"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

18 April 2008

Lambaian Kaabah

InsyaAllah 23 April yang akan datang, ana, abi, aiman, tok, mak long, mak ngah, mak teh, pak uda dan akram akan berangkat ke Tanah Suci. InsyaAllah kembara kali ini 12 hari 10 malam. Moga Allah mudahkan urusan perjalanan ini... Ya Allah, ku rindu rumah Mu.

Alhamdulillah, tadi selesai juga menghantar adiah besday Aisha, kak Tiqah, Yanna dan pada *****. Maaf atas kelewatan yang tak disengajakan. Hehehe... Ana baru jer mulakan hari 'sihat' dengan penuh keyakinan, keseronokan dan lambaian Kaabah yang menggamit, lupe abis semua sakit yang selama ni sibuk meraung. hehehe, memang haritu sakit sesangat. Tulang rusuk bengkak, kidney sakit, ya Allah hanya pada Mu ku merintih. Nak tahan sakit tulang rusuk, dah tulang belakang yang jadi mangsa. Mau idak, bongkok sokmo. Adik dan Fuzah cakap macam nenek kebayan! Waa... Takde ke gelaran yang sedap sket? Hehe.

Lepas pegi pej post, hehe. Hampir 30 minit stuck there disebabkan kene interview macam-macam. Ya Allah, ana menahan ketawa jer. Macam-macam soalan... Hehehe. Then, terus ke library. Dah lama sesangat x lepak kat situ. sebelum ni selalu je lepak dengan aiman, kadang-kadang dengan Fuzah atau Adik. Yaaa... Tadi, ana cari la jugak bahan sejarah. Hehehe, jadi orang sejarah la pulak... Tapi tak jumpe, last ana baca ttg soft science. Subhanallah, memang menarik. Hampir jam 12 tgh hari, beransur diri. Sebenarnye pelik apsal abang yg jaga kaunter tu usha macam tak puas hati je. Hmmm....

Jumpe dengan orang perancis. MasyaAllah, ni kali ke-2 ana sembang dengan pelancong perancis. Hehehe, susah nak faham gak sebab broken je. Umur lingkungan 50-60an jer. Heheh, tapi dah ada orang nak jadi translator ana (kalau dia mai sini) huhuhu...

Semoga jumpe lagi di lain waktu... Lepas ni nak siapkan 'diri' untuk berangkat ke sana. Moga Allah berkati perjalanan ku... Aminnnnn....

Read more...

10 April 2008

Kurniakan daku zauj yang SOLEH

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah. Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO