"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

31 August 2009

Bersabar Menempuhi Ujian

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Kemerdekaan.
Happy 24th Anniversary to my beloved parents, semoga jodoh kekal hingga ke Jannah. Insya Allah. Ameen. Tahun ni tak boleh belanja makan-makan di siang hari. Hehehe, tahun yang lalu selalu makan-makan. Tak apa la, tahun ni pesta lebih meriah. Pesta Ramadhan, kedatangannya dinanti, suasananya di rai dan pemergiannya ditangisi.

Alhamdulillah. Pertamanya ana mengucapkan terima kasih yang sebanyak-banyaknya kepada para sahabat dan sahabiah yang mendoakan kesejahteraan nenda tersayang. Alhamdulillah, nenda beransur sihat. Nenda yang mengidap diabetis (kencing manis) meraikan kedatangan Ramadhan, berpuasa dan dalam masa yang sama mengambil ubat diabetis yang menyebabkan kadar gula dalam darah di paras rendah (3.3). Alhamdulillah, berkat doa dari semua dengan kehendak Allah nenda pulih dan beransur sihat tetapi perlu dipantau pemakanannya supaya gula tidak diparas rendah bagi mengelakkan nenda pening dan pitam.

Kepada Ukhti Aisyarah, ana tak tahu nak ucap apa pada ukhti yang sangat konsisten bertanyakan khabar nenda. Berkat orang menghafaz Quran barangkali :) Jazakillah ukhti. Juga buat Ukhti Alwani yang comey itu, hehehe. Kesian Kak Wani kan, selalu kena buli dengan ana. Juga kepada semua ukhtun wa akhun yang mendoakan nenda, semoga kalian diberkati dan dirahmati Allah. Ameen.

p/s: Nenda ucapkan terima kasih kepada semua :)

Sekadar mencoret di sini. Ukhti Alwani selalu ingatkan ana, baru-baru ini tika sedang kesedihan dengan keadaan nenda, ukhti Alwani ingatkan ana kembali 'bukankah Insyirah selalu cakap sabar itu indah'. Iya, benar. Ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah.

Semalam, setelah melihat keadaan nenda yang ceria. Cucu nenda pula yang tiba-tiba 'jammed'. Hik hik hik. Masa sahur ok je walaupun dah jalan senget-senget, selepas subuh tu nak merehatkan diri disebabkan tak larat nak duduk sekali terlelap dan sedar-sedar badan tak boleh nak digerakkan. Setiap sendi dan saraf sangat sakit membuatkan badan kaku macam robot (hanya mata terkedip-kedip) :P

Kuatkan semangat juga walaupun tangan separa tenggam tak boleh luruskan jari, taip sms pada abi "pgl umi" hehehe, nak taip 6 huruf pun dah jenguh menangis. Kemudian, ummi naik panggil suruh gerak pun tak boleh. Uwaaaaaaa! Ummi gosok-gosok je badan, tapi badan tak boleh digerakkan sebab sakit. Hehehe, air mata je yang menitis. Cengeng je la budak ni. Dot on 12.30 tengah hari, abi tengok teruk sangat da sampai tak boleh bergerak (sakit belakang pun iya juga) terus abi paksa buka puasa dan makan ubat.

Tak mo!
Tak mo!
Tak mo!

"Cepat, makan nasi, makan ubat. Tak makan ubat nanti melarat lagi teruk!"

Tengok muka abi, waaa takut! Takut!

Ummi pun suap makan nasi dan makan ubat. 30 minit kemudian baru la tangan boleh digarak-gerakkan sikit, jari boleh lurus. Alhamdulillah. Tapi.... Er... Kan dah tak puasa sehari :((

Harap-harap harini boleh puasa macam biasa sampai la maghrib nanti dan mudah-mudahan hingga la ke hari terakhir ramadhan. Insya Allah.

Malam tadi, sambil makan di dapur Pak Cik cakap;

"Ujian. Sabar je la..."

Sebenarnya tak de la kisah sangat dengan ujian sakit ni as long as tak ada suara-suara sumbang di belakang. As long as ana boleh menjalani hidup macam biasa walaupun tak sempurna macam orang lain, tapi OK je. Cuma bila orang mula bercakap di belakang, tu yang jadi tak best. Huhuhu... Masing-masing ada ujian tersendiri kan. :)

Selamat Berpesta Ramadhan! (^_^)

Read more...

25 August 2009

Gelombang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar iman kalian?
Apa khabar amalan kalian?
Apa khabar al-Quran kalian?
Apa khabar taqwa kalian?

Moga Ramadhan membawa perubahan positif atas setiap persoalan yang dilontarkan, insya Allah. Soalan sebenarnya buat al-faqirah cik Insyirah yang seakan malas-malasan sejak dua menjak ni, haihhhh. Tengok, ayat pun dah bertukar ni. Ana nak merapu, sila jangan amik 'pot' sangat ye.

Sebenarnya, ana agak memalaskan diri nak update blog tapi rasa macam nak menulis jer. Tak pe la, berkat Ramadhan ni harap-harap tak la malas sangat kan. Jari jemari yang mulus pun seakan beku lantaran cuaca yang agak sejuk, hujan dan angin yang menyapa tubuh kecil molek ana membuatkan badan agak menggeletar di pagi hari. Pagi macam ni ana suka baca blog sahabat-sahabat, semuanya bersemangat dalam mujahadah dan amalan yang mantop belake sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah.

Orang kata (ana tulis je) Ramadhan ni umpama perjumpaan dengan isteri/suami yang dah lama tak jumpa. Owh, maapkan ana yang jahil ni disebabkan belum bersuami atau menjadi isteri kepada mana-mana lelaki yang sangat bertuah itu (ayat tak ingat daaa) jadi tak la dapat memahami dan menyelami sangat apakah feeling sebenar mereka yang ditinggalkan atau meninggalkan bantal-mate itu. Nama pun orang yang kata kan, jadi baik lah ana kata...

Ramadhan ni umpama peperiksaan atas iman dan mujahadah, sebelum ni beralasan syaitan mengacau. Nah, sekarang syaitan tak de jadi sebenarnya memang tak de alasan yang lebih kukuh untuk bermalasan selainkan memang sememang memangnya diri sendiri yang malas. Adeh la... (Angkat kain putih - surrender) Tutup muka... Malu deh cakap pasal malas ni. Dengar sahabat-sahabat tadarus ada yang dah masuk 8 juzuk (weh, harini baru 4 Ramadhan), sedangkan ana...? Masih duk melangut lagi. Huk huk.

Semalam YM dengan Kak Syifa', sedikit cemburu sebab mereka solat terawih di musolla. Huhu, ana sangat jarang teramat tersangat nak berjemaah di masjid atau surau. Paling habis pun ana mengerah menggunakan kuasa VITO untuk memanggil si kenit-kenit yang sebenarnya tak kenit pun untuk berjemaah dengan ana di rumah. Tapi, biasa la macam-macam alasan yang tak munasabah. "Kejap la", "Solat dulu la", sehingga mencabar tahap kesabaran dan kelembutan kata-kata ana pula. Jadi, DIAM lebih baik.

Elok-elok nak ajak jemaah, jadi membebel dan mengomel dalam hati. Baiklah DIAM kan, hampar sejadah dunia (err, kat akhirat takde sejadah lagi) dan pakai telekung pastu dengan gaya sopan lagi bersantun ana tutup jer TV (the stupid box, yeyeh!) Baru la budak-budak itu bangun, senang kan tak payah mengomel dan membebel. PUASA, tak pasal-pasal kurus puasa sebab membebel. Dorang pun sakit telinga, ngeh ngeh. Kejamkah daku? Owh, bukan kejam cuma sedikit mengamalkan pemerintahan kuku besi je.

Pesanan penaja - Sekiranya di tempat itu ada masjid dan surau, maka surau adalah lebih baik untuk wanita. Sekiranya di surau itu ada rumah, maka rumah adalah lebih baik untuk wanita. Jadi, solat wanita nak solat dimana-mana pun tak pe :)

Ana baca coretan terawih dan masing-masing macam sedang syokkkkk berpesta, ish tak boleh jadi ni. Tapi tak per, sekurang-kurangnya seronok je baca tinta mereka, terasa macam untungnya mereka merasa semua suasana itu dan ana pun beruntung kerana diberikan peluang dari Allah untuk membaca pengalaman mereka. Hihihi, sambil melayan lagu Hijjaz ni masyuk la pula rasanya. Dah la sejuk, eh alamak player ni salah lagu tetiba keluar lagu Pengantin Baru, ehhh stop stop... Uwais kecil lagi. Orang berlumba bercinta dengan pelbagai aksi yang mantop belaka, ana duk masih lagho dengan Uwais lagi. Haih, napa la budak kecil 3 tahun itu juga yang asyik bermain di minda ana? Uwaaaaaa... Rindu bangat sama kamuuuuuu!

Bak kata seorang hamba Allah: "Kak ni, Uwais baru 3 tahun. Kalau 23 tahun tu sedap la jugak dengarnya."

Ana pula menempelak semula : "Waras lagi ni dik, kalau umur Uwais 23 tahun tak de la akak angau macam ni." Uhuk uhuk uhuk... Uwais, uwais... Lalalalaaaaaa... Kan sudah ku bilang ana nak merapu pagi ni. Sudah, sudah... Nak bagi tazkirah pula (er sebenarnya bukan tazkirah pun tapi sharing is caring, caring is loving, loving is... err... sambung sendiri je la) :P

.:: NeRaKa PuN TaK TaHaN PaNaS ::.

Haaa... Tajuknya menakutkan je. Moga bermanfaat bagi mereka semua yang bertandang ke blog ana yang cumel macam tuan dia jugak. Huhu. Barangsiapa yang bersabar dengan ayat ikan kerapu (maksudnya merapu ar) di atas, maka beruntung la dia kalau scroll terus ke bawah. :)

Pada suatu hari yang indah di tahun lalu, dah lama kan. Tapi masih segar membugar lagi ingatan ana terhadap kisah ini kerana ia selalu benar berjaya mencairkan hati keras ana untuk mengalirkan air mata keinsafan. Ya Rabbi, kurniakanlah kepada KAMI sekeping hati yang sentiasa insaf dan gemburkanlah hati kami dengan kasih sayang Mu agar kami sentiasa RINDU untuk menyebut nama Mu. Ameen.

Babah tanya ana. "Nak dengar hadis tak?" Apa lagi, macam nak dapat jongkong emas je mendengarnya, dengan tak malunya ana jawab "nak!" kemudian, babah pun baca hadis. Kemudian, er... banyak pula kemudiannya. Babah baca hadis, terangkan hadis pastu Babah cakap...

Suatu hari... (jeng jeng jeng, saspen je) neraka di sekeliling neraka Jahannam mengadu kepada Allah bahawa mereka (nereka sekeliling neraka Jahannam) tak tahan dengan kepanasan NAFAS neraka Jahannam. Setiap kali neraka Jahannam menghembuskan nafas yang memang tak de chance la sepoi-sepoi bahasa nak meniup rambut yang mengerbang, menyebabkan neraka di sekelilingnya tak tahan panas malah ada neraka yang terbakar dek kerana panasnya hembusan nafas neraka Jahannam. Na'uzubillah. Kemudian, Allah mengarahkan kepada neraka Jahannam hanya boleh bernafas 2 kali dalam setahun iaitu sekali sewaktu musim panas dan sekali di musim sejuk.

Babah cerita lagi...

Kalau di musim panas (bagi yang menikmati la, er ada ke yang menikmati musim panas?) ada satu hari teriknya sebahang-bahangnya, memang teramat panas. Selalunya kalau orang tak tahan bila tiba musim panas (terutama di sebelah benua afrika agaknya) hidung keluar darah. Gurlp... Kemudian, sekali lagi sewaktu neraka Jahannam bernafas di musim sejuk, ada satu hari yang sejuknya teramat sejuk hingga ke tulang hitam.

Nah, amik ko itu baru Jahannam bernafas. Takut tak? Tak tahu la kalau ada orang yang sekebal itu, sedangkan neraka sekeliling Jahannam pun tak tahan. Na'uzubillah. Jadi, pada bulan Ramadhan yang mulia yang dijanjikan Allah diberikan rahmat, keampunan dan dijauhkan dari neraka, maka... betul-betul la mujahadah dan pastinya kita tak tahu sama ada esok masih milik kita. Jadi, hari ini buat amal banyak-banyak, orang nak kata buang tebiat ke apa ke pedulikan sebab kubur memang lain-lain, lain la kalau jadi syuhada ke apa ka, boleh duk satu liang ramai-ramai. Yang sorang tak boleh jawab, ada sorang lagi boleh bagi jawapan itupun kalau boleh jawab la. Tapi, pastinya memang takda siapa pun boleh tolong jawab, diri sendiri (iman dan amalannya) la yang jawab munkar dan nakir menjeling je... Haaa... Takut tak?

Jika kalian beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kalian. Beramallah kerana Allah, kerana Allah tidak pernah meninggalkan kalian.

...er, sebab selalunya kita yang lupa Allah. Allah tak pernah lupa pada hamba-hamba Nya. Astaghfirullah hal azhim.

Ya Allah, pandanglah kami dengan kasih sayang Mu.

Ok, banyak sangat melalut ni. Kurus puasa nanti...

Wallahua'lam.

Read more...

22 August 2009

Menghidupkan Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 1 Ramadhan. Alhamdulillah. Pagi yang sejuk, indah bertemankan gema aliran sungai yang kuat di belakang rumah, kipas masih ligat berputar pada kadar paling perlahan. Hampir menyesakkan nafas, ana sendiri tidak tahu mengapa tetapi sedikit 'tersekat' apabila bernafas.

Dari awal pagi ana online, banyak perkara perlu dilangsaikan dengan harapan sebelum Ramadhan tetapi kita hanya merancang, Allah juga merancang dan Dia sebaik-baik Perancang. Teruskan juga melunaskan tugasan yang terhenyak di pundak, tanggungjawab itu sangat berat dan memenatkan. Tetapi terlalu kecil dibandingkan dengan sahabat-sahabat. Semalam berbicara dengan teman dari Mesir juga terasa bahangnya memikul amanah, selalu benar ana katakan pada teman-teman:

Jawatan itu datang dengan tanggungjawab dan tanggungjawab itu sebenarnya sangatlah berat.

Kadang-kadang tak sampai hati menolak permintaan orang, maka diturutkan juga walaupun terkadang bertanya juga pada hati "mampu ke nak buat ni?", "sempat ke nak siapkan?", "boleh ke segerakan?" sedangkan semuanya beratur menanti giliran. Setidak-tidaknya ada juga yang perlu dikerjakan. Menggerakkan minda, moga tergerak juga hati dengan tinta-tinta yang menyerikan lagi mata. Sungguh pagi ini ana membalas dendam mengqada' banyak coretan teman-teman blogger dan juga forum.

Entah bahasa apa yang sedang Allah tuturkan pada ana, seakan hujan lebat di luar sana turut menyebabkan banjir di hati ana. Bukan sedih apa, cuma rentetan tulisan yang ana resapkan ke dalam hati memberikan sedikit suntikan halawatul iman yang menghidupkan kembali hati ana yang suram. Moga hadirnya Ramadhan membugarkan kembali kesegaran hati, dengan lauk pauk dan hidangan tarbiyyah sentuhan Allah tanpa diracuni makhluk yang dirantai, tarbiyyah Ramadhan mampu membina sahsiah yang gemilang. Ameen!

Status YM yang sedari pagi tidak bertukar, mudah-mudahan status YM juga memberi suntikan untuk bermujahadah. Hihihi, orang pertama yang diganggu ialah Kak Ida. Kesian Kak Ida, dia sedang bersiap-siap untuk sahur hinggakan kentangnya hampir kering dek kerana terlalu asyik bersembang dengan ana. Asifi ya ukhti jamilah :) Hihi, nanti Syira gantikan kentang akak tu tapi selepas akak balik Malaysia lah eh.

Kemudian, ana menyambung pembacaan qada' dari blog Ustaz Farid. Muskil kerana terkadang ana tak dapat nak buka blog beliau, walaupun tak kenal empunya blog tetapi ana suka baca blog beliau. Silent reader yang sudah menjadi talking reader, itu pun kadang-kadang je. Ada 2 artikel beliau yang menyentap nubari kala matahari mula menyingkapkan wajah dari lindungan awan kelam. Iya, benar-benar menyentap nubari. Seakan tersedar dari lena yang PANJANG!

Subhanallah.
Alhamdulillah.

Pada heningnya pagi bertemankan zikir cengkerik yang ceria dengan kehadiran Ramadhan, terasa luluh air mata insan sarat dosa. Astaghfirullah hal azhim. Habis mengqada' tulisan-tulisan yang penuh dengan isi, ana kembali mengintai ruangan forum. Ada sesuatu yang belum langsai, hati masih tak sedap dengan penangguhan tetapi program Ramadhan diteruskan tanpa menghiraukan perkara yang tertangguh. Tak nak kerana satu yang tersekat di rongga mulut dan di hijab dengan akal dangkal, segala perancangan dan usaha lain ditangguhkan sama.

Satu per satu, bernafas walaupun menyesakkan dada.

Membugarkan hati di kala Ramadhan, para ulama' sufi silam tidak meletakkan Ramadhan sebagai medan madrasah tetapi Ramadhan adalah fatrah imtihan! Rejab dan Syaaban adalah madrasah yang membina peribadi insani manakala Ramadhan adalah lapangan imtihan! Bukan lagi madrasah seperti kita, insan-insan yang penuh dengan keseronokan dan kelalaian. Besar benar jurang tetapi masih belum mengambil iktibar, sekadar cakap-cakap dan ucapan "Selamat Menyambut Ramadhan", yang dapat hanya lapar dan dahaga. Hati masih malas, hati masih tidur, hati masih nyenyak!

Roh kekeringan, kurus dan tak bertenaga lantaran terlalu banyak hiburan yang tidak mendidik jiwa. Arh, cemburu pula ana dengan kata-kata seorang teman. Hiburan buatnya apabila berjaya menghafaz al-Quran pada hari tersebut. Jadi, muzik hariannya adalah kalam-kalam Tuhan, jangan pelik andai merasa tenang hanya dengan berada disisi mereka kerana mereka penjaga al-Quran! Mereka menjaga hati agar tidak dicalari, agar hafazan tidak lari, agar ingatan tidak tumpul.

Nah... Andai Rejab dan Syaaban belum menjadi madrasah, anggap saja Ramadhan madrasah dan perlu mujahadah kerana 'study' akhir waktu untuk menghadapi imtihan. Selalunya, susah benar mahu cemerlang andai persediaan tidak mantap tetapi lupakan saja, biar teruskan usaha dengan gigih dan konsisten.

Allah Maha Penyayang.

"Awak pernah tulis artikel?"

Soalan tertera di YM. Ana masih ribut-ribut dengan kerja tergendala, huhu.

"Iya."

"Boleh kongsikan macammana awak menulis artikel?"

Monolog hati, sudah dia ni. Ana pula yang dijadikan tempat rujukan. Salah orang dah dia ni, perlu ditunjukkan ke jalan yang lurus. Hihihi. Tersesat jalan, usah dikata dia sesat tetapi bantu juga agar dia tidak terus sesat.

"Awak salah tempat bertanya. Saya bukan orangnya untuk jawab soalan ni."

"Kongsikan pengalaman dan ilmu awak saja."

Hati masih berdetak detik, nak cakap apa ye. Ana tak tahu. Ana tak pandai. Kalau dah tahu tak tahu, jangan buat-buat tahu. Sesat lagi menyesatkan pula.

"Menulis dari HATI. Picisan ilmu yang ada, apabila dikepilkan dengan kasih sayang dari HATI, insya Allah."

Ana tidak berhajat mahu memiliki hati sesiapa, tetapi ana menulis untuk kepuasan JIWA sendiri. Menulis dari HATI sendiri, dengan harapan meresapi hati pembaca yang sudi.

Wallahua'lam.

Hari ini, kecewa kerana belajar Arab tanpa menggunakan black board (sekarang guna white board je la. Hihihi) Terima kasih pada ninja yang suka lompat sana lompat sini kerana mengajarkan satu ilmu untuk ana. Semoga proses menjadi ninja yang lebih hebat, lebih tangkas dan lebih banyak skill. Hihihihi... Lalalalaaaaaa... (^_~)

Read more...

21 August 2009

Tinta Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam ceria, salam bahagia dan salam kasih sayang buat teman-teman yang dikasihi. Alhamdulillah, Ramadhan kian menghampiri kita. Perasaan bercampur baur, rasa gembira, sebak, sayu dan sangat teruja. Subhanallah. Dia yang memegang hati manusia, semoga kita tetap teguh dan istiqamah mengharapkan nusrah Nya dalam melalui hidup ini.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana menautkan kembali hati ana dan sahabat. Kadang-kadang kita tak terlintas di fikiran apa yang terlintas di hati sahabat, tak mampu nak memikirkan apa yang difikir oleh orang lain. Moga silaturrahim yang terjalin, mendapat manfaat dan sama-sama saling ingat mengingatkan pada KEBENARAN dan KESABARAN. Ameen. Insya Allah.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas setiap nikmat yang dipinjamkan kepada ana. Menghitung kedatangan Ramadhan, tetamu yang dirai dan dimuliakan sebaiknya. Kedatangan Ramadhan kali ini banyak beza dan istimewanya di hati ana, mungkin ada yang teruja dengan azam baru yang lebih hebat. Ada yang biasa-biasa, sekadar menjalani Ramadhan seperti selalu dan ada pula yang tak rasa apa-apa pun. Wallahua'lam.

Ramadhan kali ini, entah perasaan apa yang singgah hingga tinta hati terluah. Subhanallah. Ana mengharapkan Ramadhan yang datang membawa sinar buat hati kita semua, membawa sinar buat bumi Palestin, cahaya buat Selatan Thai, nusrah Ilahi dan rahmat Nya memayungi kita semua menuju cinta Nya. Ameen.

Tahun lalu, kemeriahan Ramadhan terasa hambar di hati. Melihat adik-adik dan ahli baeyt bersiap ke surau untuk berjemaah, ana sendirian di rumah. Dengan simpati abi, seusai solat Isyak berjemaah di surau, abi pulang mengimamkan solat terawih bersama ana di rumah. Kebiasaannya, Rejab dan Syaaban adalah bulan tarbiyyah rohani dan fizikal yang harus ana lalui sama ada dengan redha atau sebaliknya tetapi itulah yang perlu ana jalani. Ramadhan pula bulan untuk menggempur iman, melihat sejauh mana ana mampu bertahan dalam kalam yang terlafaz setiap kali solat.

La ilaha illallah.
Muhammad Rasulullah.

Tahun lalu, seingat ana hanya sehari saja ana berkesempatan solat terawih di masjid itupun sewaktu mengikut abi membayar zakat fitrah pada penghujung Ramadhan. Tahun ni terasa lebih seronok dan ceria dengan kedatangan Ramadhan, usaha menjaga kesihatan dilakukan seawal Rejab dengan harapan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu seperti yang diidamkan semua.

Alhamdulillah, terapi tulang belakang yang dijalani dengan kesakitan dan keperitan akhirnya membuahkan tawa dan senyuman. Sinar bahagia buat ana. Subhanallah. Syukran ya Allah.

Yakin pada Allah. Insya Allah.

Setelah menjalani terapi tulang belakang, sedikit sebanyak keadaan jantung dan buah pinggang bertambah baik. Alhamdulillah. Ana tidak lagi kronik apabila menerima kejutan, andai dahulu keadaan jantung seperti orang berusia 60-an, sekarang lebih cergas dan bertenaga. Naik turun tangga pun tak teruk sangat. Kalau dulu, keadaan jantung seperti lebam, alhamdulillah sekarang tidak lagi. Perut juga sudah jarang-jarang dilanda tsunami, hihihihi. Tak mo makan pedas-pedas ye!

Perlu jaga:

[1] Tidak mengangkat lebih dari 5 kg (so, tak boleh dukung baby yang besar)
[2] Tidak tidur atas tilam spring (hehe, atas lantai yang rata saja okey!)
[3] Tak boleh makan kekacang menjalar (amat sensetif kalau sakit belakang/saraf)
[4] Tak boleh makan/minum ais (mengidam je tengok aiskrim, hadoi la)
[5] Tidak makan buah tembikai (sadisnye, no more watermelon juice for me)
[6] Tidak makan buah ciku (nanti semput, ciannya sayaaaaaaa!)
[7] Minum air mineral/suling (bukan air yang masak tu yerk, tak de oksigen)

Mesti buat:

[1] Kurma sehari 3 biji (ajwah adalah yang terbaik)
[2] Madu selepas subuh (puasa tak yah la kot, hihi ngelat)
[3] Kismis sebelum tidur (manja betul)

Mesti elakkan:

[1] Duduk (bersila/bersimpuh) atau berdiri terlalu lama.
[2] Jalan terlalu banyak (no more window shopping, huhu)
[3] Menggerakkan badan dengan ekstream (sopan santun je saya ni :P)

Kalau disenaraikan makanan yang TAK BOLEH dimakan (kena berpantang) pasti berjela-jela, jadi... ana terfikir, kan lebih mudah senaraikan apa yang ana KENA makan, pasti pendek kemetot aje. Adusss... Kesiannya.

Ana berusaha mengelak dari mengambil sebarang ubat-ubatan dalam persiapan Ramadhan supaya perut & badan tidak meragam bila ana menjalani hari tanpa ubat. Yeay! Insya Allah, yakin dengan pertolongan Allah. Sesekali 'bengkok', terpaksa juga menelan ubat tetapi selagi terdaya pasti digagahi juga. Bak kata Kak Syifa';

Insyirah KUAT...!

Insya Allah.

Selamat menjalani ibadah puasa.
Dari Insyirah dan keluarga. (^_~)

Read more...

20 August 2009

Fasobrun Jameel


Orang beriman selalu punya cara untuk menjaga hatinya mestipun berlawanan dengan apa yang diterima dalam kehidupan. Saat mendapat musibah air matanya menitis tapi hati yang terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberi Allah sudah pasti yang terbaik untuknya. Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat tetapi tidak dengan hati yang terus yakin apabila diuji Allah. Itulah tanda Allah sayang padanya.


Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.


La ila haillallah... (^_^)

Read more...

19 August 2009

Si Kecil Faqirah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedari semalam, ana terkejar sana sini. Pada awal pagi, ummi pesan pada ana agar ikut ummi bawa Mahfuzah berjumpa doktor kerana ummi perlu hadiri mesyuarat takut-takut tak dapat nak bawa Mahfuzah. Maka, ana yang masih lagi mamun (baru bangun tidur) terus cari baju Mahfuzah dan masukkan dalam beg in case warded kemudian iron baju dengan kelam kabut.

Semalam hari ke-4 Mahfuzah demam. Bawa Mahfuzah jumpa doktor, alhamdulillah -ve H1N1 dan tidak dimasukkan ke wad.
Balik ke pejabat ummi, ana dan Mahfuzah berehat di surau. Sementara Mahfuzah yang masih selsema tidak dapat melelapkan mata, ana berusaha merehatkan badan sejenak dek kerana semalaman ana tidak tidur setiap 1 jam bangun tengok ummi, Mahfuzah dan Fadilah yang semuanya tidak sihat. Mata masih terpejam tetapi otak ligat berputar, mengantuk tapi tak mampu nak rehat.

"Fuzah, tutup la lampu. Nak tidur jap..."

Qailullah la konon, huhuhu. Tetapi Mahfuzah tak nak tidur, dia tak nak tutup lampu dan tak nak duduk dalam gelap. Hadoi, sabar jer la dengan orang demam. Mujur la dia demam, sabar je. Sambil nak tidur tu mesej dengan Cik Mie Sepet, tak juga terlelap mata ni. Lama-kelamaan, sejuk sangat duduk dalam air-cond. Ambil sejadah dan dibuat sebagai selimut, sweater pula membalut badan. Tetap juga tak boleh lelap, akhir sekali... Ambil niqob dan tutup muka. Ngeeeee! masih juga tidak boleh tidur, mata terkelip-kelip dalam niqob.

Dengar orang ketuk pintu surau, zazzzzz berderau darah. Terus bangun dan duduk elok-elok. Owh, ummi rupanya bawakan lontong. Alhamdulillah, rezeki. Pusing kiri, pusing kanan, duduk dan bersandar tetap juga tak boleh tidur. Argh... jam menunjukkan sudah berangka 12. Ouch! Pergi ke tempat ummi, dengan muka yang kelam kabut ummi mengemas meja bagitahu abi baru called ummi. Cikgu called abi suruh ambil Fadilah di sekolah, demam panas.
Waduh, nak terus ke sekolah Fadilah mengambil masa hampir 2 jam.

Takut sekolah pun dah tutup dan kesemua cikgu sudah pulang. Setelah 10 minit perjalanan, teringat pula nak call Tok Bah minta ambilkan adik. Pantas idea ana disetujui ummi, talifon Tok Bah dan teramat lega bila Tok Bah cakap dah ambil Adik dan sedang berada di hospital. Jam 2 petang tiba di rumah Tok Bah, Adik juga negatif untuk H1N1.



Subhanallah... Alangkah indah andai tika ini ana berada di tempat dalam gambar ni, mesti sedang menyejukkan badan dan menenteramkan fikiran, hihi :)

Sementara menanti abi dari Kuala Lumpur, ana berusaha melelapkan mata. Nampaknya AriSsa tidak mengalah mengacau ana, panjat badan ana. Dah la badannya yang gempal, tembam dan berat bangat tu nak melompat-lompat atas ana. Wehhh... Berani kamu ya! Meh sini nak gigit. Terjadi pergelutan antara ana dan AriSsa pula, lawan menggigit. Tak jadi juga nak tidur, waaa tensionnya. Dah la mesej yang ana hantar pun tak berbalas, terasa lain macam pula. Rasa bersalah, macam-macam rasa. Menci bila rasa macam tu. Argh...

Akhirnya, setelah memujuk AriSsa tidur dan masih degil budak kecil tu ana pun mengurung diri dalam bilik. Keluar bilik tengok AriSsa duk sapu sampah di halaman belakang, walla walla budak kecil umur 2 tahun menyapu sampah dengan penuh keyakinan dan aksi. Comel betul, hihihi. Tergelak-gelak dengan kerenah AriSsa, mata ana tak juga berjaya dilelapkan. (*_*)


4 pm paksa AriSsa masuk buaian dan sambil mendodoi AriSsa, ana pula yang tersengguk-sengguk. Macam ni agaknya masa ana kecil-kecil dulu yer, ummi jaga anak-anak yang tak boleh tidur malam dan siang hari pula tersengguk-sengguk melayan kantuk yang tak diqadho. Huhu. Lastly, tak reti nak buat apa untuk bagi mata pejam. Bersembang dengan Tok Mak, menyakat Tok Bah dan mengacau Ummi. Azan Asar berkumandang, wah... Gagal juga mata dilelapkan.

Sampai rumah, memandangkan abi masih lambat nak sampai ana mengemas rumah apa yang patut. Abi sms, katanya ada surprise! Yeh yeh yeh...

Sehingga waktu pagi tadi, baru mata ana terpejam dan rehat itupun selalu terjaga memandangkan tidur sebelah Adik yang demam panas. Ana pula terasa hangatnya. Pagi ini, suhu badan Adik masih tidak turun-turun, buntu nak buat apa. Akhirnya, ana tuang ais dalam basin dan air. Dengan Adik yang masih tak bangun-bangun, ana buka pakaiannya dan lap dengan air ais yang sejuk itu.

Wahhh, satu lagi dugaan bila Adik menangis kesejukan. Nak pujuk dia pula, haiyok haiyok. Usai mengelap satu badan Adik, tukar pakaiannya dan bedakkan dia (asyik baring tak keluar selimut, bucuk! :P) kemudian suap dia makan. Jam tepat ke angka 12 tengah hari, perut ana berkeroncong.
Sambil menyuap Adik, ana makan nasi lemak. Abi juga ketiduran kerana demam. Satu rumah demam (ummi, abi, Aiman, Mahfuzah dan Fadilah) kecuali ana. Huk huk huk...

Budak yang paling kerap dan mudah sakit tiba-tiba menjaga kesemua yang jarang sakit. Waduh, akhirnya abi kuarantinkan KAMI sekeluarga gara-gara demam. Adik yang paling teruk, suhunya tinggi sangat dan tak turun-turun sehingga la ana lap dengan ais. Kalau masih kecil, senang je. Rendam tuala dalam ais kemudian balut badan dengan tuala tu tapi ni Adikku sudah 10 tahun, dah besar nak balut guane. Setiap 15 minit, nak kena check tuala yang diletakkan pada dahi+kepala Adik.


Takut Adik jadi sawan (tarik) sebab badannya yang panas. Ni pun duduk sebelah dia jer...

Sambil melawan rawan, memujuk hati... Ana lihat jumlah pengikut blog mencecah 101 orang. Subhanallah. Apa la sumbangan tulisan ana selain merepek dan menyengal.

Beberapa hari lalu, Saudara Azizul minta bantuan mengenai e-Majalah yang ingin kami laksanakan. Ana pening kepala, hehe. Apa yang nak ditulis, ana tak tahu. Dahulu, apabila diminta oleh Saudara Kamal Zharif (halaqah.net) untuk menjadi penulis, ana menolak dan sekadar meminta beliau sendiri melihat apa yang ana tulis. Sekiranya sesuai, ambil saja. Tiada copyright. Teman dari sebuah IPT juga menawarkan ana menulis bersama-samanya, ana juga menolak. Huhuhu.
Sekadar mengedit buku-buku yang ingin sahabat-sahabat terbitkan tetapi itupun tak semua yang ana terima.

Atas beberapa insiden yang mencalarkan hati, ana mengelak untuk membantu ikhwah dalam penulisan ataupun program. Sudah berusaha untuk mengelak terjadinya perkara yang tidak diharapkan tetapi susulan beberapa peristiwa cukup mengajar untuk lebih berhati-hati. Dipandang serong dengan beberapa sahabiah dek kerana membantu mengedit tulisan ikhwah, kata-kata dan padangan serong buat ana lebih selesa dengan kehidupan sendiri. Alhamdulillah. NO PAIN NO GAIN :)


Ana masih berusaha untuk melaksanakan e-Majalah yang telah dibincangkan, cuma... ana masih memikirkan bagaimana untuk mengelakkan insiden lepas dari berulang. Hihihi. Serik dah kena serang dengan bom sokmo, roboh tembok China kalau hari-hari kena bom kan inikan pula ana.

Semalam, dalam menyiapkan beberapa kerja yang tergendala, ana baca mail dari seorang yang ana panggil Ibu kerana usianya hampir sebaya dengan ummi. Ana tersenyum dengan bait bicaranya, rasa lelah dah dilepaskan. Sentuhan kasih seorang ibu, Allah saja yang tahu. Tetapi, jauh di sudut hati ana merasa takut dengan tanggapannya pada ana, kerana ana jauh dengan apa yang difikirkan oleh Ibu. Ana sekadar si kecil faqirah yang merangkak dalam hidup. Bukanlah faqihah tetapi sekadar faqirah yang kerdil.

... ya Rahman, di bawah pohon rahmat Mu ku berteduh melukut di sisi Mu mengharapkan maghfirah dari Mu. Bantulah aku dalam menghadapi segala getir ini demi rayuan atas kemanisan iman dengan hati yang landai pada kasih Mu dan jangan tinggalkan daku kesepian di lautan mu. Biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasih Mu kerana sesungguhnya hakikat cinta hanya Engkau yang Maha Esa ...


Fi NouR iSLaM
El-Faqirah Insyirah.

Read more...

18 August 2009

Sekolah Islam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedeqah + Tarawikh & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amr Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehari Nawafil Fardhiah* Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan 1 70 700
Ramadhan 70 4 900 49 000
Lailatul Qadr 50 400 35 280 000 352 800 000


*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syaheed, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

!!! Perhatian : Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.

Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihan seawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.

Fully credit to Sis Kyna (^_~)
Barakillahu fiik.

Read more...

17 August 2009

Nasihat Dari Abi

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hujung minggu lalu (Sabtu dan Ahad) kami pulang ke kampung menziarahi nenda tersayang. Nenda kelihatan semakin uzur tetapi kehadiran kami meriuhkan suasana sepi membuatkan nenda gembira. Kami sampai di kampung semasa nenda sedang solat Zohor, nampak nenda sudah boleh solat berdiri. Setelah membersihkan diri dan solat Zohor, ana merebahkan badan pada kerusi dan mencapai surat khabar. Nenda duduk di sebelah ana, nenda seorang yang pendiam jadi analah yang akan menjadi seperti bertih jagung untuk mengajak nenda berbicara. Hihihihi...

"Insyirah pergilah makan."

"Kenapa, tok nak makan ke?"

"Emh... Lapar juga ni."

"OK, jom kita makan!" Cecece, semangat betul ni.

Ana pun melangkah ke dapur dan ceduk lauk, hihihi. Sendukkan nasi untuk nenda dan kami makan bersama-sama. Sudah beberapa hari nenda tak makan nasi kerana hilang selera makan, tambahan pula usianya yang sudah berangka 71, nenda selalu merasa lemah. Syafakillah jaddatun habibati :) Berselera sekali nenda makan bersama ana, sedang abi baring di ruang tamu, ana melayan cerita nenda. Sesuap demi sesuap nasi masuk ke mulut nenda, hamdalah habis. Berkat makan dengan ana la tuh.. :P Nenda menambah nasi sedikit lagi, untuk 'melayan' nenda makan, ana pun tambah nasi lagi.

Sebenarnya, sebelum makan lagi ana sudah kekenyangan makan kuih dalam kereta. Tetapi, kalau ana tak makan dengan nenda khuatir nenda pun tak mahu makan juga. Jadi, inilah penangannya. Mujur la juga ana boleh makan umpama si lapar, jadi... Sedikit sebanyak nenda merasakan ana sedang lapar. Nenda tambah nasi supaya ana tambah nasi sedangkan hakikatnya ana tambah nasi semata-mata untuk menemani nenda. Mujur perut ni boleh menganjal yer. Huhuhu...

Petang sedikit abi ajak makan nasi, maaf la abi. Ana kekenyangan dan tak mampu lagi mengisi ruang-ruang usus yang penuh. Sampai malam ana tak makan gara-gara terlebih kenyang, ya Allah... Bagaimana la anak-anak Palestin ye? Tetapi, bila ana ceritakan pada abi situasi ini, abi cakap;

"Sebenarnya kita balik kampung bukan Tok nak bersembang sangat dengan kita, dia nak tengok muka kita je. Bila kita balik kampung, dia seronok lupa sekejap yang dia tak larat. Nanti abi dengan ummi dah tua, sekadar nak tengok muka anak-anak je. Abi pun nanti nak jadi macam arwah Wan, duduk je dekat masjid. Lepas Subuh minum di kedai kopi, pergi pasar beli ikan, balik rumah lepas Dhuha nak tidur sekejap nanti Zohor pergi masjid lagi."

Ana tergelak dengan cerita abi, macam-macam la abi ni. Yang paling menggelikan hati adalah pada ayat "lepas Subuh minum di kedai kopi" sebab tak pernah pula abi minum kopi cuma sesekali bila ke kampung ummi, kopi adalah minuman yang paling utama. Hehe, kami jarang minum kopi tetapi kicap tu dah umpama kuah bila makan nasi. (Haih, susah juga ni) Teringat satu ketika di kampung, sewaktu di rumah Mak Lang. Mak Lang marah anak-anaknya yang tuang kicap dah macam kuah jadinya.

"Hang makan la kicap banyak-banyak, satgi hitam."

Abi yang dengar bicara Mak Lang terus mengusik;

"Anak-anak semua makan kicap, Fadilah tu lagi la 'hantu kicap' elok pula putih."

Mak Lang ketawa sampai keluar air mata, huhuhu. Abi memang selalu macam tu, ada saja pe'elnya yang kontra dengan bicara orang lain hinggakan terjadi satu debat antara Mak Lang dan anaknya yang nak juga tuang kicap banyak-banyak.

Pada hari Ahad, ana dan abi ke Sungai Petani. Saja ke Tabung Haji untuk urusan update buku, ana tunggu dalam kereta sementara abi berurusan di Tabung Haji. Masuk dalam kereta, abi cakap;

"Dorang pulangkan semula RM90 masa daftar haji tu."

"Kenapa?"

"Masa daftar dulu kena bayar RM90 tapi sekarang prosedurnya kalau daftar dah free jadi pulang semula duit RM90 yang dah bayar haritu (potong melalui akaun)."

"Tahun depan kita buat umrah lagi nak?"

"Ha... Ni la masalahnya. Asal pergi Tabung Haji je 'gatal hati' yer? Kalau duit simpan dalam akaun bank (biasa) selalunya gatal tangan nak mengeluarkan tapi bila dah simpan dalam Tabung Haji jadi gatal hati pula."

Ana tersengih dengan perkataan 'gatal hati'. Boleh pula hati jadi gatal sebab nak ziarah Rasulullah dan kaabah :P

Ana tengok buku akaun Abang Cik, ya Allah. Gaji bulanan di potong terus masuk ke dalam akaun Tabung Haji. Ana hitung-hitung, kalau macam ni punya kesungguhan tak mustahil 5 tahun lagi Abang Cik boleh menunaikan Haji dengan simpanannya (kalau dia tak keluarkan la). Waaaa... Jeles! Jelesssss!

"Abang Cik nak daftar haji tak sama-sama dengan abi?"

"Emh, belum bersedia lagi la. Kalau umrah tak pe."

Petang hari itu panjang lebar abi terangkan pada anak-anak (punya la nak suruh daftar haji, hik hik hik) bukannya daftar terus pergi melainkan pergi dengan pakej yang mahal. Kalau muassasah, insya Allah nama anda bakal tersenarai pada tahun 2014 (itu pun 2 tahun yang lepas). Tapi sekarang ni tak pasti la pula kalau daftar nama nak tercampak tahun berapa. Selalunya Tabung Haji mengutamakan mereka yang tak pernah menunaikan haji, warga emas dan simpanan sudah cukup.

Dalam perjalanan balik dari Sungai Petani ke kampung, abi bertanyakan khabar anak-anak angkatnya seramai 6 orang. Dah macam soalan rutin pula, hihi. Kemudian, cerita punya cerita maka keluarlah cerita 20 tahun yang lalu. Jeng jeng jeng...

"Masa muda dulu kan, ummi dan abi nak balik kampung. Naik bas lagi, masa tu ada Abang dengan Abang Cik je. Syirah belum wujud lagi (huhu). Abi dan Abang duduk seat depan (2 seat) dan ummi dengan Abang Cik di seat belakang. Masa tu Abang Cik kecil lagi. Ummi duduk bersebelahan dengan seorang perempuan, nampak islamik la. Pakai jubah dan tudung labuh (zaman dulu kan payah bebenor nak jumpa perempuan pakai jubah+tudung labuh).

Dia membuat pengakuan pada ummi. Umurnya sudah awal 30-an, tetapi belum berkahwin. Sekitar 20-an, apabila dirisik dia menolak kerana hati berkobar-kobar untuk infaq pada perjuangan. Iye la, bila kahwin ni kan susah nak 'bergerak' dan terbatas lebih-lebih lagi kalau suami berlainan fikrah. Nak keluar kena minta izin, nak pergi sana sini kena izin suami dulu. Jadi, dia memilih untuk berjuang dan meninggalkan segala keinginan untuk berumah tangga. Tapi, bila dah berumur sekitar 30-an, hati sangat la sunyi. Tak berteman, tanpa anak-anak. Bila tengok orang lain, rasa sayu dan sedih sebab tak merasa semua nikmat adanya anak sendiri."

Ana terpaku. Bicara abi tak pernah terlintas di fikiran ana.

"Ye ke? Ingatkan orang tak kahwin ni seronok sebab enjoy, boleh ke sana sini, tak payah duit beli lampin, susu semua." Ana cuba diplomasi.

"Memang zahirnya nampak seronok tapi hati dia tetap kosong tanpa anak-anak. Iye la kan, perasaan orang ada anak dengan orang tak de anak ni lain tau! Kalau kita jumpa kawan-kawan lama sekalipun orang AKAN bertanya 'dah berapa anak?' orang TAK AKAN tanya 'gaji dah berapa?'. Betul tak?"

Ana angguk. Setuju benar dengan perumpamaan dari abi.

"Bukannya kita menyuruh orang berpacaran (bercinta) tetapi, kadang-kadang abi pelik juga dengan muslimat haraki yang berjuang hingga meninggalkan keinginan untuk berkahwin. Memang kadang-kadang bila dah berkahwin tak boleh nak bergerak lincah macam single dulu tapi masa muda memang tak rasa apa, dia akan jadi 'kosong' bila umur meningkat 30-an. Memang duit banyak tapi tetap hatinya tak terisi dengan semua duit-duit tu."

Money is not everything but without money we are nothing? Kita perlu mencari duit tetapi dengan duit kita tak mampu nak beli kebahagiaan.

"Tapi abi, sometimes kan kalau dah kahwin hidupnya lebih susah dari sebelum kahwin. Dapat suami yang kaki minum, kaki judi, tak peduli rumahtangga. Lebih baik tak payah kahwin daripada kahwin dengan lelaki macam tu. At least duit nak 'bela' suami boleh juga hulur pada mak ayah kan." Ana cuba memberi contoh dari sekeliling.

"Betul. Sebab tu selalu solat hajat supaya dapat jodoh yang baik, istikharah mencari petunjuk Allah dan akhir sekali tawakal saja. Kita dah usaha. Dalam keghairahan nak cari yang baik, sama kan juga usaha ghairah nak jadi yang lebih baik." Abi memberi peringatan.

"Iya, iya... hidup untuk MENJADI bukan MENCARI. Kalau semua orang MENJADI kan mudah urusan MENCARI." Heheheh... Prinsip yang ana pegang dari dulu.

Pernah Ummu Uwais bercerita pada ana, beliau mula berdoa untuk mendapatkan jodoh yang terbaik disisi Allah dari sudut agama, hidup dan akhiratnya sedari berusia 15 tahun. Munajatnya sepanjang 8 tahun akhirnya Allah makbulkan dengan dikurniakan suami soleh pilihan ibubapa, sebenarnya adalah pilihan Allah untuknya.

Kadang-kadang bila bicara soal rumahtangga orang pantas mencantas bicara dengan kata-kata;

"Ish engkau ni dah gatal sangat nak kahwin la tuh."

Ana memang tak puas hati dengan orang macam ni. Mulut ni kadang-kadang terlepas juga. Pernah ana tanya pada ukhti Atiqah;

"Kak, orang selalu cakap 'engkau ni dah gatal sangat nak kahwin ke' kalau bicara soal perkahwinan. Habis tu, semua yang kahwin tu gatal-gatal belaka ke?"

Ukhti hanya senyum dengan soalan ana. Yang diucapnya; "...adik... adik..."

Mana yang gatal, yang kahwin gatal ataupun yang berdua-duaan dan sedang menggaru-garu kegatalan masing-masing? Masyarakat sedang lebih RELA anak-anak gadis dibawa merata-rata dek jantan daripada memberi restu mereka berkahwin sedangkan menjaga keturunan itu satu perkara yang teramat penting dalam Islam.

Teringat lagu Rabbani;

Cari... Cari... Carilah,
Pasangan hidup betul-betul oh kawan,
Bahagia bersemi rumahtangga aman harmoni...

Ana menyusun ayat, bertanya kepada abi beberapa soalan yang sangat peribadi. Sambil bertanya, mata ana melilau kiri dan kanan, depan dan entah apa-apa.

"Kenapa tanya tak tengok muka abi?"

"Eh eh abi... Jambatan ni dah besar la."

"A'ah, cakapkan sekali dalam sungai tu ada air."

Ouch... diam dan pura-pura macam biasa. Yuhuuuuu...!

Cerita tentang anak, hehehe. Petang Sabtu ziarah Mak Uteh yang baru bersalin. Masih dalam pantang lagi, anak ke-5. Damia Qaisara. Huhu, geram je tengok baby tapi kecil sangat. Ana suka la nak gatal tangan buka sarung kaki & tangan baby, nak ukur tapak kaki dia dengan jari ana. Tengok jari Damia masya Allah panjang-panjang. Malangnya camera tertinggal di rumah. Sadisss!

Kalau kita sedih, cuba-cubalah pandang muka baby. Insya Allah kita akan rasa kerdil sangat, mungkin biasan dari baby kerana mereka bersih tanpa palitan dosa. Makhluk fitrah! Namapun 'cahaya mata' atau juga 'cahaya hati' kan, hehe.

Biar gatal hati nak refresh iman dan taqwa daripada gatal jari nak memberi dana pada Israel dan rakan sekutunya.
Adakah masih istiqamah memboikot?

Read more...

14 August 2009

Alahai Bibik

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdalah. Banyak yang nak dikongsikan, saja gatal jari di pagi hari. Sambil menunggu matahari naik sedikit tinggi, walaupun telah melakukan senaman 'malas' tetapi badan masih lagi sejuk dan tapak kaki macam beku. Mungkin disebabkan kehujanan lebat semalam, terasa sangatlah best kalau dapat peluk AriSsa. Hihihi.

Setelah kepulangan Ukhti Syifa' dan sahabat-sahabatnya, setiap hari abi bertanyakan khabar "anak-anak angkatnya seramai 6 orang" di bumi UM. Alahai, kadang tak terjawab dengan soalan abi. Anak yang 6 orang ditambah pula dengan anak-anak angkat 6 orang, tahun depan nak pergi Konvo UM (siap berangan nak pakai coat) sebab 6 anak angkatnya (kak Syifa' dan sahabat-sahabatnya) konvo serentak. Hihi, kelakar la abi ni. Nasib baik tak kata nak pakai baju melayu dan sampin siap dengan tengkolok, kalau tidak memang lain macam jer pula.

Tak pasal-pasal ana nyanyi;

Bapaku kawin lagi, dengan si dara jelita... (^_^)

Syut, sudah-sudah. Jangan ngarut banyak-banyak nanti ada pula yang cakap tak puas hati dengan posting blog ini. Hihihi. Maafkan patik yer.

Merujuk kepada post sebelum ini, mengenai ketibaan bibik (maid) baru. Ketidak puasan hati ana dan sebagainya, insya Allah terungkai segala masalah sedikit demi sedikit. Moga cerita ini ada manfaatnya kepada sesiapa saja yang berhajat mahu mengambil pembantu rumah mahupun yang sudah mempunyai pembantu rumah Indonesia. Bukan su'udzon tetapi perkongsian pengalaman.

Sebelum ini sudah pun pernah mengambil 2 pembantu rumah Indonesia (pembantu sekarang adalah yang ke-3). Kedua-duanya dari Jawa. Sesuatu yang maklum, mereka datang 'tidak kosong'. Selalunya mereka datang dengan 'ilmu' yang dibawa untuk memelihara mereka di Malaysia (maaf pada sahabat-sahabat dari Indonesia) dan kebanyakan mereka mempunyai ilmu basic iaitu ilmu penunduk, agar majikan tidak memarahi mereka atau memperlakukan mereka seperti haiwan tetapi TIDAK SEMUA membawa ilmu ini, malah ada yang benar-benar bersih dan terpelihara dari perkara-perkara syirik ini.

Pembantu dari Jawa (terdahulu) yang seorang bersih dari perkara-perkara terlarang ini tetapi seorang lagi mempunyai amalan-amalan tersendiri, bayangkanlah pada ketika adik berusia 6 tahun dengan badannya yang montel tetapi maid boleh dukung naik bukit. Masya Allah, hari-hari pula tuh. Bukan su'udzon tetapi memang dia mempunyai pendamping, ana selalu melihatnya dalam keadaan seperti seorang wanita tua yang teramat hodoh. Astaghfirullah, moga Allah ampunkan ana di pagi Jumaat ini.

Pembantu rumah sekarang dari Acheh. Dari awal lagi berat di hati, gusar dan kelam di jiwa ini Allah saja yang lebih mengerti. Padahal dengan kehadiran pembantu kan ana tidak perlu bersusah payah, goyang kaki dan boleh melakukan apa saja yang ana mahu. Tidak terbatas di dalam rumah sahaja. Benar, itu satu sudut tetapi semenjak kehadiran beliau tidak pernah sekali pun ana mengizinkan beliau memasak hatta memasak nasi. Seolah-olah ana 'control' supaya makanan adalah dari air tangan ana sendiri.

Pelbagai perkara mistik berlaku semenjak kehadiran beliau di teratak rumah kami. Dari hari pertama hingga la ke hari ini, hihihi. Tak pasal-pasal ana menjadi bomoh bidan terjun yang tak tahu apa-apa tetapi buat-buat tahu juga la. Bantuan dari Babah sangat la diharapkan, mudah-mudahan sedikit usaha ini membantu kami sekeluarga terutamanya ana yang sendirian di rumah pada waktu siang.

Kadang-kadang, Mahfuzah dah ke sekolah (sesi petang) tetapi bila Mahfuzah dah ke sekolah, ana nampak Mahfuzah depan rumah. Ya Allah, tapi tak nampak muka... Kelibat sahaja. Kemudian, ana duduk di tingkat atas dan bibik di tingkat bawah. Tanpa membuka TV ana dengar orang bercakap di tingkat bawah dengan rancak, siap dengar suara Aiman pula walau hakikatnya memang hanya ana dan bibik saja di rumah. Ngeh ngeh ngeh... Seram tak? Itu baru sikit jer. :P

Haritu risau juga Kak Syifa' dan kawan-kawannya, risau mereka diganggu. Ana tak per, dah 'terbiasa' dengan bibik sebab dari hari pertama lagi pelbagai perkara mistik berlaku hingga ana terasa nak gugur jantung sebab terkejut punya pasal. Hehe. Alhamdulillah, mereka tidak terganggu sepanjang keberadaan di rumah.

Setelah melakukan 'apa yang patut' seperti yang ditunjuk ajar Babah, maka... Berlaku episod kegelisahan bibik, adoi tengok dia kesian pun ada sebab dia macam tak senang duduk. Tapi, demi mementingkan kemaslahatan ahli baeyt, maka ana terpaksa melihat bibik begitu. Kadang-kadang, macam-macam bunyi yang keluar. Ya Rabbi, sabar je la. Bila ana cuba melembutkan rumah yang 'tegang', macam-macam yang keluar depan mata. Eceh, macam expose mistik pula. Kalah pemburu hantu nih. :) Masalahnya, ana jer yang nampak (ni la masalahnya). Kalau nak best sikit, bila 'dia' berlari-lari di tingkat atas atau main di tangga. Ngeh ngeh ngeh, terasa macam nak kejar (macam la larat) pastu nak tanya la;

"Awat la hang lari kat tangga, satni jatuh dah benjol kepala."

Kui kui kui, macam la 'benda' tu nak takut dengan 'leteran' ana. Kalau AriSsa boleh juga la ana menyusun binatang-binatang ternakan seperti gajah, harimau belang dan kura-kura bagi menyekat dia bermain di anak tangga. Kalau Qashrina, boleh juga melakukan ketukan-ketukan yang ala-ala menggertak dia supaya menjauhkan diri dari tangga. Kalau Ayuni boleh juga suruh dia main di luar, tapi masalahnya (amboi banyaknya masalah ana, huhu) yang bermain di anak tangga tu berada di alam lain. Nak kawan dengan ana agaknya, susah juga jadi orang comel ni kan. (Perasan, perasan...) :P

Setelah menceritakan semua 'aktiviti' ghaib di rumah. Ummi pula yang takut, ngeeeee! Berbincang dan membuat keputusan untuk memulangkan bibik kepada agen. Insya Allah, minggu ni (Sabtu dan Ahad) nak balik kampung untuk ziarah Tok dan kebetulan ada sepupu Abi yang berkahwin, maka disekalikan dengan menghantar bibik ke agen. Kesian juga, niatnya nak cari rezeki di sini. Tetapi, the other side my parents pun banyak mengeluarkan duit bagi mendapatkan pembantu rumah.

Tambah pula, perkara-perkara mistik ni... :)
Setelah ana 'menyejukkan' rumah, bibik demam dah masuk hari ke-4. Tak tahu la dia demam sebab bertukar cuaca, ataupun sebab dia yang sudah berusia... Wallahua'lam, ataupun dia 'tidak serasi bersama' ana. Moga Allah memelihara dari kejahatan tangan dan hati manusia, melindungi dari kejahatan makhluk-makhluk halus. Ameen

So, pada mereka yang bakal ataupun sudah mempunyai pembantu rumah harap-harap 'pagarlah rumah' sebelum maid sampai. Kena juga (terpaksa) percaya sebab ianya realiti dan bukannya fantasi atau cerita rekaan macam dalam novel. Terpulang sama ada nak percaya atau tidak, ana sudah mengalaminya :)

...RaMaDhaN KaReeM...

Semoga esok perjalanan Babah Saif pulang ke Malaysia dipermudahkan Allah dari mator (lapangan terbang) ardhul kinanah hingga tiba di KLIA. Insya Allah. Ameen.

Read more...

13 August 2009

Jodohnya Lewat

Ada 6 faktor mengapa masih tidak bertemu jodoh.

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

[1] Usaha Belum Sempurna

Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

[2] Belum Benar-benar Bersedia

Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

[3] Tiada Daya Penarik

Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

[4] Doa Tidak Makbul

Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.


[5] Restu Ibu Bapa Belum Total

Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

[6] Faktor Metafizikal

Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.

Read more...

10 August 2009

Laporan Penuh Percutian

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdalah catatan percutian yang SANGAT INDAH dan menyeronokkan.


6 orang tetamu dari Universiti Malaya

7 Ogos 2009

Pada jam 9 pagi, ukhti Syifa' dan sahabat-sahabatnya (kak Mia, Kak Fara, Kak Aisyah dan Kak Mun) bertolak dari Kuala Lumpur dan tiba di rumah ana pada jam 12.20 tengah hari. Hamdalah. Perjalanan yang penuh gelak ketawa dan ana yang menyambutnya agak terpinga-pinga nak membiasakan diri dengan mereka semua yang HAPPY-GO-LUCKY! Maklum la, otak ana 'bersih' lagi. Blur sikit dengan kakak-kakak yang semuanya sangat menyeronokkan.

Selepas solat Zohor, kami makan tengah hari. Hihi, entah apa la rasanya. Ana masak masakan kampung jer, tapi Kak Mun kata dia makan tersangat banyak sebab dah lama tak balik kampung dan bila jumpa masakan kampung semuanya sedap. (Malu lak rasa, hihi) Disebabkan ana masak semuanya tak pedas, terasa susah hati pula sebab tetamu yang datang semuanya makan pedas terutamanya Kak Syifa' dan Kak Mun. (Datang lain kali nanti ceq jamu makan masak lemak cili padi ye) :P


Mendengar penerangan dari abi (dalam terowong)

Jam 2 petang, Kak Jaja yang bertolak dari Kluang sudah mula meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke Tapah. Masa ni masing-masing mengerahkan otak berfikir dengan rancak macammana nak ambil Kak Jaja di Tapah yang bakal tiba beberapa jam lagi. Abang sulung ana ada di Tapah (rumah Tok Mak) dan ana cuba meminta tolong abang menumpangkan Kak Jaja tetapi apabila difikirkan semula berat hati juga sebab mereka berdua je. Lain la kalau ana ada ataupun Kak Jaja berdua dengan sesiapa.

Hamdalah, akhirnya setelah beberapa kali berusaha talifon abi akhirnya kami bertiga (Kak Syifa', Kak Mun dan ana) naik kereta ke Tapah. Kesian Kak Jaja yang menunggu hampir 1 jam! Hujan dan jalan licin, Kak Mun bawa kereta slow. Di pertengahan jalan pun kami nampak kereta satria masuk dalam gaung, menambahkan kecut perut memandangkan Kak Mun tak biasa bawa kereta di sini. Apapun, kami menceriakan juga keadaan sebab tak nak bagi Kak Mun rasa takut, ana apa lagi.. Bercakap tak henti-henti dalam kereta sebab nak bagi Kak Mun 'leka'. Apapun, berjaya tauuuu! Selamat pergi dan selamat juga sampai ke rumah. Hehehe. Tahniah Kak Mun!

Hasrat kakak-kakak ni nak berjalan sekitar rumah tak menjadi sebab hujan, maka malam selepas dinner kami (semua perempuan) keluar menangkap keliwoon ~ sila la jangan percaya ~ sebenarnya menghirup udara segar dengan kebenaran abi. Hehehe, sejuk juga la sebab petang hujan dan malam pula berangin. Bising kami berlapan (termasuk ana dan Fadilah) di luar rumah. Tak pernah dibuat ana, berjalan malam macam tu. Hehehe.


Dalam Bilik Kawalan

8 Ogos 2009

Pada awal pagi lagi ana bangun dan menutup kipas gara-gara kakak-kakak semuanya macam mangsa perang. Hehehe. Langsung tak sedaq habaq. Lepas gerak 'mangsa perang' untuk bangun berjihad mengambil wudu' dan solat Subuh, ana turun masak sarapan. Mee goreng dan Kuetiow goreng. Entah apa la rasanya, huhuhu. Siap pesan lagi pada kakak-kakak ni.

"Jangan cakap apa-apa, senyap je tau! Pastu cakap kuat-kuat 'SEDappp! SeDappp!' Boleh kan?"

Hihi, nakalnya ana. Boleh pula paksa orang cakap sedap. Syukur 'ala nikmatillah. Semuanya tersenyum dengan perut yang penuh, tak apa perjalanan masih panjang. Abi sedari awal volunteer nak bawa kami anak-anak dara untuk berjalan-jalan. Abi di apit anak-anak dara, tak pernah dibuatnya. Hehehe.


Di strawberry Farm, mencium bau bunga agaknya


Check Point Pertama:

Terowong bawah tanah Stesen Janaletrik Cameron Highlands. Mereka berenam sungguh beruntung kerana dibawa abi masuk ke dalam terowong, sangat sukar untuk masuk ke dalam (siap ambil gambar pula) melihat mesin beroperasi. Lebih beruntung, mereka sempat melihat bagaimana mesin dimulakan. Haaaa, memang kalian ni BERTUAH sangat. Nasib ana ikut, kalau ana tak ikut pasti cemburu tahap gaban. Hehe. Kemudian abi bawa kami ke Pusat Kawalan Stesen Janaletrik pula. Siap mendengar 'ceramah' dari abi, maka kami dibawa masuk Bilik Mesyuarat 5 Bintang (hahaha) dan CEOnya kak Fara, S/U nya tak ingat. Macam-macam la antunna ni. Boleh pula mereka bersidang dalam bilik mesyuarat tu, sabar je la.


Kak Mia di apit bunga

Check Point Kedua:

Kami ke Cameron Highlands dan berhenti di Cameron Valley untuk memberi peluang pada Kak Mia dan Kak Mun memuntahkan apa yang ditahan-tahan, kesian 2 orang kakak ni tak 'aktif' sebab pening. Tapi 4 lagi masih ceria siap ambil kesempatan berposing sementara 2 sahabat mereka 'berurusan' di tandas. Pelik dan ajaibnya, lepas keluar tandas terus ceria sebab nak ambil gambar. Hehehe, kakak-kakak ni sporting sangat-sangat. Ceria je duduk dengan mereka!


Kak Mun yang sopan

Check Point Ketiga:


Abi membawa kami 9 anak dara (termasuk ana, Mahfuzah dan Fadilah) ke Strawberry Farm. Hihi, disini kami disajikan dengan aiskrim dan strawberry yang diletakkan krim dan coklat. Pergh! Terliur. Ana buat-buat tak nampak aiskrim, mujahadah la katakan... Sempat juga kami mengacau ketenangan pokok-pokok bunga di sekitar dengan lensa kamera yang tak henti-henti di klik.


Kak Aisyah yang manja

Check Point Keempat:

Abi bawa melewati Strawberry Park tanpa memberhentikan kereta, hehehe. Siap la, lepas ni ada pula yang berotak kiri nak menulis puisi lalu tempat yang romantis macam tu. Kemudian, terus ke Brinchang melalui jalan belakang dan solat Zohor. Hamdalah. Selesai solat, kami makan tengah hari. Terima kasih abi di atas penajaan makan tengah hari kami. Abi memang ensem (nanti tambah lagi sket ye). :D Selepas makan, kakak-kakak berhenti membeli cenderahati (siap ada yang 'hilang' jadi chipsmore lepas jumpa sepupu, siapa la tu). Hik hik hik!


Kak Jaja yang cool

Check Point Kelima:


Abi tinggalkan kakak-kakak di Cactus Valley dan Adik menjadi pengiring mereka (cecece... tak cemburu pun) manakala ana, abi dan Mahfuzah pergi ke Big Red Strawberry. Jalan-jalan cari makan. Abi order Yougart, Mahfuzah order aiskrim dan ana sekadar float. Tapi, godaan aiskrim sangat melemahkan semangat mujahadah, apa lagi makan jer la aiskrim Mahfuzah. Rezeki depan mata jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hihihi.

Check Point Keenam:

Kami meneruskan perjalanan ke Sungai Palas. Tak masuk pun ladang teh (tempat pengilangan teh) sebab kami sekadar bergambar di tepi jalan kerana jeng jeng jeng... Kami mempunyai misi yang lebih besar ---> Mendaki Menara Brinchang! Hamdalah, selesai sesi fotografi di tepi ladang teh (dapat juga mencelah di dalam pokok teh tu kira orait la kan) kami terus mendaki ke Gunung Brinchang tetapi tersesat jalan (malu ana, bawa salah jalan. huhu...) Abi berpatah balik dan u-turn ke jalan yang lurus kemudian belok ke kanan, baru la betul jalan ni. Hehe.

Setibanya kami di Gunung Brinchang, cuaca sejuk sedikit berbanding di bawah. Masih 'gila-gila' dan kecoh. Ada ramai pelancong asing di atas menara brinchang. Kami begitu teruja untuk 'buat hal' di atas menara. Hihihi. Akhirnya, kami berjaya juga naik ke Puncak Menara Gunung Brinchang! We are so excited. Subhanallah. Kuasa Allah, sampai ke atas puncak menara (tingkat 3) angin punya la kuat dan awan sedang bergerak pantas. Boleh nampak corak awan yang sedang bergerak pantas, fuh... Ada yang menjerit kesejukan dan ada yang menggigil malahan ada la seorang tu terus duduk sebab gayat. Hehehe, kesiannya. Habis buat 'drama' atas menara, record situasi atas menara dengan gambar dan video, tiba-tiba... jeng jeng jeng...

Seorang hamba Allah menangis terisak-isak sebab tengah runsing memikirkan cara "bagaimana saya nak turun ke bawah". Bakal kaunselor di atas menara seramai 4 orang menjadi gelabah dan berusaha memujuk hamba Allah tersebut, tetapi seorang kaunselor berjaya menenteramkan 'client' yang akhirnya selamat menuruni puncak menara. Tumbs Up kak Fara! :D


Kak Syifa' yang selalu jadi mangsa :p

Check Point Ketujuh:


Meninggalkan kakak-kakak di pasar malam Brinchang dan kami menunaikan solat Asar memandangkan mereka semua telah solat jamak. Menunggu azan Maghrib dan berhajat besar untuk makan steamboat di Legancy Hotel tetapi kekecewaan sangat sebab fully booked. Tingkat bawah penuh dengan medic's students UM, haiyo tak de rezeki la. Finally, kami semua makan satey di kedai Pak Man. Huhu, sad ending la pula. Lepas makan, abi hantar ke Homestay memandangkan Kak Mun dah booking homestay satu malam.

Tapi, nak jadi cerita... Makcik tu bagi bilik pada orang lain. Bermesyuaratlah mereka semua di dalam bilik yang diusulkan oleh makcik tuan rumah. Lastly decided, mereka semua pulang ke rumah kami. yey yey! Kepenatan berjalan, mereka masih bersemangat mengemas beg. Ada yang tidur jam 2 pagi, isk isk.. hebat betul. Ana dah ketiduran :P


Kak Fara the counsellor :D


9 Ogos 2009


Awal pagi lagi Cik Mie Sepet mesej ana, ada ke Cik Mie Sepet ingat ana buli Cik Syifa'... Isk, mana ada la. Tak sempat nak buli, Cik Syifa' bawa 5 bodyguard untuk cover dia. Huhuhu. Ummi buat breakfast, dan kakak-kakak bersiap dan berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Bumi UM menggamit mereka sebab tak tutup (kuarantin) walaupun duk tengah bandar, moga Allah melindungi mereka semuanya. Ameen!

Abi bawa berhenti di Cameron Valley sekali lagi. Berhenti minum teh tarik secawan, risau sebab semuanya diam je. Mengantuk plus penat agaknya.

Terus bawa mereka ke Tanah Rata, cari dried strawberry dan teh pelbagai perisa. Ana jumpa dengan Kholah Safin, hehehe. Kholah Safin selalu bagi discount kalau ana beli apa-apa, itu yang best. Kadang-kadang jual dengan harga yang dia beli tanpa ambil untung.

Mereka berhajat nak ambil gambar di taman Tanah Rata, then duduk di buah-buahan gergasi. Makan pisang goreng dan buah cempedak goreng serta buah berangan (ops... biji buah cempedak sebenarnya) sambil-sambil ambil angin. Waduh, santai sekali. Hehehe.

Jam 1.22 petang, pergi stesen bas tak nampak bas pun. Nasib baik la tanya, rupanya bas yang mereka naik ni bukan berhenti di stesen bas sebaliknya berhenti di depan pejabat pelancongan. Bergegas ke pejabat pelancongan, bas masih belum tiba. Beberapa minit kemudian, bas kelihatan dan mereka gembira kerana pemandu bas adalah pemandu yang sama dengan hari yang mereka datang (Jumaat 7 Ogos). Rezeki la tu. Tapi bas tak berjalan walaupun dah lama, hampir jam 2 petang (sepatutnya jalan 1.45 petang) pemandu bagitahu yang ada beberapa penumpang (pelancong) tersekat di Brinchang kerana kesesatan lalu lintas. Maka, kami pun minta diri untuk pulang tanpa menunggu mereka menaiki bas kerana... Ummi sedang menanti di rumah. Dah la seharian (Sabtu) kami menculik abi, biar la hari Ahad ummi tengok muka abi pula.


The lovely photo

Pengembaraan yang paling ceria, teruja dan menyeronokkan dalam sejarah hidup ana. Hehe. Sebab tak kering gusi duduk dengan 6 orang kakak yang ceria. Abi pun hilang stress dapat membawa mereka berjalan kerana sepanjang jalan dalam kereta ada saja gurau senda dan kata-kata yang mencuit hati. Usik mengusik dan macam-macam. Hehehe, 'aktiviti kaunseling' dalam kereta pun ada juga. Aih, macam-macam.

10 orang naik kereta, kakak-kakak ni kecil aja. Sumbat-sumbat jer, nasib baik la muat. Kalau tidak, nampak gaya terpaksa guna 2 kereta.


Ngap...!

Kesimpulannya:


Ana dan keluarga sungguh berbesar hati dan seronok dengan keberadaan mereka berenam ~ Kak Syifa', Kak Mia, Kak Jaja, Kak Fara, Kak Aisyah dan Kak Mun ~ yang sudi bermalam di rumah kami, menceriakan kami, menggawatkan suasana dalam hutan (hik hik) malah menghilangkan stress abi yang beberapa minggu ni stress dengan kerja dan audit yang tak habis-habis.


Godaan nih... huhu

Terima kasih.

Minta maaf atas apa-apa yang kurang. Di harap tak serik untuk datang lagi yerk! Moga ada pertemuan lagi selepas pertemuan ini. Nanti bawa Insyirah jalan-jalan di Kuala Lumpur pula, ngeh ngeh ngeh. Sungguh ku teringin nak pergi Zoo Negara (^_~) Insya Allah, lepas raya nanti kalau ada rezeki sampai la ke rumah sewa antunna.


Strawberry with cream and chocolate

Setelah dihitung-hitung gambar dari my camera, kak Syifa's camera and Kak Fara's camera... Keseluruhan gambar pada HARI PERTAMA ialah 668 keping, haaa... Amik ko, dah kalah model lain tuh. SEHARI je 668 keping gambar, hari KEDUA belum transfer dari camera.


Di Cactus Valley

Tengok tu Cik Mie, sakan depa bergambar. Cik Mie kalah... Cik Mie kalah... (^_^)

p/s: Kak Syifa' nanti burn semua gambar dalam CD yer. Gambar dari camera kak Mun tak de pun.



Ladang Teh Sungai Palas (Kak fara lupa setting tarikh ni)

Alhamdulillah, jam 6 petang mereka selamat tiba di KL Sentral. Hampir jam 7 petang mereka selamat tiba di rumah sewa. Hamdalah, syukur Allah memudahkan perjalanan mereka.


Kesejukan di atas menara Gunung Brinchang


Itu bukan kabus tetapi awan


Them with Mahfuzah and Fadilah (awat la dia ske menjulingkan mata, haih)

ThaNkS FoR ThE MeMoRy ~ FoR ThE GiFt aLSo... MiSsIng aLL of U...

FrOm ThE HeaRt WiTh LoVe (^_^)

~ InSyiRaH and FaMiLy ~

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO