamba. Setelah 12 tahun berlalu, aku kini memandang ombak sebagai pinjaman Allah untukku tafakur dan menyelami rahsia keagungan Ilahi.


Rumah Abang Ngah Muslih
Dundee, Scotland.

... fatinah ...

Read more...

16 December 2009

Catatan Hati Fatinah [6]


Siri Enam : Gelaran Itu Bukan Miliknya.

Majlis Tautan Ukhuwah bakal diadakan selepas Maghrib nanti. Aku dan beberapa AJK yang dilantik insya Allah menghadirkan diri sedari Asar supaya kelancaran majlis dapat dipantau. Alhamdulillah, dari tautan ukhuwah begini akan mengeratkan hubungan sesama para pelajar dari bumi Malaysia walau berlatarbelakangkan pelbagai bidang dan pengkhususan.

"Fatinah, itulah yang digelarkan "protaz" oleh pelajar Malaysia." Jari Kak Maimunah segera ditunjukkan kepada seorang lelaki. Aku tidak berhajat untuk melihat gerangan protaz tersebut.

"Kak, apa pendapat akak dengan gelaran protaz? Profesional Ustaz!" Aku mengalihkan fokus dan minda. Sekadar berkongsi idea.

"Bagi akak itu kelebihan pada umat Islam. Disamping ilmu fardhu kifayah yang telah menjadi fardhu ain, dia perkasakan juga dengan ilmu-ilmu agama. Tidak ramai mampu menguasai 2 bidang dengan baik." Jawab Kak Maimunah sampai tangannya mendodoi Aliyah yang dihurung kantuk.

"Alhamdulillah. Masih ada yang mementingkan ilmu agama disamping memperkasakan ilmu lain. Insya Allah, sebagai wasilah untuk memajukan ummah." Aku tersenyum, mengiyakan kata-kata Kak Maimunah.

"Fatinah selepas habis Psikologi ni nak buat apa? Sambung buat master atau terus kerja? Orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal. Orang yang merancang tetapi gagal, ia adalah perancangan dari Allah untuknya." Kata Kak Maimunah selepas aku lebih menekankan pada kalam memajukan ummah.

"Insya Allah, kalau ada rezeki saya nak sangat belajar tetapi sebagai anak saya nak balik dulu jenguk mama dengan abah di kampung. Lama sangat tak balik kak, dah 3 tahun! Rindu tak tahu nak diungkap lagi, bukan air mata darah lagi tapi dah air mata nanah ni. Fatinah anak bongsu, jadi ujiannya tu... berat juga kak."

Ketawa aku dengan apa yang aku utarakan, ujian menjadi anak bongsu dan berjauhan dengan keluarga agak mendera emosiku. Semasa di sekolah asrama dahulu, setidak-tidaknya aku boleh juga menjenguk ke rumah apabila cuti tetapi bila di perantauan, aku perlu korbankan perasaan demi sebuah pengembaraan.

"Tanggungjawab sebagai anak, jaga la hubungan dengan ibubapa sebelum berkahwin. Nanti dah berkahwin, perlu mengikut suami pula." Kak Maimunah tersenyum. Raut wajahnya dilemparkan pada Aliyah yang sudah nyenyak.

"Kak Mai masa dulu sebenarnya apa yang diidamkan? Nak jadi apa? Kira cita-cita la..." Aku tersenyum, mahu mengeratkan ukhuwah dengan seorang senior yang menjadi kakak kepada kami di sini.

"Masa sekolah dulu, Kak Mai set selepas habis sekolah terus nak pergi Jordan. Kononnya nak mengaji di Jordan la. Tapi, mak ayah tak bagi anak dara musafir jauh sangat seorang diri pula. Jadi, Kak Mai hanya sambung belajar di Universiti Malaya hingga la selepas belajar tu dapat tawaran untuk datang ke sini. Kak Mai ambil kejuruteraan kimia. Masa dulu kan, orang pandang lawak pada kita yang berkelulusan sekolah maahad nak mengaji kimia tapi dengan semangat juga la Kak Mai teruskan, alhamdulillah. Selepas ni kalau tiada halangan Kak Mai dan suami nak terus buat PhD."

Panjang cerita Kak Maimunah. Sinonim pelajar agama seakan mesti meneruskan pengajian di bidang agama. Tetapi, keperluan dibidang lain juga perlu diseimbangkan supaya umat Islam seimbang dari pelbagai bidang.

"Kiranya Kak Mai ni protazah la ye? Profesional ustazah, al-Quran pun hafaz dan dalam masa yang sama teori kimia sarat dalam kepala." Aku mula mengusik.

Ketawa kecil Kak Maimunah dengan usikan aku. Terkejut Aliyah yang menyedari ketidakselesaan dirinya di atas pangkuan si ibu.

"Macam-macam la Fatinah ni."

Aku tersenyum.

"Bagi saya kan kak, saya kurang setuju dengan istilah protaz mahupun protazah ni." Aku menguntum senyum.

"Kenapa Fatinah kurang setuju? Bukan ke satu kekuatan ummah apabila seorang muslim atau muslimah menguasi bidang agama dalam masa yang sama mengukuhkan ilmu dalam cabang lain?" Soal Kak Maimunah memerhati gerak geriku.

"Bagi Fatinah, gelaran ustaz itu untuk ustaz. Dan profesional itu pada bidangnya. Ustaz juga seorang profesional, profesional sebagai seorang ustaz! A holy men. Singa itu jangan diletak dalam kandang nanti tak rasa gerun pada taringnya, biarkan saja singa mengaum di hutan belantara baru terasa getar nadanya." Aku melontarkan kata.


[Gambar] Syeikh Dr Yusri Rushdi as-Sayyid Jabr al-Hasani

"Tapi ada juga profesional yang mantap ilmunya seperti contohnya Syeikh Dr Yusri. Seorang pakar bedah dan mampu mengajar kitab kepada para pelajarnya. Ibnu Sina juga pakar dalam beberapa bidang dan banyak kajian perubatan. Al-Khawarizmi ilmuan islam yang hebat di bidang matematik." Jelas Kak Maimunah.

Aku tersenyum. Teringat aku pada Sa'adah, sahabat yang selalu menceritakan tentang Syeikh Dr Yusri, pakar bedah yang juga mampu mengajar talaqqi kepada para pelajar.

"Itu benar kak, saya langsung tidak mempertikaikan kehebatan mereka dan sumbangan yang teramat besar kepada Islam. Tetapi, kita yang masih sebagai penuntut di sini terkadang gemar menggelar seseorang itu protaz. Tetapi dia bukannya seorang yang mantap dalam ilmu agama selain latar belakang sebuah sekolah agama." Aku meluahkan rasa.

"Betul juga dik. Tetapi, bukan la bermaksud merendahkan dirinya hanya kerana dia tidak bertalaqqi dengan para syeikh. Kita raikan ilmu dan cara dia yang tidak kedekut menyebarkan risalah dakwah. Tidak hanya menyimpan sendirian. Rasulullah juga mengingatkan kita, sampaikan daripadaku walau sepotong ayat." Terang Kak Maimunah.


Sedikit tidak aku sangkalkan cuma aku teramat tidak senang apabila gelaran protaz itu menjadikan lesen untuk mereka mengeluarkan pendapat tanpa melakukan kajian ilmiah terlebih dahulu.

"Kak, kita bayang mereka belajar dengan disiplin ilmu yang tinggi dan amat menjaga ilmu tersebut. Meredah lautan untuk menadah kitab bersama para ulama', dan kita pula berjuang ilmu dengan pelbagai bidang.

Ada di bidang kejuruteraan, sains kesihatan, perubatan, pengkhususan kimia, pengkhususan fizik juga pelbagai pengkhususan lain. Datang seorang pelajar dari kalangan penuntut ilmu syariah mahupun usul fiqh kepada kita yang belajar sedikit mengenai komposisi bahan kimia dan bersyarah dengan kita.

Mesti kita yang sememangnya berada di bidang ini merasa mereka kurang sesuai untuk menunjuk ajar sedang mereka sebenarnya profesional dalam prospek agama. Bukan bidang kajian sains.

Kita mengkaji sains, membuat kajian ilmiah terhadap ilmu-ilmu sains dan mereka mengkaji ilmu agama dan membuat kajian ilmiah terhadap jutaan kitab para ulama'.

Kita meraikan mereka yang mempelajari bidang sains tetapi bidang ini adalah bidang kita dan agak susah untuk seseorang menghadam 2 bidang yang bertentangan dengan mudah. Para ilmuan Islam terdahulu hebat kerana iman dan taqwa, apabila mereka tidak lagi mampu untuk berfikir (terhadap kajian yang dilakukan) mereka tidak terus berfikir lagi seperti kita bahkan mereka segera berwuduk dan solat. Memohon petunjuk dari Allah.

Melainkan kalau seseorang itu belajar bidang sains sehingga hadam akan butir-butirnya kemudian mengembangkan sayap ilmunya terus kepada bidang agama atau sebaliknya. Memegang kedua-dua konteks ilmu ini, baru la boleh dikatakan protaz seperti Syeikh Dr Yusri yang mana beliau belajar kedua-dua ilmu iaitu perubatan dan juga syariah islamiyah!"

Aku ketawa kecil. Muka Kak Maimunah sudah menahan rasa hati.

"Fatinah ni kan....!" Terus Kak Maimunah ketawa. Terhambur tawanya yan ditahan-tahan...

"Kenapa kak?" Kaget aku. Bimbang si kakak berkecil hati dengan aku yang terkadang terlebih bicara.

"Bila diam, terlalu berdiam sehingga dikatakan pendiam! Bila bercakap, macam pop-corn! Laju sungguh sampai akak tak sampai menyelit. Subhanallah, ada juga orang petah yang menyimpan kepetahannya." Terang Kak Maimunah.

"Bukan kak... Saya cuma terasa kecil hati apabila akak menunjukkan seseorang itu protaz sedangkan jauh dan menjadi beban untuk dia menggalas gelaran tersebut. Kasihan dia kak."

Aku tunduk. Tersenyum dan bangkit mohon undur diri untuk bersiap.

"Ya Rabbi, semoga semua ilmu yang kami pelajari ini adalah cebisan dari ilmu-ilmu Mu yang teramat luas. Dan aku pohon ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu-ilmu yang membawa manfaat kepada kami, ummah dan deen. Janganlah Engkau sombongkan kami dengan secebis ilmu yang kami ketahui, sesungguhnya Engkau sajalah Pemilik segala ilmu yang Engkau pinjamkan kepada ku. Ya Allah, rahmatilah kami... Pandanglah kami dengan pandangan rahmat Mu."

Wuduk membasahi muka... Dan airmata mengalir tanpa aku sedar. Mama! Abah! Achik rindu pada sentuhan tarbiyyah kalian! Doakan Achik agar kerinduan ini Achik simpan sehingga waktu untuk bertemu.

Teringat akan kalam Kak Syuhada pada usrah lalu, "Barangsiapa yang menta'zimkan (memuliakan) syiar Islam, itulah orang yang bertaqwa."

Insya Allah. Wallahua'lam.

... fatinah ...

[1] Kredit kepada encik Google yang menemukan blog ini kepada faqirah.

[2] Buah tangan sebelum ana meredah lebuh raya Utara-Selatan. Bermain ombak dan bersenandung bersama sang pepasir. Oh angin yang berpuput lembut, nantikan kehadiranku untuk merasai dekatnya ALLAH. Wahai pantai yang berombak lembut, akanku pijak gigi muaramu agar aku rasa indahnya menjadi pengembara ilmu ALLAH.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO