"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

28 June 2008

Sekuntum Mawar vs Daun Pisang

Fenomena Ayat-Ayat Cinta tulisan Habiburrahman el-Shirazy memberi impak yang dahsyat pada peminat novel. Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri, Hatiku Milikmu tulisan Fatimah Syarha juga tak kurang hebatnya. Cerita seorang gadis yang sangat memelihara maruah hingga membiarkan dirinya menjadi seindah mawar berduri, hanya dapat dilihat dan dirasakan keharuman juga kecantikan akhlaqnya tapi tidak didekati oleh lelaki. Terlalu banyak akhawat yang menggunakan nama pena Mawar Berduri, Khazinatul Asrar, Asiah Yusra dan sebagainya di laman maya. (Ana pun kena tempiasnya).

Iya, anjakan paradigma memang perlu dilakukan. Terlalu banyak novel di pasaran lebih kepada cinta dunia tanpa penghayatan rohani. Hanya cinta manusia yang asyik dengan dunianya saja, tiada sentuhan rohani mahupun sedikit ilmu melainkan hampir semuanya melalaikan. Entah kenapa haritu ana memerhatikan pokok pisang. Iya, pokok pisang yang tidak seindah dan seharum mawar tapi sebenarnya ada cerita di sebalik daun pisang. Ana sekadar nak berkongsi pandangan ana, kalau ada salah tegurlah. Insya Allah, akan di baiki untuk hari kemudian.

Indahnya mawar kerana warnanya, ditambah pula dengan harumannya subhanallah memang menjadi kegilaan pada sesetengah pencinta bunga. Tapi indahnya mawar, hikmahnya adalah duri-duri yang menghiasinya. Begitulah perumpamaan yang dilakukan; Seindah Mawar Berduri. Indahnya wanita solehah kerana akhlaq dan ilmunya memang diintai Sang Kumbang tapi bezanya dipagari dengan duri-duri yang menjadi hijab untuk tidak didekati kecuali dimiliki Sang Kumbang yang dipilih Allah untuk memiliki Si Mawar Berduri. MasyaAllah, indah perumpamaan ini. Hatta Allah sendiri selalu membuat perumpamaan dalam Al-Quran dan hanya difahami bagi mereka yang berakal (di suluh cahaya iman). Berakal saja tak cukup.

Tapi, ramai yang tidak lihat bahkan tidak nampak apatah lagi berfikir tentang keistimewaan daun pisang. Bila menyebut perkataan daun pisang, orang hanya berfikir akan daunnya untuk di buat bungkus lepat, nasi lemak dsb tapi tak nampak kelebihannya yang lain. Istimewanya daun pisang walaupun daunnya dah kering namun masih tak jatuh ke bumi selagi belum direntap! Subhanallah. Hebat kan setiap aturan Allah, setiap yang di cipta ada hikmahnya.

Kata akhi: Kenapa perlu menjadi seindah mawar berduri. Sedangkan mawar itu sifatnya lemah, cepat layu dan senang gugur kelopaknya. Kenapa tidak menjadi seperti teguhnya daun pisang, perlu direntap untuk menjatuhkannya ke bumi walaupun dah kering daunnya. Tapi, jangan pisang berbuah hanya dua kali tapi biarlah berkali-kali..!

~ Ana dah akhi ~ selalu bertekak, bertelagah dan membuat masing-masing bengong. Itulah istimewanya ana dan akhi, sentiasa bergaduh sebab yakin air yang dicincang takkan putus! keh keh keh. (selingan jer) Selalunya perkara yang membengongkan itu la yang membuatkan kami sama-sama berfikir, membuat anjakan paradigma dengan cara kami sendiri. Bukan tidak begini dengan orang lain, cuma ana lebih berani dengan akhi dengan pemikiran-pemikiran yang bagi ana satu anjakan paradigma. (macammana la orang tak cakap ana ni sengal... hukhuk) Tapi ana tak kisah, dilabel sengal atau syadid... Biarlah pandangan Allah yang di utamakan

Ana hanya pegang kata-kata akhi: ada 2 perkara yang akan kamu kenang sampai kamu mati, pertama ialah orang yang paling baik dengan kamu dan kedua ialah orang yang selalu buat jahat dengan kamu. Kalau orang yang hanya biasa-biasa, kamu pun lupa kat dia. Maklum la, perjalanan hidup ni kita jumpa macam-macam jenis manusia. Jadi, pilihlah cara macammana yang kamu nak orang ingat kamu!

Ana memilih untuk membuat anjakan paradigma walaupun selalu dilabel sengal. (terumatanya sesi sengal bersama ukhti yana) keh keh keh... Dan ana memilih untuk berusaha menjadi seindah mawar berduri juga dalam masa yang sama ibarat daun pisang yang degil sifatnya. Kedua-dua ciptaan Allah ni sememangnya hebat untuk dijadikan perumpamaan. Hikmahnya daun pisang tu, walau apa juga yang orang cakap pada kita, dengan kata-kata yang tidak disenangi atau sebagainya, maka tetaplah menjadi seteguh daun pisang. Tidak semudah kelopak mawar untuk gugur! Dan ana tidak perlu untuk putus asa dalam hidup, perlu mencontohi daun pisang yang tetap teguh dengan pendirian ana. Insya Allah.

Kita berjalan ke depan bukan mengundur ke belakang tapi jangan lupakan belakang bila memandang ke depan kerana kita maju setapak adalah dari tapak yang lalu. Dan hari ini pastilah memulakan dengan langkah yang baru, kerana langkah beribu batu bermula dari langkah yang pertama! So, anjakan paradigma perlu dilakukan. Jangan harapkan orang lain, mulakan dari diri sendiri. Teringat cerita Ustaz Saiful yang dipulaukan kerana caranya yang tegas, dan ana hanya mampu membalas: Ustaz benih yang baik tercampak ke laut boleh jadi pulau! Ana sendiri selalu kene BOM. Tak per, kalau mati pun jadi syahidah. Ngeh ngeh ngeh

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bukannya orang yang teguh (yang terpuji menurut syara') itu orang yang menang dalam berbalah, tetapi yang dinamakan orang teguh ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah." [Muttafaq 'alaih]

Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:
"Janganlah engkau menghinakan sesuatu pun dari amal kebaikan (sekalipun kecil), walaupun (engkau bertemu saudaramu) dengan menunjukkan wajah yang manis atau berseri-seri ketika bertemu." [Riwayat Muslim]

Janganlah marah orang yang kamu sedang serukan, sebaliknya gunakan perkataan yang baik-baik dan memaniskan wajah apabila bertemu dengan orang yang membenci kamu. Balaslah kejahatan itu dengan kebaikan, kerana kejahatan dibalas dengan kejahatan hanya membawa kepada kerosakan.

Nasihat dari Ustaz Hasan: Kita hanya suka awan yang putih dan cantik, kita tak suka pada awan hitam sedangkan hanya awan hitam yang menurunkan air hujan untuk menyuburkan tanaman dan sebagainya. Sama juga dengan hidup, kita hanya suka kawan dengan orang yang baik dengan kita, tak suka kawan dengan orang yang kurang baik (pada pandangan kita) sedangkan kawan yang tak baik (pada pandangan kita) yang selalu menyedarkan kita. [Ingatan buat diri yang alpa]

Maaf kalau anjakan paradigma kali ini kelihatan bengong. Mungkin kita semua dah terbiasa dengan sesuatu perkara, memang sukar mengubahnya. Memang sukar melentur peribadi solehah. La haulawala quwwala illah billah hil ‘aliyyil azhim. Wallahutaala ‘alam.

Mawar Berduri Berdaun Pisang
Khazinatul Insyirah

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

25 June 2008

Keagungan Al-Quran

[Kisah ini ditulis pada 19 SEPTEMBER 2007]

Assalamualaikum saudara se-agamaku. Apa khabar iman mu? Apa khabar amal mu? Apa khabar puasa mu? Semoga iman, amal dan puasa kita sihat pada pandangan Allah. Insya Allah. Selamat berpesta ibadah di bulan penuh barakah.

Sempena bulan Ramadhan ni, ana saja nak berkongsi sedikit pengalaman yang insya Allah akan sentiasa ana ingat. Tarbiyyah Allah suatu masa dulu yang sukar ana lupakan. Tazkirah untuk hati yang selalu leka dengan dunia. Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat cinta dunia. Moga puasa kita lebih baik dari tahun-tahun lalu. Ameen.

Ramadhan berlalu, siulan beburung menamani saat kegelapan malam menutupi bumi. Sehari demi sehari, Ramadhan semakin meninggalkan kita. Soalnya, adakah Ramadhan mampu mentarbiyyah iman & amal kita? Ibadah yang dilakukan, adakah semakin meningkat atau biasa-biasa atau sekadar hangat-hangat tahi ayam? Biarlah iman kita yang menjawabnya.

Ana nak sentuh soal Al-Quran dulu. Insya Allah, kalau ada kesempatan, ana berkongsi hal-hal yang lain. Semua sekian maklum bahawa Al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar di mana ibadah kita umpama malam 1000 bulan!

Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [Surah al-Dukhan : 2]

Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan. [Surah al-Qadr : 1]

Kemuliaan al-Quran itu sendiri, keistimewaan yang tak ada pada kitab yang lain. Hanya al-Quran yang akan dipelihara kesuciannya hingga ke hari kiamat oleh Allah s.w.t. dan dengan al-Quran juga, banyak penyakit yang berjaya disembuhkan [dengan izin Allah]. Terkadang, sukar untuk mentakrifkan kesempurnaan al-Quran itu sendiri, tiada ayat yang setanding dengan ayat al-Quran krn ia datang dari al-Khaliq.

Dan keberkatan Ramadhan ni, ramai yang mula berdamping dengan al-Quran setelah 11 bulan membiarkan ia sepi di almari. Semoga Ramadhan menjadi satu permulaan supaya kita terus istiqomah. Itu tanda kasihnya Allah pada kita, masih ditiup hidayah supaya membaca al-Quran. Maka, majulah setapak langkah lagi agar kita bukan sahaja membaca al-Quran tetapi menghayati maksud & beramal dengan ilmu. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang memberi manfaat kepada kita.

Ana selalu memerhati wajah sahabat-sahabat yang menjaga Quran, memang tidak sama seperti orang lain. Maksud menjaga Quran bagi ana ialah mereka membaca, menghafaz, menghayati dan mengamalkannya! Akhlaq mereka mampu mencairkan ego yang meninggi. Kata-kata mereka berlandaskan hidayah Allah, insya Allah. Sekali tengok, terasa wajah mereka ada nur... subhanallah...

Dan dengan al-Quran juga, Allah memberi satu pengalaman yang amat bermakna pada ana. Ianya berlaku pada tahun lepas, saat kepala terbeban dengan kerisauan, kebingungan dan kekalutan menghadapi peperiksaan. [baru peperiksaan dunia dah kacau bilau hati ni, belum lagi peperiksaan di depan Allah] dan alhamdulillah, ada al-Quran yang menjadi pendamai keresahan di jiwa. Saat sedang mengubati hati yang dilanda taufan kerisauan, datang seorang pesakit yang mengalami tekanan mental (kak A). Menjerit-jerit dan masuk dalam bilik ana..!

Ntah kenapa, ana tak cemas masa tu. Alhamdulillah, Allah memberi pertolongan & kekuatan pada ana. Beberapa nurse datang nak suntik ubat pelali dan Kak A pandang ana dengan mata yang susah ana nak ungkapkan. Ntah kenapa ana boleh tersenyum lagi pada Kak A, dan dia dengan penuh yakin terus duduk atas katil ana dan tenung ana. Ana buat macam tak tahu je, terus dengan membaca al-Quran.

Nurse tengok Kak A tak se-agresif tadi, nurse pun tinggalkan kami berdua dalam bilik tu. Sambil membaca al-Quran, ana pegang tangan kak A. Ana angguk dan boleh pula dia ikut ana membaca al-Quran! Allahuakbar! Bila ketenangan benar-benar dirasai [alhamdulillah] ana menyudahkan dengan surah al-Insyirah. Lepas tu ana sembang-sembang dengan kak A sampai dia benar2 tenang. Usai baca al-Quran, nampak dia agresif. Ana terus memujuk dan memujuk.

Macam-macam soalan yang diutarakan, tentang ketuhanan, kasih sayang Allah. Dan saat itu hanya ayat Allah tak sayang akak! Akak nak bunuh diri! Astaghfirullah hal azhim. Ana dah takut bila dia melompat nak ambil tuala ana dan tunjuk ke arah kipas yang tengah ligat berputar. Tapi ana senyum [senyum terpaksa] pada kak A, ana pegang tangan dia dan terus ‘melayan’ dia. Ana rasakan dia mad’u (orang yang diseru ke jalan Allah) cuma dalam cara yang berbeza.

Lama kami berbual dan dia janji pada ana, dia nak SOLAT. Allahuakbar, ana rasa nak menangis dah masa tu. Beberapa jam yang lalu, dia nak bunuh diri. Saat dan ketika ini, dia nak SOLAT. Dan ana memerhatikan dia solat zohor, sampai rakaat ke-2, kak A menjerit lagi. “Akak tak boleh sembahyang! Syaitan kacau akak!” Ana telan air liur. Dan percubaan kali keempat kak A dapat solat sehingga selesai 4 rakaat. alhamdulilah. Allah beri jalan untuk kembali pada Nya.

Bila Kak A tidur, nurse datang gerak suruh dia tidur kat katil dia. Datang seorang mak cik yang menemani anaknya, macam-macam yang dia cakap pada ana. Dari tak takut, ana jadi takut nak mendekati kak A. katanya, kak A mmg macam tu. Terus ana sms pada mentor ana, cikgu Shidee! Jeng jeng jeng... bekalan nasihat yang berguna ana gunakan sebagai penguat semangat nak mendekati kak A. dannnn... beberapa hari lepas tu kak A benar2 stabil dan keluar dari wad. Alhamdulillah.

Sepanjang berada di wad dengan Kak A, hampir setiap hari dia menziarahi ana. Saat ana ulangkaji, dia datang bersembang dengan umi. Ana habis study, dia ajak duduk bawah pokok kat depan wad. Hehe... Macam-macam yang diutarakan. Sesetengah soalan yang diutarakan, ana terpaksa KIV menjawabnya. Ana minta pendapat Ust Khairul pula. Nak menerangkan dengan cara berhikmah, ust lagi arif. Itu bidang ust, ana baru setahun jagung. Kurang pengalaman & ilmu.

Lepas ana keluar wad, ana jumpa kak A dan masya Allah ana terkedu tengok kak A pakai baju kurung & tudung tak spt ana jumpa pertama kali di hosp. Rupanya kalau MENTALnya sihat, itulah perwatakan kak A dan alhamdulillah, kak A tak macam dulu lagi. Dia masih ingat janji dia pada ana nak teruskan baca Quran hari-hari [kecuali pada masa-masa tertentu].

Dan dengan al-Quran juga, dia lebih ceria. Masa ana jumpa nurse pun, nurse cakap yang kak A dah tak macam dulu lagi. Jumpa pun, dia ceria sokmo. Kalau ana jumpa dia, selalu dia ulang “akak dah sihat, Dr bagi ubat lain. Terima kasih sebab adik tolong akak.” Kalau ada skali dengan abi, abi sengih je sebab dia panggil abi dengan panggilan ustaz. apa lagi yang mampu ana ungkapkan? Alhamdulillah wa syukrillah. Semoga kak A sihat & terus ceria dalam dakapan Allah. Uhibbu mahabbah lillahi taala abadan abada! Insya Allah.

So...
Sahabat-sahabat yang SIHAT secara teorinya dari segi mental & fizikal. Yakin lah, setiap musibah yang melanda, ada rahmat Allah yang titipkan untuk kita. Hikmahnya mengajar kita untuk mendekatkan diri pada Nya. Apa yang Dia tetapkan adalah untuk kebahagiaan kita, kalau bukan di dunia insya Allah di akhirat. Dunia hanyalah sementara dan akhirat kekal selamanya.

Seorang hamba yang diuji kesihatan MENTALnya juga dapat merasai manisnya membaca kalamullah, mampu merasai damainya tarbiyyah Allah. Kita yang secara teorinya sihat MENTAL ni apatah lagi... Apapun hidayah milik Allah. Tapi kena ingat, hidayah tak datang kalau kita tak mencarinya! Allah memberi pada yang meminta. Allahua’lam. Moga Ramadhan kali ni, kita menghiasinya dengan akhlaq dan ibadah yang mampu mengangkat martabat kita.

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan lidah dan juga anggota
Puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga
Lalu dimanakah puasa kita?
Adakah masih di tahap lama?

Dunia adalah ladang, kita akan kutip hasil tanaman kita di akhirat untuk mendapatkan pulangan dari Allah. Dan kita hanya akan kutip apa yang kita tanam bukan apa yang kita angankan.

Note: Dah pernah berdepan dengan beberapa pesakit mental... Itu yang membuatkan ana ambil keputusan untuk belajar Psikologi tapi Allah lebey tahu... wawawa... Rindunya nak study... huhu

Read more...

18 June 2008

Kisah Saidatina Fatimah Dengan Batu Pengisar

(Riwayat dari Abu Hurairah r.a.)

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. ke rumah anaknya (Fatimah az-Zahra), Rasulullah mendapati bahawa Fatimah sedang duduk dan mengisar padahal beliau sedang menangis. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, Dan apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah, Allah tidak memberi mata kepadamu untuk menangis (selain kepada Nya). Maka Fatimah menjawab, Hai bapaku, daripada kekuasaanmu maka engkau mintakan kepada Imam Abu Al-Hasan (Saidina Ali r.a.) untuk memberiku seorang hamba supaya dapat membantuku untuk mengisar gandum dan pekerjaan rumah.

Tatkala mendengar bicara Fatimah, Rasulullah s.a.w. mengambil batu pengisar, dengan lafaz basmalah maka ia berpusing dengan sendirinya dengan izin Allah. Maka Rasulullah meletakkan gandum dengan tangannya dan berpusinglah batu pengisar itu dengan sendirinya dan tasbih keatas Allah beberapa kali hingga selesai mengisar. Maka, Rasulullah s.a.w. bersabda: Berhentilah wahai batu pengisar dengan izin Allah. Maka ia berhenti dan berkata kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, demi Tuhan yang membangkitkan engkau dengan sebenar Nabi dan Rasul, jika engkau menyuruh aku untuk mengisar gandum Masyriq dan Maghrib, nescaya aku akan mengisar semuanya dan bahawasanya aku mendengar di dalam kitabullah:

...... Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari neraka yang bermula kayu apinya adalah manusia dan batu. [At-Tahrim : 6]

Maka aku takut ya Rasulullah jikalau aku adalah batu yang akan masuk ke dalam neraka. Maka Rasulullah bersabda: Sukakah kamu sekiranya engkau menjadi batu daripada mahligai Fatimah di dalam syurga? Maka batu pengisar itu pun suka dan diam.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepada puterinya, Jikalau Allah mahu wahai Fatimah, maka batu raha (pengisar) itu bergerak dengan sendiri tetapi Allah mahu engkau berbuat kebaikan dan ingin mengkifarahkan engkau dari kejahatan dan diangkat ia bagi engkau beberapa darjat. Hai Fatimah, wanita yang mengisar (menyediakan makan) bagi suami dan anaknya melainkan disuruh Allah baginya tiap-tiap biji gandum itu kebajikan dan dijauhkan daripadanya kejahatan dan diangkatkan baginya darjat. Hai Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar untuk suaminya melainkan dijadikan Allah jarak antaranya dengan neraka adalah 7 kota.

Rujukan: Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub tulisan Syeikh Ali B Abdul Rahman

** Bayangkan batu raha (pengisar) pun tunduk dan patuh akan perintah Rasulullah s.a.w. kerana takutkan azab neraka Allah, sedangkan manusia yang dikurniakan akal fikiran dan iman pun masih ramai yang tidak mahu menyahut seruan Rasulullah untuk mentaati Allah dalam kehidupan seharian. Bersama muhasabah untuk membina peribadi muslim yang cemerlang.

Wallahua’lam.

Read more...

04 June 2008

Pesan Abi


Anakku...
Seorang akhawat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya. Akhawat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya. Akhawat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu. Akhawat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Akhawat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.

Ketahuilah puteriku...
Akhawat sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya. Akhawat sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang dijalan tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda. Akhawat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh syukur.

Dan ingatlah...
Akhawat sejati bukan dilihat dari sifatnya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul.

Read more...

Sekadar Luahan Hati...


Ana leka membaca coretan ukht Yanna, luahan hatinya. Ana tersenyum, mengimbau kenangan lalu. Beberapa hari lalu, ana sedih dengan berita yang datang. Sekadar menghiburkan hati sendiri, ana tak nak menangis dengan apa yang berlaku. Ana yakin sekali percaturan Allah adalah yang terbaik. Biarlah tangisan yang lahir bukan kerana ujian yang datang tapi tangisan kerana dipilih Allah untuk diuji Nya.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi setiap hamba Nya. Hanya doa dan usaha, selebihnya tawakkal pada Allah untuk natijah yang terbaik atas kembara di dunia sementara. Kebahagiaan hakiki itu di negeri Abadi. Bukan di sini... Jadi, biarlah tangisan itu kerana bersyukur dipilih Allah untuk terus-terusan di uji. Ana tersenyum soalan demi soalan yang terlayar di minda sahabat-sahabat. Pertanyaan yang hadir hanya mengundang senyum. Sukar sekali untuk ana melakarkan lukisan hati ana disini.

Ana hanya ingin berkongsi sedikit dari apa yang berlaku. Tak perlu ana ceritakan secara mendalam, dan satu yang ana pinta usahlah bingkisan ini dijadikan asbab untuk kalian merisaukan ana. Hakikatnya, ana aman dalam jagaan Allah. Insya Allah. Ana terdiam dengan kata-kata ukhti, apa yang ana khabarkan hanya buat dia susah hati memikirkan ana. Ana ambil keputusan, cukup sekadar itu saja yang dia tahu. Tak perlu lagi untuk ana khabarkan perkara selanjutnya.


~ Maafkan ana andai hanya menjadi sahabat yang menyusahkan hati kalian ~


Air mata yang tak mampu ana tahan, terkadang terlalu banyak memendam perasaan sampai sakit berminggu-minggu. Bukan ana mengeluh atas apa yang berlaku, sedikit terguris perasaan dengan apa yang berlaku. Ana bukanlah jenis yang mudah menceritakan ‘kisah hidup’ ana yang tak seindah sahabat yang lain. Tapi, atas dasar kepercayaan ana ceritakan apa yang berlaku, dan akhirnya ana hanya menjadi orang yang menyusahkan hati ukhti.

Noktah! Cukup sekadar itu yang terakhir... Selepas peristiwa itu, ana hanya mampu mendiamkan diri dan kadang kala buat-buat ceria. Tak perlu dikhabarkan apa yang terbuku di hati, cukup lah Allah yang memujuk betapa lukanya hati ana. Sedangkan dulu, dia lah yang sangat mendesak untuk tahu apa ‘kisah hidup’ ana, dan sekarang... Allahuakbar, ukhuwwah yang dirasakan semakin pudar. Ana hanya mampu berdiam diri dari terus-terusan memendam perasaan. Asifi ukhti... tak mampu untuk ana berbicara buat seketika.
Ana kembali merenung mesej akhi Fadhil. Ntah kenapa sebak sangat rasa di hati.


“Ya Allah, Kau kuatkan lah hati kami sebagaimana Engkau memberi kekuatan kepada hamba-hamba yang Kau cintai.”


Hampir 3 tahun akhi Afnan tinggalkan ana berserta nasihat buat ana. Namun, jauh di sudut hati, kenangan itu terlalu unik untuk di lupakan. Terasa dia selalu bersama dengan nasihat-nasihatnya. Bait ayatnya berhikmah dan selalu menjaga ukhuwwah. Terkadang, bila ana pandang ustaz Khairul, ana terasa akhi Afnan turut bersama. Muka mereka ada persamaan, dan kadang kala tak tertahan juga untuk ana ucapkan ana rinduuuu kan nasihat akhi Afnan. Hanya Ustaz Khairul yang selalu memahami apa yang ana rasakan.

Bukan ana berniat mengecilkan hati sahabat yang lain, tapi itu lah yang ana rasakan. Mungkin ana dan akhi Afnan sama-sama menghadapi ujian sakit dari Allah. Dan kala itu, kami sama-sama saling memberi semangat dalam menghabiskan sisa-sisa hidup terakhir. Perkataan CINTA tidak pernah wujud, ana tidak mahu ukhuwwah indah ini disalah tafsir dengan perkataan CINTA. Apalah yang kami hajatkan andai dikhabarkan dengan berita kematian yang bakal berkunjung selain sedaya upaya untuk saling husnudzon dengan percaturan Allah..!

Mungkin 3 tahun yang lalu, ana hanya seorang yang sering bertemankan air mata. Bukan sedih dengan apa yang berlaku, cuma ana memikirkan kehidupan di alam selanjutnya. Adakah masih tersenyum seperti di dunia? Ana yakin dengan nasihat akhi Afnan, kekuatan itu datang dalam qiamullail. Bukanlah riak, tapi itulah yang dapat ana katakan. Kadang kala tidak mampu walau untuk menggerakkan jari, allahuakbar... Tapi dengan bantuan Allah yang Maha Penyayang, ana hanya mampu mengadu pada Allah, mohon di kuatkan hati yang lemah.

Apalah pengharapan selain mengadu pada Allah apabila doktor hanya memberi tempoh 3 bulan untuk melihat keindahan dunia. Apalah yang difikirkan selain ambang kematian saat berjuang di wad ICU. Doktor tidak mahu mengambil risiko untuk pembedahan! Apalah yang ana ada saat itu melainkan Allah. Saat itu, ana bertarung untuk hidup. Kematian itu pasti! Ana hanya mampu berdoa, semoga linangan air mata umi dapat ana kesatkan.

Tak mampu melihat umi terus-terusan begitu. Ya Allah, sebakkkk sangat-sangat. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut, ana kaku tak bersuara. Hanya mampu berinteraksi dengan mata! Ya Allah, sampai ke tahap itu. Seluruh badan tak mampu digerakkan, hanya kelopak mata dapat dikelipkan dan jantung masih berdegup! Doktor sendiri tak mampu mengambil risiko, surat izin untuk melumpuhkan seluruh badan atau terus komakan ana tidak ditanda tangani abi.


Jazakallah khair abi atas keputusan itu!

Ingin sekali ana merasakan nikmat sakit yang tidak semua hamba diberikan. Ingin ana meneruskan sisa-sisa hidup ini dengan menatap wajah umi. Hanya pandangan sayu yang mampu ana lemparkan, senyuman ana kaku. Air mata mengalir sendiri, bisikan dari umi memberi sinar kekuatan buat ana.


Jangan menangis sayang, umi ada kat sini. Zikir banyak-banyak... Ingat Allah.


Ana menangis bukan kerana sakit, tapi ana menangis tak mampu menahan rasa melihat umi begitu. Umi hanya tidur atas kerusi di luar wad ICU. Hanya mampu menjenguk ana sesekali. Tapi umi tak nak balik rumah. Setiap kali ke katil ana, umi pasti baca Yaasin. Ya Allah, sebaknya hati ana. Terasa ingin saja memnta agar cepat-cepat kembalikan ana ke daerah sana dari melihat umi menderita begini. Saat degupan jantung semakin lemah, semakin terasa sakitnya seluruh badan.

Ana hanya mampu istighfar yang entah di ulang berapa kali. Ya Allah, begini kah sakitnya mati? Ya Allah, seperti ini kah sakitnya menghadapi sakaratul maut? Dunia semakin gelap, hanya bisikan suara abi terdengar sayup-sayup di hujung telinga.

La ila ha illallah... La ila ha illallah...


Gelap... Ntah berapa lama ana pengsan, sedari pengsan kelibat umi masih di depan. Terus ciuman singgah di dahi. Ya Allah, apa yang berlaku pada ku? Ana cuba menggerakkan jari, gagal! Penuh berselirat wayar menjalar seluruh tubuh. Allahuakbar... Rimasnya! Ingin rasanya bangun dan cabut semuanya, dan terus berlari ke rumah. Hehehe, tapi semua itu hanya imiginasi. Menggerakkan jari pun tak mampu, ini kan pula nak berlari terus balik ke rumah? Sesudu demi sesudu air membasahi tekak, kata umi kalau harini masih juga tak makan. Ana kena makan melalui tiub. Allahuakbar.

Apa yang dilalui sudah cukup buat ana lemas. Nak sangat di cabut wayar yang memenuhi badan, nak pula diletakkan tiub pada hidung? Wah, rela ana makan walaupun penuh keperitan. Perit makan dengan sudu terlalu kecil dibandingkan makan dengan tiub, hohoho.

Apalah yang ingin diceritakan. Hanya kisah yang biasa, tak seindah apa yang dijalani teman-teman. Cuma ana sangat bersyukur kerana selalu diuji Allah, mungkin air mata menjadi teman tapi ia juga yang menjadi kekuatan ana.


Air mata rahmat dari Allah, sebagai teman kala suka dan duka..!


Itulah antara kata-kata akhi Afnan. Sebetulnya arwah akhi Afnan. 3 tahun lalu, ana mula menulis jurnal seperti yang dilakukan akhi Afnan. Sampai sekarang ana rajin menjenguk jurnal akhi Afnan walaupun keluarganya tak nak ianya di pamerkan, tapi ana mohon izin untuk selalu membacanya berulang-ulang. Jazakallah akhi..!

Hanya kisah lama... Coretan sekadar ingin mengimbau kenangan lalu, betapa sakitnya menghadapi ambang kematian. Bagaimanalah sakitnya menghadapi sakaratul maut. Tak terbanding dengan sakit yang ada di dunia. Moga umur yang pendek ini ada saham untuk akhirat. Semoga mati kita khusnul khatimah, amin ya Rabbal alamin...


Tanggal 30 Jun 2008 ini genaplah 3 tahun akhi Afnan pergi
Tapi masih selalu segar di hati ana dengan untaian nasihatnya:

Biarlah seluruh manusia merasakan kita sebagai bebanan, tapi pada pandangan Allah kita hanya makhluk lemah yang tak punya kuasa apa-apa melainkan berusaha menempuhi ujian ini sebaiknya, selebihnya hanya pada Allah disandarkan harapan.”

(Akhi Afnan)

Read more...

03 June 2008

7 Fakta Tentang Saya



Assalamualaikum whb...

Terperanjat bila ummu Amani (umi Tirana) suruh ana jawab TAG. Huhu. Mula-mula tu pelik jugak tag apa pula yang ana nak kena jawab ni, jenguk sebentar dalam blog umi Tirana. Faham la ana. Hehe, cumanya x berkesempatan nak menjawab tag tersebut. MAAF UMI... Kekangan masa. Hehehe... sebenarnya duk pikir nak jawab apa. So, tanya la pada sorang sahabat ni apa yang dia rasa tentang ana. Huhuhu, jawapannye buat ana segan nak jawab tag ni. Jadi, fikirkan semula apa yang sesuai, hehe.

1. Suka Baby – Suka sangat dengan baby bawah 2 tahun. Hehehe, anak siapa saja yang berusia bawah 2 tahun memang trauma nak jumpa dengan ana. Kalau dapat je dukung baby, memang peluk sekuat-kuatnya, cium pipi, silap-silap gigit-gigit pipi budak tu sampai merah. Hehehe, itu la sifat yang paling ketara. Memang gerammmm sangat kalau tengok baby!

2. Suka Membaca – Kalau dah start membaca satu buku yang minat (Ketika Cinta Bertasbih, Tautan Hati dsb) memang tak makan pun tak apa. Hehe, tak sedar... Stop solat je, lepas tu sambung la membaca. Novel Tautan Hati dihabiskan dalam masa 3 hari! Hehe, sahabiah yang lain berminggu, ada yang berbulan. Tapi sejak jadi surirumah ni, aktiviti membaca slow down sikit. Nak hadam buku ilmiah pula, insyaAllah.

3. Takut Kucing – Suka sangat tengok kucing, comel dan gebu. Nampak happy bila tengok kucing dengan keletahnya tapi entah la. Takut sangat kalau kucing mendekati, silap hari bulan boleh melompat (tengah khalayak) kalau kucing datang. Huhu, oleh itu kalau nak bagi hadiah tolonggggg jangan bagi kucing. Sejak dua menjak ni je baru mula berkawan dengan kucing 3 ekor yang selalu datang rumah. Hehehe...

4. Peramah – Haaaa... Ana ni kategori peramah juga. Tak caya tanya pada Ustazah Salwa yang selalu melayan cerita ana, ukhti Syifa’ yang selalu mendengar celoteh ana, ukhti Amiera yang selalu kena sakat dengan ana, ukhti Balqis yang selalu tension dengan ana, ukhti Hannan yang selalu geli hati dengan ayat spontan ana, ukhti Yanna yang selalu pening dengan ana. Wah, kiranya ana memang peramah tapi ana memilih orang juga le. Bukan semua orang yang ana leh jadi peramah. Kalau orang tak kenal selalu anggap ana pendiam, sombong dan sukar didekati, huhuhu.

5. Suka Menulis – Masa terluang banyak dihabiskan dengan menulis. Coretan jurnal di beberapa website, blog, friendster dan apa lagi yerk? Sejak jadi penulis sampingan ni lagi la banyak menghabiskan masa dengan menulis. Erm... Tak lama lagi makin tebal la spec ni.. Hohohoooo...!

6. Kelakar – Beberapa sahabat rapat cakap ana ni kelakar. Iye ke? Hehe, antum/antunna je la yang jawab betul atau salah. Kelakar sangat ke ana ni? Ana rasa biasa je, maybe nampak kelakar sebab suka sangat bergaduh/bertekak dan menyakat sahabat-sahabat. Hehehehe!

7. Suka Teddy Bear dan Bunga – I loveeee Teddy Bear. Teddy bear dan bunga memang tak dapat nak dipisahkan. Hehehe, suka sangat tengok bunga tapi tak rajin nak bercucuk tanam. Just suka tengok bunga-bungaan, subhanallah cantik ciptaan Allah. Kalau balik kampung or pegi rumah sedara mara, tidur malam tak lena sebab tak leh peluk teddy bear. Ngeh ngeh ngeh... Masuk wad pun angkut teddy bear juga, nurse gelak je. Hihi.

Nak wariskan pada sapa yerk. Hehehe, leh je wariskan tag ni tapi semuanya guna personal weblog yang tak nak ana pamerkan url sebab hanya orang tertentu jer yang diberi url. Hmmm, tak mengapa lah. Ana wariskan jer, nanti buat tauuuu!

1. Ukhti Yanna
2. Walid Muhaimin
3. Ustazah Salwa
4. Ustaz Khairul
5. Ukhti Hannan
6. Ukhti Balqish
7. Encik Firdaus

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO