"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

30 June 2009

Hari Ini


Bismillahirrahmanirrahim...

[Kisah 1]

Alhamdulillah, pagi tadi ana dah jumpa dengan doktor. Biasa la, demam dah 13 hari makanya kene cucuk ambil darah dan doktor tak nak bagi ubat lagi yang spesifik kecuali ubat demam. Masa tengah ambil darah tu, doktor terperasan tapak tangan ana berpeluh.

"Panas ker?"

Ana menggeleng kepala. Sememangnya kesejukan yang nyata, kaki ana sejuk macam ais. Stokin yang tebal pun masih menyejukkan lagi tapak kaki. Berpeluh kesejukan.

"Selalu ke macam ni?"

Ana angguk pula. Wah, bahasa antarabangsa ni -> bahasa isyarat! :)

Lama jumpa doktor, macam-macam soalan yang ditanya. Saspek chikungunya tetapi tak ada ruam-ruam, makanya mungkin bukan chikungunya. Alhamdulillah. Abi quite worried kalau demam denggi. Tapi doktor still cakap jangan risau sebab nampak stabil je boleh berjalan lagi (yer la 12 hari yang lalu dah puas tidur, huhu). Tunggu result blood test je. Insya Allah, tiada yang serius.

Mulanya abi bercadang nak ke hospital tetapi kebarangkalian untuk admit wad sangat tinggi, jadi ana hanya berjumpa dengan family doctor jer. Syukran jiddan3 juta2 lemon pada Achik Teddy kerana disusahkan oleh budak kecik pada malam buta. Huhuhu, moga jasa baik Achik dibalas dengan sebaik-baik pembalasan oleh Allah, hanya Dia yang layak membalas segala jasa Achik pada dak kecik. (",)

p/s: Lain kali Achik bukan setakat halau syaitan yang berkeliaran di waktu Maghrib tapi Achik halau sekali yerk perasaan yang tidak-tidak, jangan risau tak tentu pasal. Hik hik hik.


[Kisah 2]

Awal pagi ini abi memberitahu duapupu ana iaitu anak Uncle Usop (Yusrina) telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.15 a.m, innalillahiwainna ilaihirajiun.

Semasa cuti sekolah yang lalu, adik-beradik abi buat rombongan ziarah Yusrina (semasa itu masih lagi 'ada') di Melaka tetapi kami tak dapat nak ikut sekali kerana keberadaan kami ketika itu di Kedah. Nak menyeberang Utara terus ke Selatan kemudian balik Perak agak memenatkan, jadi... Abi decided untuk 'excuse' dari ziarah Yusrina yang pada ketika itu di hospital.

Al-Fatihah buat arwah Yusrina.

Pagi ini, apabila menerima berita tersebut ana termenung. Dalam menahan gelora nafas yang semput dari malam tadi, ana menahan sebak. Rezekinya... Kita pasti menyusul sebentar lagi, hanya waktu dan tempat saja yang belum kita tahu. Terkadang, ada yang sakit bertahun-tahun tetapi masih lagi 'gagah' melangkah. Terkadang ada yang sakit sekejap terus bertemu ajal, ada pula yang sihat tetapi ajal datang mengetuk pintu secara mengejut.

Allahuakbar.

Hidup kita hanya MUSAFIR, mati itu kepastian yang tak dapat kita elakkan. Setinggi mana kita membina tembok untuk lari dari malaikat maut, semuanya hanyalah sia-sia kerana hidup ini hanya untuk dilalui bukan untuk diramaikan. Bersedialah, moga kematian datang dalam keadaan kita sempat bertaubat dan kembali pada Allah.

Ya Allah, matikanlah kami dalam iman dan islam... Ameen.

[Kisah 3]

Pejam, celik, pejam masih lagi celik... Sudah 5 tahun berlalu, walaupun terasa baru semalam pemergiannya tetapi hakikatnya harini genap 60 purnama dia disisi Allah Yang Maha Esa. Khabar demi khabar pemergian insan kepada Pencipta, sudahkah kita mengambil iktibar dari mereka? Kita juga pasti menyusul mereka, PASTI...!

Al-Fatihah buat sahabatku, arwah Afnan Imtiaz.

Al-Fatihah juga buat sahabatku, arwah Khairul Izwan. Teman yang bersama-sama mengambil peperiksaan SPM di hospital. Moga kalian tenang dalam dakapan rahmat Ilahi... Rehat dari segala 'kerenah' manusia yang pelbagai.

Ana akan menyusul... PASTi...!

Read more...

29 June 2009

Membesarkan Anak Untuk Siapa?

Mendidik Anak Untuk Hari Tua Atau Untuk Tuhan?

Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu, anak- anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan. Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup.

Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak.

Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama. Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata.

Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi.

Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Tuhan. Anak-anak itu adalah amanah Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan. Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan. Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Tuhan selepas itu menjadi khalifah Tuhan dimuka bumi.

Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Tuhan dan menjadikan cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan. Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk Tuhan. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.

Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain yang bersarang dihati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan.

Kalau Tuhan pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka. Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.

Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka.

Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu. Hadis ada menyebut: "Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan. Tuhan lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Tuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

Wallahua'lam.

Sumber: Usrah Baitul Irfan.

Read more...

28 June 2009

Masihku Punya Waktu

Bismillahirrahmanirrahim...

11 hari berlalu, masih tiada tanda-tanda perubahan positif. Tekad, insya Allah esok (pada hari ke-12) ana akan berjumpa dengan doktor. Demam berpanjangan yang ana sendiri tak tahu puncanya. :)

Badan masih menggeletar. Pagi tadi, hajat nak membantu ummi masak, ummi melihat ana yang menggeletar pun tak yakin nak minta bantuan ana kerana ana sendiri perlukan bantuan. Hihihi. Akhirnya, ana memilih untuk memotong keropok lekor dalam keadaan terketar-ketar, senget benget habis keropok lekor. Tak per, walaupun 'tiada rupa' tapi tetap enak! Berkat tangan yang memotong agaknya, ahaks! :P

Ukhti Aisyah, orang tahu dia selalu masuk sini (doraemon ke? ecece, padahal dia baca blog yerk!) Maafkan sahabatmu ini andai perancangan kita untuk berjumpa sebelum Aisyah balik ke kampus tak dapat dikotakan, kebarangkalian diri ini akan dimasukkan ke wad mungkin ada. (Harap-harap sebaliknya, ameen!) Maafkan juga kerana tak sempat nak sending gambar-gambar yang dijanjikan, insya Allah ingatkan yer kalau kita berjumpa. Apapun dirimu tetap menjadi pojaan dan ingatan hatiku walaupun kita jauh terpisah mahupun dipisahkan oleh masa, hakikatnya kita tetap memandang langit Allah yang sama jadi kita tetap bersama kan? :)

Ana fikir... Ini demam berpanjangan yang teruk selepas diserang demam kerana bronchitis. Huaaaaaa...! Hampir setiap hari ana menangis dek kerana menahan sakit yang menyerang seluruh badan, tapi gagahi juga semangat untuk update blog agar nanti kiranya diriku menghilang tidaklah terus semak samun dan berhabuk di blog. Juga tak ada la yang merasa pelik dengan kehilangan secara "tiba-tiba" tanpa warning, hehehe.

Kesejukan yang teramat, terasa jari-jemari sangat 'kaku' dan keras untuk berlama-lama menaip, panggilan bantal dan beruang teddy (^_~) menggamit kembali diri rebah ke bumi. Wah, harini sudah 11 hari ana terbaring. Ya Allah, kuatkanlah hati ini...

Ana undur diri dulu. Jaga diri, jaga iman, jaga amal.


Assalamu'alaikum w.h.b.

Read more...

26 June 2009

Sang Murabbi


Bismillahirrahmanirrahim...

Insya Allah, ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat. Syukran wa jazakillah khairan katsira pada ukhti Alwani di atas pemberian buku Ya Bunayya dan juga CD Sang Murabbi yang telah selesai ana tonton.

Alhamdulillah, pertama kali menonton filem Sang Murabbi (Mencari Spirit Yang Hilang) yang menceritakan kisah seorang hamba Allah bernama Abdul Rahman juga diberi jolokan nama Syeikh Tarbiyyah dari negara seberang. Dalam banyak-banyak filem mahupun drama atau sinetron islami yang ana tonton, filem Sang Murabbi (Mencari Spirit Yang Hilang) amat sangat terkesan di hati ana.

Meskipun filem ini ditayangkan pada tahun 2008 di Indonesia, terlewat juga bagi ana yang menontonnya pada tahun 2009 tetapi tidak terlewat (masih diberikan kesempatan) kiranya setiap untaian kata itu dicerna dengan baik oleh minda dan dihadam dengan penuh tawadhuk oleh hati yang pastinya sangat kehausan tarbiyyah dari insan yang bertutur dengan hikmah.

Amat menyentuh kalbu kerana filem ini bagi mengenangkan kembali episod perjuangan seorang insan yang hebat bernama Abdul Rahman yang telah meninggalkan dakwah dengan kematian. Meninggal dalam keadaan berdakwah? Subhanallah. Masya Allah. Saat berkumandang panggilan demi panggilan yang memberitakan kematian arwah, ana menangis sesungguhnya depan pc bukan kerana kondisi skrin memperlihatkan kesemua insan sedang menangis tetapi ana menangis kerana tidak sempat mengenalinya dari mana-mana medium sebelum ini.

Ana baru berkenalan dengan Sang Murabbi (Abdul Rahman) melalui CD tersebut. Ya Allah... betapa biasan akhlaqnya hingga menerombos jantung hati. Ana bukan bermain kata tetapi itulah hakikatnya! Ana masih ternanti-nanti, bila agaknya Malaysia pula akan memfilemkan tokoh perjuangan dari para ulama' selain filem-filem bercorakkan cinta. Dahaga rasanya untuk meneguk tinta-tinta ilmu hatta hanya biasan akhlaq mereka yang dekat dengan Khaliq.


Salah satu yang sungguh menarik hati ana adalah sikap mengutamakan perasaan ibunya, dakwahnya kalau dilihat satu mata kasar ialah sederhana saja tetapi kalau dilihat dengan kedua-dua mata celik masya Allah, sangat mengagumkan hati ana. Beliau mendidik isteri untuk memiliki qanaah (sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada) hatta sewaktu si isteri meminta duit untuk membeli barang dapur pun beliau masih tersenyum walaupun tiada duit. Santai sekali bahasanya:

"Kalau sumur itu kering tandanya hari mau hampir hujan, jadi... Ada lagi airnya nanti."

Si isteri yang maklum dengan tarbiyyah suami menerima dengan senyuman.

"Abang lagi ngak punya wang ya..."

Tersentuhnya... Huhuhu. Orang zaman sekarang duit bulan depan tak ada pun dah runsing kepala, meletakkan dunia di depan. Iya, budget itu perlu tetapi sandaran harapan pada Allah itu lebih utama. Rezeki itu datang dari Allah, untuk mengharapkan rezeki yang berkat perlulah meminta dari Allah. Insya Allah, rezeki yang berkat sentiasa mencukupi hatta hanya sedikit kerana keberkatan itu yang mencukupkannya. Wallahua'lam.

Kalau fenomena Ayat-Ayat Cinta mampu menyuntik semangat anak-anak muda untuk mencontohi Si Fahri, Si Aisya mahupun sesiapa saja wataknya. Alangkah indahnya andai anak-anak muda pula mahu memupuk semangat cintakan ilmu dan dakwah seperti Abdul Rahman juga sentiasa bersedia untuk ditinggalkan demi dakwah seperti sahsiah isteri Abdul Rahman. Bermadu dengan dakwah, bukan setakat payung emas... Insya Allah. (^_~)

Kisah yang membuatkan ana kembali menguatkan diri untuk bangkit adalah kata-kata Sang Murabbi (dalam versi ana sendiri la erks) ;

Seekor monyet naik atas pokok, apabila sampai di puncak... Angin, taufan dan ribut melanda. Bayangkan keadaan monyet tersebut. Monyet itu bertaut SANGAT erat pada pokok walaupun dia berada di atas puncak. Kemudian, angin, taufan dan ribut berlalu... Keadaan kembali tenang dan datang pula angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dan menenangkan jiwa si monyet itu kemudian monyet itu pun tertidur lalu terjatuh dari pokok.

Kesimpulan dan pengajaran dari cerita ini ialah... (eh, macam cikgu tadika lak cakap camni.. hehe) Apabila ujian datang dari berbagai penjuru dan arah, kita akan semakin KUAT berpaut dan bergantung harap pada Allah. Kita berdoa dan memohon sesungguhnya pertolongan Allah tetapi apabila kita senang (diberikan nikmat) maka kita mudah lupa diri dan akhirnya kita berada di kalangan orang-orang yang rugi... Na'uzubillah.


Jadi, jangan mencontohi si monyet.

Wallahua'lam.

Read more...

25 June 2009

Biusan Semangat


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam'alayk... Alhamdulillah, masih mampu untuk bertinta sepi di alam maya. Madah khusus buat diri, kiranya ada yang sudi teruskan membaca. Tiada paksaan :)

Dalam meneruskan perjalanan kehidupan, Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri. Kadang sahabat tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang sakit yang mendatang. Namun itulah yang harus dihadapi. Lumrah kehidupan. Kita tak boleh selamanya berada dalam suasana yang selesa.

Maksud firman Allah:
"Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu." (Al-Baqarah : 216)

Letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada ciptaan Nya.

Alhamdulillah, sudah 8 hari ana diuji dengan kesihatan, banyak masa dihabiskan dengan tidur. Tidak malu rasanya mengaku, terpaksa 'bergantung' dengan bahan-bahan kimia untuk membantu keadaan fizikal. Kebiasaannya, ana sudah bebas terbang ke mana-mana umpama burung yang bebas di dada langit. Tetapi, tidak selamanya kita bebas terbang kerana tetap milik Allah dan Dia berhak untuk 'mengurung' di dalam sangkar yang penuh dengan tarbiyyah dari Nya.

Maaf sekali lagi pada sahabat-sahabat yang mengirim sms tetapi tak sempat ana balas. Bukan tiada masa membalas, sungguh lapang waktu ana ketika ini tetapi kudrat badan yang terhad untuk bersenang-senang melayan sms... Ana terpaksa menahan diri. Apabila makan ubat, beberapa ketika ana akan stabil dan kemudian ana kembali tidur dan hanya tidur sehingga waktu makan ubat seterusnya. Tidak bernafsu memandang nasi (hohoho), hanya makanan lembut yang mampu melalui tekak buat perut ana dilanda taufan tsunami (ahaks!). Tu la, makan ubat banyak-banyak tanpa makan nasi. Ok, lepas ni ana tak makan ubat dah... (Lalalalaaaaaa :P)

Semalam, keadaan masih tidak berubah. Abi khuatir dan tanya soalan maut.

"Nak pergi hospital tak?"

Masakan soalan itu tidak keluar kalau sudah 7 hari (semalam) ana masih belum sihat. Ikutkan keadaan, mahu saja meraung-raung minta painkiller atau ubat tidur saja untuk 'melupakan' kesakitan segenap saraf tetapi memikirkan 'kesusahan' yang bakal dihadapi oleh ummi dan abi serta adik-adik, ana menahan diri dan menggeleng kepala. Tidak mahu ke hospital! Sungguh jarang ana ke hospital dengan 'tangan kosong' pasti diberi 'buah tangan' oleh pihak hospital untuk bermalam di sana. Hehehe, nehi nehi nehi... (sejak bila jadi hindustani pula!) :P

Dengan semangatnya, ana minum air zam-zam satu mug besar tuh... Haaaa, sekali minum jer then terus tidur. Bangun je dari tidur tengok bakul baju, alahai... letih tengok baju tak berlipat. Lipat baju sambil nangis... keh keh keh. Nangis bukan sebab apa, nangis sebab tengok baju banyak sangat... Psiko je semua tu, lepas siap lipat baju terasa sungguh sakit perut ini. Nak makan? Tiada nafsu. Tapi, makan juga la sebelum makin sakit.

Tetiba, fikir bukan-bukan... Uwaaaa! Kes H1N1 di Malaysia pun semakin banyak, diriku yang lemah antibody tetiba terasa gabra semacam. Na'uzubillah. Yakin pada Allah, husnudzon.

Kadang-kadang Allah patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita. Dia patahkan hati kita untuk membuat kita lebih bersemangat. Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi lebih kuat. Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri. Dia menghantar penyakit supaya kita boleh menjaga diri sendiri. Kadang-kadang Allah mengambil segala-galanya dari kita supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Nya.

Membiuskan semangat pada diri sendiri sebelum berhasrat mahu menitipkan semangat pada sahabat-sahabat yang lain. Apa yang pasti, dalam apa jua keadaan sentiasa husnudzon dengan Allah. Bukankah Allah berfirman, bahawa Dia adalah apa yang hamba Nya berfikir tentang diri Nya? Jadi... husnudzon saja. Insya Allah, Dia akan hadirkan bermacam-macam jalan untuk permudahkan segalanya.

(Sebenarnya bercadang nak masuk entri "Sang Murabbi" tetapi masih merangka tulisan yang agak panjang, nanti la nak edit supaya lebih ringkas. Insya Allah.)

Read more...

23 June 2009

Anugerah Perkhidmatan Setia


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur masih diberikan masa oleh Nya untuk terus mencoret sesuatu di sini. Berkongsi cerita dengan teman-teman.

Perasaan masih 'lemah' untuk berbicara di ruangan maya, badan masih lagi belum 'gagah' melangkah tetapi semangat baru disuntik dengan kata-kata seorang ukhti yang amat ana senangi. Setiap kata-katanya memberi tautan pada hati ana walaupun kami tak pernah bersua muka namun nikmatnya ukhuwwah, subhanallah. Sampai terbawa ke alam mimpi bertemu dengan ukhti, masya Allah! Moga kita kan bersua di alam nyata seperti pertemuan indah di alam mimpi itu... Sepasang jubah hijau tua dan bertudung ayu hijau muda di (opss... sensored, rahsia kita je tau kak) :P

Syukran wa jazakumullah khairan pada teman-teman yang menghantar sms pada ana walaupun tak semuanya sempat ana balas tetapi ana balas juga bila keadaan sedikit tenang. Hehehe. Dik Azmah sayang, syukran kerana 'memaksa' diriku untuk menulis sesuatu dalam keadaan gawat begini. Terkadang perlu MEMAKSA agar diri TERPAKSA melakukan perkara yang kita rasa tak mampu kerana hakikatnya diri terlalu selesa apabila berada di zon tenang sentiasa. Insya Allah, semangattttt!

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu [21 Jun] kami sekeluarga ke Kuala Lumpur, menginap di Grand Season Hotel di tingkat 24 selama 2 hari 2 malam. Dengan keadaan yang tak sihat, bertongkat, ana menjadi sangat-sangat bosan untuk 'memerap' diri dalam bilik hotel. Apalah sangat yang boleh ana buat dalam bilik itu selain mengintai jendela bilik dan meneropong di bawah. Ana decided membuang waktu mengira kereta yang lalu lintas melepasi zebra crossing sehingga angka ke 115 buah kereta, ana mengeluh... Sangat 'nguks' rasanya buat kerja itu. Macam apa je duk mengira kereta.. Tapi, itu je yang ana rasa nak buat dalam keadaan yang kebosanan. Huhu, nak jalan-jalan pun tak larat malahan menggunakan tongkat sangat membataskan pergerakan. :P


Gambar di dalam dewan PWTC

Keberadaan kami di Kuala Lumpur ialah meraikan ummi yang menerima Anugerah Perkhidmatan Setia di PWTC pada hari Sabtu. Pada Sabtu malam Ahad, kami sekeluarga ke Kampung Baru untuk makan malam di kedai (tak tahu namanya) dan pilihan ana hanya Fish n Chip, itu pun semuanya 'disumbat' dalam mulut. Memaksa tekak untuk menelan, hehehe. Tambahan pula semua bersemangat menikmati makan malam, dan ana juga bersusah payah nak 'menyeberang' jalan ke kedai takkan sia-siakan makanan. Sungguh tak berbaloi kan. :P

Haaa... Punya la ana berusaha bersungguh-sungguh, dari tempat parking kereta nak ke kedai tu kena lintas jalan. Sepatutnya boleh aja ana berlari barangkali tak sampai 2 saat dah ke seberang jalan tetapi dengan tongkat ana rasa hampir 2 minit juga la ana nak ke seberang sana. Hinggakan Abang Cik terpaksa duduk di tengah jalan untuk menahan lalu lintas, nak pula sebuah teksi dari jauh lagi dah break. Kata Aiman;

"Cepat kak, laju sikit kak. Nanti jammed satu KL ni gara-gara akak lintas jalan!"

Abang Cik menyampuk;

"Awal teksi tu break, jauh lagi dah berhenti. Dia takut nanti terlanggar habis semua tulang ghelai (bahasa utara ni)."

Ana tergelak dengan suara-suara 'semangat' dari bodyguard yang setia menjaga ana melintas jalan. Lalalalala... Nasib la.

Masa baru sampai ke lobi hotel, terserempak dengan seorang kawan pejabat ummi. Dari jauh dia menyapa. Sejuk hati dengan kata-kata dia;

"Bagus dik, kuatkan semangat. Kena berjalan juga. (Dia pandang muka abi dan sambung) sesetengah orang kalau sakit tak nak keluar rumah, ini ok la nak juga jalan-jalan. Take rest. Ok, jalan baik-baik."

Hik hik hik, lawak je. Macam budak baru pandai berjalan. Ngeh ngeh ngeh. (",)

Few seconds, jumpa wife pakcik yang menyapa. Dalam keadaan yang bertatih, ana terharu melihat wife pakcik tu yang juga sakit. Melihat kepalanya sudah memakai skarf, ana terkedu. Iya, Auntie Chee dah botak. Kanser stage 3 yang dihadapi, dia menjalani kemoterapi. Sebak dalam diam, ya Allah kuatkanlah hatiku ini. Kuatkan jiwa ini, kuatkan iman ku yang lemah ini. Moga Engkau satukan jiwaku dengan hamba-hamba yang memiliki jiwa yang besar sedang aku tahu aku bukan dikalangan mereka. Ya Allah...

Insya Allah, pada 10 Julai nanti ke Kuala Lumpur sekali lagi untuk meraikan Anugerah Perkhidmatan Setia abi pula. Chayok! Chayok! Majlis juga insya Allah diadakan di PWTC. Jadi, dengan ini dengan semangatnya ana walau apa juga keadaan andai Allah memberi jalan ana akan usahakan untuk ketemu ukhti Syifa' yang amat dirindui. Insya Allah. (Nadia cayang, ehem-ehem... lalalalalaaaaa)

Hihihihi, actually dalam kebosanan di bilik hotel ana telah menukar template blog Kak Amiera. Petang tadi ana juga telah menukar template blog Kak Syifa'. Kedua kakak ini sudah ana anggap seperti kakak ana sendiri walaupun jarang jumpa tapi kami tetap BERSAMA, insya Allah. Kak Alwani juga, syira menantikan tulisan-tulisan akak... Nak jadi peminat setia neyh. Insya Allah, hehehehe.

Harini, walaupun lambat tapi tetap nak ucap SANAH HELWA untuk Mak Teh yang disayangi... Moga panjang umur dalam kebajikan dan ketaatan, murah rezeki (boleh pergi umrah lagi),sihat tubuh badan untuk beribadah dan bahagia dunia akhirat. Ameen.

Tinta Hati:

Seringkali kita mengutamakan kehendak manusia daripada kehendak Allah. Seringkali juga kita utamakan pandangan manusia berbanding pandangan Allah. Acapkali kita nyatakan syurga idaman ita tapi amalan kita jauh dari amalan penghuninya. Ya Allah bimbinglah kami ke arah taufiq hidayah Mu. Ikhlaskanlah kami beramal hanya kerana Mu dan luruskanlah jalan kami menuju Mu. Ameen.

Read more...

19 June 2009

Nikmat Yang Dilupakan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Allah masih mengurniakan usia buat kita untuk berfikir dan merenung kejadian Nya, apakah mahu disyukuri atau dikufuri? Terpulang pada penilaian iman dan ketaqwaan yang ada pada sekeping hati. Wallahua'lam.

Salam keceriaan pagi Jumaat, moga kita masih berdiri di bumi Nya dengan kesihatan iman dan fizikal yang baik. Insya Allah. Bicara untuk pagi Jumaat yang indah, antara nikmat-nikmat yang Allah pinjamkan, terlalu banyak nikmat yang tak sempat dan tak sanggup kita hitungkan. Betapa pemurahnya Allah pada kita, hamba-hamba yang sentiasa lalai dalam mengingati Nya, hamba-hamba yang sentiasa memburu dunia dan melupakan negeri Abadi yang dijanjikan Nya bahawa ia adalah kepastian bagi kita semua.

"Maka diantara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan.?"

Tidak perlu dihitung nikmat yang pelbagai, bicara saja soal nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan untuk kita. Sebanyak mana kita mentafsirkan syukur pada Allah dengan kesihatan yang diberikan kepada kita, adakah dengan berjalan tanpa arah tujuan? Mencari bahan cerita yang tidak bermanfaat? Bermain dan melayari internet dengan perkara yang tiada faedah? Menghabiskan masa dengan chatting YM, g-talk dan sebagainya? SMS pada sahabat-sahabat atas urusan yang tidak penting? Banyak sangat yang kita habiskan dan perhabiskan usia atas urusan yang tidak penting sedangkan dalam masa yang sama kita menggunakan kesempatan nikmat kesihatan atas jalan yang tidak membawa faedah.

Mengapa ana berkata begini? Dihantuk kesedaran yang 'sedar' dalam sedar. Semalam, seharian dari pagi hingga ke malam hari ana 'menghabiskan' masa dengan jayanya hanya dengan tidur. Sedar benar diri ini, Allah sedang mentarbiyyah dengan cara Nya. Sedar juga hati ini, Allah sedang memberitakan sesuatu untuk bermuhasabah. Sedar jiwa ini bahawa aman akan perkhabaran dari Allah bahawa Dia sedang mendidikku untuk sandarkan harapan hanya pada Allah. Tidak berharap pada manusia yang turut sama lemah seperti ana.

Ana meninggalkan semua rutin harian dek kerana badan yang terlalu lemah, mata juga tidak mampu bertahan lama dan kembali terpejam dan terus pejam dalam dakapan Allah. Kalau dulu, ana sering berkata; ini tanda Allah masih mengingati ana dalam ana selalu melupakan Nya apabila 'senang'. Tetapi, hati kembali terpujuk dengan satu kata-kata biasa yang luar biasa bagi ana.

Allah sedang membersihkan ana.

Itulah kata seorang ustaz yang ana lebih senang memanggilnya Babah. Fitrah manusia itu bersih dan dekat dengan Allah, tetapi semakin usia bertambah dan semakin bertambahnya titik noda dalam hati maka semakin jauh kita dari Allah. Sudah fitrahnya kita dekat dengan Allah, apabila bahtera pelayaran tersasar dari tujuan kita hidup (beribadah kepada Allah) maka Allah dengan cara Nya akan menggetarkan ombak agar pelayaran kita kembali pada jalan sebenarnya.

Semalam, abi menghulur kembali tongkat yang ana simpan kemas (siap lipat lagi tuh) untuk digunakan semula. Barangkali kesakitan setiap genap saraf menjadikan ana si ulat gonggok yang kesejukan maka tulang belakang menjadi 'mangsa' keadaan. Kesakitan kepala atas apa yang ana sedia maklum, ana usahakan untuk 'berehat' dari melakukan sebarang aktiviti fizikal. Bimbang terjatuh atau terhantuk dimana-mana, takut-takut kelalaian diri menyusahkan orang lain. Amaran dari neurologist masih ana simpan kemas-kemas; "jangan sampai kepala awak terhempas lagi, bimbang berlaku pendarahan otak." :)

Tahun lepas beberapa kali kepala terhempas dan mengambil masa yang berbulan untuk kembali lepas dari 'sengsara' sakit kepala. Hik hik hik. Segenap ruang saraf bagai disentap-sentap, arh... terlalu sedikit dibandingkan sakit untuk melepaskan nyawa saat sakaratul menjelang kelak. Moga kerinduan ini terubat tatkala Tuhan menghadirkan mehnah agar diri ini muhasabah. Tenanglah sang hati, pujuklah badanmu untuk bertenang sepanjang 'kerja-kerja pembersihan' dilakukan oleh Allah. Tidak ada yang lebih indah dan enak selain nikmat ketenangan dalam hamparan rahmat Allah, disisipkan iman untuk bermonolog dengan hati kala badan kalah dengan bisikan syaitan.

Arh... Lupakan saja kesakitan yang hadir kerana nikmat disana jauh lebih besar. Pasti Allah mengasihimu, 'dibasuh' dengan cara Nya. Moga menjadi kaffarah (insya Allah, ameen) kerana Dia Maha Tahu diri ini terlalu kerdil dan lemah berdepan ujian maha hebat di sana.

Hargailah setiap nikmat-nikmat Nya,
Usah terhantuk baru mengadah...

TaHNiaH ukhti Alwani atas pembinaan blog. Moga permulaan ini buat akak thabat dalam perjuangan. Selamat menulis dengan santapan-santapan minda dan rohani. Syukran atas kebaikan yang kakak berikan pada diri ini. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan. Ameen.

p/s: Keep silent for a moment kerana mata ana semakin layu. Gagahi juga untuk menulis agar tak kalah dengan keadaan yang dhaif. Salam sayang buat sahabat-sahabat.

Read more...

17 June 2009

Award, Adik dan Isteri Muda

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Ini award kali ke-4 yang ana dapat tetapi 3 award sebelum ni ana tak kutip (Kembara, Kak Iwaana dan Kak Atiqah) sebab ana pun tak tahu mana nak letak award tu jadi ana hanya simpan dalam hati supaya tak ada siapa yang ambil. Hihihi...


Award ini diberikan dari seorang blogger yang ana sendiri tak pernah bermesra-mesraan tetapi ana selalu juga ke blognya apabila berkesempatan. Tak pernah juga taaruf melalui mana-mana medium dan pendek cerita memang ana tak kenal tapi ana pernah jejak blog dia melalui Traffic yang ada dalam blog ana, ana pun saja nak tau siapakah gerangannya yang letak blog ana dalam blog mereka. Terharunya kerana blog ana tak ada apa pun.. Huhu, motivasi untuk terus bersemangat memberikan sesuatu yang bermanfaat! Insya Allah.

Syukran ye kak dan jazakillah kerana sudi berikan award ini pada blog ana yang serba kekurangan. Moga sama-sama peroleh manfaat. Insya Allah.

(Disebabkan award ni nak diperpanjangkan kepada 3 orang, maka... sorok je la award ni supaya yang lain tak kecil hati. Maaf.)

... ADIK's STORY...


Harini, ana ke sekolah Adik ambil report card untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun. Ana sendirian tanpa ditemani abi mahupun ummi. Dua hari berturut-turut (Isnin dan Selasa) abi ada meeting di luar daerah, jadi kalau harini terpaksa ke sekolah Adik maka kepenatan berganda abi akan berganda. Maka, ana sendirian saja ke sekolah. Ummi nak ke sekolah agak susah kerana sedang audit, jarak pejabat ummi dan sekolah juga 60km mengambil masa hampir 2 jam perjalanan.

Akhirnya ana decided untuk talifon jiran kalau mereka nak ke sekolah, ana tumpang je la. Tu la, tak nak ambil lesen kereta kan dah terpaksa tumpang orang. Mulanya nak naik bas jer tapi ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan ana menukar plan untuk menalifon jiran depan rumah yang memang nak ambil result anaknya. Sampai je di sekolah, subhanallah cuacanya yang agak panas terik sangat memercikkan peluh di dahi. Ada riak-riak rasa nak terpengsan berdiri di depan pintu kelas adik... Huwaaaa, tapi berlagak tuh tak mau duduk. Semangat ni nak ambil result adik. Lastly 30 minit berdiri, duduk juga akhirnya apabila golongan ibu-ibu dah berkurang.

Ana ni tak pandai nak bergaul - jujurnya - dengan orang yang tak pernah ana kenal, lembab sikit nak mesra dengan orang. Dah pula semuanya golongan ibu-ibu, ana yang masih bujang ni macam tak ada topik pula nak tanya (akal la tu sebenarnya malas nak cakap sebab kepala dah nyut nyut). Ibu-ibu tu pula bukan hampir tetapi semuanya tanya soalan yang sama.

"Ambil report card anak ke?"

Amboiiii... Ana yang comel lagi muda ni takkan ambil report card anak kot! Adeh la... Kot iya pun, logikanya ngak ada sihhh. Dulu, memang guru-guru di sekolah Adik dengan penuh yakin bersoseh-soseh bahawa dakulah si isteri muda... Opss... Tolong la, jangan ketawa kerana ana dan ummi dah penat ketawa soal ini. Hihihi. Kadang-kadang ana mengikut abi meeting atau ada apa-apa program di mana-mana hatta program rasmi pun ana mengiring abi, secara logikanya takkan la bawa anak ikut ke majlis rasmi tentu la isteri muda. Owh, tidak...

Jangan la selalu didoakan begitu, maqbul nanti. Uhuk uhuk... Jadi isteri kedua, bermadu dengan isteri pertama yang bernama DAKWAH suami, tak pe... (echeh, perasan deh!)

"Ini anak saya..." Begitulah selalunya yang abi katakan apabila ternampak mana-mana kaum perempuan mahupun lelaki memandang 'semacam' kepada ana. Teringat kisah Rasulullah bersama salah seorang isterinya, apabila seorang sahabat melintasi mereka maka Rasulullah memanggil sahabat kemudian berkata;

"Ini isteriku."

Sahabat malah merasa khuatir apakah Rasulullah tidak mempercayainya apatah lagi mustahil beliau memfitnah Rasulullah. Maka jawapan Rasulullah sangat membuatkan diri ini sentiasa berhati-hati;

"Kamu tidak memfitnahku tetapi SYAITAN bakal membisikkan kepadamu perkara-perkara yang tidak kamu sangkakan."

Wallahua'lam.

Dialog 'panas' dari seorang wanita.

"Haritu akak nampak suami kamu jalan dengan perempuan muda, cantik..." sambil menjuih-juih mulutnya juga terbeliak matanya. Aduhai wanita, awas... Usah menambah dosa yang sedia ada. Kasihan pada lelaki yang bertanggungjawab ke atas diri kalian.

Ummi sangat cool je dengan suara-suara tersebut, malahan ada yang dari jauh sanggup talifon pejabat nak maklumkan nampak kelibat abi berjalan dengan ana dalam urusan rasmi mahupun kelibat ana di ibu pejabat. (No niqab there...)

Selalunya ummi melayan saja, akhirnya apabila orang disana puas bercakap, ummi akan membengangkan insan tersebut...

"Itu anak saya, memang dia selalu ikut ayahnya..."

Lalalalala... Ha, itu style ummi. Orang cakap beriya-iya dia buat derk jer. Pastu orang dah habis cakap baru dia bagitau, tak ker orang tu rasa "nyesal aku. penat je!" Ngeh ngeh ngeh.

Kesimpulannya,
Anak dan umminya sama jer... Both suka buat orang toink toink... Hehehehe. Adik pula, resultnya OK tapi Sains je yang perlu diberi perhatian yang lebih. Malahan, kata cikgu Adik selalu tinggal buku di rumah. Ha, yang ini memang ana surrender kerana Adik amat sangat bermasalah dengan buku. Setiap hari ana terpaksa kemas buku tetapi bila Adik balik sekolah, everything macam gempa bumi esp buku-bukunya.

Ya Allah...
Sabar je la...
Kerenah anak-anak, opsss... ADIK-ADIK... Lalalala (",)

Read more...

Dikala Iman Digoda

Bismillahirrahmanirrahim...

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika azan zohor dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di saff terdepan. Solat wajib ia laksanakan dengan ruku’ dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah.


Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jemaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhawat yang ditemuinya di depan masjid. Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul “Langitpun Tergoncang’. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul. Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah “Bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan mati esok hari.”

Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah saw ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid’ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahawa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa mengganti hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya? Allah swt yang menciptakan, maka sudah tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah. Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi Allah.

Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiswi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli. Sikapnya itu membuat para wanita menjadi penasaran dan justeru banyak yang ber-tabarruj di hadapannya. Kedua wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahawa mereka telah sampai kepada tahap ghibah.

Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT. Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya sang pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya.

Saat pensyarah memperkenalkan satu persatu, tahulah Ali bahawa gadis itu bernama Nisa. Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup keras. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Qur’an dan Rasulullah saw dalam hadis. “Astaghfirullah…!”, Ali beristighfar. Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khuatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah panah-panah iblis.

Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Utsman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan Utsman, timbul rasa kagum Nisa pada Ali. “Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali”, tekad Nisa dalam hati.

Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali. Kerana menganggap Nisa adalah ladang da’wah yang berpotensi, Ali menanggapi dengan senang hati. Hari berlalu… tanpa sengaja Ali memandang Nisa.

Ada bisikan yang berkata, Sudahlah pandang saja, lagipun Nisa itu tidak terlalu cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu.”

Namun bisikan yang lain muncul, “Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita.” Ali gundah.

“Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, fikiran dan hatiku ini berzina.”

Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik… hanya adik. Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat mahu pun masalah agama. Bahkan terlalu dekat… Hampir setiap hari, Ali dapat dengan bebas memandang Nisa.

Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disadarinya, ia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama…, tak ada teman berbicara dengan tawa yang renyah.., tak ada… wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar keras, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati… kerana ia… mencintai Nisa. Bisikan-bisikan itu datang kembali…

“Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan sampai kamu terjerumus zina hati…! Cintamu bukan kerana Allah, tapi kerana syahwat semata.”

Tapi bisikan lain berkata, “Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dihabiskan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melalui masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu berpacaran kan secara sihat, secara Islami..

‘Benar juga..” Ali mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Manalah ada pacaran Islami, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?”, bisikan yang pertama terdengar lagi.

Terdengar lagi bisikan yang lain, “Terlalu banyak aturan! Begini zina, begitu zina. Jika langsung menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu baru kuliah tahun pertama. Nikah susah!”

Terdengar bantahan, “Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan jodohmu. Contohlah Rasululah SAW, hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan.”

Bisikan lain berkata. “Bla.., bla.., Ali,… masa muda.., masa muda…, jangan sampai disia-siakan, rugi!”

Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita. Ali mengangkat gagang telefon. Jari- jarinya bergetar menekan nombor telepon Nisa.

“Aah.., aku tidak berani.” Ali menutup telefon.

Bisikan itu datang lagi, “Luahkan melalui surat saja supaya romantis…!”

“Aha! Benar! “ Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu.

Esoknya, Utsman mengantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, lalu Utsman berkata, “Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lah. Sudah jadi akhawat!” Ali terkejut mendengarnya, namun rasa tak sabarnya membuatkan dia lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada merenungi ucapan Ustman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras.

Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Qur’an, isinya : “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An Nuur : 30)

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.”(QS. Al Mu’minuun : 19).

Ali menghela nafas panjang… Astaghfirullah… Astaghfirullah… Hanya ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh terlarang. Memandang wanita yang bukan mahram. Ya Allah… kami dengar dan kami taat. Astaghfirullah…

Read more...

16 June 2009

Rindu Sebuah Kerinduan

Bismillahirrahmanirrahim...

Moga kita dalam keadaan iman dan fizikal yang sihat, insya Allah. Pagi ini entah kenapa banyak mengelamun, sampaikan ada yang hangit dibuatnya masa buat breakfast. Beberapa hari yang sangat 'misteri' untuk dirungkaikan.

Rindu pada seorang insan yang kerdil, insan yang berpegang pada prinsip hidup, insan yang tak mudah jatuh walaupun seringkali tersungkur terus (apakah maksudku ini?), insan yang sangat merindukan suasana tarbiyyah, insan yang selalu menyediakan masa untuk membaca, insan yang selalu 'nguks'kan orang dengan kesengalannya, insan yang selalu tersenyum dalam kepayahan, insan yang... yang... yang... terlalu dirindui ialah watak kepada diri sendiri.

Masa bergerak, bumi berputar pada orbitnya, awan masih memutih, langit masih cerah, burung masih berkicau dan matahari masih garang seiring itu pengalaman dan pertambahan usia meningkat dalam sedar atau tidak. Dalam segalanya bergerak pada sunnatullah, diri masih tercari-cari jalan mana yang harus dilalui. Terkadang merasakan diri melaghakan orang lain dengan kesengalan-kesengalan yang tak lain sekadar menghiburkan sekeping yang bernama hati. Terkadang malu apabila ditanya "berapakah umurmu?" mahu saja ku jawab 4 tahun, itu tandanya belum mumaiyiz, belum menanggung beban dosa, hati juga masih dengan fitrah.

Aduh, andai saja mampu... Tetapi kudrat sang hamba dan sebagai hamba, sungguh tak mampu menjawab begitu. Mustahil barangkali! Masakan mahu menjawab 4 tahun?! Tetapi, seiring pertambahan usia semakin beban perasaan ini ku bawa bersama. Adakala tersenyum pada gerak dan tari alam sekeliling, adakala menangis sendirian di tikar sejadah. Apakah masih ada sinar dalam cahaya terang ini? Keupayaan berfikir dan keupayaan mencerna apa yang difikir, gawat sekali mahu diterangkan.

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-

Merindui diri yang dahulu, terasa semakin diri ini hanyut dengan arus dunia lalu terkapai-kapai mencari pelampung akhirat. Masih ada waktu untuk bangkit dan kembali berenang ke muara cinta Allah! Masih punya kesempatan selagi masih mampu bernafas di bumi Nya.

Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahi rabbil 'alamin.


Memanfaatkan masa dengan membaca, buku-buku yang sedang usaha dihabiskan.

NOVEL - Bidadari Dari Timur - Tamat
NOVEL - Cerita Dari Hati
SIASAH - The Great Wife: Aisyah r.a.
SIASAH - Mutiara 2 Tok Guru
PSIKOLOGI - Bercinta Sampai Ke Syurga - Hampir tamat
PSIKOLOGI - Aku Ingin Bercinta Tetapi Dengan Siapa?
ROHANI - Kisah Cinta Dalam al-Quran - Hampir tamat

Buku Bidadari Dari Timur tulisan Ili dan Tuan Sabariah (isteri kepada TG Nik Abdul Aziz) buat diri ini banyak berfikir. Terendam dalam lautan sakinah saat menghayati perasaan beliau, aduh.. Kalau bersua muka, entah apa pula perasaan ana.

Buku The Great Wife: Aisyah r.a. ni sebenarnya sudah lama dibeli tetapi memandangkan buku itu duduk dalam plastik maka amat berat sekali nak buka plastik, sayang. Tapi, sayangkan kulit hingga isinya tak dirungkai... Apa kes, huhu. Ok, Ok...! Mesti buang plastik dia. (Lepas ni beli buku yang tiada plastik ye.)

Buku Aku Ingin Bercinta Tetapi Dengan Siapa? adalah buah tangan dari penulis buku Warkah Cinta Berbau Syurga, novelnya yang lalu terlalui puitis dengan sentuhan sastera. Warna-warna kehidupan di Bumi Kinanah diceritakan sungguh terperinci dengan nilai-nilai sastera yang tinggi.

Read more...

15 June 2009

Secangkir Kasih Buatmu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sollu 'alan nabi. Moga kita kekal dengan nikmat iman dan islam, ameen. Alhamdulillah, kita masih disini sebagai pengembara, entah bila kan tiba waktu untuk kembali ke sana. Ajal yang datang di muka pintu, mengetuk jendela hati... Membiarkan manusia memilih, sama ada mahu terus lalai ataupun mencari rahmat Allah pada sisa usia yang berbaki. Moga Allah yang menjadikan kita sebaik-baik kejadian Nya, mematikan kita dalam keadaan yang terbaik (husnul khatimah). Insya Allah, ameen!

**************


Pada raut wajah itu, semakin tergaris rona-rona getaran pada usia yang dilewatinya. Pada semangat dan perjuangannya, garis-garis itu semakin jelas dan tampak bercambah. Pada rambut yang semakin berubah warnanya, hitam dan pekat lalu semakin bergandingan warna-warna putih. Sesekali, ku pinta agar menginaikan rambut yang kian memutih itu, tampak segak dengan rambut keemasan! Aduh, belahan jiwa yang ku sayangi dengan hati yang dambakan keredhaannya juga keredhaan Yang Maha Esa!

Sesekali, suram wajahnya tampak jelas. Arh... Masakan hidup selalu indah tanpa ada badai? Andai semuanya senang, usahkan kita menjadi hamba Allah yang tabah, untuk menjadi penyabar pun belum tentu! Tetapi dia, sosok yang sentiasa berdampingan dan beriringan denganku. Sosok yang selalu gagah menerima ujian Allah, pada semangat yang kental dia merintih tetapi tidak pada manusia-manusia kerdil sebaliknya pada Tuan Pemilik diri, Allah taala.

Masih ku ingat isak tangis berpanjangan itu, pada nada dan suara dan tersekat-sekat di sebalik jubah putih yang disaluti dengan perasaan cemas melihat diriku yang sangat lemah di pangkuannya. Masih jelas terbayang wajahnya yang meminta-minta untukku segera bangun dan memakai jubah-jubah yang dibelinya di Mekah Mukarramah lewat musafirnya melaksanakan tuntutan agama. Masih jelas tergambar wajah cerianya saat kami bergembira dan bergurau bersama.

Aduh.. Wajah penangan rindu yang selalu menceriakan hati, wajah rindu yang sentiasa memberi harapan segar membugar pada kami, tentera-tentera kecil yang memegang kalimah 'La ila ha illallah'. Pada lewat usianya yang hampir separuh abad, dia masih gagah dengan semangatnya yang terkadang dihantuk dengan ujian berdepan manusia.

Tanggal 13 Jun 2009, genaplah usia seorang insan yang hampir, sangat hampir dengan diri ini mengukir usia 48 tahun dalam kembaranya. 48 tahun yang dilalui dengan segala macam ragam manusia yang akhirnya menjadikan dia insan yang tak pernah kalah dengan ujian. Wajah yang sentiasa tenang, namun... Ada waktunya garang bukan kepalangan tetapi bukan di depan anak-anak sebaliknya di depan para pekerja.

Pada 13 Jun 2009 juga sosok istimewa di sisi gerakan Islam, Syeikh Fathi Yakan kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Secara peribadinya, dia sangat menyanjung tokoh gerakan Islam ini hingga menamakan adik ku Ahmad Fathi Aiman. Aduh... Masakan tidak, beliau secara peribadinya bersua muka dengan Syeikh Fathi Yakan sewaktu berkelana ilmu di UK.

Aku bersaksi, bahawa sosok inilah yang telah melaksanakan tuntutan Allah dan saranan Rasulullah bahawa dia telah berbuat baik kepada keluarga! Pasti!


~ SaNaH HeLwa Ya aBi ~

Redhakanlah anakmu ini... Maafkan diriku yang selalu menyakiti hatimu...

Read more...

10 June 2009

Anti-Couple?

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya ALLAH, ana akan meninggalkan blog seketika. Kesihatan terganggu... (tu la, minta sangat, kan dah dapat). Asif yer pada sahabat-sahabat yang comel, dengan slumber ana tak balas sms antum. Kesemputan yang agak teruk semalam, penat sangat-sangat. Ana mungkin akan meninggalkan blog beberapa hari sepanjang permusafiran. Jadi, jangan nakal-nakal yer! :P

Sambungan dari artikel sebelum ini.

Dalil yang paling jelas kenapa bercinta/couple itu perlu dijauhi ialah; Janganlah kamu sekelian mendekati zina, kerana zina itu perbuatan yang keji. [Al-Isra’ : 32] namun dikalangan kita hanya memahami ayat ini adalah untuk mereka yg ingin melakukan penzinaan sahaja, inilah pandangan-pandangan yang dangkal dengan tidak merujuk kepada pembahasan sebenar maksud ayat ini. Ketahuilah bahawa ayat tersebut tidak mengatakan jangan berzina, tapi jangan mendekati, kenapa?

[1] Biasanya org tidak terus melakukan zina tapi melalui tahap-tahap berikut: saling memandang, berkenalan, bercumbu kemudian baru berbuat zina yang terkutuk. Kenapa saling memandang tak boleh? Ini adalah kerana Islam menyuruh lelaki dan perempuan menjaga mata/pandangan. Jadi, bagaimana kedudukan orang yang bercinta sebelum ada keterikatan ini, apakah tidak jadi pandang memandang antara satu sama lain, lebih-lebih lagi bercinta pada tempoh yang lama? Kecuali, mereka yang ingin melihat pasangan masing-masing untuk terus dijadikan bakal suami/isteri.

Oleh kerana itu, Allah berfirman dalam al-Quran; Katakanlah kepada lelaki yg beriman, hendaklah memalingkan pandangan mereka (dari yang haram) dan menjaga kehormatan mereka...... Dan katakanlah kepada ppuan yang beriman, hendaklah menahan pandangan mereka dr yang haram dan menjaga kehormatan mereka. [QS 24 : 30-31]

[2] Kalau ayat itu berbunyi; Jangan berbuat zina atau telah diharamkan zina... maka bererti, pandang memandang, pegang memegang, cium ciumam dsb boleh seperti yang dilakukan oleh orang bercinta/bercouple. Maka jelas jadinya bahawa segala tindakan yang akan membawa kepada perbuatan zina hukumnya HARAM.

Allah telah memerintahkan perempuan untuk memelihara pandangan mereka dari lelaki ajnabi dimana Dia berfirman; Katakanlah kpd wanita yg beriman; hendaklah memelihara pandangan mereka dari melihat yang haram dan kemaluan mereka [an-Nur : 31]

Imam Al-Hafiz Imadudin Ibnu Katsir Rahimahullah mengatakan [Tafsir Al-Quran Al-Adzim, III/283]

“Firman Allah: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka.” bererti pandangan terhadap hal-hal yang diharamkan oleh Allah bagi wanita untuk melihatnya dari lelaki selain suaminya. Alasan larangan tersebut adalah kerana pandangan wanita pada lelaki AJNABI atau sebaliknya merupakan pendahuluan dari perbuatan zina, bahkan Rasulullah menyebutnya sebagai “zina mata”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu`anhu, dari Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda; Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak cucu Adam bahagian dr zina, zina mata berupa pandangan, zina lisan berupa ucapan, dan jiwa mengharap dan menginginkan. Dan kemaluan yang membenarkan atau mendustainya. [HR Muttafaqun ‘alaih]

Al-Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah mengatakan [Fathul Bari, Ibnu Hajar. XI/22]

Ibnu Bathal berkata; Pandangan dan ucapan disebut berbuat zina kerana keduanya mengajak kepada zina yang sebenarnya. Oleh itu, Rasulullah bersabda: Kemaluan membenarkan atau mendustainya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, bahawa Baginda pernah bersabda kepada Ali: wahai Ali, janganlah engkau susul pandangan dengan pandangan lagi, krn yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu) [HR Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud]

Dalam hadis lain disebut; Pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari berbagai macam anak panah iblis. Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya, yang akan dia dapatkan hingga dia bertemu dengan Nya.

Oleh yang demikian, setiap MUSLIMAH diharuskan utk memelihara pandangannya daripada melihat lelaki ajnabi, kerana yang demikian itu adalah lebih baik baginya di dunia dan akhirat. Ana harap, sedikit sebanyak kupasan kalini dapat membantu sahabat di luar sana untuk melakukan yang terbaik di atas setiap perhubungan yang terjalin antara lelaki & perempuan lebih2 lagi pada mereka yang dilambung asmara cinta yang akan membinasakan keduanya, nauzubillah hi min zalik.

Semoga ada sahabat lain juga berkongsi ilmu & pendapat disini, insyaAllah. Yang baik dari Allah dan segala kekurangan adalah dari kelemahan diri ana yg dhaif jua... Ya Allah, janganlah Kau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah, ameen Allahumma ameen. Ana harap, lepas ni tidak ada lagi sahabat yg masih samar-samar lagi untuk menentukan hala tuju & gaya hidup Islam yang sebenar. Islam itu indah dan Allah menyukai keindahan, maka indahkanlah akhlaq kita sebagaimana Allah memberi keindahan pada wajah kita, insyaAllah.

Firman Allah; Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang selagi kamu tidak mengikuti mereka. [Al-Baqarah : 120]

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: "Bertaqwa kepada Allah dan keindahan akhlaq." Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Beliau menjawab: "Kerana perbuatan mulut dan kemaluan." [Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan]

Wallahua'lam

Read more...

08 June 2009

Menyempurnakan Sebahagian Agama

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, beberapa hari membiarkan blog tanpa dikemaskini lantaran beberapa kesibukan harian, menghadiri undangan perkahwinan dan beberapa urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Kerja rumah perlu disiapkan sebanyak yang boleh sebelum ditinggalkan untuk bermusafir. Masa perlu diuruskan dengan baik, insya Allah. Soalan-soalan berlonggok di Al-Insyirah dan seruan dari Azizul tak dapat ana nak jawab dalam masa terdekat kerana ana berusaha menghabiskan balasan dari PM. Maaf Azizul, tak dapat nak jawab awal. Haritu dah taip panjang, ghaib semuanya. Ana tak putus asa cuma perlukan masa untuk menaip kembali. Insya Allah.

Ok. Kembali pada tajuk utama, Menyempurnakan Sebahagian Agama. Apa yang ana ingin sampaikan disini ialah apa yang ana nak sampaikan la, huhu. Masih dalam tempoh cuti sekolah maka banyaklah jemputan perkahwinan dari sahabat handai ibubapa. Mabruk pada semua pengantin, moga jodoh berkekalan hingga ke syurga. Ameen. Mereka sudah pun menyempurnakan sebahagian dari agama dan sebahagian lagi agama tuh sempurnakanlah dengan sesempurna yang boleh. :)

Ok. Setel satu bab. Ana nak bebel bab seterusnya ni, perkara yang amat sangat menakutkan! COUPLE! Huh, bahaya sungguh bicara soal ini pasti ada feedback yang positif dan negatif. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Tetapi sesiapa saja yang bertanya pada ana, maka pendirian ana tetap sama. Ana bersifat kekirian dalam hal ini, dan ana akan berusaha semampunya untuk menerangkan perkara yang sama walaupun berkali-kali. Pernah juga ana give-up dalam hal ini tetapi selepas 'dibelasah' oleh Ustaz Khairul, ana berfikir semula;

"Anti putus asa atau malas untuk teruskan?"

"Bukan Ustaz, ana penat la ulang benda sama."

"Anti penat berdakwah?" Suaranya dah lain macam. Ketaq juga la masa ni. Dan huraian panjang lebar juga bekalan semangat dari ustaz, ana gagahkan juga semangat yang terumbang ambing ni. Insya Allah, pinjam kata-kata Kak Atiqah "Kerana Allah, Demi Islam, Kita Berjuang!" Ameen.

Sebelum ini, ana sudah pun membuka satu topik Dalil-Dalil Cinta DIBENARKAN Dalam Islam, maka... Apabila orang masih bertanya dan terus bertanya, ana kembali muhasabah diri apakah tidak sampai maksud yang ana ingin sampaikan? Ana tinggal dulu persoalannya jauh-jauh. Kembali menyusun bicara supaya lebih segar. Beberapa pengakuan yang dilakukan oleh beberapa 'pembaca setia' artikel ana sebelum ini sangat menghancur luluhkan hati tetapi dengan bantuan seorang sahabat, Ustaz Faiez yang selalu 'mendebik' kepalaku untuk positif menerima setiap perkara dan jangan menggelabah tak tentu pasal. Maka, ana selalunya membaca setiap pengakuan itu, diam dan terus meninggalkan pc seketika sebelum memikirkan ayat untuk menjawab PM tersebut.

Pernah ana terfikir untuk men'standard'kan satu artikel dan kemudian save saja. Apabila mendapat pengakuan dari mereka, maka ana hanya perlu paste sahaja dan edit nama. Tetapi ana fikir semula, barangkali yang pertama ana menulis dengan hati tetapi yang lain-lain ana hanya MALAS dan bersuara hanya dengan tangan, masakan ana akan menyentuh hati mereka dengan menggunakan tangan?! Maka, setiap pm yang dihantar sedaya upaya akan ana jawab dengan versi yang baru. Insya Alla, maka... Banyaklah masa yang ana perlukan untuk meneliti satu per satu jawapan ana sebelum dihantar. (Susah... Inilah sekadar yang ana mampu)

Apa yang hancur luluh sangat ni cik comot?

...Sebak pula nak menulis... Tapi ana tetap juga nak tulis, sebagai peringatan bagi kita semua.

Hampir setiap dari pengakuan itu sama ada mereka sudahpun terlanjur dengan kekasih mahupun hampir terlanjur. Astaghfirullah hal azhim. Agaknya berapa umur mereka? 20? 30? Owh TIDAK! Mereka masih beruniform sekolah!!! Ayuh sahabat-sahabat, bukalah MATA dan HATI kalian. Masih banyak lagi yang kalian perlu usahakan dalam gerak dakwah ini selain bertelingkah bicara jemaah mana yang lebih baik, jemaah mana yang lebih tarbiyyah atau apa saja yang bersifat assobiyah. Nah! Ini kelalaian kita semua maka mereka menjadi mangsanya!!

Sahabat-sahabat seakidah, saudara seagamaku, renungkan kembali untuk apa kita hidup di dunia ini? Ana hanya mampu bersuara dengan tulisan, ana hanya mampu memberikan kata-kata yang bisu berbanding kalian yang mantap ilmu untuk berusaha mengembalikan izzahnya Islam. Kalian yang mantap tarbiyyah dan mantap segalanya berbanding ana, maka ana memohon kalian untuk bersama ana dalam usaha ini! Aduh, terasa mahu saja ana terbang untuk bertemu dengan Ummi Roses untuk meluahkan segala-gala isi hati yang ana pendamkan selama ini.!

Beberapa ketika ini emosi ana agak tidak stabil, ana cepat moody dan mangsanya ialah adik-adik. Melihat adik perempuanku yang sudah mula berjinak-jinak di alam yang satu itu, ana dengan pantas merancang strategi halus untuk memutuskan hubungan mereka sebelum serius. Maafkan akak wahai adik kesayanganku! Kakak tidak mahu adik yang sangat disayangi melakukan perkara yang kakak sendiri perangi pada insan disekeliling akak. Maafkan, andai dirimu terluka. Dirimu terlalu muda untuk melaluinya, usia emasmu perlu dimanfaatkan. Lantas, buku Tentang Cinta tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ana serahkan pada adik untuk dia hadamkan. Arhhh... Kejamkah ana?

Cerita ummi yang berlinangan air mata, ana tak sanggup. Sangat tidak sanggup melihat ummi menangis bercerita apa yang berlaku pada anak rakan-rakan sekerjanya yang buas, liar di belakang ibubapa. Aduh, sulit untuk ana bicarakan tetapi ana tetap mahu bicara supaya kita sama-sama CELIKKAN mata yang kita sengaja pejamkan. Anak yang masih beruniform sekolah sudah pandai bercumbu dibawah tangga, sudah pandai menyelak kain pada teman lelaki yang dipuja, sudah pandai menayang segalanya pada kekasih hati? Aduhhh... Apakah yang bakal ibubapa kalian rasa andai terjumpa anak yang ditatang bak minyak sedang beraksi hebat bersama buah hati tersayang tanpa seurat benang di atas bumbung flat???! Fikirkan, antum ada akal... Ada otak!

Allah beri nafsu tetapi Allah juga bekalkan AKAL untuk berfikir dan Allah tidak pula terlupa berikan IMAN untuk kita jadikan sandaran saat nafsu sedang menggila. Allah tidak kejam, kita ada pilihan untuk memilih cara hidup yang terbaik. Bukan Allah mentaqdirkan segalanya dengan sia-sia, hanya iman kita yang lemah berdepan godaan si makhluk terkutuk syaitan laknatullah itu. Maka, sebelum meloloskan diri dengan sengaja dalam gaung maksiat, apakah kita tidak mampu untuk mengelak? Sudah cukup kuatkah kalian untuk merasai bara api neraka yang amat dahsyat?

USAH COUPLE andai tidak berhajat berkahwin dalam MASA TERDEKAT.

"Tapi Insyirah, saya baca kalau couple niat nak kahwin tak apa. Tak salah pun. Saya baca ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Saya keliru."

Aduh, menyengat keringat peluhku. Panas sungguh rasanya, bukan panas hati tetapi panas muka.

"Apakah jalan yang mendekatkan penzinaan itu halal sedangkan Allah sudah mengingatkan kita semua 'dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji'. Ingat, Allah kata jangan mendekati zina dan bukannya jangan berzina kenapa? Untuk kita berfikir, zina itu tidak berlaku dengan tidak sengaja atau tidak terancang sebaliknya kita sendiri yang membuka pintu-pintu ke arah penzinaan. Maka, manakah halalnya couple andai kita menjebakkan diri dengan zina? Zina itu keji, bukan ana mengeji tetapi Allah sendiri berfirman zina itu perbuatan yang keji."

... kita bicara soal couple, berzina suka sama suka kerana cinta bukan bicara soal kes rogol ...

Hampir setiap orang yang bertanya, ana pasti menjawab...

"Ana hampir saja menyarankan kalian menikah! Tetapi bersediakah kalian untuk bernikah? Apa pula perasaan dan persetuan kedua ibubapa kalian? Yang mampu ana pesankan, solat taubat banyak-banyak dan berazam untuk tidak mengulangi lagi apa yang dilakukan. Kalau mampu kahwin, kahwin sajalah."

Sebak sangat-sangat untuk mengungkap istilah "KAHWIN" pada mereka kerana ana takut mereka tidak bersedia menghadapi gelora dan badai serta kerenah berumah tangga. Bercinta semuanya manis tetapi perkahwinan bukan main-main, ia berkisar hidup mati dunia akhirat. Kenapa orang mampu pertahankan percintaan bertahun-tahun tetapi tidak mampu mengekalkan perkahwinan? Muhasabah kembali, perkahwinan itu ada keberkatannya. Membina keluarga sakinah memerlukan mujahadah. Hakikatnya, pahit itulah penawar. Kehidupan SEBELUM berkahwin memberi implikasi kepada kehidupan SELEPAS perkahwinan, andai sebelum berkahwin dihiasi dengan 'hantaran-hantaran' maksiat untuk dipersembahkan maka apakah lagi manis dan nikmatnya perkahwinan? Bagaimana datangnya keberkatan dan keredhaan Allah dalam usaha 'membina masjid' andai 'masjid' dibina atas maksiat?

Membina masjid? Indah sungguh ungkapan itu, simbolik pada keindahan alam perkahwinan yang Allah turunkan rahmat, mawaddah dan sakinah tetapi rumah tangga era kini... Berpaksikan cinta yang bertunjangkan nafsu serakah. Jadi, dimana mahu datangkan keberkatan untuk mengekalkan rumah tangga? Renung-renungkan.

Lelaki... Bercinta dengan siapa pun boleh tetapi untuk dijadikan isteri, pasti (tidak ragu-ragu sedikitpun!) mencari isteri yang baik, yang suci zahir dan batin. Perempuan juga begitu, untuk bermain cinta dengan jantan mana pun tak mengapa tetapi untuk suami, sesoleh-solehnya dicari gali. Ingat, kita hidup bukan untuk MENCARI tetapi MENJADi. Andai semua berusaha untuk MENJADI, maka urusan MENCARI sangat mudah. Malangnya, semua berlumba untuk MENCARI tanpa mahu MENJADI.

Akhir kalam, buat teman-teman yang berada di saff dakwah, tarbiyyah dan semua dari kita... Ambil tahu apa yang berlaku disekeliling! Ambil peduli apa yang berlaku pada adik-beradik kita, ambil kisah pada teman-teman. Andai mereka bentak, usah kita turut sama membentak sebaliknya beritahu pada mereka...

"Usah berangan mahu menjauh dariku kerana aku tidak menyempurnakan imanku andai tidak menyayangi engkau lebih dari mencintai diriku sendiri. Usah mimpi untuk aku biarkan engkau bersenangan dalam maksiat kerana aku gagal menjadi manusia yang berjaya andai membiarkan engkau menjadi mangsa nafsu. Usah berhasrat aku meninggalkan engkau kerana Allah telahpun menyatukan kita dengan IKATAN PERSAUDARAAN."

... Ummi, amanah ummi akan dilaksanakan sebaik mungkin ...

p/s: Syirah, jangan nangis. Nanti makin comot..!

Read more...

04 June 2009

Manfaatkan Cuti Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik masih lagi celik ye. Pinjaman usia yang Allah amanahkan, moga kita guna dengan baik. Insya Allah. Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah banyak perkara yang dapat kami lakukan bersama! :) Antaranya ziarah nenek di kampung, mengikuti abi ke Kuala Lumpur (sementara abi meeting, sempat shopping di MidValley, bagus kan?!) :P dan juga... hehe...

Pagi tadi Allah beri ingatan juga pada ana untuk sabar menanti di depan TV, tunggu kemuculan Cikgu Shidee di TV1. Seawal jam 7.30 a.m dah buka TV1. Sesuatu yang agak jarang (macam tak pernah je) dilakukan, selalunya pagi-pagi ana sibuk di dapur. Tapi, pagi ni ana pesan pada abi nak tengok TV1. Hehehe. Alhamdulillah, dalam penantian tu tertunggu juga... Mana tak keluar pun orangnya. Finally, keluar juga. Aiwah, baju batik hijau lagi. Semakin 'sihat' sifu ana ni, ehehe.

Topik yang dibincangkan ialah penggunaan waktu sepanjang cuti sekolah. Masa yang berkualiti bukan hanya pada kuantiti tetapi kualiti bersama keluarga. Peranan ibubapa dan lain-lain lagi. Bagi ana, walaupun belum ber'ANAK' lagi tetapi sebagai supervisor pada adik-adik maka banyak yang perlu ana ambil tahu dalam menguruskan keperluan mereka. Rohani, jasmani dan emosi... (walaupun ana sendiri sering beremosi, huhu)

Kadang-kadang ana terpaksa membaca kembali buku zaman kanak-kanak, untuk refresh apa yang perlu ana beri pada adik-adik. Kadang-kadang ana juga mengaku kalah berdepan dengan mereka, bila rasa geram... Air mata juga yang mengalir. Jadi, bila cuti sekolah ni banyak masa yang dapat kami manfaatkan bersama! Seusai mendengar kalam cikgu Shidee di TV1 maka ana terus mendapat idea...

Abi balik petang nanti (habis kerja) nak ajak abi ke padang golf! Nak berkelah di tepi tasik yang indah, sambil jogging dan menikmati pemandangan alam yang serba hijau. Padang golf yang berstatus privet, maka memang selalunya keluarga kami saja yang berjogging tapi dah lama sangat ana tak jogging. Alhamdulillah, hari ini adalah hari pertama ana jogging setelah keluar dari hospital awal tahun lalu. Mabruk Syirah! (^_~)

Abi balik lunch, abi tak berapa sihat. Maybe gula kurang dalam darah buat abi pening yang agak teruk. Padahal setiap pagi ana make sure abi minum yang manis, letak gula walaupun kurang manis. Gula tetap perlu untuk badan walaupun diabetis. Hurm! Abi penat sangat agaknya kebelakangan ni banyak travel. Jadi, rancangan kami terpaksa di ubah untuk berkelah belakang rumah sambil main buaian. Tapi, petang tadi Arif (jiran) hantar Laksa Terengganu makanya petang lepas solat Asar kami makan laksa dalam rumah. Tak jadi berkelah di padang golf mahupun belakang rumah. Sedih ker? (T_T)

Lastly, lepas siap makan laksa... Kami bertiga (power-puff muslimah) :D jalan-jalan hirup udara segar petang yang hening. Konon nak jogging di padang bola, tapi ada orang asli main bola pula. Mujur mereka main di bahagian selatan, jadi kami bertiga dapat jogging di bahagian utara. Tak jogging sangat pun, main naik turun tangga entah berapa kali. Bangganyeeeee! (^_~) Seronok sungguh riadah macam ni, dah lama sangat tak buat aktiviti luar macam ni. Walaupun ada orang yang nak ajak lumba lari tetapi tak mampu la rasanya nak patahkan hati nanti kalau kalah tak pasal-pasal ada yang terjun tasik mencari ikan duyung (ikan dugong agaknye). Sian dia kan! :D


Hihihihi, mengada lak. Mentang-mentang baru baik demam :P
Kalau semput tengah padang tadi baru ku tahu! Hehehehe. Esok kalau sempat boleh lagi jogging sambil berhalaqah dengan adik-adik di satu 'pot' baik punya, kami dah roger. Ngeeeee ~

Buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik... Manfaatkan cuti sekolah dengan baik. Selain melancong dan melencong ke mana-mana, jangan lupa jadikan cuti sekolah sebagai medium penambah perasa kasih sayang dengan solat berjemaah. Insya Allah.

Buai laju laju....

"Jangan ambil gambar orangggg..." Huish budak ni, menjerit lak dia.
"Yeyeyeye, dah dapat daaa..." Gelak manusia yang berjaya candid itew...

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO