"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

30 August 2008

HaPPy AnNiVerSaRy *_-


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua, juga selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-23 buat bonda juga ayahanda tercinta. Moga jodoh kekal hingga ke syurga Allah. Terlalu banyak yang nak di coret, biarlah apa yang termampu dan terdaya di ungkapkan dengan kata-kata, selebihnya biar Allah sajalah yang membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik pembalasan atas setiap ilmu dan kasih sayang yang diberikan.


Ya Allah,

Sayangilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil. Ampunkanlah dosa-dosa mereka dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang tahu serta mahu bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan. Jauhkanlah kami dari sifat mazmumah.

Esok?

Planning ana nak buatkan KAD hand made pada parents seperti tahun-tahun lalu. Tapi, tahun ni keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan nak menggunting dan menampal kertas-kertas tersebut supaya menjadi kad yang menarik, maka... ubah jerk la plan. Semalam abang dan abang cik sampai ke rumah. Abang cik sampai petang dr Penang. Abang pula rush dr KL, pukul 10 malam baru sampai beserta pakej-pakej baju busuknya yang di kumpul.

Harini pagi-tengah hari duduk dapur. Sejak jadi D.O (dapur officer) dan penyandang s/u kewangan ni, memang pening da penat dengan kerenah ahli bait. Huhuhu, ianya tak lain tak bukan mengajar diri untuk sabar. Semalam Tok Mak masuk wad... Alhamdulillah tadi dah keluar pun, agaknya gula naik lagi la tuh.

Tadi, pot pet dengan umi di dapur... Hehehehe.

Esok nak buat rose chicken (cikgu shidee jangan jeles), wedges, coleslaw (betul ke eja ni) dengan... jeng jeng jeng... KEK COKLAT. Cumanya, aih banyak nye lauk nih.. Nak sambut puasa ke nak sambut anniversary parents? Huk huk huk... Meraikan parents... juga menyambut puasa, malam kita minum teh dengan biskut kering jerk la yerk... Huhuhuhu...

I LOVE ummi wa abi...

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

29 August 2008

Bicara Sepi Hati



Segala puji hanya bagi Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku... Si tulang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarkan kejadian ku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah pada ku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah
Sering ditinggalkan suami
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bila kan pulang?
Disambut kepulangan
Penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumah tangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar di celahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendampingan Nabi
Dek berkaratnya mazmumah
Yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf

Hak seorang suami
Tidak mungkin kan ku penuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajah ku
Buat mengesat debu di telapak kakinya

Sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua
Memiliki puteri tabah seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi
Semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi

Namun...
Mudah mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi yang memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan
Kesolehan ramainya ummat Rasulullah

Yang saling reda berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian putera puteranya di medan jihad;
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
Aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
Ku relakan dia turut gugur di jalan Ilahi"


Seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Moga ku setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anak
Halangan kecintaan padaMu Ya Ilahi
Redalah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

27 August 2008

Ada Apa Dengan Puasa?


Oleh : Roslan Kasim

Apa sebenarnya yang Allah kehendaki dari puasa? Dengan berpuasa kita tidak dibenarkan makan di siang hari selama sebulan sepanjang Ramadhan. Sekalipun lapar dan walaupun makanan ada di hadapan mata, kita diperintahkan menahan diri. Ertinya kita disuruh susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu yang di depan mata. Seolah-olah ini satu penyeksaan.

Sebenarnya menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingin adalah sesuatu yang perlu dan penting dalam menjalani kehidupan. Istilah frust atau kecewa adalah lahir dari seseorang yang lemah jiwanya kerana tidak dapat menahan hati dari keinginannya yang tidak tercapai. Malangnya, penyakit mudah frust dan lemah jiwa sudah jadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat sehari-hari.

Dengan sebab yang sedikit atau masalah yang kecil-kecil pun sudah keluh kesah dan terkeluar keluhan kata-kata frust. Kadang kala akibat kecewa membawa manusia kepada membunuh diri atau mengamuk hingga rosak harta benda dan tidak kurang yang menjadi penghuni hospital sakit jiwa.

Tanpa ketahanan diri, hal ini akan terus berlaku sebab dalam hidup manusia banyak keinginan yang tidak tercapai. Hampir setiap orang pernah merasai hajatnya tidak tercapai. Walau betapa bijak dan kuatnya seseorang itu, tentu dia tidak dapat menolak takdir Allah. Kadang kala gagal, kalah atau hilang apa yang disayangi dan luput apa yang dimiliki. Allah sudah tentukan bahawa setiap manusia akan di uji. Firman Allah:

"(Allah lah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." [al-Mulk : 2]

Oleh itu, hidup manusia memang tidak boleh lari dari ujian dan cubaan. Apa saja yang datang menimpa adalah ujian. Maka mahu tidak mahu, ia harus ditempuhi dan dihadapi. Tidak tahu sabar adalah satu kekurangan diri yang berbahaya bagi manusia. Sebab terlalu banyak perkara dalam hidup yang meminta agar kita bersabar, iaitu setiap kali bila hajat kita tidak terlaksana. Demikian juga ketika menunaikan perintah Allah atau meninggalkan larangan-Nya. Sabar amat diperlukan kerana terpaksa berhadapan dengan halangan dan tentangan manusia (dan godaan syaitan)

Sayidatina Sofiah, ibu saudara Rasulullah s.a.w. ketika terserempak dengan jenazah abangnya, Sayidina Hamzah yang telah dipotong dan dibelah badannya oleh musuh dalam peperangan Uhud, dengan tenang berkata:

"Aku redha dengan keputusan Mu ya Allah."

Imam Bukhari rhm ketika bermunajat dengan Allah, pernah berbisik-bisik mengatakan:

"Bukan aku tidak tahan dengan ujian Mu ya Allah, Cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti, memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah hati orang-orang mukmin apabila berhadapan dengan ujian dan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh pada kehendak Allah kerana dapat merasakan segala-gala yang berlaku adalah dengan kemahuan dan keizinan Allah jua, malah mereka masih bersangka baik dan memuji Allah kerana bijak dan adil Nya mengatur segala kejadian itu. Kalau berupa nikmat, maka mereka bersyukur bersama air mata kesyukuran. Kalau berupa kesusahan, maka mereka bersedia untuk sabar dan redha bersama dengan air mata keinsafan bahawa segala-galanya itu datang dari Allah.

Untuk tujuan inilah puasa diperintahkan. Allah tentukan bahawa hidup ini adalah pergiliran nikmat dan ujian, berlaku sunah Allah dalam kehidupan dengan silih bergantinya antara senang dan susah. Kadang kala terasa lebih beruntung kalau ditimpakan ujian dan kesusahan, berbanding dengan dilimpahi nikmat dan kesenangan. Ini kerana manusia sering teringat untuk kembali kepada Allah ketika susah. Namun lazimnya, manusia lebih mudah lupa daratan apabila dalam nikmat dan kesenangan.

Kebahagiaan itu sebenarnya ialah pada mereka yang boleh bersyukur dan bersabar. Bersyukur atas nikmat dan bersabar atas ujian. Bersyukur atas kesenangan dan bersabar atas kesusahan. Maka itulah antara rahsia Allah datangkan perintah puasa. Iaitu untuk mendidik manusia ke arah syukur dan sabar.

Apabila kita berpuasa, diri kita diajak bersabar terhadap keinginan (khususnya makan) kerana Allah, bukan kerana lain. Ertinya, selama sebulan kita di latih membiasakan sabar, menahan diri untuk patuh menanggung kesusahan yang sengaja Allah rasakan semata-mata kerana Allah.

Jiwa yang terlatih dengan puasa itu apabila dihadapkan dengan suatu kejadian yang malang, hampa atau susah akan dapat tunduk dan sabar dengan Allah, dan kerana Allah. Dalam berikhtiar untuk mengelakkan kejadian malang itu, hatinya tidak panas, marah atau memberontak mengatakan tidak patut. Sebaliknya jiwa merasa rindu dengan Allah kerana terasa betapa lemah dirinya untuk menolak kehendak dan kekuatan Allah dalam apa jua takdir Nya yang datang menimpa. Ini adalah tanda dan kemuncak dari jiwa yang tenang.

Namun apabila orang berpuasa tetapi tidak membuatkan jiwanya mahu sabar berhadapan dengan keinginan yang tidak tercapai, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Jikalau puasa tidak membuahkan akhlaq yang luhur dengan Allah dan sesama manusia, maka jadilah puasanya itu sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Banyak sekali orang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehi dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga." [HR Nasa’ei dan Ibnu Majah]

Edited by: Khazinatul Insyirah

Mutiara kata:
Kebahagiaan sebenar itu bukan milik setiap insan tetapi ia adalah milik insan yang beriman, taat, berbuat baik dalam kehidupan yang sementara untuk dikecapi dalam kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

24 August 2008

Maaf Bila Hatiku Berbicara

Maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki buat semua sahabat, muallimi dan ahli bait. Ramadhan kian hampir. Sayunya hati hanya Allah saja yang tahu. Ujian yang datang silih berganti hingga hampir semua orang mengatakan perkara yang sama. Ana sedikit pun tak salahkan antunna untuk menilai diri ana yang serba dhaif.

"Enti dah banyak berubah."

Ana tidak berhajat untuk menyangkal kenyataan ini. Benar, ana banyak berubah. Dari ahli bait, sahabat hingga ke muallim semuanya cakap perkara yang sama. Ana tak seperti ana yang dulu. Ana yang sekarang lebih banyak berdiam dan hanya tersenyum tanpa sepatah bicara. Ana lebih banyak melihat dan mendengar tanpa memberikan respon, semakin berubah watak dan identiti.

Di asak ujian dari pelbagai sudut tanpa teman yang di harapkan untuk memberi bantuan pada hati yang rawan membuatkan ana semakin memencilkan diri. Bukan tidak mahu berbicara, cukuplah hanya hati yang menderita. Ana tidak kesepian seperti yang di jangka, ana masih punya Allah yang Maha Mendengar, ana masih punya air mata untuk di alirkan. Alhamdulillah.

Tipulah kalau ana cakap ana tidak perlukan sahabat. Barangkali ana demotivate dalam pencarian panjang, sahabat datang dan pergi bagai angin yang menyapa dan akhirnya hilang entah ke mana. Yang menanggung rindu dan siksa hanya hati ana, jadi biarlah ana yang memujuk hati sendiri. Tak mengapa andai ana tiada dalam hati kalian, cukuplah di hati ana masih ada kalian yang tinggal walaupun sebagai kenangan.

Ana semakin berubah watak sejak beberapa minggu lalu. Ana semakin mendiam, diam dan diam. Tidak lagi ceria seperti dulu. Tidak lagi mengharapkan sesiapa untuk membantu merawat hati yang merintih. Kalau dulu, ana sentiasa memujuk hati akan ada juga seseorang yang dapat memberi suntikan seperti yang pernah ana rasakan suatu ketika dulu. Tapi hari ini, ana ikut saja arus yang membawa.

Sedikit pun ana tak menyalahkan sesiapa pun, perjuangan dan kembara kalian jauh lebih mencabar. Ana pesan pada ukhti, pesanan yang khusus untuk dia selagi jasad masih bernyawa.
"Awak kalau nak cerita apa-apa pun, saya tak kisah. Jangan sesekali awak rasa tak ada siapa di sisi awak, insyaAllah saya berusaha untuk bersama awak. Saya yakin, awak percaya Allah mendengar bicara awak, tapi saya nak awak juga yakin saya ada untuk awak berkongsi apa saja."

Mungkin dengan cara ini, hati ana terpujuk. Ana takut andai dia terus-terusan patah semangat untuk memulakan langkah yang baru. Ana sangat faham dan sangat memahami apa yang dialaminya kerana semuanya sudah ana lalui dalam keadaan yang sangat sukar. Tiada bicara yang selayaknya untuk menggambarkan betapa ana juga jatuh tersungkur kala mendengar perkhabaran tersebut. Allah juga yang memberi kekuatan dengan belas ihsan Nya, dengan rahmat juga sifat ar-Rahim Nya.

Kala tercari-cari dahan untuk berpaut, akhirnya ana menemui seseorang yang sering menggetarkan saraf ana dengan ayat-ayat cinta Allah, betapa dia memandang sesuatu dengan pandangan yang positif.

Saat kesepian dan keseorangan di lautan ujian, ana kembali mengintai ayat-ayat yang di susun seindah pekerti penulisnya. Mengalir air mata bukan kerana sedih dengan bicaranya, sebaliknya ia kembali mengingatkan kenangan lalu. Jauh di sudut hati, ana meluahkan segalanya... Sampai masa ku pergi jua!

Merindui bagai si pungguk merindukan bulan. Ana meneruskan hari seperti tiada apa yang berlaku walau jauh di sudut hati seakan membarah perasaan rindu pada sahabat-sahabat. Rindu pada tarbiyyah, usikan dan senyuman kalian. Ana tidak lagi mengharap ada yang memahami gelora yang melanda. Tiada siapa yang lebih bijak memujuk hati melainkan kita sendiri yang memujuknya dengan ayat-ayat cinta Ilahi.

Dari pengalaman lalu menjadikan ana takut untuk membiarkan sahabat yang rawan duduk bersendirian. Biarlah ana berusaha menyusun ayat untuk memujuk hatinya kerana ia adalah peluang keemasan untuk ana memujuk hati sendiri. Hati yang dibiarkan terlalu lama dalam keadaan luka membuatkan ana hilang ayat untuk mengharap, cukuplah masa yang berlalu. Biarlah ana bukakan peluang untuk ana sendiri yang merawatnya. Mudah-mudahan Allah membelai hati ini dengan ayat-ayat Nya.

Terima kasih pada sahabat yang sejak akhir-akhir ini sering merelakan dirinya menjadi mangsa ana melempiaskan bicara, moga Allah memberkatimu. Terima kasih juga pada sahabat yang menerbangkan hadiah dari Perlembahan Sungai Nil dan mendoakan diriku, moga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan.

Terima kasih yang tak terhingga pada sahabat-sahabat yang meninggalkan diriku terkapai-kapai sendirian di lautan ini, ia mengajar ana untuk bergantung terus pada Allah Yang Maha Kuasa. Terima kasih pada semua yang sentiasa mengkritik tanpa memikirkan perasaan ana, ianya menjadikan ana kebal dan lali dengan keadaan ini.

Terima kasih ya Allah kerana sentiasa merencanakan hanya yang TERBAIK pada hamba-hamba Mu yang lalai dengan nikmat yang Kau berikan. Jangan pesongkan hati-hati kami setelah Kau beri hidayah.

Allah yang memberi ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya (",)

Maaf bila hatiku berbicara, tiada lagi yang mampu menghalangnya.
Mudah-mudahan kalian sentiasa dilimpahi rahmat Allah.
Maafkan diriku kerana gagal menjadi sahabat yang baik.
Maafkan hamba yang dhaif.

Wahai Yang Maha Pengasih bantulah hamba Mu ini yang kian terumbang ambing di dalam arus duniawi, ku berdoa kepada Mu memohon limpah rahmat Mu, mentari hidup ku kan bersinar kembali...

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

21 August 2008

SMS/EMAIL Berantai

Hari Isnin yang lalu, ana dapat sms dari seorang sahabat:

........ sila forward kan kepada 7 orang kalau tidak dalam masa 30 hari anda akan ditimpa musibah
Hati sememangnya panas, geram jugak kalau dapat sms berantai mcm ni. Ana langsung tak kisah kalau antum/antunna nak fwd apa saja mesej pada ana, ada yang hantar doa dan tazkirah dan sebagainya. Cuma ana nak tegur sikit (kalau salah tolong betulkan) pada yang banyak kredit hp, nak fwd benda-benda gini tak per lebih2 lagi tazkirah dan kebanyakannya memang ada "isi" pun. Cuma TOLONG la jangan mendoakan si pembaca mesej/email kalian tu DITIMPA MUSIBAH kalau dia tak fwd mesej tu. Just fwd isinya, delete jer la "doa" tuh.

Ana sekadar berkongsi pengalaman sendiri. Isnin lalu, ana dapat sms tersebut, ana terus mendeletenye. iNi BUKAN kali pertama ana dapat sms sedemikian. Keesokan harinya, ana berjalan dan terlupa bawa ubat. (Kecuaian sendiri). Maka, ehem... ana terjatuh... huhu. Maka, makin kiok le badan yang kiokkk nih. Allah saja yang tahu. Ianya mau'izzah pada diri sendiri yang lalai. Hmmm...

Ana termenung dan berfikir malam tadi... Setelah mata gagal di lelapkan. Dalam kegelapan malam, ana berfikir. Lantas ingatan terlayar pada sms sahabat yang di delete tanpa fwd pada sesiapa. Hmmmm... Yang ana nak kongsikan di sini. Jangan sampai perkara sebegini jadi kepercayaan bahawa kalau tak fwd AKAN ditimpa musibah. Hakikatnya, kecuaian diri ana sendiri yang terlupa bawa ubat. Bukan apa, ana rasa ia dah jadi satu fenomena sebab TERLALU ramai yang fwd benda-benda begini.

Haritu, ana sembang dengan sorang akhawat yang bercerita dia dapat email berantai begini jugak lebih kurang 'kes'nye, seminggu kemudian dia excident. Yang ana nak tegaskan di sini... TOLONG LA JANGAN MENDOAKAN PENERIMA/PEMBACA (email/sms) MENDAPAT MUSIBAH. Kalau mahu berkongsi apa saja info, silakan. TOLONG delete "doa" musibah kalian tu. Harap ustaz/ustazah tolong leeeee sesangat nasihatkan pada insan-insan di sekeliling anda. Ini hanya pendapat peribadi ana yang sangat terkilan "DIDOAKAN" mendapat musibah dari sahabat sendiri. Allahuakbar!!!!!

Kalau salah, mohon dibetulkan fikrah ana yang jauh dhaif lg jahil. Jazakumullah.

Read more...

19 August 2008

Catatan Perjalanan

TahNiaH buat akhi yang selamat konvo pada hari Khamis lalu (14 Ogos). Walaupun keadaan yang tidak berapa sihat, ana gagahi juga untuk meramai dan meraikan hari bersejarah buat akhi. Maaf tidak bersama semasa majlis berlangsung. Ana mencari ruang untuk mencari apa yang ana hajati, membeli belah di kedai buku. Hampir 2 jam duduk di kedai buku Boarders, semua buku ana belek. Dari psikologi, sastera dan buku keagamaan. Terpandang buku Men From Mars, Woman From Venus tapi ana hanya memandang saja. Mata dan hati lebih tertarik pada buku Psikologi. Dengan bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris tak terlalu sukar berbanding Bahasa Arab. Hehehe.

Beralih ke sudut seterusnya, subhanallah banyak sekali buku yang dalam genggaman ana. Adik-adik masih leka membaca buku masing-masing. Tak terlalu sukar, Aiman turut bersama walaupun pada mulanya dia menarik muka semasam-masamnya. Dia bukanlah jenis yang suka duduk berlama-lama untuk membaca berbanding 3 perempuan ini. Lama-kelamaan dia juga ralit dengan bahan bacaannya, alhamdulillah. Semakin mudah untuk ana mencari buku yang terbaik, santapan akal dan rohani. Banyak yang di pegang, ana berfikir panjang! Adik-adik juga sibuk memilih tapi ana lupa nak ambil duit. ATM ntah di mana. Cash tak banyak.

Menyesal pula tolak tawaran umi memberi duit beberapa keping. Aduh, kalau tadi terima saja tanpa banyak songeh kan mudah. Banyak sangat buku yang mampu mengenyangkan hari-hari ana. Tak mengapa, untuk menjaga hati adik-adik hanya 2 buku terbaik yang ana ambil. 2 jam berlalu, kembali bersiar-siar melihat gelagat pelancong asing. Hakikatnya, kaki ni tak mampu lagi nak melangkah tapi adik-adik sudah bising kebas kaki duduk bersila atas lantai.

Macam-macam soalan pelik si adik, susah pula ana nak menjawab dengan keadaan yang menjerit-jerit minta di rehatkan. Kenapa orang Arab tu tak pakai tudung? Kenapa orang Arab tu tak pakai purdah? Kenapa orang Arab tu pakai seksi? Kenapa orang Arab tu pakai seluar pendek? Aduh... Mahu jawab apa? Bukan hanya badan yang sakit tapi otak juga sudah penat. Ana diam, memikirkan jawapan yang terbaik. Adik merentap tangan ana, kusss gugur jantung di buatnya.

Ana sengaja mengundang reaksinya, "lu pikir la sendiri". Dalam nada sengal sambil menjeling nakal, adik mula berang. Mendengus kuat. "Adik nak duduk! Penat!" Ana senyum. Marah benar nampaknya bila soalan-soalannya dibantutkan begini. Kebetulan sungguh, ada demo summer’s hair style. 12 pereka rambut. Kelibat pelancong Arab yang ramai mengerumuni. Ana hanya memerhati, hampir tercabut mata melihat beberapa gadis Arab (wajahnya masih kelihatan belasan tahun) membuka tudung di hadapan khalayak dan menghulur kepala. Astahgfirullah hal azhim. Ana menelan air liur, perit sungguh rasanya. Paling mengerikan bila melihat yang berpurdah juga membuka tudung. Ana garu kepala yang tak gatal.

"Mengapa muka di tutup, akhirnya membuka dengan sangat mudah di hadapan semua orang sehingga menampakkan rambut ikal yang menawan? Adakah purdah pada orang Arab hanya satu budaya... Di pertahankan di negaranya, dan sewenang-wenangnya di buang bila di tempat orang?" dan seorang sahabat mengetuk minda ana yang menerewang "itu pakaian mereka, hanya budaya bukan syariat bagi mereka." Ana pula mengeluh panjang... Di mana indahnya Islam andai ummatnya yang memperlekehkan keindahannya?

Keesokannya pula, Jumaat penuh barakah. Ana minta keizinan abi nak ke KLCC menaiki train. Lebih mudah dibandingkan kalau abi yang hantar, duit minyak dan tol lagi. Adik-adik nak ke petrosains, walaupun badan mula terasa berkeriuk tapi masih mampu untuk berlagak nak merayau. Abi menolak cadangan ana, dan akhirnya kami sekeluarga window shopping sekali lagi. Lepas lunch, abi dan akhun ke masjid. Solat Jumaat. Umi pula bawa ana buat kali pertama menjejak kaki ke Pusat Kecantikan. Waduh, berat sungguh kaki ni melangkah.

"Umi, tak payah la buang duit. Nak buat apa datang sini?"

Umi diam, hanya tarik tangan ana. Beberapa rawatan yang umi pilih untuk umi dan satu rawatan untuk ana buat pertama kalinya. Rupanya, abi dan umi ada perancangannya untuk ana. Patutlah rancangan nak ke KLCC di batalkan. Habis sesi rawatan, ana diam. Abi senyum je, senyum ada makna! Mungkin kebelakangan ni muka ana pucat, jadi ini salah satu inisiatif abi. Syukran umi wa abi! Seterusnya ke kedai buku, ana senyum panjang. 5 buah buku yang tanpa mengambil banyak masa, semuanya sudah dipilih sejak beberapa hari lalu. Thanks umi!

Singgah seketika pada rawatan seterusnya. Ana diam, tak mahu bersuara apa-apa. Serahkan sepenuhnya pada umi dan abi untuk membuat keputusan, ana hanya ikut saja pilihan mereka. Sudah pasti ianya yang terbaik untuk ana kerana kasih sayang ibu bapa tidak ada syarat untuk anak-anak. Mencuci darah atau makan ubat untuk mencuci darah? Sudah pasti sesi mencuci darah lebih menyakitkan berbanding makan ubat untuk mencuci darah! Ok, keputusan di capai. Hanya menelan beberapa kapsul ubat tanpa menghadapi kesakitan.

Makan ubat juga ada kesannya pada ana, tindak balas bio-kimia yang berperang dalam badan. Ana mual yang teramat sangat, tapi tekad ana mahu juga habiskan buku Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal. Perut seakan di landa tsunami yang hebat, aduh... Kuatkan semangat juga, biar berguling sekalipun akan tetap diusahakan untuk menghabiskan pembacaan. Sesekali, ana berlari ke tandas. Mual dan tersangat menduga fokus ana. Tapi tak ada apa yang keluar, setiap 10 minit ana minum seteguk air zam-zam. Mudah-mudahan mengurangkan gelombang pada perut yang semakin menyiksa di tambah pula sakit belakang yang mendera, mungkin impak mendukung Arissa.

Alhamdulillah, jam 1 pagi selesai juga pembacaan. Ana menarik nafas lega, berat sekali pembacaan santai ni. Mulanya ana membaca kerana ia adalah assignment dari ukhti, akhirnya ana faham tujuan ukhti memaksa ana membaca. Jazakillah ustazah salwa! Cuba untuk mendengar bunyi-bunyian cengkerik. Subhanallah, beberapa saat menghayati desiran angin pagi, bersembur sesuatu dari mulut. Allahuakbar. Berperang untuk membaca, ana menahan semput dan tsunami yang melanda perut. Yeyeye, finally I’m vomit. Terasa beban terlepas, ana boleh tidur dengan nyenyak walaupun hanya duduk. Alhamdulillah. Selagi belum vomit, selagi tu la takut tersembur atas buku. Allah juga Maha Mengetahui.

Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan kasih sayang Mu buat kedua ibu bapaku, juga kasih sayang pada hati-hati kami untuk saling sayang-menyayangi. Jangan pisahkan hati-hati kami untuk sentiasa merindui Mu, jangan pesongkan hati kami setelah Kau beri hidayah. Hanya Engkau sajalah tempat kami meminta dan pergantungan harapan!

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

Pemburu Cinta Ilahi

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.” Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

# kisah silam menjadi panduan kita agar tidak lari dari landasan dan batasan agama. Insya Allah.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

Ketukan Hati

Sumber: BicaraMuslim

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

13 August 2008

Ujian Adalah Tarbiyyah Allah



Beberapa hari lalu, ana masih memujuk seorang sahabat yang sangat-sangat down selepas medical check up. Ana ingatkan kembali ayat-ayat ana padanya. Subhanallah, terasa half of my soul dah terbang ke mana je nih. Ya Allah, berikan hamba kekuatan sebagaimana Engkau kuatkan hati para kekasih Mu.

"Awak jangan menangis kerana di uji, menangis lah kerana dipilih Allah untuk di uji. Ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Sekiranya awak rasa dengan kekurangan awak adalah kekurangan, awak silap. Hatta orang buta pun merasakan dirinya kurang sesuatu, tak seperti orang lain. Tapi hakikatnya, dia istimewa kerana tak pernah melihat maksiat. Hebat kan Allah? Setiap yang Dia aturkan ada hikmahnya. Tak ada sesuatu pun diciptakan dengan sia-sia."

Ana masih memujuknya dan sedaya upaya untuk memujuknya.

"Tapi Syira, awak tak faham. Awak tak rasa apa yang saya rasa."

Maafkan ana sahabat kerana tersenyum membaca mesej anti. Hakikatnya, ana rasa apa yang anti rasa. Ana juga lalui apa yang anti lalui.

"Awak... Awak pernah baca tentang Syeikh Ahmad Yasin? Beliau lumpuh dan hanya berkerusi roda. Beliau tak ’sempurna’ seperti tentera yang lain. Tapi itu bukan penghalang beliau untuk memburu SYAHID. Malah, kata-katanya mampu menggegarkan hati-hati orang yang berjuang. Sepatutnya, kita lebih bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah beri warning pada kita. Tak seperti orang lain yang mati tanpa ada amaran, heart attack sewaktu sedang menikmati dunia. Sekurang-kurangnya Allah beri ruang waktu untuk kita siapkan diri sebelum maut menjemput. Walaupun kita tidak lah mampu untuk beribadah seperti abid namun taubat nasuha itu kan melebihi segalanya. Sebesar mana pun dosa kita selagi belum melakukan syirik, pintu taubat sentiasa dibuka. Allah Maha Pengampun."

Sebenarnya ana sendiri bingung. Ayat apakah yang paling baik untuk memujuk hatinya yang rawan. Untuk memberi contoh, biarlah contoh yang paling dekat dengan situasinya. Mungkin kisah Syeikh Ahmad Yasin dapat di jadikan pengajaran buat kami.

"Awak... Tau tak apa yang saya fikirkan untuk menikmati sisa hidup yang Allah pinjamkan?"

Sengaja ana menekankan perkataan ‘sisa hidup yang Allah pinjamkan’ kerana kita semua hanya pinjaman dari Allah. Hatta nyawa kita sendiri juga adalah milik Allah. Bersedialah untuk memulangkan pada Allah. Ujian adalah tarbiyyah dari Allah.

"Awak... Memang kita bukan seperti Syeikh Ahmad Yasin, apatah lagi kita hanya manusia yang dipenuhi lumpur dosa, hati berkarat mazmumah. Sering kita kufur dalam tak sedar dan adakala tidak mahu sedar akan perkara ini. Mulai hari ini, kita mesti berazam! Memang kita tidak sekuat Syeikh Ahmad Yasin tapi awak sedar tak sebenarnya Allah sedang mentarbiyyah kita agar menjadi seperti Syeikh Ahmad Yasin! Allahuakbar! Hebatkan Allah..."

Kali ini, ana yang jatuh bukan saja terduduk malah tersungkur. Ana HILANG sahabat-sahabat yang sangat sukar di cari ganti. Ana HILANG teman untuk menyuburkan wangian IMAN kala ana jatuh tersungkur. Ana HILANG tempat untuk meluahkan bicara saat hilang keyakinan... Benarlah... Hidup hanya untuk di lalui, bukan untuk di ramaikan. Saat ini, ana terlalu yakin, sebenarnya bukan ana memujuk sahabat tapi ana memujuk hati sendiri...

Ya Allah, kuatkan hati hamba Mu dalam menghadapi perpisahan ini.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

10 August 2008

Ujian Penghapus Dosa



"Ubat ialah sejenis makhluk asing perosak organ manusia...!"

Astaghfirullah hal azhim. Istighfar panjang ana terima sms dari seorang sahabat. Ana faham benar perasaan dan suara hati kecilnya. Walaupun tidak di zahirkan dengan kata-kata namun ana faham apa yang tersirat.

"Awak marahkan Tuhan? Awak salahkan Tuhan?"

Mungkin cara ini akan buatkan kami lebih memahami situasi yang sedang bergolak. Allah jualah yang memberi kekuatan juga ketabahan buat sekeping qalbu yang mudah dilambung ombak perasaan bila tidak di lentur dengan keimanan yang padu. Sabarlah sahabatku...

"Saya tak salahkan Tuhan, saya salahkan ubat. Saya tak nak mati lagi..."

Berat nampaknya situasi yang melanda. Sedaya upaya dikembalikan semangat yang hilang. Ana yakin sekali, semangatnya jatuh menjunam selepas medical check up tempoh hari.

"Setiap yang hidup pasti mati, sesaat pun tak lewat atau cepat. We must always be positive. Things comes and go, it same like our life. We have mission to complete, we are khalifah. We are nothing without Allah. You can’t be like this. You must built it again. When you feel frail, look into your deep heart, Allah is always be there for you."

Ana tau sejarah sakitnya, kami berkenalan di hospital. Komplikasi pada paru-paru, ada kala terdengar bunyi burlp... burlp... dan bersembur darah dari mulutnya. Subhanallah. Once, its happen in front me! Bersembur darah atas lantai. Sekarang, buah pinggangnya pula yang mengalami kesan dari pengambilan ubat-ubatan.

Kadang-kadang, kita berkeluh kesah dengan sedikit ujian yang datang tanpa kita sedar masih ramai yang tak punya nikmat seperti kita. Mereka hidup dengan air mata bukan kerana kesedihan untuk bermuram durja, tapi mereka bergelut dengan kesakitan yang tak putus-putus. Mereka di asak dengan pelbagai ujian dari segenap sudut, emosi, fizikal dan juga IMAN. Iya, bila ujian yang datang tak putus-putus, mereka akan mempersoalkan kenapa mereka diuji sedemikian hebat. Apa dosa mereka. Apa salah mereka dan sebagainya. Kembali koreksi diri, apalah sangat ujian seharian yang sangat kecil dibanding dengan orang lain.

Bersyukurlah! Kita masih tersenyum walaupun dihimpit ujian, kita masih ada makanan sebelum lapar, kita masih boleh ketawa dengan rakan-rakan, kita masih boleh menghitung bintang di langit, kita masih boleh menadah tangan pada Tuhan Yang Maha Agung.

Tersenyumlah! Kerana ujian hanya angin kasmaran yang bertiup sayu agar larian juang ini kembali memecut laju hanya kerana Allah Yang Satu.

Wahai Tuhan aku redha
Dengan ujian ini padaku
Aku cuba untuk bersabar
Sepanjang ia berlaku padaku
Dan bantulah aku untuk meyakini
Dengan kebaikan yang Engkau janjikan
Jangan sia-siakan keyakinan ini
Itulah harapanku di dalam ketakutan ini
Perkenankanlah wahai Tuhan Yang Pemurah
Lagi Maha Penyayang!

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

05 August 2008

Perlu ke Menangis?

Dugaan... Dugaan... Dugaan...
Terasa kerdil sangat diri. Bila di uji sebegini baru mula memikirkan diri, diri yang sering leka dan dibuai nikmat dunia. Terasa nak menangis sangat-sangat sepanjang hari dari awal pagi tadi. Sakitnya badan, berkeriuk-keriuk sampai nak bangun pun memerlukan semangat dan keazaman yang sangat tinggi. Allahuakbar.

Sebelum melarat, gagahkan juga badan yang kesakitan. Jam 4 a.m bangun makan 2 keping roti sekadar mengalas perut dan makan ubat. Bukan tak nak makan ubat tapi bila dah makan ubat, mula la rasa lemau dan sengal yang teramat. Tu belum kira lagi sesi memuntahkan segala isi perut sampai keluar air je... Subhanallah, kerdilnya diri.

Makan juga ubat dalam keadaan yang gigil, selalunya tengok je ubat. Ubat? Sekadar pain killer yang tidak menyembuhkan. Tapi, kali ni tak ada pilihan selain makan ubat sebelum makin melarat. Huk huk, tak nak masuk wad lagi tahun ni. Menderita zahir dan batin. Allah je la yang tau betapa trauma nye duduk dalam wad. Tu belum lagi di pasang segala jenis wayar, rimas sangat-sangat. Tension... Ish, kalau diluahkan semuanya boleh buat karangan pula. Hospital is my last choice... Huhu.

Pagi ni, bangun buat breakfast dulu tu pun dhaif sesangat. Nak luruskan kaki pun memakan masa, Allahuakbar. Sebelum makin melarat, masak dulu untuk lunch siap-siap. Sambil memasak pun sempat lagi menangis. Allahuakbar, terasa macam nak duduk diam-diam je atas tilam. Pegang apa semua jatuh, dah tu... Masak sambil duduk. Kih kih kih... Mula sengal kat dapur sorang-sorang. Alhamdulillah, siap juga memasak. Dan sepanjang hari ni tak nak buat apa dah... Huwawawaaaaaa tak larat sangat!

Yang paling sedih, nak solat pun dah 'cacat'. :'(
Akhirnya ku bertanya pada diri sendiri "Perlu ke menangis atas ujian kecil ni?" Allahuakbar... Terasa sangat tindak balas ubat. Dah terasa sengal, mual... Yoooo... Pasni sesi melangut je la atas sinki... uwek... uwek... huwawaa... bab uwek ni la yang makin melemahkan badan... Kussss... Kamon kamon... sikit je ujian ni kan. Sikit je kan? kan? kan?

Hish... merapu apa la awal-awal syaaban ni... ^_^

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

03 August 2008

Bio-Mekanik Solat



Tajuk : Bio-Mekanik Solat
Penulis : Dr Yusof Abbas
Harga : RM18
Penerbit : At-Tijarah

Jika dimaksudkan khusyuk solat itu tenangm kita memerlukan kaedah untuk menenangkan diri. Jika khusyuk itu dikatakan memberi tumpuan kepada pembacaan, kita pelajari teknik membaca dengan berkesan. Jika khusyuk itu dikatakan sedang berkomunikasi dengan Allah, maka kita pelajari ilmu berkomunikasi dengan berkesan.

Jika dikatakan khusyuk itu membayangkan kaabah dan membayangkan syurga-neraka, maka kita pelajari ilmu mengendalikan imiginasi dan ilmu otak manusia. Jika khusyuk dikatakan berdiri tegak dan sempurna toma'ninah, kita pelajari teknik betul mengikut kaedah biologi utk menggerakkan otot dan sendi-sendi badan.

Jika dikatakan khusyuk itu mengosongkan fikiran dari memikirkan hal-hal dunia, kita pelajari ilmu penumpuan fikiran. Jika khusyuk itu mendengar teliti bacaan sendiri dan bacaan imam serta bacaan hati, kita pelajari ilmu kehebatan deria pendengaran dan hati manusia. Jika mengetahui ayat2 yang dibaca akan membantu khusyuk, kita pelajari tafsirnya. jika mata ditumpukan ke tempat sujud akan lebih fokus, mari kita ketahui secara fisiologi hebatnya penglihatan kita!

Atau jika dikatakan kesempurnaan wuduk asas menyempurnakan solat, kita pelajarilah kehebatan air yang telah ahli saintis buktikan di makmal ataupun merasakan dengan menjaga pemakanan, kecergasan dan kesihatan akan membantu khusyuk, juga akan dibincangkan dalam buku ini.

Komen saya:

Subhanallah! Allahuakbar! Kebanyakan di pasaran adalah buku-buku 'kaedah khusyuk' yang di tulis oleh ulama' dan juga golongan sufi. Tapi, kelebihan buku ini adalah dengan menafsirkan bahawa SOLAT adalah FITRAH BIOLOGI manusia dari takbir hingga ke salam. Subhanallah, ayatnya sangat mudah lagi di mudahkan. hanya beberapa istilah biologi yang mudah dan tak terlalu berat.

Selepas mencuba kaedah demi kaedah yang di berikan, terasa solat lebih 'sempurna' dari sebelum ini. Wallahua'lam.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

Sekuntum Mawar


Sekuntum mawar itu,
Meliuk lemah bukannya lembut,
Angin memainkan kelopaknya taqwa,
Berguguran layu imannya luruh,

Bertanya sang angin,
Mengapa kau wardah?
Kulihat kuntummu hilang serinya,
Warnamu tak seceria dulu,
Gerakmu bagai tak berhaluan,

Wardah terus dipukul bayu,
Soalan sang angin berlalu begitu sahaja,
Tiba lagi gerangan sang angin,
Yang tak henti bertiup,
Khabarkan padaku wardah,
Kengapa kau wahai penyeri alam?
Khabarkan agar aku bisa mendengarnya,
Jangan kau turut sama,
Menyuramkan seri hidupku wardah!

Angin pergi lagi mengikut gerak sunnatullah,
Betapa makhluk itu tidak pernah derhaka,
Pada aturan yg Allah tetapkan,
Sedang aku...? wardah yang bersembunyi,
Di balik zahirnya yg dipuja,

Kononnnya akulah wardah yg harum itu.
Akulah wardah yg indah warna pekertinya,
Akulah wardah itu... yg cantik tingkahnya,
Akulah wardah itu,
Terpelihara dek syaukiyyah yg berbisanya iman,
Akulah... akulah... akulah kononnya,
Wardah penghias dan penyeri alam fana ini,

Angin, di mana kau?
Ingin kuluahkan semuanya,
Apa yg terbuku di hati ini,
Yg terlindung di balik kelopak mekar,
Yg dulunya subur dgn siraman air keimanan,

Aku masih di sini wardah...
Aku sentiasa di sisimu tanpa kau sedari,
Tidakkah kau rasakan hadirnya aku wardah?
Atau sengaja kau nafikan utk menurut kehendak nafsumu?

Ah…atas dasar apakah kata2mu ini wahai angin?
Terasa benar bisanya utkku...
Kau tahu dengan tajamnya katamu,
Boleh merobek kelopak hatiku yg makin layu ini?
Dengan katamu itu boleh terungkai,
Kelopak ini dari persadanya taqwa?
Sampai hatimu angin...
kau hadir tp bagaikan tiada,
Kau hilang dan menjelma dgn tuduhan sarat melulu...
Pedihnya tusukan syaukiyyahku,
Tak setanding bisanya katamu,
Tidak layak kau menjadi pelindungku!

Itu katamu wardahku sayang...!
Pernah kau fikirkan apa yg kau lafazkan?
Selari dgn niatmu?

Angin...
Pertama kali niatku diragui,
Aku tersentak dgn katamu,
Pandai kau menilai hati budiku
Sedang kau tak pernah menyelaminya.
Di mana letaknya keadilan yg diwar-warkan
Dia atas a-ardh yg fana ini...?

Maafkan aku wardah...
Bukan itu maksudku,
Tapi, mengapa begitu emosi kau wardah?
Mungkin terkena benar bicaraku,
Bakal menyentuh hati lembutmu wardah,
Ternyata ada lagi yg kau simpan,
Dari kelihatan oleh dunia nyata,
Perlu utk apa begitu wardah?
Aku ada utk kau nyatakan,
Itu pun selagi Allah masih membenarkan,
Gerakku di kelilingmu wahai wardahku,
Jgn kau tangisi bila tiba masanya aku tiada lagi,
Tiada lagi ruang utkmu terhadapku...

Wardah tertunduk…
kelopaknya makin layu,
Warnanya makin pudar,
Entah ke mana hilangnya sinar merah hatinya,
Membuatkan ramai makhluk terpikat,
Teringat wardah pada sapa sang angin dahulunya,
“Wardah, jangan kau tarik perhatian makhluk,
Tariklah hatinya wardah”
Wardah tersedu tanpa air mata,
Gugur titis jernih bukan dari tubir matanya,
Tp kelopaknya menyimpan embun yg berbaki.

Kau bersedih wardah?
Maafkan aku andai bicaraku melukaimu,
Bukan niatku utk membuat kau berduka,
Aku punya banyak misi lain yg perlu kulakukan,
Dan pastinya ini bukan perkara yg aku idamkan wardah,
Harapku, samada aku ada ataupun tidak,
Kau kekal ceria wardah,
Aku ingin kau sentiasa sarat dgn kasih sayangNya,
Jaminan yg aku amat menyayangimu,
Ini pasti sekali wardah.
Tak mungkin kasih yg kusemaikan padamu,
Mengatasi kasihNya,
Ini bukti cintaku wardah,
Cintaku pada makhlukNya semata2 krnNya jua,
Fahamilah butir kataku yg tidak indah susunannya...!

Wardah diam membisu...
Kata sang angin benar,
Biar berkuntum bencinya,
Biar bersemai kecewanya,
Biar tak terungkai isi hatinya...

Bercucuran air mata si wardah berduri,
Kerana rindu yg tak pernah padam,
Cinta kasih dan rindu padaMu,
Moga rinduku kan terubat,
Lantaran kasihMu yg murni,
Tangisan rinduku hanya utkMu,
Saat yg berlalu terus kutunggu,
Tangisanku mendayu2,
Mengharap kasih dr yg Satu,
Kutahu cintaku terbalas krn,
Dialah pemilik cinta sejati...

Indahnya bait katamu.
Tiba-tiba wardah teringatkan sahibahnya yg tersayang,
Biar tak berkait dgn apa yg dirasakannya,
Ahh..begitu pandai si wardah melindungi rasa hatinya,
Atas sebab apa… mungkin utk menutup aibnya sendiri,
Lakukanlah wardah,
Asal ada batas yg terus melingkungi taman hatimu,
Inilah kata sang bunga serikandi ummah itu,
Masih segar di ingatannya wardah,

Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yg bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita,
Hanya kerana kecantikan,
Senyuman, bicara manja yang menggoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya,
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita,
Andai belum sampai juga Rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yg dinantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya,
Bagi memimpin dirimu,
Krn pd wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yg benar2 layak pasti hadir,
Utk melengkapkan kekurangan pd dirimu.


Wardah membeku...
Yang pasti perjalanan kehidupannya akan terus terlakar,
Selagi esok kelopaknya belum kering sepenuhnya,
Subhanallah...


Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO